Posted in BIAWAK

Robocop-robocop DAP menggiatkan kempen fitnah mereka

Sekian lama saya berkecimpung dalam bidang kewartawanan.

Hanya apabila tulisan saya mengkritik Lim Guan Eng akan saya berdepan dengan robocop-robocop yang menjalankan stalking dan harassment (gangguan dengan niat untuk menekan dan menghindar).

Sentuh sahaja, bayonet-bayonet mereka lantas keluar untuk menikam dan menyayat nama baik dan reputasi siapa yang berani mengugat Kapitan Cina.

Lubuk Cina Bangsar

The Malaysian Insider (TMI) dalam lidah pengarangnya semalam mengutuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan blogger-blogger pro-Umno sebagai mengamalkan politik longkang.

“Not just the Umno Youth chief but the vast number of pro-Umno bloggers who are out to keep their party popular by criticising or weaving tales about their opponents.

Perhaps gutter politics is the way to go. Perhaps we have to stop holding KJ or Umno to any standard and no one will be disappointed or surprised by what they do.

What a pity. … But what sort of future can it be with the easy acceptance rather than the rejection of such politics?”

Politik longkang

Tinjauan terbaru Merdeka Center menunjukkan lebih 80 peratus kaum Cina menyokong DAP di Pulau Pinang, dan agaknya begitu juga angka peratusan di seluruh negara. (Sebenarnya saya ini cukup rare species yang tidak menganggap DAP maksum.)

Jadi tidak hairanlah saya lama dan kerap disasarkan robocop DAP tatkala saya memantau tindak-tanduk Sang Taiko, setpol-setpol serta setiausaha akhbarnya.

Malah ada sekali, salah seorang Anonymice mereka yang menggunakan nama ‘Ah Hoe’ telah membuat 33 komen menyerang saya di Malaysiakini (sewaktu saya masih kolumnis portal tersebut).

Membuat 33 komen cybertrooper pada satu rencana ialah kerja gila, bukan? (Atau kiasu betul!)

Ke gelabah kerana Guan Eng dan kelompoknya pantang ditegur. (Bukan semua pemimpin DAP sedemikian dan ada yang memutuskan untuk keluar parti umpamanya Wee Choo Keong).

Bercakap fasal etika media, bagaimanakah boleh si moderator Malaysiakini meluluskan seorang pembacanya membuat 33 komen berciri serangan peribadi dan jelas mengingkari garis panduan mengkomen portal itu sendiri serta ianya dilakukan tidak putus-putus di atas satu rencana?

CONTOH #1

Yang bab puak DAP memaki hamun dan mencarut itu tak payahlah saya tunjukkan screenshot kerana gelagat mereka sudah kita kenal.

Seorang pula Anonymice pro-DAP menggunakan nama ‘guwawijaya’. Kawan blogger saya Shar101 (HartalMSM) mengesyaki ”guwawijaya’ ini adalah juga Ah Hoe kita yang tadi.

Yang sekarang menggelarkan dirinya ‘guwawijaya’ membuat tuduhan liar:

“Helen Ang’s article with a photoshopped image of Lim GE sembileh-ing a cow at a mosque”.

Tak perlu saya bercerita panjang. Kalian semua pun maklum yang gambar Photoshop dulu memaparkan Lim Guan Eng menyembelih lembu mengikut adat Islam langsung tidak ada kena-mengena dengan saya.

Namun tengok berapa Thumbs Up diberikan pembaca kepada komen fitnah terkandung di rencana TMI hari ini.

Selain fitnah tentang Photoshop, Ah Hoe dan konco-konconya juga mendakwa saya anti-Melayu kerana tidak sepakat tentang politikus wanita DAP pasang tudung berpolitik di masjid.

Mereka bertanya, ‘Salahkan bertudung, masuk masjid, kan muhibbah’?

CONTOH #2

Beginilah ragam puak DAP.

Bagi mereka, Cina tidak boleh lari dari menyokong parti tersebut.

Pepatah ‘Bapa borek, anak rintik’ ada tempatnya. Masih ingat lagi tweet berikut?

