Posted in Evangelis

S’wak majoriti Kristian, gerakan P.Pinang tolak Malaya (1948-1957)

George Town in the early 1
George Town pada awal tahun 1960-an

Mengimbas kembali sejarah akan membantu kita untuk memahami kenapa DAP 2.0 yang berciri evangelis boleh kini berkubu di Pulau Pinang selain bertapak di Subang Jaya dan Damansara Utama.

Negeri-negeri Malaysia mempunyai ciri yang berbeza, contohnya Kelantan berbeza Johor berbeza Negri Sembilan berbeza Kedah.

Berbeza negeri-negeri beraja Melayu, Sarawak ialah sebuah negeri di mana penduduk majoritinya Kristian. Atas sebab itulah ustaz Nasha boleh berkata:

“Parti DAP lah contohnya, di Sarawak … antara perkara yang didoakan dalam majlis [kesyukuran] tersebut adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian.”

Dalam pada itu, negeri diperintah Tokong DAP lagi lain daripada yang lain.

Berkiblatkan ketamadunan Barat

Straits Chinese ialah orang Cina Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dalam zaman British.

Di Pulau Pinang, masyarakat Straits Chinese dianggap sebagai satu “privileged community” yang berjaya menyesuaikan diri kepada “the solid tranquility of the British empire” ekoran Pulau Pinang diletakkan sebagai ‘crown colony’ (tanah jajahan British).

Petikan-petikan di bawah diambil daripada buku ‘A Modern History of Southeast Asia: Decolonization, Nationalism and Separatism‘ oleh Clive J. Christie, seorang pensyarah di Universiti Hull.

<QUOTE>

The loyalty of the Straits Chinese was directed not towards Britain as such, but towards the British Empire as a political entity; it was focused on the specific territory of the Straits Settlements and British Malaya within that greater political entity.” […]

“It is in the inter-war years that we see the emergence of a Straits Chinese elite that was to dominate Penang in the 1930s and 1940s. They shared many characteristics: education in the local elite schools, particularly St Xavier’s and the Penang Free School; important roles in banking and import — export businesses in Penang; and key positions in the Chinese Town Hall, the Penang Chinese Chamber of Commerce, the Straits Chinese British Association (SCBA) and the Georgetown Municipal Commission.”

<UNQUOTE>

Di bawah ialah screenshot rencana bergambar – istilah dalam terma suratkhabar ialah “picture story” – disiarkan di muka depan Star Online semalam.

Sekolah St Xaviers (SXI) adalah juga alma mater Wong Chun Wai, pengarang kumpulan The Star.

Akhbar The Star yang lahir dan membesar di Pulau Pinang nyata sekali mempunyai perwatakan Anglophile.

Ada apa dengan orang Penang?

Tidak seperti penghuni di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Selangor, Perak, Negri Sembilan & Pahang) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu) yang taat kepada raja dan sultan, penghuni Pulau Pinang pra-Merdeka adalah “loyal British subjects”.

Pada tahun 1946, Pulau Pinang dan Melaka dimasukkan ke dalam Malayan Union lalu gagasan Straits Settlements yang wujud sebelum itu terbubar.

Nota sampingan: Pengasas MCA Tan Cheng Lock ialah seorang Straits Chinese (Baba Melaka).

<QUOTE>

“The Malayan Union plan highlighted not only the ambiguity of the political aspirations of the Straits Chinese but ultimately also the ambiguity of their identity. While they could only welcome the notion of equal citizenship and opportunities for all races in Malaya, they shrank from the prospect of being cut loose from the safe moorings of the Straits Settlements and thrown into the turbulent politics of the new Malaya.”

<UNQUOTE>

Intipatinya orang Pulau Pinang zaman British berkiblatkan barat dan tidak memiliki identiti Nusantara. Pasti mereka bukan Cina berjiwa komunis atau yang turun dari bukit.

