Posted in Anak Malaysia

Pakatan punya lah ramai pengikut ‘personality cult’

Kalau meletakkan objek pujaan sebagai dewi maksum tanpa dinilai pencapaian, itu pengikut ‘cult’ namanya.

(I) Tun Razak / Najib

Tun Abdul Razak Hussein menjadi perdana menteri 1970-1976.

Pada tahun 1976, Najib Razak dipilih untuk bertanding kerusi Parlimen yang sebelum itu dipegang arwah bapanya.

Pada tahun itu juga, Najib menjadi ahli exco Pemuda Umno. Selepas menimba pengalaman 6 tahun sebagai MP, Najib menjadi Menteri Besar Pahang (1982-1986).

Tatkala Tun Razak masih hidup, anaknya Najib tidak berkecimpung dalam politik.

(II) Tun Hussein / Hishamuddin

Tun Hussein Onn menjadi PM 1976-1981.

Anaknya Hishammuddin Hussein bertanding kerusi Parlimen Tenggara di Johor pada tahun 1995.

Sewaktu Tun Hussein masih berada di persada nasional, Hishammuddin tidak menceburi bidang politik.

Hishammuddin didedahkan julung kali kepada pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan apabila dilantik sebagai setiausaha parlimen kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Tun Hussein meninggal dunia pada tahun 1990.

Walaupun Hishamuddin waris sebuah keluarga politik yang ternama, namun dia hanya diberikan jawatan setiausaha parlimen sebagai langkah permulaan dan itupun 5 tahun selepas pemergian ayahnya.

(III) Tun Mahathir / Mukhriz

Tun Mahathir Mohamad menjadi PM 1981-2003.

Anaknya Mukhriz menjadi seorang exco Pemuda Umno pada tahun 2004.

Dalam pilihanraya 2008, Mukhriz menang kerusi Parlimen Jerlun di Kedah. Pada tahun 2009, dia tewas kepada Khairy Jamaluddin dalam perebutan ketua Pemuda Umno.

Ada juga Mukhriz sedikit banyak merasai asam garam politik — menang kalah itu adat perlawanan.

Dr M tidaklah menaikkan Mukhriz sewaktu dia menjadi PM demi menjamin kemenangan anaknya. Malah Mukhriz hanya menjawat exco Pemuda genap setahun selepas bapanya bersara.

(IV) DSAI / Nurul Izzah

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketua pembangkang.

Dia pemimpin de facto PKR walaupun tidak dipilih ahli-ahli parti.

Isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail presiden PKR tanpa bertanding.

Anak mereka Nurul Izzah bertanding naib presiden parti dan memperolehi undi paling tinggi.

Suami ketua umum, isteri presiden, anak naib presiden … baik Anwar lantik sahaja menantu sebagai penasihat kehormat, ya?

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman dikhabar pernah mengesahkan bahawa cabang PKR Nibong Tebal telah menamakan Nurul Nuha (anak Anugerah Tuhan yang seorang lagi) sebagai calon berpotensi untuk duduk kerusi parlimen.

PKR nampaknya lebih menyerupai ‘family business’ walaupun Umno yang sering dikutuk kerana melahirkan dinasti politik.

Kelihatan juga budaya membodek amat menebal dalam PKR di mana wala diberikan kepada ahli-ahli keluarga Anugerah Tuhan berdasarkan salasilah.

Nurul yang dicanangkan sebagai Puteri Reformasi terus diletakkan di atas taktha.

Manakala Najib, Hishamuddin dan Mukhriz kesemuanya memulakan kerjaya politik mereka sebagai exco (tak glamor pun gelaran exco) sayap pemuda terlebih dahulu sebelum memanjat tangga ke kedudukan yang lebih senior.

Ketiga-tiga anak lelaki mantan perdana menteri (PM yang ke-2 sampai yang ke-4) memperolehi pengalaman daripada mengendalikan pelbagai kementerian.

Hishamuddin dan Najib pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, iaitu portfolio yang kurang pengaruh tetapi berfungsi sebagai takuk pertama memperkenalkan mereka kepada selok-belok kabinet.

Mukhriz pula belum lagi menjadi menteri tetapi memegang jawatan timbalan menteri sekarang.

Sebaliknya ada di kalangan penyokong-penyokong Pakatan yang beriya-iya mahu supaya Nurul Izzah dicalonkan sebagai ‘PM in waiting’ sekiranya Anwar diputuskan bersalah oleh mahkamah nanti.