“BN berupa pencuri yang menganaiya (dema) dengan meletakkan label ‘pencuri’ pada (mereka) yang begitu putih, bersih dan suci.”

CONTOH #3

Komen oleh ‘Rayan’ di bawah (yang gayanya ada kilas seorang sepupu Ah Hoe, ya?) boleh dijumpai di posting sini.

Kaedah operasi pakai meng-harass lebih kurang sama.

Berwaspada

Blog lain yang mencabar DAP pula kena hack berkali-kali. Nampaknya tidak boleh dibiarkan umum untuk mengetahui babak-babak dalaman parti itu. Baca sini.

Kesimpulannya: Siapa yang kuat main politik longkang? Siapa Raja Fitnah? Siapa yang menganaiya?

Dah tahu pun siapa jaguh taktik putar-belit licik.

_________________________________________________________________________

Anda mungkin juga meminati:

Guan Eng masih lagi mahu pusing hal Johor itu

Author:

I have no Faceook or Twitter.

18 thoughts on “Robocop-robocop DAP menggiatkan kempen fitnah mereka

  1. Saya sungguh kesal dengan tindak tanduk DAP selama ini. Saya percaya jika DAP tidak wujud di bumi bertuah ini, Malaysia pasti lebih maju dan lekas menjadi developed nation. Banyak masa MCA terbuang kerana terpaksa melayan kerenah DAP dan menafikan dakyahnya. DAP memburukkan Umno seolah parti itu tidak berjasa langsung. Sekarang saya mula mengesyaki bahawa DAP ini memperjuangkan prinsip komunis atau pengganas.

  2. sorrylah Helen, guru besar kat Heng Ee pun dah menafikan tuduhan kes itu pernah berlaku kat sekolah mereka. Beloger umno pun sudah terkantoi menggunakan gambar palsu.

    Semua komplot bn untuk tibai guan eng bertemu kegagalan. Kes Johor gagal, kes han chiang gagal… kes ini meletup kat muka mereka. hahaha

    1. Takkan guru besar nak mengaku. Itu expected la. Senang betul kau ni diperbodohkan Zuul. Aku tak pikir blogger umno akan pilih anak Guan Eng utk jadikan issue. Ada banyak lagi benda yg mereka boleh pilih. Tapi kalau tak ada angin, takkan pokok bergoncang.
      _________________________________________________________

      (@ Zuul) Dalam kes hospital yang dibedil gas pemedih mata tatkala perhimpunan Bersih 2.0, pengerusi lembaga Hospital Tung Shin pun pada mula-mulanya tegas dengan penafian perkara itu berlaku.– Helen

      1. lucunya melihat cybertroopers bn besama helen cuba membaiki labu mereka lepas komplot gagal. senjata makan tuan.

        khairy oxford nak sembunyi muka kat mane sekarang? dr novandri dan papagomo nak buat ape? malu betoi woii..

  3. Cerita ini belum tamat lagi, masih ada maklumat yang belum keluar. Tunggu sajalah. Tak mungkin pengendali blog-blog yang selama ini berupaya membuktikan kredibiliti mereka akan mengeluarkan cerita yang tak berasas.

    Bagaimana pula dengan dakwaan tentang RM200k tu? Perkara ini penting kerana mampu menunkukkan bahawa DAP cakap tak serupa bikin. Dan bagaimana juga dengan sumbangan berjuta2 kepada sekolah Heng Ee?

    Whatever the case may be, Saudari Helen, I salute you. Anda mempunyai pendirian yang berprinsip, yang tak bergoyang walaupun diserang bertubi2 oleh para pengecut di alam siber. Saya sentiasa menunggu posting saudari dan saya yakin lebih ramai meminati blog saudari berbanding jumlah mereka yang hanya tahu mengugut dan menuduh tetapi berselindung sebagai anonymice!

  4. DAP the most racist party……UMNO racist?? After more than 50 years chinese Malaysia become more chinese than chinese in China….not even can speak National Language, anti-national language, anti-national dress…..Salute Nyonya and Baba, they are true Chinese Malaysia.