Gerakan enggan menyertai Malaya

Segolongan penduduk Pulau Pinang menuntut ‘secession’, yakni perpisahan supaya boleh keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu — “a movement designed to get Penang out of the Malayan Federation, in order that it might rejoin Singapore as a Straits Settlement”.

Pada Oktober 1949, mereka telah menghantar petisyen kepada Colonial Secretary di Pejabat Tanah Jajahan (Colonial Office) di London supaya kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah ‘colony of the Straits Settlements’ dipulih-balikkan.

Pada September 1951, mereka menerima jawapan daripada Pejabat Tanah Jajahan, yang di samping menolak petisyen tersebut, juga the Secretary of State for the Colonies tidak meluluskan permintaan agar sebuah Suruhanjaya Di-Raja diadakan untuk menentukan status Pulau Pinang.

<QUOTE>

“However, by early December 1948 an almost irresistible momentum for secession was building up: on 4 December 1948, the Penang Straits Chinese British Association voted for a policy of secession, and this was unanimously backed by an emergency general meeting of the Penang Chinese Chamber of Commerce on 12 December 1948.” […]

“For the Penang Chinese Chamber of Commerce and the Chinese- and English-language newspapers of Malaya, the priority was not so much the maintenance of the imperial link per se, as the link with Chinese-dominated Singapore.

<UNQUOTE>

Singapura yang mempunyai 75-80 peratus penduduk Cina dilihat oleh orang bukan-Melayu Pulau Pinang sebagai “counterweight” pengimbang kepada kuasa Melayu. Namun terbentuknya Malayan Union (1946) dan Persekutuan Tanah Melayu (1948) sekaligus mencincang talian perhubungan Pulau Pinang dengan Singapura.

Tidak menyokong Merdeka 1957

Ketika negara di ambang kemerdekaan, gerakan pemisah sekali lagi mencuba nasib dengan tuntutan supaya orang Pulau Pinang kekal sebagai ‘loyal British subjects’ (warga setia kepada raja Britain).

(Baca tentang Cina Pulau Pinang yang menyangkakan diri mereka masih warga British — ‘Malaysians left stateless in UK after passport gamble backfires‘)

Mereka juga mahukan hak dwi-kewarganegaraan tetapi usul ini ditolak oleh kedua-dua Britain dan Malaya ketika Merdeka.

Sejauh manakah integrasi Pulau Pinang dalam tanahair memandangkan ada di kalangan orang mereka yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris manakala bertanggapan bahasa kebangsaan tiada mendatangkan apa-apa manfaat.

Waima kebangkitan Mat Salleh Celup DAP, maka golongan yang mewarisi tradisi pendidikan mubaligh serta menganggap Inggeris bahasa ibunda mereka telah mendapat nafas baru politik.

Pendekatan  mereka-mereka yang sekarang ini menjadi penyokong paling lantang DAP 2.0 harus dianalisa melalui kacamata sejarah perkembangan Straits Chinese.

Hakikatnya DAP 2.0 menarik penyertaan Kristian Baru dan puak yang perasan diri mereka Firsters.

Jangkitan Anglophilia dan tinggalan serta kesan-kesan budaya mubaligh menjelaskan kepada kita bagaimana The Star boleh begitu taksub kepada ego Papa dan Mama DAPster serta puak evangelista yang dipimpin mereka.

Berkaitan:

Apakala Pulau Pinang diKristiankan

Republic of Singapore North?

Begitu ramai sekali YB Kristian DAP di Parlimen!!

Author:

I have no Faceook or Twitter.

25 thoughts on “S’wak majoriti Kristian, gerakan P.Pinang tolak Malaya (1948-1957)

  1. memang betul apa yang anda kupaskan di sini.

    sebenarnya saya sudah merasakan situasi ini, di mana orang cina di Pulau Pinang ini sememangnya sangat tidak patriotik sejak dari 1990-an lagi.

    Saya berani mengatakannya kerana saya sendiri melihat dan mendengar mereka mengatakannya malah sikap itu di tunjukkan betul2 di depan mata saya. Walaupun sudah lama berlalu tapi saya masih tetap mengingatinya.

