Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA

Tolong jangan salahkan Cina bukit!

Kristian yang menyertai DUMC, gereja Methodist di Damansara Utama (sebuah kawasan perumahan kelas menengah atas) adalah dari golongan orang berada. Mereka jenis Cina Bangsar, bukan Cina bukit.

Cina bukit jarang yang ada evangelis Kristian. Cina bukit tidak buat kacau atau cari gaduh dengan orang Melayu.

Perkara ‘sifat’ dan ‘sikap’ berbeza

Lewat ini, ketegangan hubungan kaum sering dipersalahkan atas sifat keCinaan. Ini satu pendekatan serong kerana yang menimbulkan sengketa ialah sikap langsi dan bukannya sifat keCinaan.

Dari segi apa boleh seseorang itu dikira Cina totok? Katakan ia sayangkan bahasa dan budaya Cina.

Pernah saya menjadi ahli panel menemuramah penuntut-penuntut Utar yang datang memohon biasiswa.*

Biasiswa tersebut bukannya berdasarkan pencapaian akademik tetapi berbentuk bantuan kewangan. Kriteria kelayakan ialah ibubapa si pelajar tidak mempunyai pendapatan mencukupi untuk bayaran yuran semester serta menampung perbelanjaan hidup di kampus.

‘Cina bukit’ merujuk kepada seorang yang bukan berasal dari bandar – dalam kata lain, mirip Mamat dan Minah kampung. Cina yang keluarganya daif dan kurang berpendidikan atau buta huruf juga kadangkala distereotaipkan Cina bukit.

Mungkin para remaja yang bekerja di Lowyat Plaza menjual peralatan komputer atau di kompleks membeli-belah menjaja telefon bimbit juga dipanggil sesetengah Melayu sebagai Cina bukit.

Namun orang Melayu tidak wajar menyamakan ‘Cina bukit’ dengan kurang ajar atau menggunakan gelaran itu untuk tujuan memerli.

Budak yang tercicir dari sekolah tidak semestinya jahat dan tidak seharusnya dicemuh sebagai ‘Cina bukit’. Walaupun bergaji rendah tetapi bukankah remaja-remaja ini rajin mencari rezeki pada usia begitu muda?

Sebaliknya adakah Cina Bangsar, Cina Damansara Utama, Cina Subang Jaya pula baik-baik belaka?

Budak yang bukan ‘convent’

Pelajar-pelajar miskin pemohon biasiswa yang menghadiri temuduga di Utar adalah mereka yang rata-rata lepasan sekolah vernakular. Mereka tahu jaga cakap dan berbudi pekerti tinggi kerana diasuh dengan betul dan bersikap merendah diri.

Ada yang ingin mengikuti kursus Pengajian Cina (Chinese Studies) di Utar kerana mencintai bahasa dan kesusasteraan Cina serta berminat pada sejarah dan ketamadunan Cina.

Sebenarnya tidak apa-apa salah sekiranya bernaluri, berperadaban Cina.

Pelajar yang mengambil ijazah dalam bidang Pengajian Melayu di UKM tidak dituduh ‘rasis’ kerana tebal sifat keMelayuan mereka.

Dan sekiranya seseorang mahasiswa berpengkhususan Bahasa Perancis atau Bahasa Jepun di Universiti Malaya, tidak pula kita menuduh mereka ’cauvinis’ dan bermasalah kerana sayangkan sesuatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan kita.

Setakat ini saya telah membincangkan ‘sifat’ keCinaan. Namun ‘sikap’ langsi (riak, takbur) itu boleh melekat kepada sesiapa dengan tidak mengira apa bangsapun.

Biadab ertinya tiada adab

Sudah terdedah kita kepada sikap Bishop Paul Tan Chee Ing dan lain-lain pemimpin dari aliran evangelis Kristian yang ada nama dan kedudukan.

Yang perlu kita ingat ialah Bishop Paul amat tipis ‘sifat’ keCinaannya, itupun kalau ada sekelumit.

Dia tidak pernah bertutur dengan pemberita dalam bahasa Cina. Setiap wawancaranya dengan media adalah dijalankan dalam bahasa Inggeris (yang penguasaannya begitu ‘England’ dan power sekali).

