Posted in HIPOKRIT

Anak Guan Eng menuntut di SMJK (Cina)

Saya tidak pasti sama ada anak lelaki Lim Guan Eng masih lagi belajar di sekolah ini tetapi saya dikhabarkan salah seorang anaknya pernah menuntut di Heng Ee High School.

SMJK (Cina) Heng Ee ialah sebuah sekolah vernakular di Pulau Pinang.

Anak kepada pemimpin yang paling Malaysian First nampaknya tidak dimasukkan sekolah menengah kebangsaan.

Baru-baru ini pada Sept 17, Guan Eng telah merasmikan pembukaan Bangunan Wawasan, iaitu satu blok baru, di Heng Ee.

Bangunan Wawasan yang lapan tingkat itu mempunyai dua dewan serbaguna, perpustakaan, unit ko-kurriculum, bilik muzik serta menyediakan kemudahan ICT.

Dewan Peniagaan Cina Pulau Pinang atau Penang Chinese Chamber of Commerce (PCCC) telah menyumbang sebanyak RM2 juta untuk pembinaan bangunan tersebut.

Presiden PCCC ialah Tan Sri Tan Kok Ping yang sering kelihatan berdampingan dengan Guan Eng. (Lihat gambar-gambar di sini dan kaitan orang ini dengan developer Berjaya Land dan Vincent Tan.)

Screenshot (kanan) pesanan pengetua sekolah Heng Ee adalah dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris sahaja. Tidak ada versi dalam bahasa kebangsaan.

Pengetua itu, Goh Boon Poh, memberitahu dalam pesanannya bahawa orkestra sekolah Heng Ee telah membuat lawatan ke Beijing dan Taiwan pada 2008.

Pada Julai tahun lepas, kumpulan choir sekolah bertanding di Beijing dalam Kejohanan Paduan Suara Antarabangsa China ke-10 dan memenangi pingat emas.

Chinese Cultural Dance Troupe sekolah itu pula bertanding dalam China-Asean Youth Dance Interaction and Competition 2010 lalu memenangi dua pingat emas.

Suatu pameran lukisan berus Cina di dewan sekolah berjaya mengutip derma sebanyak RM100,000 untuk dana pembinaan Bangunan Wawasan yang mana seperti disebutkan tadi PCCC turut menyumbang RM2 juta.

Di bawah ialah screenshot muka depan laman PCCC (yang mana presidennya Tan Kok Ping kelihatan begitu rapat sekali dengan Guan Eng).

Seperti juga laman sesawang Heng Ee, hanya bahasa Cina dan bahasa Inggeris digunakan di laman PCCC.

Apakah sebenarnya pengertian Malaysian First kepada para politikus DAP? Adakah mereka bikin serupa cakap?

Anda mungkin juga meminati:

Apa kandungan ucapan bahasa Cina Lim Guan Eng di Han Chiang?

Guan Eng vs Rais: Siapa tipu?

Sun Yat Sen kesayangan Penang Firsters

Author:

I have no Faceook or Twitter.

21 thoughts on “Anak Guan Eng menuntut di SMJK (Cina)

  1. Politik pembangkang Malaysia diwarnai dengan hipokris tanpa berselindung. Cuma hairannya ialah kenapa masih ramai lagi yang tak nampak.

    Kita ada satu parti yang memperjuangkan konsep Malaysia tanpa sempadan kaum dan bangsa, tapi segala tindak tanduknya hanya menjerus kepada kepentingan kaum sahaja.

    Kemudian kita ada satu parti yang memperjuangkan keadilan, tapi segala tindak tanduk parti itu penuh korup dan penyelewengan.

    Kita juga ada satu parti yang memperjuangkan Islam, tapi banyak tindak tanduknya tidak mencerminkan nilai-nilai Islam yang sebenar.

    Dan paling malang ialah kita ada sebuah parti pemerintah yang lemah, tapi kita tidak ada pilihan yang lain memandangkan pembangkang yang ada hanya sesuai dipilih oleh orang yang otaknya sudah tidak waras, sebab kalau masih tak nampak hipokrisi puak-puak ini, nyata otak kita ni memang ada masalah.

    hmmm…..
    ______________________________________________________

    Grand Marquis, Saya merasakan parti yang mencanangkan ianya paling bersikap Malaysian bukannya memperjuangkan kepentingan kaum minoriti tetapi menjaga keuntungan diri dan jawatan, parti serta golongan kapitalis yang bersekongkol dengan mereka. — Helen

  2. Apapun Helen saya rasa sayu mengenangkan masa depan dan nasib anak2 kita terutama mereka dari luar bandar;

    Buka mulut pun salah, tak buka mulut pun salah.

    Just blogged an article and hope everyone can learn from the documentary “WAITING FOR SUPERMAN”..

