Posted in Anak Malaysia

Malaysiakini ejen Umno?

The Malay Mail to hit the streets on Jan 30, 2012‘ — siap Malaysiakini mempromo akhbar itu yang akan dilancarkan semula sebagai edaran harian berbayar.

Laporan dua hari lepas bahawa Malaysiakini dan The Malay Mail memeterai satu perjanjian pertukaran berita telah disambut dingin oleh para pembaca setia portal pro-pembangkang tersebut.

Inilah bab paling kelakar kerana pembaca Malaysiakini memang terkenal jaguh dalam mencopkan semua pengkritik barisan pembangkang sebagai ejen Umno. Menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri sekarang.

Nampaknya lagi sebanyak 9 komen pembaca telah ditapis/dipadamkan (deleted) di rencana ‘Malay Mail buys content from Malaysiakini‘.*

Screenshot (bawah) antara komen-komen pembaca yang menyatakan mereka mahu membatalkan langganan sebagai membantah kandungan Malaysiakini bakal dicetak sekali dengan Mole.my di Malay Mail selepas rombakan akhbar itu.

Bagi pembaca pro-Pakatan yang gemar menghentam RockyBru sebagai pro-Umno, muatan Malaysiakini bersama dengan Mole, iaitu projek Datuk Rocky, bagai jatuh ditimpa tangga.

Sudah menjadi kebiasaan bagi penyokong tegar Pakatan bilamana menyebut tentang Utusan, pasti akan dikatakan mereka  akhbar itu milik Umno. Kalau disentuh The Star, tidak lari suratkhabar itu dikaitkan dengan MCA. (Lihat komen oleh ‘reborn’, atas)

Akan tetapi tidak pula terlintas di benak penyokong-penyokong pembangkang ini untuk bertanya siapakah selama ini yang membiayai media alternatif pro-pembangkang? Siapa pemilik The Malaysian Insider, contohnya? Dan tahukah anda bahawa penaja Malaysiakini sewaktu ia dilancarkan pada tahun 1999 mempunyai kaitan dengan hartawan … (baca sini).

“Mereka dibayar! Mereka dibayar!

Ketua pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan baru-baru ini berkata tindakan menjual kandungan kepada Malay Mail merupakan satu langkah untuk “mempelbagaikan sumber pendapatan”.

Screenshot (atas) ialah komen seorang pembaca di rencana, ‘It is you who has bought over MM [Malay Mail]’ (8 Dec 2011) yang berpendapat DAP sengaja dilebihkan oleh Malaysiakini.

Adakah pendirian Malaysiakini pernah dipengaruhi oleh elemen-elemen politik tertentu? Pada Okt 14, Steven menulis:

” … menjual kandungan tidak menjejaskan pendirian editorial kami. Pengguna kandungan kami [iaitu Malay Mail] tiada sebarang suara dalam sidang pengarang — ambil atau tinggalkan saja. Mereka juga tidak dibenarkan mengubah kandungan yang disiarkan.”

Dalam rencananya bertajuk ‘M’kini dijual pada Umno? Langkah mayat kami‘, Steven berkata Malaysiakini “terkejut apabila pesaing mereka gagal faham asas ekonomi” penjualan kandungan.

“Tetapi, sekali lagi, mungkin mereka tidak perlu bimbang masalah wang kerana mendapatnya daripada suatu sumber,” kata Steven.

Portal khusus untuk PRU12

Biar kita buat satu kajian (case study) pesaing Malaysiakini yang “tidak perlu bimbang masalah wang kerana mendapatnya daripada suatu sumber”.

The Nut Graph (TNG) telah dilancarkan oleh pengasasnya – dua wartawan media arus perdana Jacqueline Ann Surin dan Cindy Tham – pada 20 Feb 2008 supaya portal itu boleh sempat membuat liputan pilihanraya umum pada Mac 8. TNG telah menerima “pelaburan” untuk menanggungnya dua tahun dari 2008 sehingga Mac 2010.

Pada mula-mulanya TNG menggunakan nama Malaysia Votes. Seterusnya pada Ogos 2008, Malaysia Votes bertukar menjadi Nut Graph.

Bukan secara kebetulan, The Malaysian Insider (TMI) juga memulakan operasinya pada Februari 2008. Maklumlah, deman pilihanraya.

Bagaimanakah TMI yang kita baca percuma mampu memperolehi pendapatan yang cukup walhal Malaysiakini yang mengutip yuran subskrip serta menyiarkan lebih banyak iklan masih perlu mencari dana tambahan?

Tidakkah pembaca-pembaca setia TMI tertanya-tanya perkara ini — siapa yang funding?

Berapa kos operasi sebuah portal berita?

Dicurahkan RM2.5 juta

Dengan The Nut Graph (TNG), kita boleh membuat suatu anggaran. Pada Julai 2010 TNG merayu kepada orangramai supaya menderma kerana bisnes mereka kehabisan modal. Ketika itu, pengarangnya Jacqueline mendedahkan bahawa perbelanjaan portal tersebut adalah RM80,000 sebulan.