  5. This article is making a mountain out of a molehill.

    Every politician/party, even entertainer has their fans and supporters. It is nothing special die-hard supporters come to their idol’s defense. It’s human naturelah.

    Just because you got dissed, it does not mean there’s a price on your head and commentator get paid to criticized you. People criticized you because they do not agree with what you write. If you feel you have the right to disagree with everything about DAP, the same rules apply vice versa. People have the right to disagree with you.

    Get it over with lah.

    Whenever a columnist writes something, there’s bound to be agreement and disagreement. Why are you so hard-up for your opinion to be taken as the ultimate unquestionable TRUTH?

    1. You say: “Whenever a columnist writes something, there’s bound to be agreement and disagreement.”

      Good of you to bring this up. Please see the rest of this blog and readers’ comments. The Namewee entries are as good a place to start as any.

      I wrote that I found Nasi Lemak 2.0 entertaining and funny. At the same time, I’m of course aware that my readers have strong reservations about Namewee, and of the much greater disapproval of him among the Malay community.

      Or look at my hudud postings. Again, another instance where my readers’ views differ from mine. So yes, please do take a look at how ‘disagreement’ can be handled civilly when readers do not share the blogger’s opinions.

      Now relook the screenshots. Mind you, there are hundreds from Ah Hoe but I’ve not bothered to reproduce the abusive and slanderous ones, only the ones above showing a certain modus operandi and the little gem: “Helen Ang, we are on to you. … Tick, tock, tick, tock.”

      Nope, I’m not at all insinuating that commentators get paid to criticize me. I can believe the Pakatan hardcore are already “well motivated” by their ABU movement to do this most voluntarily.

      No indeed. Instead, my own logical deduction leads me to conclude that certain stalkers (who make a most heavy-handed appearance only when I write on Guan Eng but can’t be bothered by my other topics) sure do bear a close resemblance in operating style to the chief minister’s special officers.

      See here on how they rugby tackle critics in their official capacity.

      Yesterday, ‘guwawijaya’ dragged my name into TMI with his comment that guttersnipe politics is “Helen Ang’s article with a photoshopped image of Lim GE sembileh-ing a cow at a mosque”.

      Sorry, Tong, but I won’t dismiss the comment as merely coming from any ordinary disgruntled DAP voter or allow that I’m “making a mountain out of a molehill”.

    2. haiya tong, helen only telling her side of the story. Why are you so worked up huh. relax la bro. ke you sedara guawijaya & ah hoe…hehe

  6. Jangan ambil mudah pembohongan oleh suku sakat DAP ni. Mereka guna strategi Goebbels, Menteri Propaganda Nazi.

    “Pembohongan yang dibuat bertalu-talu dan sistematik, akhirnya akan dipercayai sebagai benar”

  7. Thank you. I just lost all respect for you as a journalist and a fellow objective Malaysian. When it is obviously you made a mistake by barking at the wrong tree, you refuse to admit wrong, instead you went on an all out irrational ranting. I started reading ur blog not long ago but Goodbye I no longer want to be a silent reader at your blog anymore. YOU disappoint me!

    1. haha.. you are the one reading this blog with very deep prejudice. instead, i suggest you to read this blog objectively. maybe you’ll learn something and not be a katak bawah tempurung forever. but i guess frogs of the same tempurung stay in the same tempurung forever.. if you know what i mean ;-)

      1. Hey ma$$, it is because I read too many biased postings from her,it has become disgustingly unpalatable. I don’t know what you mean and I m not even bother with it. I don’t speak frog’s language.

  8. Helen…saya pantun sikit,ok. Konon nya puak kiasu DAP selalu dabik ‘dada’ cekap,bersih,baik dan telus macam CAT di orang tu…

    jalan-jalan tepi hutan,
    nampak pokok ‘goyang-goyang’
    aku ingat babi hutan,
    haiyaaaa !!!…lupe nye olang *atat olang…..

    * ada dua makna- 1. atas 2. yang tu la….

    Helen 1st class penulisan Bahasa Malaysia nya, faham pantun ini kan!

    God bless u… wonderful heart reflects your beings.

Comments are closed.