Posted in BIAWAK

Butir-butir $PICE: Developer dapat begitu banyak kelebihan

Ketua menteri Pulau Pinang berputar dan membelit-belit tetapi masih belum menjawab tiga soalan teras bersangkut dengan perjanjian Subterranean Penang International Convention & Exhibition Centre (sPICE).

Klik untuk baca rencana penuh FMT

Pertama, kenapa kerajaan negeri membenarkan pihak pemaju sPICE membina 1,500 unit residential (rumah) tambahan di Pulau Pinang?

Ini dibolehkan melalui pemegang konsesi sPICE iaitu Eco Meridian (anak syarikat pemaju hartanah SP Setia) diberi kelonggaran untuk membuat projek perumahan melepasi tahap kepadatan maksimum 87 unit setiap satu ekar yang ditetapkan sekarang.

Pemaju sPICE diberi layanan istimewa ‘additional density’ oleh kerajaan negeri dengan dibenarkan membina sampai sejumlah 120 unit setiap satu ekar — penempatan yang amat sesak.

Rujukan: Perkara 4.1 Perjanjian konsesi sPICE

DEVELOPMENT RIGHTS 

4.1.   MPPP unconditionally and irrevocably grant concessionaire and/or any of its related Corporation to the right to additional density of any development carried out within the island of Pulau Pinang over and above the maximum permissible density for the land, provided always that the total sum of such development rights utilized and spread over all projects within the island does not exceed 1,500 residential units.

Kedua, kenapa kerajaan negeri mahu memberi tanah secara percuma kepada Eco Meridian walhal semua hasil jualan rumah-rumah tersebut akan dikaut SP Setia?

Tanah ini bakal disediakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) supaya 450 unit rumah kos sederhana-rendah boleh dibina.

Rumah-rumah ini bersaiz reban ayam dengan built-up area tidak melebihi 650 kaki persegi.

Klik untuk membaca rencana penuh The Star

Ketiga, kenapa sPICE dibebaskan cukai memandangkan ia suatu peniagaan dengan adanya kedai-kedai makan dan pejabat-pejabat yang akan mendatangkan keuntungan kepada pemegang konsesi selain pendapatan diperolehi dari sewa dewan dan parking kereta?

Concessionaire sPICE akan mendapat segala untung sungguhpun MPPP menanggung 20 peratus kos pembinaan.

MPPP juga kehilangan punca pendapatan yang banyak kerana sepanjang tempoh konsesi, semua taksiran dan cukai tanah untuk sPICE akan dilepaskan.

Lembu punya kandang, sapi dapat untung

Projek sPICE dibuat di atas tanah MPPP.

Tapak sPICE adalah seluas 24 ekar di Mukim 12, Jalan Tun Dr Awang, daerah barat daya, Pulau Pinang.

Ia merangkumi kawasan Penang International Sports Arena (Pisa). Status tanah adalah seperti di bawah:

  • Lot 11569 di bawah pajakan negeri 3000, berkeluasan 12,937 meter persegi – tarikh lupus 23 Dis 2096
  • Lot 11543 tanah milik bebas Geran 60007, berkeluasan 22,438 meter persegi
  • dan sebahagian Lot 7481 di bawah pajakan negeri 2827, berkeluasan 67,520 meter persegi – tarikh lupus 20 Jan 2087

Keistimewaan diberi

MPPP menawarkan sPICE suatu ‘fast track consideration procedure’, yakni dipercepatkan kaedah pertimbangan.

Majlis perbandaran juga bersetuju tidak akan mengenakan segala caj dan bayaran yang secara lazimnya terpaksa dibayar untuk mendapatkan ‘applicable approvals’ serta pembinaan kemudahan projek.

Build-Operate-Transfer (BOT)

I. Membina sPICE: Dewan yang boleh memuat 6,000 orang pelawat dan kedai makan/pejabat – jangkaan kos RM130.2 juta

II. Membaikpulih stadium Pisa – jangkaan kos RM23.9 juta

III. Membaikpulih Pusat Akuatik – jangkaan kos RM6.37 juta

  Kos pembinaan keseluruhan   RM228,141,249
  Bayaran rundingan (10%)   RM22,814,000

.
Seperti yang kita sudah ketahui (lihat posting semalam), MPPP akan menyumbang RM50 juta duit rakyat.