Biskop itu sebenarnya seorang Mat Salleh celup. Dia tidak melambangkan sifat keCinaan kerana sememangnya majoriti bangsa saya bukan beragama Kristian.

Taburan penduduk Malaysia mengikut agama (peratus)

Jika dilihat pada carta pai, perincian banci penduduk negara tahun 2010 menggambarkan etnik Cina berjumlah 24.6 peratus (lebih kurang suku daripada pemastautin) di Malaysia.

Yang beragama Buddha, yang mengamalkan Taoisme, yang mengikut ajaran Kong Zi serta kepercayaan-kepercayaan tradisi Cina ialah 22.2 peratus (lihat carta kedua).

Sekiranya ditolak jumlah keseluruhan penduduk etnik Cina iaitu 24.6 peratus dengan jumlah yang beragama Buddha dsb sepertimana disenaraikan di atas, iaitu 22.2 peratus, maka yang tinggal hanya 2.4 peratus [anggaran] orang Cina sahaja yang beragama Kristian.

Meskipun demikian, begitu ramai sekali politikus DAP yang Kristian, contohnya Teresa Kok, Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew, James Ngeh Koo Ham, David Nga Kor Ming, Chow Kon Yeow, Liew Chin Tong, Teo Nie Ching, Tony Pua, Hannah Yeoh, Edward Lee, Anthony Loke, Wong Ho Leng, Lim Lip Eng dan Lim Jack Wong – kesemuanya Adun dan Ahli Parlimen.

Beralih kita kepada siapa yang dituduh biadab?

Sekiranya anda membuat carian perkataan ‘samseng’ di YouTube + ‘Ng Wei Aik’, anda akan menemui beberapa klip video yang merakam gelagat setiausaha politik Lim Guan Eng itu.

Orang Cina tidak harus dikatakan biadab (tidak beradab). Kami mewarisi peninggalan tamadun berusia lebih 5,000 tahun dan falsafah bangsa yang utuh diuji zaman-berzaman.

Kenapa Ng Wei Aik (setpol Guan Eng) dikatakan ‘samseng’?

Jawapannya kerana dia bukan Cina. Dia mendakwa dirinya Anak Malaysia (ala DAP). Dia tiada adab/tidak tahu-menahu adab Cina.

Kenapa masih kelu lidah?

Bersifat Cina tidak semestinya disamakan dengan sifat perkauman yang negatif.

Misalnya seorang Ah Beng yang bermagang di bengkel motor sedang mengorat Minah Melayu yang bekerja di kedai 7-Eleven berdekatan. Mahupun pelat namun mamat itu bercakap Melayu juga dengan aweknya.

Bandingkan dengan anak-anak orang kaya Bangsar Malaysia yang dihantar ke Australia atau Amerika untuk sambung belajar. Lepas duduk hanya dua-tiga tahun di luar negara akan mampu bercakap Inggeris dengan loghat yang pekat mengalahkan orang putih sendiri.

Soalan cepu emas: Siapa yang kurang mahir berbahasa Melayu/kebangsaan – Cina bukit atau Cina Bangsar?

Saya rasa tidak seharusnya sekolah vernakular dipersalahkan sepenuhnya atas ketidakupayaan menguasai bahasa kebangsaan.

Cuba tengok pada pekerja-pekerja Bangladesh dan Myanmar atau Cambodia. Masuk beberapa tahun mereka sudah petah bercakap Melayu. Orang bangsa asing ini tidak disekolahkan bahasa kebangsaan kita, bukan?

Alih-alih, ianya berbalik kepada ‘sikap’ yang dipegang juga.

Namewee pernah menjual DVD di kaki lima. Kredit foto: The Nut Graph

Bahasa sebagai jati diri negara bangsa

Saya pernah menulis sebuah rencana menentang PPSMI dengan mengatakan lebih wajar Sains dan Matematik diajar dalam BM dan bahasa ibunda.