  2. Helen,

    Dari sudut politik, Sarawakian jauh lebih matang dari Penangites. Sarawakian tidak jadikan persamaan agama sebagai faktor penentu pucuk kepimpinan.

    Dalam kata lain, aliran pemikiran assobiyah tidak ada di Sarawak tetapi tidak di P Pinang. Di P Pinang, tidak tahu bila golongan bukan Cina akan dapat duduk di kerusi CM walaupun layak dan berhak.

    Kini, terdapat elemen luaran (tangan ghaib dari Semenanjung) mahu mengubah pola pemikiran Sarawakian agar mengundur ke belakang yakni berfikir secara tidak matang macam Penangites.

      1. KX,

        Tak boleh. Tetapi itu diatas kertas saja. Perlembagaan negeri tersebut letakkan MB mestilah seorang Islam dan menerima perkenan Raja.

        Itu jika Melaytu masih berkuasa. Jika sudah hilang kuasa kerana “merafak sembah” DAP, maka peraturan itu sudah tak terpakai.

  3. kupasan yang menarik. fakta sejarah bila bercampur politik akan jadi lebih menarik.

    saya mengenali cina produk st xavier di tempat kerja. mereka lebih gemar berkomunikasi dalam BI dan agak keberatan bertutur dalam BM. kebanyakan mereka (yang saya kenali) pro DAP atau meninggalkan Gerakan kepada DAP. Secara kebetulan tulisan helen tentang straight chinese menyatakan mereka terlalu terpengaruh british.

    saya pernah bekerja di The Star pada tahun 1992 sebagai printing technician. penyelia tak mahu langsung bercakap BM dengan saya. tapi dia cakap hokkein dengan cina lain (tanpa mengetahui saya memahami hokkein). melayu cuma 1 orang saja, lain cina semua. seperti yang dijangka mereka terlalu rasis tanpa ragu, tanpa toleransi. lalu saya pun berhenti kerja. :)

    saya tidak memusuhi cina. malah banyak kawan cina dari bukit dan tanah pamah. tapi saya benci rasis. saya juga meluat The Star :)

  4. Kak Helen,

    dengan adanya jambatan P Pinang, harga hartanah di sebelah Pulau otomatik menjulang naik hingga mencecah awan.

    impaknya ialah golongan bawahan tidak lagi mampu memiliki hartanah di sebelah pulau.

    susulan itu, kumpulan ini akan berhijrah ke sebelah daratan tetapi akan berulang alik ke sebelah pulau untuk teruskan rutin harian ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

    ini secara tidak langsung membuka ruang bagi golongan tertentu untuk mencorak Pulau Mutiara menjadi Hong Kong millenium.

    1. harga rumah di seberang perai selatan (SPS) juga tengah menuju ke awan kerana jambatan ke 2 bakal siap jan 2013. akhirnya melayu dan india semua mudik ke hulu.

  5. I know a long time ago that the Chinese in Penang once want to establish a Republic of Penang. But dont forget, unlike Singapore, Penang still belong to Kedah Sultanate. The Government of Malaysia still paid annual lease to Sultan of Kedah every year.

    Blogger Pisau.net had reveal that Lim Guan Eng has trying so hard by offering Seberang Perai back to Kedah, provided that Kedah must let go Penang. So that if PR win the General Election, Penang can be granted a special autonomy. Or by worst, newly independent Republic of Penang.

    I think it is time now that Federal Government should appoint Sultan of Kedah or his royalty as a Governnor of Penang, bear in mind to the Chinese (read : DAP supporter) there that Penang is still part of Sultanate of Kedah.

