Posted in Uncategorized

Bajet RM17b kementerian PKR lwn RM100b kementerian Pribumi — Tun M lagi power!

Jawatan menteri penting sebab $$$. Bukan bermaksud gaji bulanan si Menteri itu yang belasan ribu tetapi kawalan bajet tahunan kementeriannya yang berbilion-bilion ringgit.

Money talks. Cash is king. 

Kementerian mana penting dan mana yang remeh

Betapa mustahak kementerian itu boleh diukur berasaskan jumlah belanjawan yang diperuntukkan baginya.

Contoh sebuah kementerian yang amat penting ialah Kementerian Pendidikan. Mengikut bajet tahun 2017-18, Kementerian Pendidikan telah diperuntukkan belanjawan sebanyak RM45,962,406,300 (Kementerian Pendidikan) dan campur lagi RM13,897,286,400 (Kementerian Pendidikan Tinggi).

Nota: Di bawah pentadbiran Najib, portfolio Pendidikan dipecahkan dua termasuk Pendidikan Tinggi; sementara di bawah pentadbiran Mahathir, portfolio Pendidikan digabungkan jadi satu.


BACA:

‘Tun M power!’ — klik sini


RM46 bilion campur RM13.9 bilion = RM59.86 bilion … katakanlah bajet tahunan bagi Kementerian Pendidikan keseluruhannya dibulatkan kepada RM60 bilion. Ini bermakna si Menteri Pendidikan – yang berasal dari parti Pribumi – dipertanggungjawabkan dengan belanjawan sebanyak RM60 bilion di bawah seliaan kementeriannya.

Menteri Islamis bergambar dengan Menteri Evangelis

Kementerian yang besar-besar di bawah Pribumi

Di bawah ialah bajet tahunan kementerian-kementerian yang diletakkan di bawah wakil Pribumi:

  • Kementerian Pendidikan + Pendidikan Tinggi (Maszlee Malik) — RM59.9 bilion
  • Jabatan Perdana Menteri (Mahathir) — RM17.4 bilion
  • Kementerian Dalam Negeri (Muhyiddin Yassin) — RM13.8 bilion
  • Kementerian Luar Bandar (Rina Harun) — RM9.5 bilion
  • Kementerian Belia & Sukan (Syed Saddiq) — RM853.5 juta

Nota: Di bawah pentadbiran Najib, yakni Bajet 2017-18, tidak wujud Kementerian Ekonomi (Azmin Ali-PKR) dan Kementerian Pembangunan Usahawan (Redzuan Yusof-Pribumi).

(Semua graf untuk bajet kementerian-kementerian di bawah Pribumi dan PKR boleh dilihat di kaki halaman.) 

Kementerian yang kecil-kecil di bawah PKR

Sekarang cuba kita banding dengan bajet tahunan kementerian-kementerian yang diletakkan di bawah wakil PKR:

  • Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Wan Azizah) — RM2.2 bilion
  • Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (Zuraida Kamaruddin) — RM4.4 bilion
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (Saifuddin Nasution) — RM1.4 bilion
  • Kementerian Luar Negara (Saifuddin Abdullah) — RM740.7 juta
  • Kementerian Air, Tanah & Sumber Asli (Xavier Jayakumar) — RM2.5 bilion
  • Kementerian Kerja Raya (Baru Bian) — RM5.8 bilion

Boleh kita lihat bahawa bajet untuk kementerian-kementerian yang dipegang menteri Pribumi adalah besar berbanding yang dipegang menteri PKR yang kecil-kecil belaka.

WAN AZIZAH: “Kejap, saya ada duit syiling”

DIjumlahkan sekali, bajet di bawah seliaan menteri-menteri Pribumi – Pendidikan, JPM, Home Ministry, Luar Bandar, dan Belia & Sukan – adalah melebihi RM100 bilion.

Bajet di bawah seliaan menteri-menteri PKR pula – Wanita, Perumahan, Domestic Trade, Luar Negara, Air & Tanah, dan Kerja Raya – bila dicampurkan semua sekali hanya RM17 bilion.

Intipatinya, Tun Mahathir the One Hundred Billion Budget Man ialah seorang politikus veteran yang sudah begitu masak dengan selok-belok urus tadbir kerajaan. PKR dan DAP yang tidak pernah menyertai kerajaan persekutuan begitu mudah ditelannya.

http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/B.63.pdf

 

http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/B.64.pdf

 

http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/B.6.pdf

 

http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/B.62.pdf

 

http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/B.22.pdf

 

http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/B.45.pdf

 

http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/B.48.pdf

 

http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/B.43.pdf

 

http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/B.25.pdf

 

http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/B.13.pdf

 

http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/B.23.pdf

 

http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/B.27.pdf

Author:

I have no Faceook or Twitter.