Pada waktu itu (Mac 2009), saya berkata:

Our socio-political milieu is undeniably Malay. Unless we’re willing to alienate ourselves in ethnic enclaves, it’s untenable to continue living in Malaysia if we do not encourage our children to be adept in Malay or at the very least, keep up. PPSMI by sidelining the national language turns the accepted notion of nationhood on its head.

(Rencana penuh saya ‘Maths and science: The case for BM’ boleh dibaca di sini.)

Reaksi puak Malaysian First ialah BM itu tidak akan menguntungkan mereka atau kerjaya berbanding Bahasa Inggeris.

Ada yang mengatakan dia hanya menggunakan bahasa Melayu untuk membuat pesanan teh tarik dan ada pula yang menggatakan bahasa Melayu hanya baik untuk berkomunikasi dengan orang gaji (pembantu rumah Indonesia).

Orang Han ada maruah

Terdapat juga blogger pro-Umno yang mempersendakan Namewee ‘Cina bukit’.

Malah politikus Bangsar Malaysia sendiri dan penyokong-menyokong DAP yang lagi kuat menghentam unsur-unsur keCinaan pada seseorang.

Boleh jadi, ya, Namewee celupar tetapi dia tidak membaling batu dan sorok tangan. Dia tidak licik. Dia tidak mengerti hendak marahkan anak, sindir menantu.

Lain pula Bishop Paul Tan yang dipetik sebagai mengingatkan Hasan Ali:

“not only in Selangor but every other state in Malaysia, his party [PAS] is in contention with the supposedly corrupt and unprincipled. Therefore it is incumbent upon him to hold himself to a higher standard of public conduct and exposition than of those he is in contention with.”

Hmm, siapa agaknya “korup” dan “tidak berprinsip” yang kena tempias kenyataan biskop itu?

Bukan dia seorang sahaja evangelis Kristian yang meragam. Hannah Yeoh evangelis. Meroyan sakan. Begitu juga Teo Nie Ching. Evangelis. Chan Lilian, petugas di pejabat media Lim Guan Eng, yang dituduh men’tweet‘ kata-kata menghasut, kemudian menarik balik. Evangelis pasif-agresif.

Zhongguo (China) telah ada contact (persemukaan) dengan Tanah Melayu sejak sebelum zaman Laksamana Zheng He belayar dengan angkatan lautnya lagi. Adakah utusan Zhongguo (tanah besar Cina) berputar-belit apabila berurusan dengan orang Melayu nusantara?

Siapa yang dok buat pusing? Siapa yang menipu Sultan menandatangani Perjanjian Pangkor? Siapa yang memperolehi Pulau Pinang melalui tipu helah?

Siapa yang menakluki seluruh benua Amerika, yang menjurus kepada kaum pribuminya mengeluh ‘white man speak with forked tongue’.

Puak Malaysian First masyhuk dengan gaya orang putih.

Puak Malaysian First mendakwa mereka Chinese Last. Justeru itu, harap-harap jangan dikaitkan tindak-tanduk mereka dengan sifat KeCinaan.

_______________________________________________________________________________________

* Saya tidak ada apa-apa kaitan dengan Utar. Biasiswa yang ditawarkan itu ialah biasiswa swasta dan dianugerahkan oleh dermawan perseorangan.

11.25am: Rencana ini dikemaskini sedikit dalam penggunaan tatabahasa dan perbendaharaan kata.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

22 thoughts on “Tolong jangan salahkan Cina bukit!

  1. tak salah mengekalkan bahasa ibunda asalkan jangan tak boleh bertutur bahasa kebangsaan negara ini. lebih-lebih lagi setelah lebih 50 tahun merdeka.
    dan jangan jadi biadap atau kurang ajar semasa mesyuarat syarikat yang sepatutnya berbahasa yang semua orang faham (english atau bahasa malaysia) tiba-tiba berbahasa ibunda dikalangan mereka yang mana orang lain tak faham.

    1. kalu tak paham, belajar la …apa salahnya kiranya fasih satu lagi bahasa….hang pon digalak untuk memahirkan diri dalam berapa bahasa yang boleh..tu pponkalu hang mampo..yeop

  2. apabila pertubuhan pribumi perkasa ditubuhkan mereka dituduh rasis oleh orang bukan melayu.kenapa ? adakah mereka takut melayu bangkit ?

