Posted in Evangelis

Lagu kontroversi dengan mesej “Malaysia belongs to Jesus” (dikemaskini)

Mutakhir: Rupa-rupanya ada Facebook Malaysia belongs to Jesus!’ yang digemari (‘Like’) oleh 41,214 orang (screenshot sini). — 4.50pm

Kalian masih ingat lagi tak? Saya pernah memblog bahawa hati merah adalah lambang ‘sacred heart’ Kristian?

Juga saya bertanya kenapa logo Hari Merdeka Pakatan ada mengandungi elemen-elemen Kristian burung merpati Roh Kudus, hati merah dan nyalaan api Holy Spirit.

Nah, cuba tengok gambar yang dipaparkan dalam video lagu Harapan Bangsa yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor.

Jakim telah digesa untuk sedang menyiasat lagu ini yang mengandungi senikata seperti berikut:

“Yesus engkaulah harapan segala bangsa”

“Setiap suku setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di takhta mu dan nyatakan bahawa Yesus lah Tuhanku”

“Yesus engkaulah harapan segala bangsa”

“Setiap bangsa kan mengalami pemulihan”

Wajib anda menghalusi dengan teliti senikata beserta imajan-imajannya sekali.

Perhatikan di bawah:

  • Gambaran Triniti: Bapa Tuhan, Yesus dan Roh Kudus (burung merpati)
  • Seruan kepada Tuhan Krisitian “Engkaulah harapan negara ini”
  • “Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia”
  • Lambang salib “beri pengharapan kepada …”
  • “Kau [Yesus] kan pulihkan Malaysia
  • Rangkap “Malaysia arah tujuanmu kan berubah, Engkau tidak akan sama lagi, Engkau akan melihat perubahan nyata, Setiap bangsa kan mengalami pemulihan pemulihan”
  • Lambang salib yang mengiringi lirik kata-kata “perubahan nyata”

Klik x2 untuk besarkan supaya boleh dilihat dengan lebih jelas

Rangka (frame) penutup video memuatkan ayat

“Malaysia belongs to Jesus”

Ungkapan tersebut mengimbas kepada laungan “Rise up it’s time to take Subang for Jesus” di acara Subang Rally.

Adun Subang Jaya Hannah Yeoh adalah ‘penaung’ yang telah memberi sumbangan tunai selama bertahun-tahun kepada Subang Rally serta dijemput untuk menyampaikan ‘tazkirah’ kepada para hadirin yang terdiri daripada golongan muda-mudi.

Baca: DAP’s Christian agenda activities

Author:

I have no Faceook or Twitter.

70 thoughts on “Lagu kontroversi dengan mesej “Malaysia belongs to Jesus” (dikemaskini)

    1. “don’t worry, its not the song writer’s or the singer’s fault. its definitely not the Pakatan’s fault. its BN conspiracy against evangelist politicians in DAP. this is mere accusation, baseless and wrongfully portrayed by this blog.” – Nik Ajis (dalam english dialek kelate)

      1. tambah Nik Ajis lagi, “haw mah is tu mah” (how much is too much). jawab Mat Sabun pula, “Mah…, wow, nice lah”

    2. It is frightening (menakutkan) ketaksuban orang ulu dan native borneo percaya bulat2 ajaran dongeng eropah.

      Sedangkan di Eropah, katolik dan kristian diketwakan kerana terbukti dongeng tetapi di Sabah dan Sarawak ianya dipercayai seperti ianya betul.

      Bible thumpers di Malaysia!??? Mereka ini lebih dasyat atau sama dasyat dengan Taliban.

      Tiada tempat di Malaysia yang moden untuk dongeng eropah yang menjadi punca penjajahan untuk berkembang.

      UMNO jangan ambil ringan. Penjajahan katolik kini berlaku lagi melalui orang ulu dan kampung yang tak faham apa2.

      Sebab itu penekanan terhadap sains dan pemikiran moden amat urgent.

      Kristian adalah dongeng paderi yahudi yang dibunuh oleh Maharaja Rom lebih 2000 tahun dahulu.

      Jadi awaslah jika kita tidak mahu menjadi Filipina ..

      1. Muslims are forbidden from describing the looks and facial features of our prophets and Isa, or jesus as the christians call him, is one of our 25 Rasuls. But a friend told me years ago he actually did not look like the idealised version favoured by modern christians. According to my friend, jesus was not tall and slim. He was in fact, according to my friend lah, a bit short and chubby. OMG, I don’t know how he got that information!

  1. lagu ini adalah usaha memurnikan dan menyelamatkan rakyat malaysia dari semua etnik dan agama dari masuk neraka. lagu ini adalah usaha untuk menjadikan kristian anutan evangelis DAPster sebagai agama rasmi.

    jika tidak disekat, lama-kelamaan bukan akan terjadi pemurtadan secara besar-besaran, tetapi akan memperlagakan agama-agama di malaysia. akan terjadi seperti di ambon… KDN tunggu dan lihat atau buatlah sesuatu…

  2. Walaupun saya seorang Muslim, tapi semua orang berhak untuk berdoa cara masing2, termasuklah menyanyikan lagu ini, walaupun saya tidak bersetuju, malah menentang, agama Kristian dan agama2 lain..

