Posted in #NotMyPM

Mahathirisme 2.0 — Tun M power!

Selamat datang ke Malaysia Baru di mana impian lama Anwar masih belum dikecapi dan janji kempen Guan Eng tidak mampu ditunaikan.

Parti Tun Mahathir mempunyai 12 orang ahli parlimen semuanya.

Kabinet* Mahathir mempunyai anggota-anggota berikut dari parti beliau sendiri, iaitu parti Pribumi:

  1. Tun Mahathir Mohamad — Perdana Menteri
  2. Muhyiddin Yassin — Menteri Dalam Negeri
  3. Maszlee Malik — Menteri Pendidikan
  4. Rina Harun — Menteri Luar Bandar
  5. Syed Saddiq Abdul Rahman — Menteri Belia dan Sukan
  6. Redzuan Yusof — Menteri Pembangunan Usahawan
  7. Amiruddin Hamzah — Timbalan Menteri Kewangan
  8. Shahruddin Salleh — Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
  9. Eddin Syazlee — Timbalan Menteri Komuniti dan Multimedia
  10. Md Farid Rafik — Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan)

‘Best’nya. Pribumi mempunyai hanya 12 MP namun 10 orang daripada mereka ini dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

Bila Anwar boleh jadi PM nih?

Parti Anwar pula mempunyai 49 orang ahli parlimen semuanya (termasuk YB Batu – kawasan Tian Chua – yang pada asal bertanding sebagai calon bebas).

Berikut ialah senarai ahli-ahli parlimen PKR dalam kabinet Mahathir:

  1. Wan Azizah — TPM merangkap Menteri Wanita, Keluarga & Pembangunan Masyarakat
  2. Azmin Ali — Menteri Ekonomi
  3. Zuraida Kamaruddin — Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan
  4. Saifuddin Nasution — Menteri Perdagangan Dalam Negeri
  5. Saifuddin Abdullah — Menteri Luar Negara
  6. Xavier Jayakumar — Menteri Air, Tanah & Sumber Asli
  7. Baru Bian — Menteri Kerjaraya
  8. Shamsul Iskandar Md Akin — Timbalan Menteri Industri Utama
  9. Sivarasa Rasiah — Timbalan Menteri Luar Bandar
  10. Muhammad Bakhtiar Wan Chik —Timbalan Menteri Pelancongan
  11. Dr Lee Boon Chye — Timbalan Menteri Kesihatan
  12. Sim Tze Tzin — Timbalan Menteri Pertanian
  13. Kamarudin Jaffar — Timbalan Menteri Pengangkutan
  14. Fuziah Salleh — Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (Agama)

Empatbelas orang daripada 49 ahli parlimen PKR berjaya jadi menteri/timbalan. Success rate PKR di bawah pentadbiran Mahathir sekadar 28.6 peratus.

Bandingkan dengan success rate Pribumi yang begitu tinggi – 83.3 peratus – di mana 10 orang daripada 12 ahli parlimen parti Tun berjaya jadi menteri/timbalan.

BAWAH: Mahathir dikepit (bakal) Menteri dan Timbalan Menteri DAP, evangelis Yeo Bee Yin dan evangelis Hannah Yeoh

Our beloved Tun

DAP ambil alih peranan MCA sebagai “running dog”

Tun Mahathir bukan saja memperlekeh parti Harapan terbesar PKR tetapi turut memperlekehkan DAP juga.

Ketika kempen pilihanraya, Guan Eng telah menabur janji kepada para pengundi Cina bahawa Chong Chieng Jen (naib pengerusi kebangsaan DAP) dan Nga Kor Ming (timbalan setiausaha agung DAP) akan dijadikan menteri andaikata boleh berjaya memenangi kerusi mereka.

Dalam PRU14, Nga menumpaskan presiden parti Gerakan Mah Siew Keong di Teluk Intan, Perak manakala Chong menumbangkan presiden SUPP Dr Sim Kui Hian di Stampin, Sarawak. Kedua-dua panglima perang DAP tersebut berjaya menjadi giantkiller.

Meskipun Nga ialah pengerusi DAP Perak di mana partinya sapu bersih kesemua kerusi parlimen beserta DUN yang dipertandingi partinya, dan Chong pula ialah pengerusi DAP Sarawak yang menyumbang sejumlah enam kerusi parlimen bagi Harapan kali ini, kedua-dua mereka tidak juga diberi tempat dalam kabinet Mahathir.