    ….mendalam mesej terutama kepada majoriti anak bangsa kita yang begitu mengharapkan masa depan yang lebih cerah.. Quote from Forbes ““I cant believe that children can be sacrificed so adults can feel good with each other”…..

    @ http://woman724.blogspot.com/2011/10/schools-and-our-kids-nik-nur-madihah.html

  3. Itu lah. Bila majoriti melayu menyasarkan DAP dan penyokong tegar mereka yang lebih di kenali cauvinis secara terselindung dan nyata balik ke negara asal, China, mereka melompat dan marah! Mati-mati masih mengaku rakyat Malaysia! Tidak benar kah Helen?

    Ada kah cara DAP (pemimpin dan penggerak parti mereka) rupa wajah Malaysia? Kata pepatah melayu, dulang paku serpih….. lepas itu tak sedikit pun berasa bersalah dan rasa malu, tersengih hambar macam kerang busuk….

    Pada yang tak sedar lagi, muhasabah lah banyak-banyak untuk menjadi rakyat yang bersyukur dengan nikmat yang melimpah ruah di negara kita ini. Malah kedapatan sebahagian melayu dan bangsa india juga kian lupa langit di junjung. Tidak sudi bernegarakan Malaysia, tiada larangan untuk berhijrah. Silakan! Kenapa menyakitkan yang lain-lain?

    DAP hanya menjurus kepada kebaikan dan kepentingan peribadi, majoriti cina sahaja.Semangat Kebangsaan memang TIDAK pernah wujud langsung sebagai pemegang mykad. Masih bermimpi palsu mengagongkan Negara China yang BUKAN negara kelahiran, tanah tumpah darah. Produk tulin sekolah vernakular !

    Berpijak lah di bumi nyata! PM Najib ialah pemimpin Malaysia di kala ini di bawah Demokrasi Raja Berpelembagaan! Berjuang lah untuk kepentingan negara walau pahit segetir mana. Bukan bersemangat seperti LGE dan konco-konco nya….
    _______________________________________________________
    “Mati-mati masih mengaku rakyat Malaysia!” Bukan setakat itu sahaja tetapi para evangelis DAP mestinya ‘First’ dan lagi mengalahkan warga lain dalam sifat keMalaysiaan mereka. Kalau negara kita masih kekal dengan nama Tanah Melayu, akankah Hannah Yeoh mahu keturunan anaknya dicatat sebagai Anak Tanah Melayu pula (ATM dan bukannya Cina atau India)? — Helen

  4. Apa-apa pun, saya berpendapat parti yang memerintah negara ini sudah melampaui 54 tahun perlu dan mesti ditukar untuk lebih berdaya saing. Agar dengan ini akan berlakunya ‘semak dan imbang’.

    Dengan ini juga tidak semudahnya untuk meletakkan sampah sarap dan segala kekotoran berada di bawah permaidani..! Jika pemerintah tidak ditukar, perkara seperti ini akan terus berlaku dan habuk serta segala kekotoran akan tetap berguguran dari atas jika bahagian atasnya tidak pernah dibersihkan….

  5. hiya even our pass MOE cannot trust himself & cts all his kids 2 over c how sm1 who don trust our MOE cts his kids 2 SK !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    ting ting ting lah
    ____________________________________________________

    I support vernacular schools but I’ve never at the same time declared myself to be M’sian First nor installed myself as Anak M’sia. I openly say my race is Chinese. It’s his hypocrisy that’s being taken to task.– Helen

  6. Well, what about our No. 1 MalaysianPM and 1 Malaysia Cabinet members who sent his/their children at an early age overseas to learn in English, Helen? Why just single out LGE and not others? No guts?
    If you want to use the broom to sweep, then sweep thoroughly lah!
    Your own hypocrisy should also be taken to task too, Helen.

    1. You are right, Sally. Almost all BN’s kids are in international schools. Why you just point out this one Helen. You are not being fair. How about an article on Effenfi’s kid, Hishamuddin’s, Najib’s for example?

    2. LGE loves to gloat that is why he is being targeted. People who put themself high on pedestal eventually trip…..

    3. you seem to be missing the point….but maybe because its your mentality level.

      The key point here, if you can’t practice what you preach…you better stay quiet. No point gloating about something but you can’t handle it. It is called hypocrisy at the highest level.

      this apply to anybody including LGE. This article is about the hypocrite LGE and its not about others. For others, please find elsewhere if you can’t find here.

      capish ?

  7. anak guan eng tak silap la ni kat st. xavier..kena buang sekolah dari chung lin..
    ______________________________________________________________

    Anak yang berusia 16 tahun tu khabarnya di St Xavier’s. Bab dia dipindahkan dari Heng Ee ialah berita baru tadi disahkan Guan Eng sendiri.– Helen

  8. bro, anak najib dari sekolah rendah hingga universty belajar di luar negara…boleh komen tentang ni?