    Berilah mereka Freedom of speech, tapi tanggungjawab kita ialah untuk menyampaikan Islam kepada Hindu, Buddha, Kristian Malaysia supaya mereka semua memeluk Islam. Masalahnya, orang bukan Islam di Malaysia tak faham Islam, maka mereka semakin menjadi-jadi dan semakin berani. Kita pula tidak menyampaikan risalah Islam.

    Cubalah kalau ada ulama yg cuba mengislamkan Jaclyn Victor dari dulu, masalah ini semua tidak akan timbul.. Malah jikalau ulama2 di Malaysia giat berdakwah kepada bukan Islam di Malaysia, alangkah banyaknya masalah agama di Malaysia ini dapat diselesaikan?

    Apa-apa pun, moga2 jganlah lagu ini pulak yg jadi pemangkin Muslim dan Kristian menghina dan bertelagah antara satu sama lain. Sudah muak dan bosan la dgn perkara2 macam ni..

    1. Jacklyn Victor, kesemua penganut kristus, kesemua rakyat Malaysia termasuk Helen Ang

      Saya menyeru kamu semua supaya beriman kepada Allah SWT yang Maha Esa & memeluk Islam sebagai Agama serta cara hidup. Saya juga menyeru setiap individu Islam agar kembali beriman dengan sesungguhnya melaksanakan perintah Allah & menjalani kehidupan Nabi SAW serta perjuangan Sahabat sahabat nya. Agar semua mendapat keselamatan dan kejayaan di Dunia & Akhirat.

    2. Pendakwahan org islam terhadap bukan islam bukan dgn cara licik mcm yg evangelist buat… dakwah ada pelbagai cara.. dan bukannya ulamak shj yg bertanggungjawab.. semua umat islam pn bertanggungjawab, dgn menjaga tingkah laku, menjaga adab, mengamalkan adab2 dan cara hidup mengikut AlQuran dan sunnah pn cara berdakwah… tapi hidayah adalah milik Allah…

      kita hormat dengan hakikat yang org bukan Islam bebas mengamalkan agama mereka sesuai dgn konsep “tiada paksaan dlm beragama (konteks yg selalu disalahguna oleh golongan pluralisme dn murtad).. dan utk kami agama kami dan utk kamu agama kamu…

      dakwah kita bukan secara memaksa.. kalau ada ulamak yg cuba mengislamkan jaclyn pun, x islam juga dia jika Allah x perkenankan… malhn mungkin jadi mcm MP Serdang yg isytihar dia xkn msuk Islam wlupun kononnya ditarbiah PAS.. malah menggambarkan Islam sbg “sihir”…itu dh sebantal ngan pas…

      dan semestinya freedom of speech ada limitnya. respect is the key…

      Btw, elijah.. nama yg jarang org Islam gunakan.. harap kamu betul2 Islam.

      1. I’m A

        Ada perbezaan antara “memaksa” dan “menjemput”. Saya sudah banyak kali bercakap dgn org bukan Islam ttg Islam dan rata2 mreka teramatlah jahil ttg asas2 Islam skalipun, walaupun duduk di dlm negara yg agama rasmi Islam. Ramai pula di antara mereka yg mengaku tiada org Islam mnjemput mreka kpd Islam, jauh skalilah memaksa. Sama ada mreka mahu memeluk atau tidak itu soal kedua.

        Malah, pendakwah dari Islamic Information & Services Foundation (IIS), Shah Kirit Kakulal Govindji, bercerita yg sebelum beliau memeluk Islam, walaupun pelanggan kedai beliau 90% Muslim Melayu, tetapi seorg pun tidak cuba mengislamkan beliau dgn menyampaikan walau sepatah kata2 Nabi (saw)

        beliau sgt kecewa krn beliau akhirnya memeluk Islam selepas ign brkahwin dgn seorg wanita Muslim..Andaikata beliau mati sblum itu, sudah tntu beliau mati sbg seorg bukan Islam kata beliau..

        Mmg betul bkn ulama sja yg brtanggungjawab, tetapi mrekalah yg menggalas tangunggjwb yg paling besar, disebabkan ilmu mereka. Bukankah mreka yg slama ini paling besar peranan utk mengislamkan manusia spanjang sjarah, hatta manusia penguasa? Daripada raja2 Melayu sblum Islam di Nusantara shinggalah Raja Mongol yg menguasai bani Abbassiyah, smua diislamkan oleh para ulama yg brjumpa mreka dn menyampaikan risalah Islam.

        Jgn risau lah tntang nama. Elijah tu Anglicized version, atau nama Inggeris bagi Iliyas..

  3. MALAYSIA ARAH TUJUANMU… Betul lah apa yg dikatakan oleh Ustaz Nasha. UMNO dan PAS membisu.. Najib mcm biasa PLAYSAFE. Nik Aziz merapu kata DAP tak kacau Islam. Ya inilah perancangan DAP…

  4. True indeed extremist Christians covet this land called Malaysia and stray its people into oblivion but I dont think Jaclyn Victor was singing the song to christianize the Malays or other youths or to further a christian agenda.