  3. Saya terpersona membaca artikel kamu….

    …sekurang-kurangnya membuka perspektif pandangan dan pendapat saya tentang orang China…

    1. sikap begini la dikehendaki…..takbir..sama-sama kita belajar antara satu sama lain…

  4. Cina Bangsar biasanya bergaya London dan bercakap bahasa yang lebih mudah difahami, maka Melayu pun fikir mereka golongan yang lebih ‘dekat’ berbanding ‘Cina bukit’. Kes tak kenal maka tak cinta lah ni, dan dari satu segi kes ‘pilih kasih’.

    Saya mengajar budak2 diploma dan ijazah di institusi swasta. Budak2 diploma yang kelulusan sekolah menengahnya tak berapa baik dan tergeliat lidahnya berbahasa Inggeris, jauh lebih bersopan dan baik budi berbanding budak2 ijazah yang mampu speaking London macam mat saleh.

    Terima kasih Helen atas insight anda. Saya sangat setuju agar kita semua jangan menilai hati budi dari pembawaan luaran..

    Naj, orang Melayu

  5. menarik dan tahniah!izinkan rencana ini dikongsi bersama di laman “facebook”

    ________________________________________________________

    Terima kasih dan dipersilakan.

  6. Berapa banyak dan berapa dalam kefahaman orang Melayu terhadap orang bukan Melayu?

    Berapa banyak dan berapa dalam kefahaman orang bukan Melayu terhadap orang Melayu.

    secara umumnya, masyarakat bukan Melayu lebih ramai yang faham adat budaya orang Melayu, berbanding orang Melayu yang faham adat budaya bukan Melayu.

    Kita kurang berkomunikasi antara kaum. Kurang komunikasi > kurang faham antara satu sama lain.

  7. Penyakit cina yang penuh kecinaan selalu mendabik dada! Aku hebat, aku kiasu aku KAYA ! Lain tidak peduli kecuali wang, harta dan kekayaan ! Dengan kekayaan aku beli SEMUA nya termasuk Rais Yatim!

    Penyakit cina biasa sama juga penyakit dengan melayu biasa dan etnik-etnik lain. Ini semua orang Malaysia benar yang tahu tatasusila hidup bersama. Bukan kita bodoh,bukan kita tidak berpelajaran (semua cukup kerajaan sediakan) bukan juga kita benci antara satu sama lain. Sedikt tidak puas hati,semua bangsa pun ada.

    Yang menjadikan kita bersengketa ialah biawak-biawak besar tak sedar diri (teriang) yang suka sangat makan bangkai ! Berendam dalam air yang banyak ikan (ingat cerita biawak mukadimmah rencana Helen di atas, member kita LGE tu…he..he..biawak betul lak..)

    1. maae , setahu saya nie semua persepsi ahli umngkok kepada orang-orang Cina…orang-orang Melayu diajar berpersepsi sedemikian melalui kursus BTN kerana majoriti kakitangan awam adalah orang Melayu…ako rasa hang la adalah salah seekor dari rumpun tersebut….pendapat hang nie terlampau sempit tentang kebudayaan orang Cina…belajar lagi dengan kuat dalam topik ini di masa-masa akan datang…jangan putus asa…ako tak dapat mengubah persepsi hang kecuali hang ubah sendiri dengan banyak membaca…yeop..

      1. aku pun kakitangan awam gak tapi takde la persepsi macam tu!
        apa salah kerajaan wujudkan btn?

        ini pun meningkatkan mutu perkhidmatan awam gak!. bukan untuk mengajar rasis kepada bangsa lain terutama cina. Bodoh la hang cam bewak hidup je! Aku pun tau la mana satu cina baik mana satu cina yg paling kurang ajar!.

        Dengan hang sekali aku lempang laju-laju!, hang nak rasa tak?

