Posted in Gunting Dalam Lipatan

Kini tiba pula giliran untuk tokong F.L.O.P. disembah

Bayangkan kalau ianya Rosmah yang duduk di belakang Najib ketika suaminya berucap di Parlimen. Apa cerita yang akan dimainkan oleh media pro-pembangkang?

Persidangan DUN Pulau Pinang

Tempat duduk di Dewan Perundangan Pulau Pinang yang diambil oleh Betty Chew adalah dikhaskan untuk pegawai kanan kerajaan negeri (sumber: NST).

Namun bagi akhbar The Rocket (ooops, tersilap taip, maksud saya) The Star, perbuatan Betty mengingkari tatacara dewan tidak menjadi masalah.

The Star tidak melaporkan berita itu tentang F.L.O.P. — First Lady of Penang apabila ia mula-mula ditimbulkan di NST dan FMT.

Senyap sahaja The Star kalau ada berita yang kurang menyenangkan berkait dengan evangelis DAP (contohnya apabila Hannah Yeoh disoalsiasat polis atas dakwaan memfitnah: Dilaporkan oleh NST dan Malay Mail tetapi sengaja disorok oleh The Star).

Sebaliknya The Star melaporkan perkara Betty kebas kerusi sebagai hal remeh (“non-issue”) serta memetik Karpal Singh yang berkata, ““This is such a trivial matter that it should not even be raised”.

Gambar Betty Chew anggun disiarkan The Star pada 3 Ogos 2012

Biasalah … The Star menutup aib evangelis

Beberapa hari lepas, The Star membuat liputan pelancaran acara ‘World Children’s Day Food and Fun Fair 2012’.

Dalam rencananya bertajuk ‘Day of joy and happiness for the young ones‘, Betty selaku presiden Pertubuhan Wanita Mutiara dilaporkan akhbar itu sebagai berkata:

  • Pulau Pinang mempunyai paling banyak bilangan NGO berbanding negeri-negeri lain
  • NGO-NGO ini membuat kerja mereka dengan amat baik sekali
  • Penduduk Pulau Pinang teramat murah hati dalam soal menderma
  • Dirinya (Betty) terharu melihat ibubapa berbondong-bondong datang memberi sokongan mereka, menghabiskan masa (“quality time”) dengan anak-anak
  • Seorang kanak-kanak kurang upaya sebenarnya mampu dibentuk menjadi insan yang berjaya
  • Kanak-kanak zaman ini memang cukup berbakat

Hanya cakap yang elok-elok belaka berserta puji-pujian dicurahkan ke atas evangelis DAP oleh The Star.

Kecantikan Bunga Berwarna-Warni boleh mengalahkan Pelangi — gambar The Star

Kesian Chua Soi Lek

Pada 27 Okt, MCA telah mengadakan jamuan besarnya di Muar.

Akhbar China Press melaporkan bahawa orangramai bertindak keluar majlis apakala Chua Soi Lek memulakan ucapannya.

Maka Dr Chua pun melenting lah pada akhbar Cina itu.

Sebenarnya MCA bukan sahaja ditusuk sembilu akhbar-akhbar Cina. Lagi berbisa jarum halus yang sering dicucuk oleh The Star.

Guan Eng membuat lawatan ke akhbar China Press pada Okt 28
Majlis jamuan MCA Okt 27; laporan China Press Okt 28

Berkaitan:

Agenda media Cina memastikan MCA akan KO

Reason dinosaurs become extinct

Rebranding Betty 2.0 in Buletin Mutiara photo spread

Author:

I have no Faceook or Twitter.

17 thoughts on “Kini tiba pula giliran untuk tokong F.L.O.P. disembah

  1. Kak Helen,

    Akhirnya nepotisme telah menghalalkan cara telah jadi kenyataan. Al-malang, apabila YB Dap yang matang seolah-olah tidak nampak kebobrokan nepotisme.

    Sedarkah YB iaitu perbuatan “trivial” adalah laluan untuk perbuatan lebih berat?

    Dan kalau perbuatan trivial dipandang dengan sebelah mata, tidak mungkinkah perbuatan lebih berat akan dipandang dengan sebelah mata jua?

    Justeru, siapa pun kita, marilah bersama-sama memberikan teguran kepada pihak yang terlajak perahu agar ianya dapat berundur selagi boleh diundurkan.

  2. Helen, puak puak pembangkang begitu galak memperbesarkan isu Datin Sri Rosmah Mansur duduk di tengah tengah di majlis resepsi Datuk Lee Chong Wei tetapi mereka lupa yang majlis itu bukan acara rasmi Kerajaan sedangkan apa yang YB Betty Chew buat sewaktu persidangan DUN Pulau Pinang adalah sebaliknya!

