Posted in Vernacular school

“Memujuk pengundi Cina seperti menyiram air di padang pasir Sahara” – perwakilan Umno Perak

Ahmad Shabery Cheek (Menteri Komunikasi):

“Kalau ada bencana, banjir, kalau di Perak itu saya tahu apa ni masalah nelayan apa sebahagiannya telah dihulurkan bantuan oleh Umno tetapi kemudiannya mereka kecewa apabila sampai waktu mengundi mereka tahu buka peti undi di kawasan-kawasan yang ramai orang Cina maka mereka tak dapat undi tersebut.

“Jadi ini adalah merupakan manifestasi tentang kecewaan pada orang Umno tentang prinsip bahawa kalau kamu hampir rakyat maka rakyat akan pulang balik undi itu sebenarnya tidak berlaku, terutama di kalangan masyarakat Cina di sini, jadi itu dimaksudkan bahawa kita jangan harap sangat undi Cina.”

Sumber: Video FMT

Radzi

Mohd Radzi Manan (perwakilan Umno Perak):

“Bila nak undi itu cari Melayu, bila dah menang cari Kapitan Cina, betul? Dulu kita marah zaman Tun Dr Mahathir, Sultan cari Kapitan Cina, sekarang ini warlord kita cari Kapitan Cina.

“Memujuk pengundi Cina ini adalah seperti menyiram air di padang pasir Sahara. Cucur banyak mana pun, air tetap meresap hilang. Undi Cina takkan bertambah. Umno mesti berbalik kepada bangsa sendiri.”

Sumber: KiniTV

Syed Ali

Ah Jib Gor masih mengemis undi Cina

Namun begitu, masih warlord Umno Cheras Syed Ali Alhabshee nampaknya ada mempunyai pelan induk untuk mendapat balik sokongan Cina.

Beliau senada dengan presiden Umno Najib Razak menyatakan bahawa jika BN boleh memperolehi 25 peratus undi Cina, maka parti pemerintah akan mampu kembalikan majoriti dua-pertiga yang lazim dipegang mereka sebelum ini.

Kita memang cukup berminat untuk mendengar rancangan penyelesaian Syed Ali ke arah ini.

kuasa propaganda Rakyat Post
http://www.therakyatpost.com/news/2014/11/28/umno-will-forget-chinese/

‘Kuasa Propaganda’

Membincang tentang keadaan politik semasa, ketua Umno bahagian Cheras itu juga berkata Akta Hasutan dipertahankan kerana ia amat penting bagi membantu usaha mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.

Sehubungan itu, Syed Ali mendakwa bahawa media eletronik khususnya laman-laman sosial telah dijadikan medan serangan fitnah untuk memburukkan kerajaan. “Ia satu fitnah terancang dan perlu dibanteras habis-habisan,” tambahnya lagi.

Serangan fitnah bertalu-talu yang disebutkan beliau itu sebenarnya rancak dijalankan di laman-laman sosial bahasa Cina dan Inggeris.

Adakah akan ditimbulkan cadangan agar siber trooper Umno dihantar secara undercover ke Sekolah Demokrasi DAP dan Summer Camp yang sering dianjurkan parti evangelis itu? Bolehlah mereka belajar Mandarin serta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris serentak memantau kaedah propaganda dan operasi Red Beanies.

Biar menyelam sambil minum air.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

8 thoughts on ““Memujuk pengundi Cina seperti menyiram air di padang pasir Sahara” – perwakilan Umno Perak

  1. Ignore the needs of the Sabahan & Sarawakians at his own peril. James Masing had a very valid point when he said the fixed deposit that is Sarawak can be withdrawn by the Opposition if Najib isn’t careful. The State Elections due by 2016 would be a good bellwether as to whether or not Sarawak would remain BN’s FD for GE14

  2. Those Chinese who cast votes for the DAP were either so frustrated with the corruption and incompetency of the recent UMNO or they were too ignorant about the DAP double-face politics. In any case, most people do not recognize the Maoist mindset of cultural revolutionaries like Chin Peng and Kit Siang.

    Race-blind and religion-blind, these are the cultural marxists of the new world-order economy. “In Money we trust and god is an Opiate.”

    The commies and the capitalists are fundamentally Secular Materialists in ideology. You could say they hold “the means to production” somewhat like their religious beliefs.

  3. Everytime MCA leader opens his mouth and mindlessly criticises the government, I feel like slapping hard on his face.

    MCA tak tau malu.

    1. Yup, the MCA is supposed to be Kuomintang in orientation, so we are puzzled why it has seconded itself to the anti-Confucius DAP Jstars. I hear they are going to commemorate the terrorist Chin Peng sometime soon. The PAS VP will grace the function together with Kit Siang.

  4. quote: “Adakah akan ditimbulkan cadangan agar siber trooper Umno dihantar secara undercover ke Sekolah Demokrasi DAP dan Summer Camp yang sering dianjurkan parti evangelis itu?”

    Adakah ini telah atau sedang berlaku kepada BN/UMNO?

  5. Orang cina amat pragmatic bila membuat sesuatu keputusan

    Kita ambil contoh cik Helen setiap tulisan dan artikel yang dipaparkan are with facts and historical dan ada juga yang sinis quote memujuk undi cina saperti mencurah air hujan di padang Sahara

    di padang Sahara tak pernah ada hujan turun pun pelik sikit pepatah ni itu tak pa tetapi beliau mampu menarik pembaca nya dengan tak payah pujuk memujuk pun dan ramai pulak dari kalangan melayu yang kritis

    satu lagu dari Beatles lyrics nya begini “if you want it here is its you better hurry cause is getting fast and it won’t last” so to the Tuan Syed jangan lah shook sendiri senatorship dah dapat bila pulak mentorship belum cuba belum tahu paktuan ooi…

  6. PM Najib ni menepati peribahasa ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Bagai ‘muka tembok’….walau terpalit arang tapi masih tak tahu malu kerana terus mengemis ‘simpati’ kepada kaum yang terang-terang sudah menolak perkongsian.

    Seperti kata Zein isma (UMNO Selangor), bahawa UMNO Selangor kalah kerana ‘undi bukan Melayu’…walhal sebenarnya orang Melayu Selangor sendiri menolak kepimpinan UMNO yang sedia ada.

    Masih belum mahu berubah dengan segera maka akhirnya UMNO pun akan menjadi bangkai gajah yang cuba ditutup nyiru!

Comments are closed.