14 thoughts on “Bajet RM17b kementerian PKR lwn RM100b kementerian Pribumi — Tun M lagi power!

  1. Post ini mengelirukan. Peruntukan mengurus merangkumi peruntukan emolumen untuk penjawat awam, peruntukan bekalan dan perkhidmatan untuk sewa pejabat, bayaran kontrak keselamatan dan lain-lain. Peruntukan pembangunan pula untuk melaksanakan projek yang diluluskan oleh unit perancang ekonomi. Dengan ikrar ketelusan dan amanah dalam proses perolehan, menteri dan timbalan menteri berkemungkinan kecil dapat campur tangan dalam proses yang dijalankan oleh penjawat awam.

    Nice try helen.

    1. Bottomline: Tidak mungkin dinafikan bahawa kementerian-kementerian yang mempunyai bajet besar-besar dipegang oleh Pribumi manakala kementerian-kementerian yang hanya ada peruntukan kecil sahaja diserah kepada parti komponen lain.

      Trend Pribumi membolot kementerian berpengaruh tampak ketara sekali. Portfolio yang dipegang DAP, contohnya Kementerian Sains dan Teknologi, hanya ada bajet RM1.1b. Angka-angka ini boleh diukur secara empirikal untuk membuat perbandingan.

      1. Helen,

        You are better than this. Jangan terperangkap dengan dinamik zaman bn. Bottomline is not peruntukan. Bottomline is people are smarter. If you cant deliver, u have to answer.

        Be fair and lets focus on the capability of the cabinet member as well as their performance.

        Budak jawa

          1. TT,

            Back around 2016, I already said that Tun bersekongkol dengan DAP. You did not believe me then, remember. So who was right?

  2. Hi, let show your support for the kleptocrat exPM at the court house today morning. By the way did you joint those goons last night at the MACC head office ?

      1. Billions have been stolen and you are worried whether the AG can speak Malay or not. This is the mentality of UMNO supporters, retarded to the core.

  3. Helen,

    Bhg 1

    Saya berasa perspektif dari Helen agak menarik tetapi tidak menyeluruh.

    Helen terlupa Azmin PKR yang menerajui Kementerian Hal-Ehwal Ekonomi (bakal PM masa hadapan) mengawasi SEKURANG-KURANGNYA SEPARUH ekonomi Malaysia.

    Apa ada bawah Azmin?

    + EPU
    + Petronas
    + Tujuh (7) GLIC: MoF Inc, PNB, Khazanah, KWAP, EPF, LTH, LTAT
    + Tujuh-puloh (70) GLC dan pegangan berkaitan dalam 100 lebih syarikat tersenarai

    Sila rujuk/ baca:

    Government Investment Companies Division (GIC)
    http://www.treasury.gov.my/index.…/…/contactus/faqs/gic.html

    GLICs control 68,000 companies and 42% of Bursa Malaysia
    http://www.freemalaysiatoday.com/…/glics-control-68000-comp…
    bursa-malaysia/

    These 7 Companies Own Almost Half Of All Malaysian Stocks. Let’s See How This Happened.
    https://cilisos.my/these-7-companies-own-almost-half-of-al…/

    My wishlist to Economic Affairs Minister
    https://www.thestar.com.my/…/my-wishlist-to-economic-affai…/

    Bhg 2

    Dalam perspektif saya, TDM telah menugaskan dua Kementerian yang amat penting di bawah dua parti yang masing-masing mendapat kerusi yang paling banyak:

    Kementerian Kewangan – DAP
    Kementerian Hal-Ehwal Ekonomi – PKR

    TK

    1. aptly presented rafiq. HA the old bitch likes to present lopsided facts and numbers to support her cause and points.
      sickening.

  4. I am sad to see Najib now. Not because he was charged as we must let the due legal process takes its course. But sad to see that only few supporters (100+) came to show support. I thought Umno has 3 mil members. Where are they? Was it due to lack of budget as accounts were frozen, hence no money to pay for accommodatio, bus, travel allowance and meal?

    Why only few Umno leaders came? Only Wanita chief, Pemuda chief, few Supreme Council members etc. Where were the top guns? Zahid, Mat Hasan, VPs etc? Where was Najib’s cousin, Hisham (he didn’t even contest Umno election)?

    BN still has 2 other component, i.e. MCA and MIC? Where were the leaders?

Comments are closed.