  3. pembangkang ni syiok sendiri. mereka tak sedar bahawa “their time is almost up”.

    orang-orang Melayu, Pribumi, India, sekarang cuma tunggu Najib bubar parlimen. sebaik saja parlimen dibubar, apabila tarikh PRU13 ditetapkan, then its the end for Pakatan. orang-orang Melayu, Pribumi, India, dah fed up dengan pembangkang, cuma pembangkang tak sedar lagi.

    macam mana boleh sedar sedangkan yang sokong pembangkang ni rata-rata orang yang duduk kat bandar, yang sudah terlalu urbanized, yang dapat maklumat dan sumber berita dan entertainment dari Internet. tunggu sajalah, bila tiba PRU13, siaplah mereka.

    1. PPP,

      Kalau Najib betul-betul begitu yakin akan menang pilihan raya, mengapa tidak bubarkan Parlimen 2-3 tahun lepas ketika mengambil tampuk pemerintahan daripada Pak Lah? Berbanding Mahathir dan Pak Lah yang segera bubar Parlimen dalam tempoh 6 bulan selepas ambil alih jawatan untuk mendapatkan mandat rakyat, Najib masih ‘menumpang’ mandat Pak Lah. Time siapa yang almost up sebenarnya?

      Selamat Hari Deepavali kepada semua pembaca………

      1. kenapa ? tak penat ke menyamar jadi orang Melayu ? Aku tahulah kau ni orang bukan Melayu, yang datang kat sini sengaja nak buat provokasi. kau ingat kau ni cerdik sangat ke ?

        Najib sudah sedia. tak pernah dengar ke kata “there is a time, a place, to fight a war ?”. Najib sedar, lagi lama dia tunggu, lagi banyak masalah dalaman PR akan terbongkar. memang Najib yakin, dia yakin lagi lama dia tangguh PRU, lagi banyak masalah PR akan muncul.

        yang beriya-iya nak adakan PRU tu PR. saya faham kenapa PR ingin PRU diadakan serta-merta. lihat saja isu Melayu dan kebebasan agama yang baru diungkit oleh Nurul Izzah. lagi banyak isu seumpama ni sengaja diungkit oleh PR untuk pancing undi, lagi bagus. yang tertekan tu PR, dah time almost up.

  4. Wanita berhemah macam Michele Isteri Obama tak akan buat perkara yang akan memberikan impak negatif pada si suami. Lebih penting dari itu pastinya MIO tidak mahu si suami dipersepsikan sebagai kena Q**** Control.

  5. “Pulau Pinang mempunyai paling banyak bilangan NGO berbanding negeri-negeri lain”

    Komen:

    Kalau boleh biarlah NGO jadi telinga dan mata rakyat tetapi bukan ‘kiwi’ yang mem”polish” kasut CAT.

  6. Apabila undi golongan majoriti terpecah dua atas sebab demokrasi memungkinkannya berlaku, sebaliknya apabila dalam masa sama 90% undi dari golongan minoriti diagihkan secara bijak kepada parti Demokrat, makanya tidak hairanlah Demokrat yang ditandingi oleh calon dari golongan minoriti mampu menjadi Presiden AS.

    Natijahnya: apabila golongan majoriti jadi terlebih liberal dalam konteks demokrasi tetapi golongan minoriti tidak berapa liberal, impaknya adalah jelas: ‘cempedak boleh jadi nangka’ iaitu golongan minoriti yang disangka cempedak sememangnya mampu jadi nangka!

  7. Maybe she’s pulling a Wendi Weng kut? Mana tau..kut2 ada orang nak serang (or nak kiss) Abang Eng, bolehla dia bukak Kung Fu ..

    Dengan rambut besar, badan makin montok dia nak gak fefeelink Rosmah – tapi kalau nak upgrade jadi FLOM; skin peeling, good make up artist and Designer bag perlu la ada.. Kalau tak selamanya jadi epic flop jer la.

  8. PR leaders are well known hipocrites so this is not surprising at all. F.L.O.P really keep Ah Beng on short leash nowadays huh? Can’t even trust him to behave at ADUN sittings.. kekeke

  9. Helen, you say “Sebaliknya The Star melaporkan perkara Betty kebas kerusi sebagai hal remeh (“non-issue”) serta memetik Karpal Singh yang berkata, ““This is such a trivial matter that it should not even be raised”.

    The whole one seat policy in my opinion is a political exercise within DAP upper echelon with the good cop and bad cop approach. Very typical and now the good cop (Karpal) and bad cops (Lim dynasty) decides who gets to contest. What a joke.

  10. To all fellow Malaysians, irrespective of the origin,race or religion, I would like to wish you all a happy Deepavali and like what the icon for Deepavali in Helen’s blog says, May the light shine on the truth for all of us. Peace & tranquility be with you because nobody can do it except yourself.

Comments are closed.