Posted in Evangelis

Seminar di Johor: ‘Ancaman Kristianisasi terhadap umat Islam’

Sebelum ini pun portal The Malaysian Insider yang paling kuat memainkan isu-isu berkaitan gereja dengan selalu menggambarkan orang Kristian sebagai mangsa yang ditekan oleh pihak berkuasa — misalnya dalam kes al-Kitab, kalimah ‘Allah’, DUMC, Convent Bukit Nanas, dsb.

Baru-baru ini, TMI nampaknya memusing (spin) isu seminar ‘Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralisme Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?’

Cerita ini dimainkan hari-hari melalui liputan meluas oleh TMI (lihat screenshot tajuk berita, bawah).

Tajuk seminar dikhabarkan mengandungi ungkapan “ancaman Kristianisasi terhadap umat Islam”.

Perkataan ‘Kristianisasi’ ialah kata kerja, yakni proses melakukan sesuatu. Dalam konteks ini, ia perbuatan memurtadkan umat Islam serta memasukkan mereka ke dalam agama Kristian.

‘Kristianisasi’ menggambarkan kejadian hasil daripada kegiatan mendakwah dan juga merujuk kepada kegiatan yang dilakukan oleh para mubaligh di Malaysia.

Maka tajuk berita TMI yang berjudul ‘When a religion is labelled a threat’ itu nyata tidak tepat. “Ancaman Kristianisasi” tidak sama erti dengan “Kristian adalah merupakan ancaman”.

Lebih-lebih lagi, cara isu ini diolah oleh portal tersebut seolah-olah sengaja ia dipesongkan/diserongkan serta dipolitikkan, umpamanya dengan dikaitkan seminar dengan Umno [memetik kenyataan Anwar Ibrahim].

Frasa “Christian threat” dan “a religion is labelled a threat” yang digunakan TMI jelas merujuk kepada agama Kristian itu sendiri dianggap sebagai satu ancaman (suatu pemalsuan) walhal seminar tersebut bukannya menyerang agama Kristian.

Perkara yang sebenarnya mahu dibangkitkan ialah kewujudan individu-individu atau kumpulan yang mendakwah kepada umat Islam di Malaysia. Ini tidak ada kena-mengena dengan tiang-tiang ajaran agama Kristian ataupun cara ia diamalkan oleh pengikut-pengikutnya secara umum.

Khususnya perkataan ‘Kristianisasi’ dalam tajuk seminar mengimbas kepada perbuatan sesetengah orang Malaysia tidak mematuhi undang-undang negara yang melarang Muslim diusik. Dalam kata lain, yang menimbulkan ‘masalah’ ialah manusia dan bukannya agama.

Kenapa seminar itu tidak bertajukkan “penganut agama Buddha”, katakan lah, sedang cuba memesong akidah umat Islam? Jawapannya mudah. Sebab penganut agama Buddha tidak menjalankan dakwah.

Akan tetapi adakah benar mubaligh Kristian giat mendakwah di Malaysia?

Jawapannya, ‘Pasti!’

Ramai orang Cina, orang India dan orang asli yang sudah dimasukkan Kristian oleh mereka-mereka itu. Ini fakta sahih.

Persoalannya sekarang adakah mereka-mereka itu begitu berani untuk mendakwah kepada orang Melayu?

NGO-NGO Muslim dipetik oleh media sebagai berkata, “If you look at Buddhists, Indians, they are not aggressive, not like Christians.” Golongan evangelis terutamanya bersikap agresif, kata NGO-NGO tersebut.

Sekiranya ada ketegangan, ianya tercetus akibat pergeseran di antara kaum kerana ada pihak yang melanggar batasan. Keadaan menjadi keruh dan lebih rumit apabila liputan portal-portal berita pro-pembangkang mahu mengadu-domba dan mensensasikan isu.

Sila ke blog Din Turtle untuk mengetahui butir-butir latar.

Berkaitan:

Seminar di Johor: ‘Ancaman Kristianisasi terhadap umat Islam’

Kemelut DUMC: Diberi betis nak peha

Mungkin benar ada yang hendak murtad

Penjelasan Edmund Bon tentang tweet ‘murtad’nya

Author:

I have no Faceook or Twitter.