Keistimewaan zat Anugerah Tuhan

Apa kelayakan Nurul menjadi perdana menteri?

Nurul Izzah tidak pernah pun bekerja di sektor swasta demi mendapat gaji hasil keringatnya sendiri.

Dia tidak pernah menunjukkan dia mampu mengurus walau sebuah syarikat kecil ataupun mampu menjalankan sebuah bisnes dengan berjaya. Sebaik sahaja terjun masuk kancah sudah dilambung tinggi.

Sekurang-kurangnya Hishamuddin bekerja sebagai peguam di sebuah syarikat yang terkenal serta kemudian menjadi rakan kongsi di syarikat guamannya sendiri.

Seorang tokoh PKR, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim pernah menjadi pensyarah universiti, menjadi CEO sebuah badan kerajaan iaitu Pemodalan Nasional Berhad serta menjadi CEO Guthrie, sebuah GLC, sebelum dipelawa masuk kandang politik.

Apa pengalaman yang Nurul Izzah ada?

Gelagat golongan pembangkang jelas menunjukkan mereka menyembah pemimpin yang belum membuktikan kebolehan. Ketaksuban ini menggambarkan mereka sekadar pengikut jenis yang begitu mudah teruja dengan personaliti fotogenik.

BERSAMBUNG: Dinasti Lim diberi jolokan ‘diktator’

_______________________________________________________________________________

Anda juga mungkin meminati:

Author:

I have no Faceook or Twitter.

23 thoughts on “Pakatan punya lah ramai pengikut ‘personality cult’

  1. helen

    Tepat sekali tulisan saudari. Pemimpin PKR seperti Nurul Izzah hanya pandai bercakap kosong. Tiada pengalaman mentadbir, hanya guna air liur dan janji kosong.Pemimpin serupa ini harus ditolak.Serupa macam ayahandanya Anugerah Tuhan. Bercakap berdegar-degar, berak atas gelegar kata orang Johor.

  2. Helen, saya tak tahu jika tiada orang sedar akan kebenaran ini. Atau mungking buat-buat tak tahu apabila keluarkan kenyataan UMNO-BN adalah politik keluarga dan kroni. Paku dulang serpih, cakap orang dia yg lebih. It is also does not happen in MIC, MCA or any other BN component parties as well. But if it does, just shoot.

    PKR bukanlah Parti Keadilan Rakyat tetapi parti keadilan Anwar untuk bebas daripada tuduhan. It is totally a mere personal corruption, and it is just all about Anwar and about rakyat. Look at all of the articles ever published about Anwar, does anything ever mention about rakyat at all except if it is not about him? Go figure.

  3. Helen,

    Mula-mula mata saya yang sentiasa rabun tersilap baca anda punya title “Personality Cult” di mana ianya ternampak huruf “n” dan bukan “l” di situ. Mujur saya teliti semula.

    Anyway, konklusi yang anda cuba sampaikan tetapi tidak anda sampaikan adalah menarik. Mahathir-Mukriz, Razak-Najib, Hussein-Hishammuddin tak serupa dengan The Lims, The Singhs, The Berahims and the NikAzizs kerana the latter semuanya punya anak2 yang berkecimpung dalam politik KETIKA ayahanda-ayahanda mereka masih berkuasa. Cubalah bayangkan ketika mesyuarat agong dan pengundian dijalankan … dan perwakilan-perwakilan- sedang mengundi … sekali misai-misai ayahanda (atau janggut atau serban) ter”twitch” maka gementarlah mereka-mereka hendak mengundi selain dari keturunan ayahanda tadi.

    Tetapi anda melawak bila menceritakan mengenai Nurul Izzah “PM in Waiting”. Mungkin waiting beliau dalam waiting room, Sungai Buloh?

    Leman

    1. Leman,
      Jangan nafikan kemungkinan cita-cita Nurul Izzah hendak dijadikan PM in waiting sebab Anwar dan konco-konconya dalam PAS & DAP pun sebenarnya tidak mahu Azmin jadi PM sebab masalah2 peribadi dan peribodinya. Azmin hanya jadi kuda Anuar saja. Kalau bos tak dapat jadi PM masakan kudanya boleh…

  4. Bin atau Binti Anwar Ibrahim kan keturunan maksum, tak de dosa dan mereka la paling berkaliber/bersih/bebas rasuah/error free di bumi Malaysia ini. Selayaknya selepas Anwar Ibrahim sebagai PM ke 7 bersara, tempatnya diambilalih oleh Nurul Izzah sebagai PM ke 8, pastu jika anak nurul izzah belum akil baligh sila pass post itu ke Nurul Nuha. Nampak gayanya Malaysia akan melalui zaman pemerintahan yang adil dan makmur menerusi dinasti Al-Anwar Ibrahimi…
    God Bless Malaysia!!!
    God Bless Anwar Ibrahim!!!
    God Bless Nurul Izzah!!!

