Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM MELAYU

Pesanan bagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

Salam bahagia diucapkan kepada Tuan Mohd Fauzi bin Yusuf,

Merujuk kepada kenyataan akhbar yang dikeluarkan sebentar tadi oleh badan perhubungan PAS Pulau Pinang, izinkan saya untuk memberi sedikit maklum balas.

(1) Mesyuarat badan perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang ingin memaklumkan kepada kerajaan negeri serta majlis Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang agar memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Sila dimaklumkan bahawa tuntutan tuan adalah tidak wajar memandangkan hal-hal agama di serambi mekar Pulau Mutiara adalah ditadbir oleh Saidina Umar Lim Abdul Aziz selaku Khalifah yang memiliki kuasa mutlak beserta diiktiraf sebulat suara bahawa pemerintahannya adalah yang paling bijak, paling adil dan paling saksama di seantero.

khalifahKGE

(2) PAS juga menuntut supaya ditambah kuota bilangan ahli majlisnya di Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai kepada 4 orang setiap pihak berkuasa tempatan.

Sila maklum bahawa Pulau Pinang adalah merupakan satu pemerintahan Khalifah (Caliphate) yang cukup sempurna dan tiada tolok bandingnya di rantau ini. Justeru sudah menjadi adat bahawa pelantikan mana-mana pegawai tinggi adalah terserah kepada sepenuhnya budi bicara Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang paling bijak, paling adil dan paling saksama tanpa tolok banding.

Poster photoshop yang popular di blogosfera Melayu

(3) Seterusnya PAS menuntut agar diberi kuasa penuh untuk memilih dan melantik Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung di kawasan DUN / Parlimen yang ditandingi parti tersebut.

Sila maklum bahawa Pulau Pinang adalah sebuah khalifah pemerintahan Saidina Umar Lim Abdul Aziz. Kuasa untuk memilih dan melantik mana-mana pegawai adalah terletak sepenuhnya pada tangan Saidina yang paling bijak, paling adil dan paling saksama di seluruh Nusantara.

caliphate

(4) Tambahan lagi, PAS menuntut peruntukan kuota bagi wakil-wakilnya sebagai ahli lembaga pengarah dalam anak-anak syarikat milik / berkaitan kerajaan negeri (GLC) memandangkan sehingga kini, tiada mana-mana lantikan yang dibuat mewakili PAS.

Sila maklum bahawa Pulau Pinang adalah sebuah khalifah pemerintahan Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang tiada cacat cela.

Kuasa untuk memilih dan melantik mana-mana anak dan ahli keluarganya untuk menjadi mana-mana ahli lembaga pengarah adalah terletak sepenuhnya pada tangan Saidina Umar yang paling bijak, paling adil dan paling saksama. Kepimpinan yang sebegitu cemerlang, gilang-gemilang dan tidak terbilang mencontohi kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin yang belum lagi pernah dijumpai sepertinya di dunia sebelum ini. Baru sekarang ia dijumpai di negeri utara kecil kita.

wazir

(5) Berhubung aduan PAS bahawa cogankata CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) tidak dipraktikkan dalam hubungan Pakatan Rakyat bersama parti Islam bendera hijau bulan purnama itu, sila maklum bahawa Pulau Pinang bukanlah berupa sebuah pemerintahan CAT tetapi ia pemerintahan Caliphate yang diterajui dan diterangi cahaya Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang paling bijak, paling adil dan paling saksama.

(6) Berhubung kebimbangan PAS tentang campur tangan yang tidak wajar oleh pihak kerajaan negeri terhadap MAINPP yang akan menyebabkan berlakunya ‘Pertindihan Kuasa’ yang akan mengganggu kelancaran pentadbiran dan organisasi Islam tersebut, sila maklum bahawa Pulau Pinang adalah Khulafa  yang mana sememangnya Khalifah Umar Lim Abdul Aziz mempunyai kuasa mutlak dalam segala bidang agama.

Maka tidak dijangka akan timbul apa-apa masalah pertindihan kuasa atas sebab tidak ada mana-mana pemimpin lain yang dibenar untuk mempunyai kuasa yang setara dengan Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang tempatnya teragung dan teratas sekali.

TongkatSakti

(7) Berhubung kehendak PAS untuk dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar yang hendak dirancang sebelum ia dilaksanakan, sila maklum bahawa Pulau Pinang adalah Khulafa di mana Khalifah Umar Lim Abdul Aziz mungkin sesekali akan meminta dan mendengar pandangan daripada wazir, orang yang dipercayainya. Namun syukur Sang Wazir masih sihat walafiat dan maka dengan itu, tidak ada kekosongan jawatan buat masa ini untuk disi orang PAS Pulau Pinang.

Sekian. Harap maklum dan kerjasama tuan Mohd Fauzi adalah amat dihargai.

Amar makruf nahi mungkar.

Saya yang menjalankan tugas dan berkhidmat kepada Khalifah,

Pemegang Mohor Kecil
(Bahagian Protokol Istana)

Dikemas: 10.34 pagi

Anda mungkin juga berminat untuk membaca:

Hikayat Puteri Pelangi Dura

Author:

I have no Faceook or Twitter.

