Posted in Rohingya

Rohingya: Tidak dirotan; akan dibenarkan tinggal di M’sia

NGO hak asasi yang bergelar Amnesty International itu kuat meroyan — tuduh negara kita bukan main kejam apatah telah merancang untuk membelasah (”viciously beat”) tahanan Rohingya.

Sebuah lagi badan penyibuk Barat iaitu Human Rights Watch (HRW) berkata Malaysia sebenarnya ‘mendera’ Rohingya andaikata melaksanakan hukuman ke atas mereka mengikut undang-undang kita, yakni “three strokes of the cane – a brutal punishment that constitutes torture under international human rights law”.

Malaysia juga ditegah memperlakukan migren Rohingya (yang masuk tanpa izin) bagai “penjenayah”, tambah HRW lagi.

Tapi kalau ia pesalah warga Malaysia yang kena rotan, tak mengapa. Tiada sesiapapun kesah pun.

Mengikut laporan Bangkok Post, para Rohingya yang dilepaskan daripada hukuman rotan yang disebut tadi akan dibenarkan untuk duduk di Malaysia selepas mereka tamat tempoh tahanan. Alasannya Rohingya ini berdaftar dengan agensi pelarian yang di bawah naungan PBB.

Author:

I have no Faceook or Twitter.