  5. Helen Ang berani mati. I like!! Nice one. By the way can I make myself at home in this wonderful blog?

  6. Bulls-eye ! Pedas ! But the joke (or tragedy) is that there are legion of Pakatan supporters who think Nurul is a PM-material and an intellectual.

    If you had paid close attention, there has been a well-orchestrated PR effort to project Nurul and perhaps to groom her as Anwar’s successor lately. She has been giving awful lot of speeches and making unending attacks on BN and Najib on policy related matters. Pakatan-front media like M-Insider/Mkini gave her a lot space and publicity. Some of the foreign media friendly to Anwar also gave her some exposure. Even in the parliament, she has been playing a senior role in PKR/Pakatan ahead of other older folks. So I think Anwar is grooming to be the PM.

    BTW, you might want to read my comments on this Malaysian version of Aadams family.

    http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/messy-meltdown-of-malaysias-messiah-calvin-sankaran/

  7. to all commenters.. pls keep your mind opened.

    you should get to know her in person before making this kind of judgement. also, ask MP from BN what do they think of nurul. then you can rewrite this article.

    all i can say you should have done better research.

    1. Our mind is open, this blog entry is half facts half observation. Our mind is open that we are quite shocked when one of PKR ustaz claimed that Anwar is the chosen ‘when the world is coming to an end’ leader (aka imam Mahadi) and this was caught on tape. So whose mind is n

  8. Nurul Izzah as PM? LOL!! It is as ridiculous as the statement made by KJ to be PM before 40!

    Even tho I admit that I don’t like to see dinosours occupying too many Ministerial posts.. but I still expect PM of this great country of ours to be “seasoned” and experienced.. not budak mentah macam NI and KJ!

    The cult followers may think otherwise but I’m sure the majority of Malaysians will have the same opinion as me..

    By the way Helen.. you shd’ve highlighted the Lims and the Singhs dynasty too ;p The dynasty that claimed that they are whiter than white.. only others are corrupt..
    ________________________________________________________________________

    My pleasure to highlight the Lims, RCZ. Coming up next. — Helen

  9. Kenapa kita dengki sangat dengan anwar, Helen pernahkan ker merasakan diri disepak terajang ditumbuk mata hingga lebam. Pernahkan Helen diaibkan sebagaimana Anawar ibrahim. Adakah Nurul Izzah teringin sangat nak berpolitik kalau tidak disebabkan keluarganya dianiaya sebegitu, cuba fikir-fikirkan lah yer>>>>>>>>>>>>
    _____________________________________________________________________________

    Perihal bab membuka aib, bagi saya ianya lebih baik jika semua pihak tidak mempraktikkan politik selak kain yang mangsa-mangsanya termasuk Elizabeth Wong & Chua Soi Lek. Anwar harus sahaja dipecat kerana ketidakcekapannya sebagai Menteri Kewangan tatkala krisis kewangan Asia 1997. — Helen

    1. Rasa rasanya M tidak tahu perbezaan antara dengki dengan perjuangan untuk memastikan individual seperti Anwar Ibrahim tidak merosakkan negara. Ya saya ProBarisan. Barisan tidak perfect. But to me I know the risk of having BN in rather than the angelic PR yang always in constant denial of their wrongdoings. Kesian betul penyokong penyokong BN yang memangkah Pakatan 308 sebagai tanda protes. Harapkan pagar, pagar makan padi.

  10. YB Nurul sebenarnya raw stuff dlm politik,she is a novice,lebih ramai ahli2 puteri Umno yg lebih hebat.tanpa Anwar (bapa) dan ibunya ( wan azizah) Nurul tak akan ke mana pun.Bapanya pun lulusan Pengajian Melayu dari UM itu pun setakat general dergree bukannya mcm datu Seri Najib dlm International Economics dari Notingham University UK.Apa yg dianugerah oleh Allah kpd Anwar hanya berpetah berpidato,bercakap bohonh sepanjang masa,kaki penipu,dan paling istemewa mempunyai nafsu amat luar biasa.Inikah yg kita rakyat malaysia nah mimpikan sbg PM.Hancur negara yg telah dibina olh pemimpin2 kita sebelum ini.