    I think the person who made the video clips have a hidden agenda, this kind of videos would not appeal to DAPSTERS as their ears are allergic to Bahasa Melayu, i wont be surprised it would be played and spread among the pribumis in Sabah and Sarawak.

    Anyway, Jaclyn Victor is yesterday, its the age of Shila Hamzah, the tudung clad girl who dominated the Asian Wave competition :).

    1. Kak Helen,

      Tuhan cipta seluruh alam cakerawala termasuk bumi dan isinya. Maknanya cekerawala, bumi dan isinya adalah hak mutlak Penciptanya, dulu, kini dan selama-lamanya.

      Tuhan sebagai pemilik mutlak bumi dan isinya tidak perlukan apa jua bantuan dari manusia sebaliknya manusia yang perlukan bantuan dari Penciptanya itu.

      Justeru, kalau ada pihak mengatakan mereka akan menghadiahkan tanah/benua itu dan ini kepada Tuhannya, secara tidak langsung menunjukkan ketidakfahaman tentang hubungan antara dirinya dan Tuhannya.

    1. U convincingly sound fake..we dun just need allahs help..our mujahideen on donkeys have bankrupted the united states and NATO rapist soldiers…we pray to Allah and then take action.

      Only PAS imbeciles think just staying at home and live off welfare without tax and tolled roads is the ultimate islamic bictoru, under PAS muslims will become weak and uncompetitive, just look at the brunieans, PAS always make a point that brunei is more islamic but the malays in brunei are easy pickings once their oil runs out as they are lazy and uncompetitive and the royal family are second to ho ching temasek in gambling away their wealth to oblivion.

      I appreciate that our non-muslim chinese and indians amd not forgettin the extremist christians make us stand on our toes and become competitive.

  5. Tak kan kita melayu islam tak dapat buat sesuatu… Bukan masanya lagi kita bertahan. Ayuh kita menyerang dari sekarang. Mulakan dengan langkah pertama dengan apa bentuk sekali pun, walau pun kecil mana, kita mulakan dengan kehidupan harian di sekeliling kita bagi setiap individu Melayu Islam.

    Misalnya, boikot rakan sepejabat kita yang beragama kristian. Anggaplah rakan kita itu mungkin baik pada kita, tetapi akan prejudis pada orang Melayu Islam yang mereka tidak kenal.

    Kalau anda bos, di tempat kerja, jangan beri kenaikan pangkat. Beri pada Melayu Islam.

    Sudah-sudahlah wahai bangsaku…. sampai bila kita hendak diperhinakan oleh sial-sial itu.

    1. Inilai contoh terbaik musuh Islam. Pemangkin utama orang bukan Islam menolak Islam sebagai agama mereka.

      Kita tidak akan melupai kenyataan sebegini yang asyik keluar dari umat Islam ekstremis macam ini.

  6. Semuanya di dalam tangan Tuhan. Adalah hak saya untuk berdoa memohon apa jua. Yang memakbulkan ialah Tuhan. Jika benar Malaysia menjadi negara Kristian itulah rencana Tuhan yang mendengar doa dan mohon umatnya. Jika Malaysia ditakdirkan menjadi sebuah negara Islam itu adalah rencana Tuhan.

    Sebenarnya, apa yang penting ialah kita orang Islam, Kristian, Buddha dan Hindu bertakwa kepada tuhan masing-masing agar doa dan segala yang dimohon di restu dan dimakbulkan.

  7. Bila umat Kristian mendoakan Yesus memberkati Malaysia dan menjadikan Malaysia dalam imegnya, ramai menjadi rimas. Jika iman anda kuat dan jika doa dan apa yang anda mohon utuh, mengapa pulak hendak tak yakin dengan diri dan agama anda dan gementar doa orang Kristian kepada Nya terdengar.

    Jika Yesus memakbulkan, ertinya Yesus mendengar seruan umatnya. Jika doa dan apa yang di mohon tidak dimakbulkan apakah salah saya?

  8. Faith is shaken by a song? Everyday i listening to call for prayer in my chinese majority area, did I leave my religion, everyday there is a programme on Islam on Radio Minnal FM did I leave my religion? When I turn on RTM 1 they are pleanty of Islam programme and did I left my religion? There is a free Islam programme on TV Al HIjrah and I watch it guess what I did not leave my religion! Is Malaysia only for Muslim? do other pendatang dont have right to pray for Malaysia?

    Please be truthful to yourself and ask who try to convert who now?

    1. The point is the song arrogantly assume that we msians need to be saved by jesus because of the assumption that christianity is the only true religion. I find that offensive. I dont think I be converted by the song I just find the song offensive becos of the arrogant assumption behind its

  9. Apabila bangsa Malaysia bertutur dalam bahasa Malaysia pastinya perkara ini tak dapat dielakkan, kerana mereka rakyat malaysia yang berlainan agama, harap harap mereka menyanyikannya dalam bahasa malaysia kerana cintakan bahawa malaysia, bukan untuk cuba mendakwah kepada orang melayu yang bertutur dalam bahasa malaysia.