    1. apa masalahnya kalau dia belajar di luar negara?
      dia mampu bayar, lantak dia la nak hantar ke mana sekali pun

      ini cerita orang yang menganggap diri sebagai malaysian first. tapi guna bahasa cina dan english sahaja dalam aktiviti nya. well, we got to be fair to guan eng helen, because u just quoted mr principal and the website of the school.

      dan kisah ini ialah orang yang mencanang merata rata tempat bahawa dia ialah malaysian first. tapi dia masukkan anak ke sekolah vernakular. patutnya kalau begitu kuat dia canang malaysian first, maka kena lah dimasukkan ke dalam sekolah aliran malaysia.

      ini canang sangat kuat. tapi perlakuan tidak buat.

      sekarang baru tau kenapa dia begitu kuat canang diri malaysian first? untuk dapat undi kamu lah.
      ______________________________________________________

      Walaupun dalam posting ini saya hanya memetik dari muka depan laman Dewan Peniagaan Cina P.Pinang dan utusan pengetua sekolah namum dalam posting-posting lebih awal, saya telah menulis tentang bagaimana Guan Eng mengenepikan BM. Sila baca ‘Apa kandungan ucapan bahasa Cina Lim Guan Eng di Han Chiang?’ dan ‘Guan Eng vs Rais: Siapa tipu?‘ TQ.– Helen

  9. Sekiranya anda melihat pada http://limguaneng.com atau Facebook rasmi Guan Eng, anda akan mendapati posting-postingnya kebanyakan dwibahasa, iaitu dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina mahupun ada sesetengah kenyataan media yang diterjemah ke BM.

  10. Hello,

    Why dont you harp on the PAS leaders who send their kids to Maahad Tahfiz and Indonesian/Indian Continent Universities?

    Unless you give me similiar examples of Ministers who send their kids to Mahaads or religious Universities in the Indian and Arab Continent, then your argument is flawed.

    The point is this.

    You are free to send your kids to whatever education stream you prefer.

    Sending kids overseas is a different story as the medium is English.
    I would do the same as I was fortunate to receive both at a very young age.

    But please do not equate it to a chinese medium education as here in Malaysia as far as I am aware you either speak Malay or English especially in the job market.

    Not Mandarin (unless it’s a chinese cloak entity disguising as a local co) not arab (unless its a pseudo- arab malay co) and not tamil.

    In Malaysia, english is used by ALL races. Mandarin is NOT no matter how hard you try to sell the motherland agenda. English does not belong to a specific race.

    I have been in Human Resources for more than 15 years locally and regionally in top MNCs and have literally interviewed hundreds if not thousands of young graduates.

    Allow me to digress a little.

    I have not come across a SINGLE young candidate from a vernacular school (either chinese or arabic) who can speak, write and articulate well in English and make them better than the rest.

    Those who have received vernacular education with even 2.1/1 honours degree overseas end up being social retards, have very poor communication skills, highly introverted and stick to their own ilk in all company and social functions.

    They will get insecure in company or social functions where the majority are well spoken in English and then gravitate to tables to those of similar ilk where they can find comfort and start speaking in chinese.

    Unfortunately for them, the rest of us (meaning the mainstream malays, chinese and indians) are observing and they are certainly not doing themselves any favours,

    We all know what a “Melayuu” crowd or “Cinaah” crowd is and how we detest to be labelled as such.

    Judging from the shallow comments here, it’s so easy to detect who they are.

    So please, spare me the hypocrisy.

    This is based on experience so you are welcome to dispute me with facts.

  11. Dear Helen,

    You started with the school, the headmaster address in chinese and english, the school achievements, and all of a sudden you made a huge turn and started taking potshot attacks at LGE, DAP and the Malaysian First idea. I really don’t see any connections between all these.

    I’m no big fan of DAP nor LGE but I have noticed your blog posts are all focused solely on attacking LGE and DAP. As much as I don’t want to think about it, it seems like you really have a personal vendetta against LGE and DAP.

    Your impeccable command of BM and English demonstrates that are at least a well-educated being, so this really frustrates me when someone of your caliber clings on to any kind opportunity to bring up LGE and DAP in your blog posts.

    Regards
    Joe Thong

    1. Why cant you tolerate someone whose views differ from you and didnt see LGE the way you would like her to? One thing i know for sure about LGE is that he cannot take what he dish out to others….a total hypocrites.

      1. 1m, I’m not asking her to “spare” LGE, since she’s entitled to her own views and opinions. But I’m commenting on her logic formulation, it seems to me Helen likes to find any weak signals and turn it into a LGE criticizing article loaded with weak arguments.

Comments are closed.