Posted in Media

Sudah kahwin tapi sorok

Kalau perkara molek, baik buat terang-terang. Dalam cuba berselindung ini, kahwin mutaah ke?

Bandingkan screenshot (bawah) halaman-halaman Malaysiakini ini. Kedua-duanya membawa cerita yang sama kecuali tajuk berita berubah. Perhatikan bahawa nama pemberita dan ‘timestamp’ (cop tarikh dan waktu) adalah serupa.

‘Malaysiakini and Malay Mail tie the knot’ telah ditukar kepada ‘Malay Mail buys content from Malaysiakini’.

Menggambarkan portal berita pro-pembangkang (lebih khususnya pro-DAP sakan) itu sebagai “tie the knot” ataupun bernikah dengan akhbar yang dahulunya berpayung di bawah The New Straits Times Group pastinya tidak dapat ditelan pembaca-pembaca setia Malaysiakini.

Pasti juga ramai para pembaca setia Malaysiakini meronta-ronta seperti kera kena belacan apabila mendengar khabar perkahwinan Malaysiakini dengan Malay Mail.

Malah sebanyak 9 komen pembaca – mungkin lebih lagi, mana tahu – telah ditapis/dipadamkan (deleted).

Dalam posting saya yang awal ‘Malaysiakini ejen Umno?‘, saya berkata dua merpati sejoli tidur sebantal ini bab paling kelakar kerana pembaca Malaysiakini memang terkenal jaguh dalam mencopkan semua pengkritik Pakatan sebagai ejen Umno.

Sungguh mencuit hati melihat ada pembaca pro-pembangkang yang sekarang bertanggapan Malaysiakini menjual tubuhnya kepada Umno pula. Itulah. Menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri. Every portal gets the readers they deserve.

Namun begitu, blog Duke of Umno membaca keadaan sebagai sebaliknya dan mencadangkan bahawa perkembangan tersebut mungkin menandakan Malay Mail dan Mole.my beralih arah kepada pembangkang. Satu teori yang menarik juga. Hmm, siapa nak tanya pada Rocky neh?

Screenshot Yahoo! News memaparkan tajuk asal.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

One thought on “Sudah kahwin tapi sorok

  1. Hi Helen, as for me, news portal just want to get readers and millions of hits, regardless of quality of the news content, and most of them are rubbish.Today they are married and the next day they’ll get divorce. Cliche.

    and most of the time, they are just sleeping partners a.k.a PKR. they are not officially married yet, right?
    ____________________________________________________________________________________________

    It seems they are, Darlyn. See here.

Comments are closed.