Sebelum pejabat TNG ditutup pada 1 Sept 2010 serta kakitangannya diberhentikan kerja, perbelanjaan (overheads) portal tersebut dikurangkan kepada RM60,000 untuk beberapa bulan akhir, kata Jacqueline.

Mengira kos operasi TNG dari Feb 2008 hingga ke (andaikanlah) Mei 2010, kita terjemahkan sebagai 28 bulan x RM80,000 = RM2,240,000 sementara Jun-Ogos 2010 ialah 3 bulan x RM60,000=RM180,000.

Katakan kos start-up – menyewa ruang pejabat, renovasi, pasang lampu, air-cond dsb, pembelian hardware (peralatan komputer), menyediakan sistem dan menyelenggarakan portal, deposit api dan air, perabot, almari dan perkasas sekaligus teruja membeli barangan perhiasan di IKEA (ini mengikut cerita pengasas bersekutunya Cindy Tham) – adalah berjumlah lebih kurang RM80,000.

Maka anggaran kos operasi TNG dari Februari 2008 sehingga winding down-nya pada September 2010, dijumlahkan semua, berkemungkinan mencecah RM2.5 juta.

Who’s the boss?

Penggiat di dunia siber yang memekik-raung tentang cybertrooper Umno/MCA dibayar — aneh binti pelik — tidak pula pernah menyoal siapakah tauke di belakang tabir portal-portal berita kesayangan mereka.

Saya masih ingat sewaktu Jacqueline Surin mempromosikan pelancaran portalnya, dia memang ditanya beberapa kali oleh wartawan tentang siapa sebenarnya pelabor murah hati yang menyalurkan “seed money” kepadanya.

Setiap kali dia akan mengelak daripada menjawab. “Rahsia”, tepisnya. “Pelabor enggan identiti mereka diketahui.” Namun political junkies dan Yeopies berpihak kepada pembangkang itu tidak hairan tentang siapa dermawan Nut Graph itu? Lagipun RM2.5 juta bukan kecil angkanya.

TNG kini sudahpun dikurangkan kekerapannya daripada terbitan harian menyusut menjadi mingguan.

Rencana TNG yang paling tinggi ‘hits’nya ialah ‘Allah’ issue: Who started it?

Sebagai perbandingan, sesiapa pun boleh membuka blog sama ada dia suri rumah, orang berpencen atau remaja. Tidak payahlah berbekalkan modal RM2.5 juta malah hits seseorang blogger amateur pun boleh lebih.

Contohnya, satu blog yang hanya bersandarkan kreativiti bloggernya – http://blogserius.blogspot.com – mencapai # 83 pada ranking trafik Alexa di Malaysia (yakni jumlah pengunjung ke laman).

Sebuah blog hiburan sensasi tentang artis – http://beautifulnara.com – menduduki ranking Alexa # 52. Beautiful Nara juga tercalon ke pusingan akhir dua kategori Anugerah Nuffnang (Best Entertainment Blog dan Most Influential Blog). Milosuam dan Papagomo – dua blogger sopo yang top di Malaysia – ada pada ranking # 274 dan # 287.

Kesemuanya tak payah pun pelaboran berjuta-juta seumpama The Nut Graph — yang kini ketinggalan pada ranking # 5,495. (Sebuah ungkapan Inggeris berbunyi “Money can’t buy you love” ataupun membeli tempat di hati pembaca).

Berbalik kepada dilema Malaysiakini yang sekarang diberi jolokan ‘ejen Umno’.

Kesepakatannya dengan Malay Mail mungkin menghasilkan saluran pendapatan lumayan tetapi pada masa yang sama menimbulkan kesangsian di kalangan pembaca pro-pembangkang. Begitulah fiil pembacanya sendiri yang memaki hamun Malaysiakini sekarang, selalu sangsi dan asyik menuduh … itulah poetic justice katanya — senjata makan tuan.

________________________________________________________________________________

* Sebanyak 24 komen dipadamkan daripada sebuah rencana Malaysiakini (27 Sept 2011) yang menceritakan keceluparan Lim Guan Eng di Johor.

Anda juga mungkin meminati:

M’sian Insider report sparked Malaysiakini tiff with M’sia Chronicle

Author:

I have no Faceook or Twitter.

3 thoughts on “Malaysiakini ejen Umno?

  1. Who believe mk / tmi / tng ? i don’t understand why ‘we’ only like on d dark side.Mereka sering paranoid.

  2. Memang kita suka kepada anti-establishment…sekurang2nya ada perbahasan; walapun kerapkali berakhir dengan ejekan

  3. Even though I hate most of TMI, MK, and TNG news/articles, I still like their ‘existance’. Diversities are great, and at least I could read what both/many sides of the story on one issue. The best thing is, to read the readers nutcrackers’ comments. They are so like gangster di portal, but semut di luar. LMAO.
    ________________________________________________________________________________________

    ROTFL

Comments are closed.