    Sepertimana pernah saya sarankan, umat islam perlu menggunakan cara islamik untuk memelihara dan mengukuh iman, bukan untuk berpolitik dan mencari uwang. dengan teguhan iman, pastinya tiada apa yang perlu dirisaukan, kerana syaitan tak mampu untuk menerobos jiwa dan merosakkan minda. Wallahuaklam.

  10. Org yg kata apa perlu takut kalau iman kuat tu amat naive… Batu pun kalau dititis air secara konsisten akan lekuk jugak…. Iman itu di hati…yg bukan batu…!! Kalau fikiran telah disogok dgn subliminal message spt lagu itu dll program yg secara halus dan subversive menerapkan kepercayaan pd agenda evangelist…tak mustahil conversion atau sekurang2nya symphaty akan wujud di hati. So muslims yg tak convert jadi liberalis atau pluralis. .. Mcm anu-war tu…

    1. Ada sebab mengapa Tuhan mulanya menetapkan sebahyang sebanyak 50 waktu, betul, iman kalau dilatu memang mungkin cair, tapi banyak teknik teknik yang diajar untuk mengekalkan keimanan, tapi kekadang ianya dianggap bidaah, tak masuk akal, tahyul, sesat dan sebagainya, hanya yang pernah melalui mungkin tahu, namun kesibukan dunia membuatkan manusia kekadang tidak mampu biarpun hanya lima waktu, maka menanglah syaitan……

    2. Siapa kuasai media yg berpengaruh yg membolehkan semua itu dibuat dgn berkesan norman? Media muslim ke? So… Media dibawah pengaruh dan wang siapa yang akan berjaya buat tu semua? Kita disogok dgn subliminal messages yg mencairkan iman 24/7…!! Berapa % yg dibawa oleh media Islam? Mana lebih berjaya..? Jgn jadi naive dan lebih penting..jgn jd hipokrit..

      1. Bisu, habis apa yang dibuat Utusan ? Saban hari buat berita sensasi konon Kristian menggugat. Yang memesongkan akidah ialah orang Islam dengan 54 ajaran sesat yang dikenal pasti Jakim, kumpulan Shiah, kumpulan Wahhabis, kumpulan Takbligh. Pantau mereka. Mereka lebih bahaya sebab kat masjid dia mungkin di saf yang sama.

        1. Norman, x payah nak divert the issue la..we were talking about evangelist activities and how it influences every sphere of our lives. Ur last comment yg merujuk pd kumpulan2 kecil tu tak sama dgn pengaruh christian modern.

          Asas utk mereka berjaya di kalangan org islam masih ‘liberalisasi’ cara hidup spt yg ditunjukkan oleh modern christian. Manusia suka hiburan, tak suka disekat, able to have their cake & eat it too…

    3. komen yg bagus kpd joseph agamamu tiada pantanglarang jadi takada gangguan pada azan dan siaran islam tapi islam mempunyai hukum haram pada arak judi zina bunuh fitnah syirik murtad

  11. Kak Helen,

    Inilah pertama kali saya dengar ada istilah negara Kristian. Kalau diterjemahkan dalam bahasa ingeris apakah ianya adalah Christian state?

      1. Kak Helen,

        Secara rasminya, diketahui umum bahawa sebuah parti agama A telah menyatakan iaitu: kalau ditakdirkan mereka mendapat kuasa, mereka tidak lagi berminat untuk merealisasikan negara agama sebaliknya akan mengekalkan status negara bangsa iaitu meneruskan status kenegaraan sedia ada.

        Kerelaan parti agama untuk melupakan impiannya itu adalah amat berkaitan dengan konsensus 3 parti iaitu mereka tidak nampak yang ianya (negara agama) adalah satu sasaran yang realistik. Adalah jelas dalam isu ini, ada kesediaan di pihak parti agama A untuk berkompromi demi menjaga sebuah persahabatan. Sungguh murni jiwa mereka.

        Anehnya, apabila parti agama A membatalkan hasrat pembentukan negara agama, muncul pula pihak B yang nampak kekosongan slot negara agama sebagai satu peluang untuk diisi dengan negara agama versi mereka pula (versi B).

        Oleh kerana kekosongan slot negara agama ujud susulan kesudian parti A berkompromi tetapi bukan disebabkan parti A mengaku kalah, makanya apabila pihak B pula mengidamkan negara agama versi B, tidakkah parti A akan berkata yang ini:

        Ooo! ‘ada udang sebalik batu’ apabila dia orang suruh aku lupakan negara agama versi A…rupa-rupanya dia orang nak gantikan dengan versi B…OMD, aku kena klentong hidup-hidup”

        Harap-harap A tidak melatah sebaliknya terus menjadi pihak budiman. Lagipun si budiman tidak akan kenakan orang meskipun orang kenakan dia.

