Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA

Saman malu Ng Wei Aik, setpol ketua menteri P. Pinang

FMT melaporkan semalam :

“Last week, [Lim Boo Chang] had threatened to sue Komtar assemblyman and Chief Minister Lim Guan Eng’s political secretary Ng Wei Aik for describing him as a ‘frog.’

Lim said he had lost patience with his critics and would institute legal action against anyone carrying out character assassination campaign on him.

Lim said Pakatan representatives prefer to hurl personal attacks on him to avoid addressing real thorny issues like the Subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre (sPICE).”

Politikus pembangkang sudah lama menguasai propaganda personality cult (Hannah Yeoh misalnya mempunyai 38,000 pengikut Twitter).

Mahu tak mahu, Lim Boo Chang terpaksa menceburi wahana media baru dengan membuka akaun Twitter, baru-baru ini pada Dis 15, untuk menangkis dakyah yang disebarkan terhadapnya di gelanggang siber.

Boo Chang dipetik The Star (20 Dis 2011) sebagai berkata beliau keluar PKR atas prinsip sebab parti tersebut sudah tidak mampu jujur kepada dirinya — “quitting is the best option when the party is no longer able to be honest with itself”.

Seorang pembaca blog saya bergelar ‘salhas’ telah memberi satu komen #5 (Dis 24 pada 1:10 pagi) berbunyi: “PAS dah ambil tempat DAP (Dari asas agama ke asas sekular) dan DAP mengambil tempat PAS (Dari asas sekular ke asas agama)”.

Nampaknya ketiga-tiga parti Pakatan ini satu regu sama-sama hilang pedoman.

Boo Chang mendakwa PKR dikesampingkan di Pulau Pinang oleh DAP yang berperangai riak dan main kasar.

Katanya Guan Eng menggunakan kuasanya sebagai ketua menteri untuk mengarah jemaah exco mengikut telunjuknya. Boo Chang memberi contoh pelantikan dua orang pilihan Guan Eng sebagai presiden-presiden majlis perbandaran.

Tambah beliau lagi, MPPP masih lagi sehingga hari ini tunduk kepada campurtangan pejabat ketua menteri dan sebilangan ahli exco dan Adun.

Kata Boo Chang, selama tempoh perkhidmatannya sebagai counsilor dalam kerajaan BN-Gerakan dari tahun 1990 ke 1995, beliau tidak pernah mengharungi pengalaman di mana urusan majlis sering tertakluk kepada campurtangan pejabat ketua menteri. (Baca juga ‘Mana perginya CAT bagi projek RM300j sPICE?’)

Beliau berkata kerajaan negeri telah mengarahkan majlis supaya

“menandatangani kontrak [sPICE] dengan pihak konsesi dengan cepat sekali dan penuh kerahsiaan, serta terma-terma dan syarat-syarat yang tidak dimaklumkan kepada 23 orang Ahli Majlis kecuali mereka yang menandatangani iaitu YDP, dan Setiausaha Majlis dan seorang Ahli Majlis”.

Pokok pangkal kemelut sPICE ialah perintah kerajaan negeri mengarahkan MPPP untuk menampung kos projek RM50 juta tanpa kelulusan mesyuarat biasa majlis. (Baca ‘sPICE: Dr Lim Mah Hui harus bersuara demi kepentingan awam’)

Serangan-serangan peribadi yang dilancarkan terhadap Boo Chang oleh setiausaha politik Lim Guan Eng serta wakil-wakil DAP yang lain telah membuka langkah bagi para penyokong tegar Pakatan untuk melempar tuduhan-tuduhan yang tidak munasabah serta cemuhan, ejekan dan kata-kata kesat, ataupun disebut Boo Chang “character assassination campaign”.

Ganggu-gugat yang dilakukan setpol ketua menteri, iaitu Ng Wei Aik dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya memberi kesan mengalih perhatian umum daripada isu yang sepatutnya menjadi fokus iaituButir-butir $PICE: Developer dapat begitu banyak kelebihan’ serta juga keakraban ketua menteri dengan developer-developer besar.

Walaupun orang parti pembangkang menang sorak di alam siber dalam cubaan untuk mencemarkan nama Boo Chang namun NGO-NGO di Pulau Pinang sudah mula membantah tindakan MPPP yang hanya melebihkan pemaju hartanah (“only had ears for the developers”) — baca ‘NGOs protest outside Penang municipal council‘ (NST, 18 Dis 2011).

Anda mungkin juga meminati:

Rencana ‘Anti-Israel spirit visits Penangites‘ (Malaysiakini, 3 Jun 2010) di mana Ng Wei Aik menggelar perdana menteri seorang “hipokrit” kerana mesej Twitter Najib Razak dikatakan kononnya kurang prihatin terhadap nasib rakyat Palestin.

Insiden Mavi Marmara -- sebuah kapal flotilla ke Gaza

Author:

I have no Faceook or Twitter.

4 thoughts on “Saman malu Ng Wei Aik, setpol ketua menteri P. Pinang

  1. Pemimpin dan penyokong DAP memang dari jenis manusia yang tidak boleh dipercayai, riak, sombong, suka mencari gaduh, membuat tuduhan tidak berasas, sentiasa berasa diri mere betul dan jika diberi peluang, cepat menyalahgunakan kuasa. Bodoh betul orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam yang menyokong dan mengundi DAP. Mereka yang mengundi DAP hanya menjerut leher sendiri.

    1. betul betul betul

      sedarlah sebelum terlambat

      dema ni suka mempermainkan orang.
      manis di depan.
      dalam hati fikir lain.
      di belakang cakap lain

  2. UMNO-APCO? Diorang semua ni tahu menuduh dah tiada bukti kukuh tentang itu. Seingat saya MP bebas Zulkifli Nordin dah jelaskan isu tersebut di blog beliau.

    p/s: menunjukkan betapa senangnya mereka menabur fitnah. and ingat dalam 24 hours kena ngadap twitter je ke? there’s so much things to do other than reply twits. sibuk dengan twitter tapi kawasan masing2 dah jenguk2 ke?

Comments are closed.