  8. say mengajar di sekolah cina di bukit tutttttt….sekolah nie memang popular dengan pencapaian akdemik..masalahnya pada mereka cikgu melayu sangat low class…sangat bodoh…sekolah lain tak hebat sekolah mereka saja hebat..bila SPM keluar result sekolah perncapaian terbaik disandang oleh sekolah agama ‘ini’…pun tak boleh terima kenytaan..termasuk pengetua sekali..alasan budak tak ramai..duduk asrama dsb…pun sama jugak bila mereka kalah pertandingan peringkat kebangsaan dengan sekolah kebangsaan dari kedah..bunyi benda yang sama jugakk hangat hati betui…dok layan kiasu kiasu ni….

  9. terima kasih atas penjelasan ini…sememangnya saya tidak pernah benci dengan masyarakat cina, mahu pun masyarakat india di malaysia….as long as mereka ini dapat menerima malaysia ini asalnya di namakan Tanah Melayu & majoritinya umat islam. Apabila pihak penjajah datang mereka telah menghuru harakan bumi ini….dan sekarang, kita berkongsi bersama. cuma ada segelintir manusia, tidak kira melayu ke…cina ke..india ke yang cuba memecah belahkan keharmonian ini…termasuklah ‘cina bangsar’ yang dimaksudkan oleh saudari….hindari mereka! bongkar agenda mereka!

  10. salam saudari,

    amoi i tabik u lah, sememangnya sikap rasis tidak boleh dilabel daripada bangsa shj. tidak dinafikan kebanyakan yg sy kenal adalah sgt baik dan jujur, mereka benar2 ikhlas berkawan dan inilah patut ada pada setiap rakyat malaysia. tetapi berlainan sekali sikap golongan evengelist, mereka2 pura2 dlm sikap mereka dan kerana mereka, seringkali golongan cina menjadi sasaran kerana mereka pandai bermain gimik.

  11. Sebagai seorang cina,…..Saya tergelak apabila terbaca tentang “cina bukit”.
    Nampaknya ramai orang “bukan-cina” tidak memahami psaikologi kental orang cina!

    ORANG CINA TIDAK LANGSUNG MEMPERDULIKAN PANDANGAN ORANG LAIN TERHADAP MEREKA. Gelarkan saja apa apa gelaran terhadap orang cina dan mereka akan melemparkan pandangan sinis terhadap kebodohan akal penyalak penyalak perkauman dan meneruskan kesibukan harian mereka.

    Sejarah China selama 5000 tahun,ajaran Tao, Confucius,serta mentaliti immigran “oversea chinese” telah mengajar masyarakat cina menghadapi “sepak terajang” kehidupan.
    Jika anda mengganggap cacian dan hinaan terhadap orang cina akan menimbulkan kemarahan dan orang cina akan melatah, maka anda telah silap…Segala keburukan ,cacian dan hinaan terhadap orang cina akan dianggap sebagai “kurang peradapan dan rendah akal” dan akan dibiarkan begitu sahaja.

    Masyarakat cina telah mengganggap
    diri mereka sebagai “KETURUNAN NAGA” dan memandang tinggi terhadap masyarakat yg berakhlak dan tidak berpura-pura.

    Jika anda menonton filem filem dan drama Hong Kong dan Taiwan, tak kira cerita sejarah,perang,romantik, komedi,dll, segala pengajaran akan diselit dalam cerita cerita mereka mendidik orang cina untuk lebih BIJAK menghadapi cabaran kehidupan dan mengejar kemakmuran.
    Sebelum kita menghina kekurangan orang lain, kajilah terlebih dahulu kekurangan diri sendiri agar tidak dipandang hina oleh orang lain.

    1. Kalau begitu ada cina-cina evangelist ni keturunan naga,.adakah cina masih berpegang dgn konsep Kung Fu Tze yang mementingkan semangat keharmonian?

      begitu juga dengan Taoisme yg begitu byk mengingatkan tentang unsur keseimbangan Yin & Yang?.

      tak kira la cina bangsar, cina elit hingga evangelist saya tau mereka semuanya bukannya mengikut ajaran2 kuno cina tetapi mereka banyak mengikuti ajaran yang didukung oleh fahaman Zionist Yahudi laknatullah yang amat membenci Islam!

Comments are closed.