        Secara jujurnya, apa perasaan akak sebaik saja mengetahui negara agama versi A tidak lagi akan dilaungkan oleh parti A, tetapi kini, pihak B pula nampak ada oportuniti untuk jadi oportunis dalam konteks negara agama?

        Kalau parti A hilang budimannya, yakni akan tarik balik hasrat pembatalan negara agama versi A, tidakkah akan ada pertembungan tamadun antara A dan B? Kalau benar, siapa yang akak akan sokong? A atau B atau akak ada respons lain?

          1. ini semua hanya permainan politik, yang penting bukan slogan negara agama, tapi pengisian itu penting, cth kemudahan utk memunaikan solat lima waktu utk muslim, makanan halal, perbankan alternative, pengurusan haji, dan sebagainya, pendek kata majority muslim yang menginap di negara ini berasa selesa melaksanakan ajaran islam. Sesiapa yang pernah keluar negara pasti dapat membezakan perkara ini.

            Asasnya pemimpin lama kita telah bersepakat tentang perkara ini, pada saya ini adalah asas kenegaraan, parti politik sekarang patutnya tidak lagi memainkan sentimen ini, isu yang patut ditekankan sekarang adalah kos hidup yang meningkat, jalan yang sesak, kemudahan awam yang teruk, servis telekomunikasi yang mahal, masalah pekerja kilang esp operator pengeluaran, dan sebagainya.

            Tapi isu isu ini kena menggunakan kepala otak dan akal untuk berpikir, dan politikus kita tak mampu berpikir perkara ini, maka cara singkat adalah mengulang pakai isu yang sama, seperti bumiputra, DEB, bangsa, agama, rasuah dan sebagainya, diselang seli dengan slogan rakyat marhaen, tertindas , keadilan dan sebagainya.

            Ini semua hanya politik untuk politikus kekal dalam jawatan, kerana dengan jawatan lah dapat gaji dan elaun, juga peluang. Jadi semuanya mengarut kalau berbicara tentang negara agama, bangsa dan sebagainya.

  12. Thanks God for creating me as Christian. I am very grateful and thankful you O Lord. Thanks for giving the Christian the brain to create internet, thank you Lord for giving wisdom to Christian to create drug for diabetes, cancer, hypertension. and also for creating plane, car and motorcycles.

    Thank you Lord for keeping my faith strong although I am constantly bombarded and given sweet promises by other religion, I will stand firm.

    1. you forgot to mentioned that without the knowledge of the Muslims of Andalusia and those of Baghdad, the Chinese and Indians of antiquity, plus those of Greece, which incidentally were not Christian in nature, there would be no Enlightenment and the Industrial Revolution. And, without those I’ve mentioned, your Christian Civilization would still be in the Dark Ages.

      and the “inventions” of the modern era, they were the fruits of Jews that resided in Europe before the rise of the Fascists and Nazis that drove the Jews to say au revoir to Europe. You do know what au revoir is, don’t you ?

      in fact, your Christian religion is itself originated from the teachings of Prophets of the Hebrew Bible of Antiquity, in other words, they were not White in nature or origin.

      and your English sucks. But what to expect from people like you? people that are too lazy to learn anything but would be quick to claim someone’s else achievements as their own.

    2. Yes, I Will stand firm on my choice of religion too, ie, no islam, no christianity.

      These religion always need ” defending ” and monetary contribution from the followers.

      Better to defend ourselves against these sicko and hypocritical followers.

        1. I don’t know what to make of this Helen. he’s Mohd Aziz at Malaysian Insider ? the fella is utterly shameless.

        2. What makes you think I m your so called ” mohd aziz ” in themalaysianinsider ?

          Don’t overestimate yourself ok.

          Don’t outsmart yourself.

    3. So what have you done for humanity beside making an imbecile out of yourself.

      Knowledge is there for humanity to discover, if the Christians scientists(i doubt they were practicing Christians anyway) did not discover, the Hindus, Buddhists and even Fire worshipers would have discovered it.In the end, it is the heathens in Asia who end up with the ability to re-manufacture the technology discovered by the West.

      Knowledge belongs to all, the Egyptians produced the basic forms of mathematics (cubit measurement system, basic algebra), thanks to the Hindus we have the number system we have today, that was developed into Algebra by the Arabs and further developed into advanced mathematics by the Europeans and used by the Chinese engineers in Taiwan to create algorithms for our computer processors.

      Knowledge is the culmination human discovery over the millenniums by a multitude of civilizations, only certain dumb Christians think that knowledge is solely theirs.

    4. Thank god for islam. If not for islam the western civilization wouldn’t be able to get out of its dark ages and able to create and invent those thing u mention. Didnt u know that the western thinkers copied a lot from Muslims thinkers during the peak of Muslims civilization. For some reason I am not surprised that u dont.

    5. actualy you should thanks to Muhammad the prophet cause let the christianity live in his land go back to history to learne how christianity are being save

  13. Jonas Salk = polio vaccine

    Stanford Robert Ovshinsky = the hydride battery

    Mikhail Iosifovich Gurevich = Russian MiG combat aircraft

    Julius Fromm = the process of making condoms from liquified rubber

    Abraham Zelmanov = in 1944, the complete mathematical method to calculate physical observable quantities in the General Theory of Relativity (the theory of chronometric invariants).

