Posted in BIAWAK

Dinasti Lim diberi jolokan ‘diktator’

Bersambung daripada posting kelmarin Pakatan punya lah ramai pengikut ‘personality cult’ menggarap dinasti politik dan peranan Nurul anak perempuan Anugerah Tuhan.

Wee Choo Keong dan Kua Kia Soong pernah menjadi Ahli Parlimen mewakili DAP.

Kua yang keluar parti pada tahun 1995 menulis dalam bukunya ‘Inside the DAP’ bahawa Lim Kit Siang “has become synonymous with the DAP through concentration of power and authority in his position”. (Kua dipetik Isnin lepas dalam rencana FMT)

Dalam pendedahan di bukunya, Kua berkata Kit Siang sebenarnya tidak terdaya menangkis kewujudan sindrom pemerintahan anak-beranak Lim.

Sementara itu, tambah Kua lagi, orang dalaman yang taat kepada ketua mutlak parti tersebut hanya bersikap ampu bodek (“sycophants”) serta sedia untuk mencipta alasan-alasan mempertahankan tindak-tanduk ‘si maharaja’ (“tiresome emperor’s apologists”).

Kim Jong Un menggantikan bapanya Kim Jong Il yang mengambil alih tampuk pemerintahan dari Kim Il Sung (datuk Jong Un)

Pada 1990-1995, Wee Choo Keong mengambil alih kerusi Ahli Parlimen Lee Lam Thye di Bukit Bintang, kubu kuat DAP.

Wee disingkir parti pada tahun 1998 manakala Lee lebih awal keluar parti pada 1990.

Mengulas pertelingkahan Godfather lwn Warlord yang tercetus baru-baru ini, Wee memberitahu wartawan FMT bahawa tindakan menentang tidak dibenarkan dalam DAP — gegala yang berpunca daripada kuasa dipusatkan di tangan Kit Siang selaku setiausaha agung.

Wee juga pernah berkata dalam blognya:

“This innate behavior of DAP leaders playing ‘Politics of Tagging‘ whenever their higher-ups are faced with problems and then resorting to a smear campaign to accuse others of being “BN agents, disgruntled politicians, wanting to jump ship and what-have-you” is all too familiar. What should have been the right thing for them to do is address the real problems that had been highlighted instead of stooping so low. This desperate act is similar to the McCarthyism practised in America during the 1950’s when most political problems faced by the power-that-be were somehow because of acts of sabotage by communists. This style of low class politics can continue to carry on in DAP but it must be stopped within the PR if we are serious about wanting to see a change of government in the 13th General Elections.”

Wee membuat catatan di atas pada 5 Feb 2010 serentak dengan ‘witch hunt’ yang dilancarkan oleh konco-konco Guan Eng terhadap Tan Tee Beng dan Zahrain Mohd Hashim — Yang Berhormat-Yang Berhormat di Pulau Pinang yang sekarang merupakan Ahli Parlimen bebas setelah keluar Pakatan.

“This style of low class politics” yang disebut Wee merujuk kepada cara orang kanan Guan Eng menyerang peribadi lawan melalui “smear campaign” (kempen fitnah). Sesiapa yang kritis terhadap setiausaha agung pasti akan dituduh sebagai “ejen BN”, jelas Wee.

Berbanding Kit Siang yang digambarkan sebagai seorang yang tegas, Guan Eng pula kini bergelar diktator.

Bukan sahaja Zahrain yang menggambarkan Guan Eng sebagai berciri ‘diktator‘ malah mantan ketua menteri Pulau Pinang Koh Tsu Koon pun membayangkan demikian juga.

Screenshot rencana 'Malaysiakini'

Koh dipetik Malaysiakini sebagai berkata memanglah Guan Eng petah bercakap namun dia bukan seorang pemimpin yang berupaya mencari jalan penyelesaian:

“Of course he can give speeches like Sukarno and Hitler, he is clever to talk. But what is the solution?”

Politik bercorak McCarthyism (amalan witch hunt) yang dipraktikkan DAP dibawa mereka ke Pakatan.

Mangsa terbaru ialah kaunsilor MPPP Lim Boo Chang yang meletak jawatan bulan ini.

Boo Chang telah membantah perjanjian berat sebelah sPICE diluluskan belanjawan MPPP tanpa ahli-ahli majlis diberikan salinan kontrak untuk diperiksa.

Seperti yang disebut Wee Choo Keong (atas), “What should have been the right thing for [DAP] to do is address the real problems that had been highlighted instead of stooping so low”.

Boo Chang berkata beliau tidak diberikan salinan kontrak. Adakah dakwaannya benar atau palsu?

Takkan kenyataan mengenai penyelewengan proses pun tidak mampu disangkal pejabat ketua menteri Pulau Pinang yang dikatakannya telah menekan MPPP untuk memanfaatkan pemaju sPICE?

Lim Mah Hui di Penang Forum pada 18 Disember

Saya ingin bertanya kepada kaunsilor Lim Mah Hui, iaitu wakil NGO dalam MPPP: Adakah betul tuan pernah menerima salinan kontrak itu? Soalan senang, kan?