Namun MPPP melabor RM50 juta serta tanah dimiliki majlis tetapi kerajaan negeri rugi kerana tidak mengutip sewa dari concessionaire.

Bayaran konsesi yang dikeluarkan oleh Eco Meridian anak syarikat SP Setia itu hanya RM1,000 (!) untuk keselurahan projek 30 tahun ini. Jualan durian runtuh ke?

Butir-butir lain perjanjian

Tempoh konsesi: 30 tahun

Ianya boleh dilanjutkan untuk dua penggal lagi, setiap penggal selama 15 tahun. (Fakta ini bercanggah dengan ‘penafian’ Guan Eng tatkala diasak, baca rencana FMT di atas.)

Perjanjian ditandatangani 19 Ogos 2011 di antara MPPP dan concessionaire, Eco Meridian Sdn Bhd (No. syarikat 909427K).

Bagi pihak MPPP, ia ditandatangani Yang DiPertua majlis Hajah Patahiyah Ismail, ahli majlis Tan Hun Wooi dan YB (‘Yang Berusaha’) setiausaha perbandaran Ir. Ang Aing Thye.

Eco Meridian Sdn Bhd diwakili CEO/presiden SP Setia Liew Kee Sin (klik gambar geng Tan Sri) untuk perjanjian tersebut.

Sebuah hotel akan dibina di atas Lot 7481 berukuran 136,700 kaki persegi. Ia kemudiannya akan dijual pada harga RM13.67 juta dan dipindah milik kepada concessionaire dengan lease (sewa) 99 tahun.

Kenapa hotel ini diberikan lease 99 tahun dan bukannya 30 tahun sejajar dengan tempoh konsesi?

Penang Forum, sebuah gabungan 14 NGO termasuk Aliran, Consumers Association of Penang (CAP), Malaysian Nature Society (MNS) dan Penang Heritage Trust tidak menyenangi sPICE tetapi mereka tidak pula menyuarakan bantahan. Presiden Aliran misalnya dilihat sebagai penyokong kuat Guan Eng.

Tumpah kuah ke nasi juga

Pada September 27, exco negeri Chow Kon Yeow – juga pengerusi DAP negeri – beserta YDP MPPP dan pegawai-pegawainya telah mengadakan sidang akhbar. Gelagat mereka saling tak tumpah seperti bos mereka.

Blogger Anil Netto, yang juga seorang aktivis di Pulau Pinang, telah membuat liputan sesi soal-jawab di mana kerajaan negeri lebih banyak mengelak daripada merungkai kemusykilan.

Anil telah mencatatkan ‘No real answer given’ / ‘Answer wasn’t very clear’  / ‘This sounded vague’ sebanyak lapan kali.

Nyata sekali Pulau Pinang mengamalkan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Orang politik nombor satu Pulau Pinang pun jarang menjawab soalan dengan telus maka kaki tangannya hanya mengikut contoh kepala.

Baca juga:

Mana perginya CAT bagi projek RM300j sPICE?

_________________________________________________________________________________

Anda mungkin meminati:

Kg Buah Pala: Pagar makan padi

Guan Eng bergesel bahu dengan tauke-tauke besar Cina

DAP-lalaland kapitalis gagah

Author:

I have no Faceook or Twitter.

5 thoughts on “Butir-butir $PICE: Developer dapat begitu banyak kelebihan

  1. Ini semua fitnah.. Helen, berapa juta kamu dibayar? Kamu tahu tak, Lim Guan Eng tu seorang yg begitu cekap dlm pentadbiran. Pinang takkan sebegini maju jika tidak kerana usaha DAP and Lim Guan Eng.

    Farihin
    ___________________________________________

    Oh, ya kah: “berapa juta saya dibayar?” Farihin. Pihak mana yang mulakan amalan politik longkang dengan membuat serangan peribadi dan tuduhan tanpa asas dan bukti? Tepuk dada tanya selera. — Helen

  2. “Pinang takkan sebegini maju jika tidak kerana usaha DAP and Lim Guan Eng.”-farihin

    Rasenye penang mmg dah maju sblm 2008 lagi….LGE cuci kaki je amik penang,,,

Comments are closed.