    Applying the mathematical apparatus, in the 1940s, he established the basics of the theory of inhomogeneous anisotropic universe, where he determined specific kinds of all cosmological models — scenarios of evolution — which could be theoretically conceivable for a truly inhomogeneous and anisotropic Universe in the framework of Einstein’s theory

    Dr. Gregory Goodwin Pincus = co inventor of the combined oral contraceptive pill
    they all have one thing in common, all of them were Jewish. and there’s more, but I doubt you know any of them do you Joseph?

    1. Erm … if they were Jewish, was it likely that their religion was Judaism? So they were not Christians?

      1. Helen, they were not Christian, that I m sure. as for their religion, I would say they were either Judaism or just simply non religious.

  14. Betul bak kata org Borneo. Di sana mereka hidup aman damai. Tetapi tidak di semenanjung. Gerakan Kristianisasi sedang giat dijalankan oleh Evengelis DAPster. Mereka bijak baling batu sembunyi tangan.

  15. Make no mistake, christianity is an imperialist religion.

    However all three abrahamic religions are in its last throes and will be greatly eroded this decade. Their own followers are abandoning it. In central and south America, and in Europe, it only exists in name.

  16. [salam Ahad semua. hari ke gereja bagi penganut kristian… malam tadi malam minggu… kalau ‘hang-over’ sampai ke petang, terlepaslah khutbah Ahad.] cuba kaji teks ini dengan menggunakan ‘literature devices’.

    sudah terang lagi bersuluh… bukankah dah termaktub dalam undang2, agama lain tak boleh ditarbiyahkan kepada umat Islam. telitikan senikata lagu tersebut.

    “Yesus engkaulah harapan segala bangsa” – segala bangsa di Malaysia maksudnya apa? Cina, Melayu, India dal lain-lain.

    “Setiap suku setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di takhta mu dan nyatakan bahawa Yesus lah Tuhanku” – ini maksudnya apa? setiap suku setiap kaum? tak perlu membawa antara baris, maksud telah tersurat.

    “Yesus engkaulah harapan segala bangsa” – lagi segala bangsa. segala maksud semuanya.

    “Setiap bangsa kan mengalami pemulihan” – setiap bangsa maksudnya setiap satu bangsa yang ada.

    tak perlu seseorang memerah otak untuk memahami ‘literature devices’ dalam memaknai lirik ini. budak darjah 5 pun faham… hanya penyokong politikus evangelis DAPster yang akan menafikan adanya unsur usaha kearah memesongkan akidah umat Islam melalui lagu ini.

    usaha jahat ini tidak boleh dinafi lagi. walau apapun hasilnya nanti, ia tetap usaha jahat. kerajaan harus bertindak dalam kadar segera.

    1. Apakah Islam tidak mengatakan bahawa salam adalah untuk SEMUA. Apakah orang Islam tidak mendoakan dan membuat pelbagai usaha untuk mengembangkan Islam kepada bukan Islam? Kenapa islam tidak kata Islam untuk Melayu sahaja? Mengapa Islam kata Islam adalah solusi untuk SEMUA.

      Apakah Kristianiti dan Injil tiada solusi untuk SEMUA termasuk untuk anda. Anda, perlu tahu kedua-dua Islam dan Kristian adalah untuk SEMUA dan mempunyai solusi untuk semua.

      1. norman fernandez sebagai warganegara malaysia, semua rakyat harus mematuhi perlembangaan yang telah menyekat hak mentarbiyah agama lain kepada umat Islam. jangan butakan mata anda terhadap perlembagaan hanya kerana pendapat peribadi. anda seorang terpelajar, jangan memperbodohkan diri atas ketaksuban.

        “Perlembagaan membenarkan kebebasan beragama. Perkara 11 menyatakan, “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya,” tetapi perkara ini juga memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk “mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”

        Perkara 3 dalam Perlembagaan menyatakan bahawa, “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dan “Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam.”

        Perkara 160 dalam Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam. Mahkamah sivil biasanya menyerahkan kuasa kepada mahkamah Syariah bagi kes-kes berkaitan keluar daripada agama Islam, dan mahkamah Syariah pula enggan membenarkan sesiapa keluar daripada agama Islam. Undang-undang dan dasar-dasar lain mengenakan beberapa sekatan terhadap kebebasan beragama.”

        1. Apa yang di syariatkan dalam perlembagaan kita patuh. Tetapi tiada larangan bagi saya untuk mendoakan kepada Yesus memohon restu dan limpah berkat untuk negara saya. Tidak juga apa-apa yang patut melarang saya dalam memohon agar Malaysia berada dalam naungan Yesus.

          Jika apa yang saya pohon, dimakbulkan Tuhan saya ucapkan, Amen.