    1. Offering Seberang Perai back to Kedah in exchange for Kedah letting go of Penang — a swap: of land and of population.

      Think about it

      It’s happened before during the partition of the Indian sub-continent (Muslims relocated to Pakistan, Hindus to India), splitting the island of Cyprus (Christians transferred to the Greek half, Muslims to the Turkish half), post WWII (ethnic Germans long marched from Czechoslovakia to Germany)

      Consider why Tunku let go S’pore in 1965. One of the reasons: too destabilizing to keep S’pore within the M’sia fold

    2. It will not happen again. MAGERAN will be imposed should Penangites want to be free from the federation. Today AGONG already speak out about Kalimah Allah. When Agong speaks, TAAT SETIA Army di tempat teratas.

  6. Helen,

    Eddy is right. Pulau Pinang is technically under sovereignty of the sultan of Kedah. Hence the lease payment on annual basis by the Penang state Govt.

    As for cessation, only the sultan has the authority to allow the cessation.

    Independence is not possible as it will only result in the demise of UMNO. The Malays would not tolerate it.

      1. Helen, S’pore is actually not a let go. Many freehold lands in S’pore is still owned by the Johore sovereignty. Why do you think the Johore royalty can still speed over the law required level and nothing happens in Singapore.

        The problem is with the public. They think their Sultans are concerned about them whereas it has always been a matter of convenience since 1957. Can’t educate the semua tahu & boleh Malaysians that have to be shepherded on religion rather than humanity What more can I say other than [YouTube].

  7. Helen ,

    Actually not just Malays. Ask any Prime Minister in this world and you will find them not willing to allow secession peacefully. Secession usually takes place after blood bath. Timur Leste, Bosnia, Kosovo and South Sudan being some examples.

    As for Malays (i believe) Singapore is the first and the last to be allowed independence. In fact, most Malays (according to my father) were against independence of Singapore from Malaysia. It came as a surprise to them and even Majlis Raja Raja. Then Yang diPertuan Agong cried when Tunku told him that Parliament consented to Singapore leaving Malaysia.

    And any Prime Minister now says allowing Penang to secede will I believe loses his office. I believe Najib understands the sentiment. Tunku, being a ever lenient prince, ignored Malay sentiments by granting independence, hence enabling other countries to recognise Singapore as a sovereign nation.

    Situation would have been different if as an example, Tun Dr Ismail was then the Prime Minister.
    _______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Earlier S’pore was a crown colony (Straits Settlements). S’pore was not in Malayan Union (1946), not in Persekutuan Tanah Melayu (1948) and not in Malaya (1957). It was only briefly with Malaysia (1963-65). — Helen

  8. Singapore tak pernah part of Malaysia until LKY engineered the Malaysia, where S also for singapore (and sabah sarawak), it was LKY convinced the people of singapore to intergrate into newly created Malaysia, Im not sure what was the motive, it could be the only way singapore to get independent from British.

    So if there was no Malaysia, maybe Singapore still the seperated nation, until it gets independent maybe in later years, like HK. This is my opinion, could be right, could be wrong.

  9. What an irony. If Helen had paid close attention to the ramblings in the Umno blogs, she’ll find they hold the Straits Chinese/Peranakans as models of good integration; strong fluency in Bahasa & English, & adaptation of local culture like cooking & fashion. In contrast to the Chinese speaking Chineae who are accused of being not keen to integrate.

    1. u think they dun know meh, do ya see them praise helen 3 years back for speaking n writing good bm?

      only the retract head tortoise anglo n 2 head snake nyonya blur blur thinking that adaptation would make them bumi.

  10. Penang used to pay 6000pesos annually to Sultan during the days of “The Pirates of the Caribbeans”. To this date now, it is paying merely less than RM20,000 ANNUALLY. What the hell is the kind of rental rate is that???!!!

    What kind of a primate gov. is running this joint?
    Or Me? Tor For?

  11. Prior 1957, 45% Chinese, 25% Indian. Leaving 30% melayu. Now, who gave away their rights? Ponder it boys and girls.

    Helen Hanna kaki kacau. Dia melayu dan menggunakan Nama cina. What is that then…..Trappist.

  12. Yang benarnya, Helen in pon DAPSTER jugak…that the truth…she/him just playing with you guys.

    I think she/him is muhyiddin’s lackey

Comments are closed.