Mengikut adat kita, istilah “kabinet” sebenarnya tidak merangkumi seseorang timbalan menteri itu kerana beliau tidak akan hadir pada sidang kabinet yang hanya diwakili jemaah menteri. Jadi secara teknikal atau ikut rapi definasi istilah, Chong – yang telah dilantik Mahathir sebagai timbalan menteri – tidak boleh dikira seorang anggota kabinet.

Strictly speaking, Chong Chieng Jen is not a member of the ‘cabinet’.

Dalam pada itu, orang Pribumi – Maszlee Malik, Rina Harun, Redzuan Yusof dan Syed Saddiq (berusia 25 tahun) – semuanya dianggap Mahathir sebagai layak untuk diangkat jadi menteri penuh. Akan tetapi, tiada ruang bagi Nga (MP untuk penggal ketiga) yang sudah banyak pengalaman politik manakala Chong (MP untuk penggal keempat) hanya dijadikan seorang timbalan menteri.

Jelas bahawa janji yang dibuat oleh si “running dog” Lim Guan Eng pada pengundi DAP langsung tiada nilai.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

15 thoughts on “Mahathirisme 2.0 — Tun M power!

  1. Mentally sick blogger and love to provoke racial and religious sentiment. Need to place under “authority monitoring”

    1. Sudah panas bontot ke, nandos, selepas dilondehkan betapa ‘running dog’ fitrah DAP yang kamu sanjung itu? Woof, woof.

    2. nandos, PH believe in media freedom, open for critism

      you are sick- fear & fool for adoring PH, Madey, LGE

      they all human doing something for life & family.

    3. When truth is exposed phaprak people resort to accusation and intimidation. Or they are simply ignorant.

  2. Helen,

    The truth is that instead of DAP’s mantra” let malay screw malay”, it is Tun’s Pribumi” let me screw DAP” that is happening.

    But in all honesty, DAP gets the coveted ministry: Finance. But as usual, DAP wants everything.

      1. The problem with DAP is that it always believe it can outmanouvre others . But we cant blame DAP. After all, other parties like PAN, PKR deoends on DAP for Chinese votes.

        Knowing Malays are split withUMNO still holding sizeable malay votes though it took a beating in last election, DAP thinks it can control Tun.

        And Tun cunningly let DAP to believe it. But Tun with total control is another personality.

        Tun shows that he has no problem with appointing a young man as a Minister but refused outright DAP guys.

        I AM corious to see who will be appointed as a Speaker. Hannah is now a Deputy MInister Meaning she js likely out of the equation.
        By the way, I still hope Tun has not forgotten his UMNO DNA. After all, he led UMNO for 22 years

        1. perhaps u r right mahathir is screwing dap, however if u look at a diff angle, he is strengthening pribumi n amanah to fight or induce umno n pas. unless umno revert back to inclusiveness, or else i dun know how umno/pas can win on malay vote alone when the malay could have a better choice in pribumi n amanah with much resources. u see now whats wrong with umno strategy to let mca died.

  3. artikel ni tuk panaskan para ahli politik shj, tapi ianya tiada kesan keatas rakyat@pengundi……pengundi PH tak kisah siapa dilantik, asalkan buat kerja dgn tekun dan telus……kalau buat taik, umno akan ketengahkan taik itu, dimana rakyat akan menuntut penjelasan dari PH…..

    1. betullah tu.

      sesetengah parti mahu org yg menyokongnya berfikir mcm Zombie.Walaupun beribu bukti yg tunjukkan DAP racist, mereka masih kata DAP tidak racist

      1. Mungkin ada bibit2 rasis dlm DAP, sepertimana baru2 ni pemuda DAP tak puashati dgn agihan kerusi menteri, tapi kita rakyat tgh perati, tau siapa dan bila nak jawab…..yg zombie adalah yg masih sokong zahid, sokong jamal, tolak KJ, tanak perubahan….masih gunakan ras dan agama sebagai agenda, bunyi kuno jer…….

  4. Dear helen,
    Its a great wonderful feeling to watch Dap being mahathir’s running dog😁good job helen for making pakatan’s supporters ‘panas punggung’.guan eng looks stupid obeying mahathirs orders to badmouth our economy and losing rm200 billion in less than 2 months n tokong gets the blame….wonderful😁

    Congrats najib…world bank says malaysian economy is a success story…but with rm 200 billion gone,msia will soon be ‘a once upon a time’ success story.dr m n PH’s obsession with najib is becoming hysterical n we might really become bankrupt under mahathir n Pakatan Hypocrite…

Comments are closed.