24 thoughts on “Pesanan bagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

  1. audzubillahi minash shaitanir rajiim wa audzubillahi an yahdurun. la ilaha illa ALLAH wahdahu la sharika lahu, laisa kamithlih syaiun. Allahumma salli ala Sayyidina Muhammadin nuril anwar habibullah rahmatun lil alamin. Amin, ya Ar-Rahmanir Rahim rabbil alamin.

    saya berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, sesungguhnya saya berlindung dengan Allah daripada kehadiran syaitan itu. Tidak ada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH Maha Esa yang tiada sekutu bagiNya, yang tiada suatu perumpamaan pun yang boleh dibandingkan dengan ZatNya.
    Ya Allah! mencucurilah kepujian dan keberkatan atas Sayyidina Muhammad – dia yang cahaya atas segala cahaya, yang kekasih Allah, dia yang jadi rahmat kepada segalanya di dalam alam kejadian. Amin, ya Maha Pengasih Maha Penyayang, Tuhan pada sekalian alam semesta!

  2. in short, dia ni maksum la. kena ikut peredaran zaman, title khalifah dah tak di pakai, jadi grand ayatollah lebih glamour.

    1. re: “What is really ironic is that an interfaith dialogue is welcomed”

      What is even more ironic is that they have to hold interfaith dialogues because they (DAP evangelistas) are the very same people causing all the religious tensions in the first place. Hypocrites!

      1. Yes indeed and 95% of your community is being led, day by day, closer to a clash with the Muslim community. I don’t know how it’s going to end but it won’t be pretty, especially for the 95% of your community.

        1. re: “I don’t know how it’s going to end …”

          The innocents will suffer. That’s how it’s going to end.

          The working class Ah Pek and Ah Soh penyokong DAP – whose only crime is to vote DAP and to believe in the false hope promised by the 3.0 evangelista politicians – will be the ones at the receiving end of the backlash.

          Meanwhile the “high class” evangelistas will remain protected within their gated communities in Jerusubang when the street clashes take place in the slums.

          After all, the DAP evangelistas are now happy, what. The stingy Selangor Menteri Besar who accumulated RM3 billion in reserves for his state has finally succumbed to pressure and announced the release of hundreds of millions in the just announced budget.

          The DAP politicians get their money, money, money Glory and Gold, and what do their supporters get? Gsopel to feed the stomach.

          ‘Geran Selangorku RM300j: Siapa cepat dia dapat’

          1. You sure gated communities safe ? If the mob wants to get in, sure got a way. Safe ? Really ? Safest option when the clashes break out is fly out as soon as possible.

            One thing I m sure of is the high class people got money and will be the first to get on board planes and fly to Australia. Maybe Singapore.

            Yeah one thing I agree with you. The average Chinese will be collateral damage. Sacrificial lambs.

            But there is this one thinking I want to share with you. The average Chinese think such clashes will not happen because Pas is with them and everything is just fine.

            Ah ha ha ha ! They think all Pas people love them. Maybe some do. With Pas becoming more liberal, wonder how many supporters Pas will end up with. You and I know Pas derives it’s support from the rural conservatives and rural conservatives are not fond of this liberal thingy.

            The more liberal Pas becomes, the more support they lose, especially the support of Malay conservatives. And I can tell you, Malays, even the urban types, when it comes to issues regarding Malay rights, Islam and the position of the Sultans, they are very conservative.

      2. It’s really this the DAPster evangelists are after: Social Darwinism with a mouthful of idealisms about humanism (throw in marxism, maoism, islamism, zionism, brahminism bla bla bla) – post-mortem of a failed Trinitarian Christendom, is it not?

        [YouTube]

  3. Islam ni umpama tak kenal maka tak cinta.

    Sekarang helen mula berkata kata pasalIslam. Bagus bagus.

    1. Funny how some Chinese girls can actually think that the putih melepak Chief Minister of Penang is ‘hensem‘. Lucky Annie is only half Chinese and hence she has better taste :D

  4. A big question with the in fighting in DAP and PAS being angry at recent issues, I wonder how long will Pakatan Rakyat last.

    1. Correction. Kelantan will be BN friendly, then!

      How I wish UMNO and PAS in Kelantan shrugged off their differences and work together to build Kelantan.

      It’s pathetic to see some unfortunate Kelantanese still have difficulties to having basic needs like clean water.

      1. Oh ya. If this happened then Kelantan will be 100% BN friendly. Selangor will be razor thin DUN.
        Penang pula tersisih as the only opposition state.

        Kudos to all the Ah Pek and Ah Soh Penang.

  5. Today Nov. 20, is Universal Children’s Day & below is item 10 of the UN’s Declaration of the Rights of the Child [1959]:

    “The child shall be protected from practices which may foster racial, religious and any other form of discrimination. He shall be brought up in a spirit of understanding, tolerance, friendship among peoples, peace and universal brotherhood, and in full consciousness that his energy and talents should be devoted to the service of his fellow men.”

    1. Monday was ‘World Toilet Day’.

      The Kelantanese who don’t have access to clean water would just tell the campaigners to go jump into the lake.

      1. Jangan kata Kelantan aje yang takde air bersih. Selangor juga. Tengok bagaimana di tiap-tiap rumah pun, mahu tak mahu, terpaksa juga pasang penapis air.

        1. Air tak bersih satu hal. Di satu daerah di selangor, ada yang air tidak ada sampai 6 bulan. Yg kelakornye, kg tu 45 minit je dari KL, tu pun sebab kesesakan kat cheras….

          :dsarah

Comments are closed.