Posted in Bukan Cina

Umno lebih kuat dengan terbubarnya BN

Semua parti-parti komponen Sabah dan Sarawak sudah menarik diri daripada perikatan BN. Terkini Gerakan pula mengumumkan ia keluar BN.

Maka Umno akan boleh bertanding semua kerusi majoriti Melayu dalam pilihanraya akan datang. Sebelum ini, beberapa kerusi majoriti/pluraliti Melayu telah diserah kepada parti komponen untuk mereka bertanding. Umno akan juga boleh masuk Sarawak buat julung kalinya. Continue reading “Umno lebih kuat dengan terbubarnya BN”

Posted in #NotMyPM

Peminat-peminat baru “Tun yang tercinta”

Sejak dua menjak ini, komen-komen Dapster di portal sarang Harapan – contohnya Malaysiakini – sudah mula menggelar perdana menteri sebagai “our beloved Tun”.

Fenomena u-turn yang pelik bin ajaib.

Gambar-gambar di bawah telah dirakam kelmarin oleh beberapa media utama di rumah terbuka Tun Mahathir. Rupa-rupanya “Tun yang tercinta” sekarang ini paling popular di kalangan kaum Anak Bangsa Malaysia. Continue reading “Peminat-peminat baru “Tun yang tercinta””

Posted in Evangelista Bintang Tiga

Wajah DAP yang sebenarnya

DAP bukan berjiwa Cina.

Pengerusi Harapan Tun Mahathir Mohamad sering mengeluarkan retorik anti China yang kemudiannya akan di’megaphone’ atau dibesar suarakan oleh konco-konco DAPnya.

Jika anda meneliti betul-betul ethos yang dipakai pemimpin tertinggi DAP, anda akan melihat bahawa mereka berkiblatkan warisan Kristian (Judeo-Christian heritage) dan tamadun Barat (Christendom). Ramai di kalangan mereka adalah evangelis.

BAWAH: Setiausaha Agung DAP mengaku diri beliau “bukan Cina” Continue reading “Wajah DAP yang sebenarnya”

Posted in Gunting Dalam Lipatan

Sejak bila Wee Ka Siong masuk DAP?

Kemaskini: Portal parlimen sudahpun mengeluarkan nama YB Wee Ka Siong dari senarai DAP dan sekarang mencatat parti tersebut sebagai mempunyai 41 orang MP — 12 Jun 2018


Screenshot berikut dirakam daripada laman sesawang rasmi parlimen Malaysia. Ia boleh dilihat di bawah menu ‘ahli dewan’.

MP Ayer Hitam iaitu timbalan presiden MCA Wee Ka Siong telah disenarai sebagai salah seorang Yang Berhormat DAP.

http://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?ahli_name=&parti=DAP&p=All&Filter=Lihat&uweb=dr

Continue reading “Sejak bila Wee Ka Siong masuk DAP?”

Posted in Evangeliblis

Halatuju Umno selepas BN ditalqinkan (analisa PRU14)

Hishammuddin Hussein dilaporkan tidak akan menawar diri untuk memimpin Umno ekoran malapetaka PRU14. Demikian juga Khairy Jamaluddin pun wajib keluar gelanggang. Baik beri peluang bagi Umno diterajui pasukan baru yang sanggup lawan DAP mati-matian.

Kriteria utama presiden baru Umno mesti panglima perang yang diyakini akar umbi untuk melaksanakan total war.  Continue reading “Halatuju Umno selepas BN ditalqinkan (analisa PRU14)”

Posted in Evangelista Bintang Tiga

Pelantikan Tommy Thomas: Faktor pengaruh parti (ulasan PRU14)

Sepertimana yang dimaklumi, peguam Kristian Tommy Thomas diperkenan sebagai Peguam Negara Malaysia baru-baru ini. Adakah beliau pilihan DAP ataupun pilihan parti Pribumi?

Cuba kita tinjau dari segi pengaruh politik di belakang tabir. Dalam gabungan parti pemerintah Pakatan Harapan, DAP paling kuat tetapi Pribumi yang nampak saja berkuasa.

Jadi parti mana yang telah memilih Thomas sebenarnya?

BAWAH: Islamis Pribumi dan evangelis DAP …  Continue reading “Pelantikan Tommy Thomas: Faktor pengaruh parti (ulasan PRU14)”

Posted in Uncategorized

Reblogged: Tommy Thomas

Something tangentially about Tommy Thomas, written in November 2012 that points to either a sin of commission or omission on his part.

Click on ‘View original post’ (below) to continue reading the rest of the article penned by Mat Rempit Hubris — a pseudonym used by a friend of mine.

Helen Ang

By Mat Rempit Hubris

  1. I would like to draw the reader’s attention to a critical factual error contained in an article written by lawyer Art Harun titled ‘Secular or Non-Secular? What history tells us’ which appeared both in his blog and also in The Malaysian Insider.
  1. In that article Art fatally misrepresented the Reid Commission — the drafters of the Merdeka Constitution.

View original post 2,203 more words

Posted in #NotMyPM

O banglo! Kit Siang mengamok

… yang kat Penang yang takde kolam renang tu.

Lim Guan Eng kini berjaya mara satu langkah ke depan —  rayuan untuk mendakwanya atas tuduhan hina mahkamah (contempt of court) sudah ditarik balik. Namun kes rasuah banglo Guan Eng yang masih tinggal itu buat masa ini ditangguh.

BAWAH: Guan Eng pohon kepada Pejabat Peguam Negara untuk sekaligus buang dua lagi dakwaan terhadapnya Continue reading “O banglo! Kit Siang mengamok”