          Jika ada yang dipohon anda, saya juga doakan agar dimakbulkan doa anda.
          Malaysia bukan milik kita. Malaysia milik Tuhan.
          Untuk mu, Tuhan mu,
          Untuk ku, Tuhan ku.

          1. Norman,

            Anda percaya pada konsep satu Tuhan atau tidak?

            Kalau anda percaya maka anda tidak akan mengungkapkan perkataan ini:

            “untuk mu, tuhan mu

            “untuk ku tuhan ku

            Ungkapan berkenaan hanya diungkapkan oleh pihak yang berfahaman politeisma.

        2. Norman, tiada siapa yang akan bising jika anda berdoa hanya dalam lingkungan atau kapasiti sebagai penganut kristian berdoa kepada panganut kristian yang lain supaya negara ini berada dalam naungan Jesus.. tetapi apa yang berlaku adalah anda menyebut ‘Setiap suku setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di takhta mu dan nyatakan bahawa Yesus lah Tuhanku”

          “Yesus engkaulah harapan segala bangsa

          Anda mahu supaya setiap suku dan setiap bangsa (termasuk melayu/islam) supaya menerima dan turut menyembah Jesus. Itu adalah satu bentuk pendakyahan. Inilah isunya disini.

          1. Amikie,

            Apa jawapan anda kepada orang Islam yang asyhik sembayang agar bukan Islam mendapatkan hidayah dan menjadi saudara baru.

            Pernah dalam satu majlis di Kulai sekitar lewat tahun 90’an, ada seorang pemimpin PAS dalam ucapan pembukaannya memberi salam “Assalaimualaikum kepada orang Islam, dan Selamat Malam kepada yang BELUM Islam. Syukur, ada seorang bangun terus menegur dan membidas pemimpin PAS yang mengungkap kata-kata itu sebagai biadap.

            Apakah anda tidak percaya Allah dan rasulnya harapan semua bangsa dan tidak pernah ungkapkan perkataan sedemikian. Mengapa, jika saya sebutkan yang sama dan yang mana saya benar-benar percayakan bahawa Yesus adalah harapan semua umat anda jadi gelisah. Bagi saya Yesus adalah harapan untuk SEMUA umat didunia ini.

          2. Norman,

            Saya bercakap didlm peruntukan undang-undang iaitu perkara 11 perlembagaan persekutuan yang melarang sebarang penyebaran atau pendakyahan agama lain kepada umat Islam. Apa yang diucapkan didalam lagu tersebut adalah jelas satu bentuk pendakyahan. Kalau anda ada masalah dengan undang-undang didalam negara ini, anda dialu-alukan untuk pergi ke negara lain yang anda rasa lebih aman, harmoni dan bebas. Tiada siapa yang melarang anda.

          3. Amikie,

            Kita tidak nafi peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam. Sama ada lagu yang dinyanyikan itu adalah suatu bentuk pendakyahan kepada orang Islam adalah isu di sini. Pada pendapat saya, ia bukan suatu pendakyahan walaupun mengandungi lirik sedemikian.

            1. Lagu tersebut ditujukan kepada penganut Kristian dan tiada usaha terancang untuk menyebarkan lagu tersebut kepada penganut agama Islam. Yang menjadi isu adalah umat Islam (Perkasa) sendiri yang mencari dan mendengar lagu tersebut. Lagipun, lagu tersebut sudah wujud semenjak 5 tahun lalu dan mengapa hanya sekarang ini ia menjadi isu?

            2. Perkara 11 (4) mestilah dibaca bersama dengan Perkara 11 (1) di mana setiap orang bebas menganut agama masing-masing. Kalau lagu tersebut boleh dianggap melanggar Perkara 11 (4), maka hak Jacklyn di bawah Perkara 11 (1) pula yang akan dicabul. Adakah kita nak menafikan hak beragama Jacklyn dengan sekadar mengatakan lirik lagu tersebut adalah suatu bentuk dakyah? Saya rasa kita perlu kemukakan bukti atau keterangan lain yang lebih kukuh untuk menyokong dakwaan kesalahan pendakyahan. Sekadar menggunakan alasan lirik adalah tidak mencukupi.

  17. Kak Helen,

    Manusia terbahagi kepada tiga kumpulan…lemah (5%), kuat (5%) dan sederhana 90%. golongan yang lemah oleh diperkuatkan kalau betul caranya dan dalam masa sama golongan ini juga mudah dipengaruhi oleh agenda pihak yang berpengaruh.

    Bagi kumpulan yang lemah kepercayaan terhadap agama iaitu 5% jumlahnya, kepercayaan mereka boleh ditingkatkan kalau ada usaha terancang dan berterusan. Selalunya golongan yang kuat/sederhana (95% jumlahnya) boleh melakukannya yakni membantu memperkukuhkan golongan yang lemah).

    Dan apabila kepercayaan agama golongan yang lemah pegangannya dapat diperkukuhkan, dengan sendirinya hati mereka tidak akan mudah cair apabila digoda dan sogok dengan itu dan ini terutama oleh pihak tidak beretika yang mahu melihat golongan lemah menukar pegangan agama.