Bersuara demi menegakkan kebenaran suatu perkara yang mungkin diambil mudah dalam sebuah demokrasi tetapi akan dibendung oleh rejim autokratik yang sering mengeluarkan perintah tutup mulut.

Ng Wei Aik (setiausaha politik Guan Eng) telah mencemuh Boo Chang melalui Twitter serta disusuli para penyokong Pakatan yang – meminjam frasa dari petikan Wee Choo Keong – giat bermain “politics of tagging”. Pelbagai panggilan menghina dilontarkan mereka ke atas bekas kaunsillor MPPP itu di alam siber.

Jika rakan seperjuangannya Lim Mah Hui masih mendiam seribu bahasa, maka kita harus membuat kesimpulan bahawa CAT (Competency, Accountability, Transparency) yang digembar-gemburkan pentadbiran DAP sekadar kucing bertanduk.

Maklumlah badan-badan NGO di Pulau Pinang pun sudah berjaya dijinakkan oleh DAP. Baca ‘Suddenly, it’s disconcertingly quiet on the NGO front‘ (NST, 10 Okt 2011)

Cabaran Boo Chang setakat ini masih belum disahut:

“Pakatan have to answer to my charges on sPICE and other issues concerning the people, if they are gentleman enough, but not to resort to character assasination and underhand tactics.”

Cara DAP beoperasi tampak benar ala diktator. Enggan menangani isu tetapi lebih cenderong mengacah (harass) sesiapa yang berani mengkritik.

Perangai apparatchik DAP yang terikut-ikut sifu mereka nyata selaras dengan gaya kerajaan diktator di Korea Utara.

Anda mungkin juga meminati:

Author:

I have no Faceook or Twitter.

9 thoughts on “Dinasti Lim diberi jolokan ‘diktator’

  1. Jadi nyatalah Pakatan Rakyat diterajui oleh saf pemimpin yang hanya pandai bercakap tetapi tidak cekap bekerja. Pemimpin beginikah yang yang diharapkan oleh penyokong PR untuk menduduki Putrajaya dan membawa Malaysia ke puncak kemajuan dan kesejahteraan? Jangan haraplah, sebab tengok muka sahaja sudah jelas mereka semua ini tidak kompeten langsung. Lingkup Malaysia dan rakyat semua akan menderita kerana ekonomi merudum.

  2. Helen. Let the Penangites decide. If Pakatan retains the state, you might as well shut down your fucking blog

    1. whoever is in power,they couldn’t care less for rakyat.go to hell all the talks abt transparency n competency.they r all corrupted..

      1. Then, you should stand for election. Hope you can deliver what the people really need once you’re elected. You should ask Helen aka whore blogger to follow suit as well. Talk is cheap
        ________________________________________________________________________________

        Yes, your talk is cheapest. “Helen aka whore blogger”? Say that to my face — I dare you.

    2. Waaa….I really pity you la.. no guts to use your own name. Malu ke? Masuk rumah orang bagi salam dulu ye… Where’s the manners? Perangai you ni mcm I kenal…Oooh…kerabat diktator Lim ke?

  3. Everybody knows that DAP is a Chinese First party and everybody else is second. Some Malays are stupid enough to allow themselves to be used as fake Malay faces for the party. If DAP is such multi racial party, why don’t nominate those Malays as candidates for Chinese majority areas in Penang during the next GE?

    Lim Kit Siang has been leading the party from 1969 with his dictatorial style and now DAP is saying that it is fighting for democracy?

    After giving fast approval to well connected sPICE developers, Lim Guan Eng has the cheek to say that politics and business has to be separated as can be seen here http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/dap-moots-end-to-politics-business-nexus/

    1. Ianya adalah serigala yang lagi besar dan dahaga bersembunyi di bawah kuilt kambing biri biri…

      Has anybody realised it yet?

    2. Use your brain to talk. LGE went to jail for defending a Malay girl. Karpal Singh helped a Malay civil servant who was terminated by the government for wearing purdah. Any UMNO, MCA, MIC or other BN component party did that before? IQ tarak. Sama macam itu blogger

      1. You are so funny. Let me rephrase: You’re tragically funny. Yes, they went to jail blablabla .. but wait a minute, when was that again? Like a gajillion years ago, no? Yet, the damned thing kept on being repeated every damn year as if they’ve participated in some holy war or something. Those incidents are repeated more often than any P Ramlee’s movies – to be honest both I find rather appalling and boring. Totally not connecting with voters like me, nor relevant as well. Word of advise: When you want to idolize some parties, make sure you don’t resort to name calling, not only it speaks low of your upbringing, it also shows how classless you are with a nickname like that. When you’re in people’s house, don’t be rude – You’re a guest, remember that when you trolling other blogs!

  4. Democracy Singapore and North Korea style. This surely is the result of Kuan Yew’s visit to Penang and Kelantan on the wake of a somewhat appreciable PR electoral gain at the last GE.

    Not to be outdone by their other partners, even PAS are lining up Nikky Aziz’s and Ayatullah Hadi’s sons on the Dewan Syura to ensure power didn’t slip outside of family lineage.

    By the way, Helen, the PR had now decided it to be the acronymn for Complicity, ‘Auta’cracy, Thuggery.

Comments are closed.