16 thoughts on “Seminar di Johor: ‘Ancaman Kristianisasi terhadap umat Islam’

  1. salam Helen , Very sharp… u dapat tangkap permainan TMI dalam isu ini, bagus. Tengoklah betaoa banyak artikel dikhususkan untuk isu ini dengan hampir semua menyebut – ‘Ancaman Kristianisasi’.

    GERENTI akan mencabar sesiapa pun yang kristian. Secara peribadi, saya rasa ia oleh diselesaikan sekiranya penganjur sensitif sikit dalam pemilihan tajuk. Bukan nak katakan isu tak penting tapi yang lebih penting adalah penyampaian mesej kepada peserta BUKANNYA menimbulkan kontroversi atas satu perkataan iaitu – Kristian.

    Pakai saja perkataan Pemurtadan. Waktu seminar nanti sebutlah apa saja yang nak disebut !

    Umpama disorong makan, apalagi TMI pun ngap la !

    Satu lagi isu yang sengaja disensasikan oleh TMI tidak berapa lama dulu – sambutan entah keberapa ratus tahun alKitab. Itu lagi jelas dan terang SENGAJA MAHU MENIMBULKAN KONTROVERSI, memprovokasikan sentimen umat Islam yang mereka tahu amat sensitif dalam isu alKitab.

    Mujur majlis itu tidak ramai yang ambil kisah. Tapi terserlah tahap kebiadapan sesetengah rakyat kita yang sengaja mahu bermain api.

    Kita kena pandai menilai mana satu isu dan yang mana satu ‘mahu dijadikan isu’.
    ______________________________________________________________________________________

    Pak Din,

    TMI menggunakan ungkapan “Christian threat” dan bukannya “Christianization” yang lebih tepat. Ini suatu penyelewengan yang mungkin sengaja untuk membayangkan seolah-olah seminar tersebut menggangap agama Kristian itu sendiri (dan bukannya mubaligh orang M’sia) sebagai ancaman.

    Saya nampak TMI memang amat minat dan sering menimbulkan isu-isu Kristian berbanding portal Inggeris yang lain … dah lama perasan TMI ada agenda.

    Salam

    1. Actually TMI, FMT, Mkini, and social media does a good service reporting things that otherwise will be swept under the carpet by the main stream media. w/o internet media like them, we would not hear about all the megamillion scandals and dirty laundrys going around in Msia.

      No wonder people like rais yatim is so against twitter and facebook.

      We know the gov & supporters has been trying to use christians as a scapegoat lately… after chinese, indians, the west, and jews. see Utusan’s headline warning of a “christian prime minister”, the Himpun rally, solar-powered talking bibles, and a so-called christian conspiracy. This seminar is just another one that tries to single out xtians as a threat, while overlooking other religions, aethist & agnostics.

  2. Hai Helen,

    Isu pemurtadan Umat Islam ni sangat sensitif bagi kami di kampung. Dan isu inilah yang saya selalu mainkan bila sembang politik dengan sahabat-sahabat Pas. Terkedu mereka nak jawab isu ni. Secara peribadi, saya tidak menyalahkan mubaligh, tapi itu bukan pandangan popular Melayu.Semangat dan kegigihan mereka mengembangkan kepercayaan sangat tinggi, sanggup tinggal di hutan, malah sanggup bermasyarakat dengan Orang Asli yang masih bertelanjang dan makan daging orang di hujung tamadun dunia. Mungkin juga saya akan dikecam kerana berpandangan begini, tapi itulah hakikat.

    Orang Melayu ni, kalau dimainkan sentimen agama, boleh sampai menangis. Begitulah kami sayangkan agama. Jangan nak nafikanlah, memang berlaku kristianisasi umat Islam. Kalau tidak takkanlah DYMM Sultan Selangor bertitah pada 10 Oktober 2011, yang menyokong siasatan dan tindakan JAIS. Sekarang ni exco Agama dipegang sendiri oleh Tan Sri Khalid. Tapi dia beranggapan bahawa pemurtadan adalah isu keluarga, dan bukan isu pentadbiran negeri. This will hurt Pakatan, a lot.

    Semoga kita semua dapat hidup aman di bumi bertuah ini.