    Dalam konteks agama dan kejayaan penyebarannya, sepatutnya bukanlah dianggap satu pencapaian besar kalau penukaran kepercayaan hanya berlaku pada 5% golongan yang terbawah (lemah pegangannya) tetapi 95% golongan di atas tidak berubah.

    Lebih jengkel kalau kejayaan mengubah pegangan agama pihak yang lemah pegangan keagamaan itu dicapai menerusi pendekatan putarbelit atau ‘menangguk di air yang keruh’ atau sekadar untuk menambah kuantiti penganut baru tetapi tidak pada aspek kualitinya.

    1. Maehaeman, bersediakah kamu menerima bahawa Tuhan saya adalah juga Tuhan mu ? Tentu tidak kan. Tuhan kamu juga bukan Tuhan saya. Saya tidak percaya Tuhan adalah satu. Untuk mu, Tuhan mu. Untuk ku, Tuhanku. Walaupun apapun, tidak perlu kita sengketa tentang Tuhan didunia, marilah hidup dalam rukun damai dan keimanan seperti yang dituntut agama kita. Yang lain, di syurga kita tanyakanNYA.

  18. If i may,

    I don’t think anything is wrong, when a song is made to praised the lord and requesting bless (regardless of any religion). as it is done to bless the nation. If Malaysia suffer we all suffer (however we argue, people of all race and religion are interdependent in this country)

    About the song, if they like the song, they support the song or like it. Those who don’t like it, just leave it alone. music was one part which was inter-race/ Religion and now we are fighting over it. Come on, its a song requesting Malaysia to be blessed, We can’t sing song about blessing Malaysia unless it has issue/picture related to Malaysia. I also doubt this is an official video clip.

    Why we are fighting over this ? Azan is meant to remind Muslim of a prayer period so as a multiracial country we should respect them. Same goes for Church bell and Hindu Temple. as much they respect ours

    i am not sure why this is being linked to any party or appose by any party. Politic is politic don’t mix thing up.

    i am sure some “lost soul” (any religion/race) may feel its their right to defend their religion but not in the expense of other religion. do not paint the other religion as bad. its our job to say/tell /discuss about our religion to other people (of all religion). its our assessment of the religion is important. Every religion has positive aspect take the positive, practice it as long as it does not conflict with you believe/ religion)

    Every religion tells us to help people in need and be good to others. so if we are fighting with each other we are going against our own teaching.

    Even Prophet Nabi, acknowledge presence of other religion allowed them to stay with them and protecting them against others. if god wanted the world with one religion he would have made it so

    Who cares who found what Technology. the inventor / scientist did not invent something for the good of their race they found for the advancement of the human (i am aware some was created to kill the enemy who might be of a certain race/religion)

    How come, we have come so low that we are saying a small song can insult a religion. we should be bigger than this.

    Tiada erti mengislamkan/ meingkristiankan/menghindukan/ membuddhakan seseorang jika orang yang menerima tidak mengamalkan.

    some one brought up Shah Kirit, I don’t know about him much but he has his right to peach what be believe but i did check some of his clip in Youtube. He claimed to have read some Religious book (Vedas, Bible and Quran) but if you are preaching by ridiculing other religion and conduct direct translation of a quota from the book’s then its wrong unless he has done through a proper method)

    Please Grow Up

    if a Bomb was dropped in Malaysian, We all die, there is not bomb in the world (least not yet) can kill any specific Religion/ Race.

    and If we go to War, we have to depend on our Muslim / Christian/Hindu/Buddhist to help us fight the War, we cant aspect China / Israel / Arab world / India to help us. and just Because USA / India / China / Iran / Russia drop the bomb are we going to kill our brother of different Religion (whom the majority is the predominant religion in the country that drop the bomb.

    Regards
    Sk

  19. This song is so insensitive. It assume all msians are christian and Christianiaty is the only true religion for us. And msians of otherfaith need to be saved by Jesus? This is too much

    1. Perhaps the song has made a general assumption as what you have pointed out, but somehow this is a song to worship Christianity. Just like any other religious songs or nasyid, they would have incorporated such a wide and sweeping assumption too. The said song is targeted and performed to Christian audiences only. Unlike a situation whereby the azan was broadcast loudly in a non-muslim majority area or the Islamic prayers recited in an event attended by non-muslim. At least the song is not being ‘compelled’ to the ears of muslims.

  20. that Jaclyn Victor set up a loudspeaker and blast her Christian song all over town ah? Like the muezzin ah? watch TV then suddenly 5 times a day her song pop up ah? Or force people to convert to Christianity at birth with no choice ah? don’t watch her song got religious police come and catch ah?

    This one is just BN’s orang gaji inventing pasal so people get distracted from BN’s hopeless 55 years of failure! Cacing tanah better lah, at least know how to jaga tanah

  21. Tiada paksaan dalam beragama… bagaimanapun orang nak pujuk atau sebarkan kepercayaan seseorang itu.. jika iman percaya kita hanya untuk itu.. tidak ada yang dapat merubahkan..

Comments are closed.