  11. Inilah dia ciri-ciri politik feudal dalam politik Malaysia. baik dipihak kerajaan atau pun dipihak pembangkang sama saja. Tapi dibahagian dunia lain pun sama juga kut. Di Amerika Syarikat umpamanya dinasti Kennedy sentiasa mempunyai wakil dalam senate (macam tak ada orang lain yang layak). Bush pun father and son jadi presiden. Nampaknya sifat tamak ada pada semuamanusia dalam dunia ini.

  12. helen.

    you are trying hard to justify your posting. yes, spin doctor wannabe.. mana boleh mengaku salah. :)

    blaming anwar on krisis kewangan 1997? cmon.. i need better answer than that. dont be papagomo.

    p.s .. ada pulak pencacai najib.

    1. Anwar was the Finance Minister then so why not blame him for the 1997 crisis ? When Malaysia was doing well he wasn’t so shy to take the credit.

      1. i believe that thing happened not bcoz of him. dia baru nak bentang anti korupsi law pun dah ada superior dia marah. if you wanna play that way, mahadey should resign also. cakap pakai akai la. lu papagomo wannabe. buat malu org aje

  13. i balme mahathir for not taking the imf loan. korean is doing well. what have we got?
    penjajah luar or not, thats not our game. sekarang each one of us pun dah tanggung banyak hutang.

    1. kickdisfaka, pls get your facts right when you’re reflecting the 1997 economic crisis. Which Korea? North or South? i made a research paper on South Korea IMF bailout in 1997. It was actually not the right step to take at that time and South Korea was caught “neck deep” in more debts and bancruptcy. The bailout only secured the interests of international banks and opened up the country to foreign economic domination. The bailout did not result in capital inflows into Korea: it largely serves the interests of the international banking community, enabling US, European and Japanese banks to cash in on Korea’s short-term debt. In turn, Korea will be locked into servicing of this debt under the Agreement until the year 2006.

      The IMF programme plunges the country into a deep recession. The social impact is devastating. The standard of living has collapsed, the IMF programme depresses wages and creates massive unemployment.

      The same scenario also happened to Indonesia. IMF bailout was been used as a Trojan horse by foreign investors to take monopoly on potential local businesses.

      The South Korea economic strength that you see today is not the result of IMF bailout but their own effort from economic and financial restructuring employing some of the methods and messures taken by Malaysia when we decline the bailout offer.

      The measures taken by Malaysia when we decline the IMF bailout was a success thanks to Mahathir and financial genius, Daim Zainuddin who was the insturment working behind the scenes during the orthodox economic resolve implemented by Mahathir. At that time it was believed and still is believe by most that, Anwar was the one lobbying for the IMF bailout plan. But thus the story is vice versa nowadays where Anwar is accusing that Mahathir in the one who actually took the international bank loan. You be the judge to this kickdisfaka. There are 2 sides of the same story. The actual story that led to Anwar downfall with sodomy accusation. Bukak pekong someone to actually hide the real conflict between rivals as the actual conflict itself is far bigger than any pekong that each rival has. Sometimes, a far fetch pekong could be true if it’s too ridiculous to comprehend.

      I don’t have my research paper anymore because i wrote that about 14 years ago when i was in the University. But you can read the facts from others’ research:

      http://www.twnside.org.sg/title/mich-cn.htm

      http://www.businessweek.com/1998/22/b3580019.htm

      http://www.twnside.org.sg/title2/gtrends1.htm

      Click to access sundaram-pathways_malayisa.pdf

      1. I’m not a Mahathir or BN supporter. My political view is to my own. But i’m just emphasizing on Helen’s topic that is to avoid from becoming a personality cult whether to Anwar or anyone else because it can’t cloud your judgement. Humans are full of emotion and we can’t avoid it so that’s why we have our mind to do the critical thinking. Everyone is capable of corruption and commiting wrongs especially the politicians so don’t get caught up, remember that.

        ps: i pun ada banyak hutang… credit card, insurance, car loan, mortgage etc. etc. come on la semua orang ada hutang pun bukan sbb tak ambil loan IMF :)

Comments are closed.