  3. They are totally playing with fire.

    DAPsters, Spinsters, GANGsters…yeah,,suit them well…

  4. Helen, beberapa hari lalu saya meninggalkan komen di yahoo mengatakan LGE ialah seorang yang menghidapi bipolar kerana di satu majlis di Auustralia beliau mengatakan bahawa “It is time to stop racial and religious division,” he said. “At heart, we are all Malaysians.”http://my.news.yahoo.com/come-home-to-rules-based-penang-says-cm-231459086.html?bcmt_s=e; tetapi sebelum ini beliau menyokong desakan Dong Zong (meminta semua guru yang tidak layak berbahasa mandarin untuk keluar dari sekolah jenis cina). Yang peliknya beberapa orang memberi komen untuk menilai orang UMNO sebelum memberi komen terhadap LGE. Saya tidak nampak dimana kaitannya. Adakah LGE ini tidak boleh dikritik? Jelas dia memberikan dua pengertian berbeza mengenai Malaysian first and ‘race’ second.
    _______________________________________________________________________________________________________________________________

    Mengelak & mengalih… Itu memang cara diorang beroperasi. Senarai kaedah-kaedah DAPster, sini. — Helen

    1. Saudara Helen,

      Apa yang hendak dipelikkan dengan sikap LGE yang dikatakan ‘mengelak dan mengalih’ Bukankan itu sikap big brother PR Anwar Ibrahim?

      Jangan lupa sikap semua pemimpin PR ibarat Lagu dengan Irama. Ada lagi tambahan sikap mereka, ‘nafi dan salahkan orang lain’

      Itu sebab mereka boleh hidup sebantal, seselimut dan mimpi bersama sama.

      Inyaallah, mimpi mereka menjadi igauan di siang hari!

    2. >> Mengelak & mengalih… Itu memang cara diorang beroperasi.

      Macam anda Helen, yg cuba mengalih dengan alasan ‘Kristianisasi’ dalam seminar ini tidak bermaksud mengaibkan penganut kristian.

      Katakanlah golongan haluan kanan di US ada seminar “Islamization Threat”… pasti ramai pembaca sini akan menganggap mereka menjadikan orang Islam sebagai sasaran.

  5. Hi Helen,

    Ni masalahnya. Ada wartawan bodoh, taknak belajar. Failed. Tak kira la wartawan Pr or BN. masing2 asal dapat kerja, dah ok. Isu asal tak masuk. Menyusahkan org lain.

    Ada yg lain, jadi wartawan, nak popularkan sesetengah orang saja! ;p
    ________________________________________________________________________________

    ;p

  6. Byk juga yg kristian masuk Islam secara sukarela ++ my sister also convert. But, it’s not an issue I think. We, family still accept her. I knew that every ppl hv their own opinion, but we Christian also LOVES our own RELIGION so MUCHSS.
    When U guys so HATE THE MUSLIM who is MURTAD.
    We also feel the same way. I hate when I see my sister convert to Muslim. I really hate that & I saw my parent sgt sedih sb drg dah besarkan my sister dgn ajaran agama yg ckup but in the end, it just HAPPEN in a second. Isu ini, kami x nak besarkan. Biarlah dlm family kami je.
    Jgn jadikan isu benda camnie. X suke tgok org bermati-matian, berperang kerana x sefahaman.
    I was a Christian & my religion teaches me to be patience & hv a faith in HIM.
    Dlm Islam pun percaya, Apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.
    I also believe in that way. Peace no war.

  7. I think whether it is Christianization or Islamisation, it does not even necessarily refer to acts of proselytization.

    Sama jualah mereka yang melaung-laungkan bahawa pengIslaman kerajaan itu sesuatu yang negatif, pengkristianan atau pengbaratan pendidikan adalah sesuatu yang sering dipertikaikan.

    Sebagai contoh, pengajaran teori evolusi di sekolah sering diungkit sebagai satu isu diskriminasi agama di US yang mana konsep creationism disarankan sebagai pengimbangan.

    Tak ada unsur perkauman mahupun agama di sini, tetapi mungkin penganjur ingin melihat skop yang lebih luas, merangkumi sekularisme (pluralism & liberalism) dan theistik.

  8. Hai again,

    I’ve had my say but I just found something that refuted Maza numbers, coming out of the horse’s mouth, a malay priest, 10,000 in Johore only?

    [YouTube]

    Semoga kita dapat hidup aman di bumi bertuah ini

    1. Ramai pengamal media kita tak fasih berbahasa melayu… itulah puncanya ancaman kristianisasi tidak difahami, atau dibuat-buat tak faham?

Comments are closed.