Posted in BIAWAK, DAP MENGKHIANATI KAUM INDIA, Ketua Menteri lidah bercabang

‘Kalu tak sebulu dengan ku, engko mestilah Melayu rasis’ – Guan Eng

Fuyoh! Betty Chew – ADUN Kota Laksamana, Melaka – sampai pakai pottu pada dahinya. Maklumlah polikus-polikus evangelis DAP ini kebanyakannya jenis Hasnah Yeop (kenali siapa dia di sini).

Betty yang terserlah ‘sayang’nya pada budaya India itu sempat berpakaian sari warna sepadan dengan baju kurta suaminya Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng dengan isterinya Betty, ADUN Kota Laksamana

Pada Rabu lepas, seorang wartawan senior terserempak mereka berdua di rumah terbuka anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang bersempena dengan perayaan Deepavali.

Wartawan Star itu mengamati bahawa selain Betty yang pendandanan rambutnya jelas sudah lebih bergaya, pasangan beliau juga telah melalui ‘makeover’. Rambut Guan Eng pun tidak lagi nampak Brylcreem tetapi sekarang diwarnakan perang serta dipotong berlapis supaya tampak muda.

Joceline Tan dalam kolum analisa politiknya hari ini mengesyorkan kepada perunding imej – yang bertanggungjawab menggayakan rambut sofistikated Guan Eng itu – untuk sekaligus menasihatkan Guan Eng supaya tingkah lakunya harus bertambah sofistikated juga.

Bagi Joceline, sifat setiausaha agung DAP itu yang “combative, defensive and thin-skinned all in one” (suka berperang, pantang ditegur dan berkecenderongan kuman dijadikan barah) adalah kurang sofistikated terutama sekali apabila si polan berstatus seorang ketua menteri.

Joceline menulis:

“For instance, when informed during an interview that Malay NGOs had complained that he refused to meet them, he said he did not want to meet racists.

“When told that groups articulating Malay issues are not Malay racists just as politicians championing Chinese issues are not Chinese racists, he shot back: “No, they are racists. If you don’t agree with me, you are also racist.”

Sedikit-sedikit melenting

Selain enggan berjumpa orang Melayu, Guan Eng juga pernah berkata dia tidak mahu berjumpa perwakilan Hindraf berkenaan isu Kg Buah Pala kerana prinsipnya yang tidak melayan ‘rasis’.

Bukan sahaja dengan orang Melayu dan India Guan Eng buat perangai malah fiilnya demikian rupa dengan rakan-rakan parti sendiri.

Kritikan yang selembut-lembutnya ataupun sebarang cabaran kepada pandangan yang diutarakan akan dianggap Guan Eng sebagai sondolan terhadap dirinya, Joceline diberitahu orang dalaman parti.

Dua orang councilor MPPP yang baru-baru ini membantah sumbangan RM50 juta oleh majlis perbandaran kepada projek sPICE telah digambarkan sebagai “troublemakers” umpama label sama dilekatkan kepada penduduk Kg Buah Pala yang dimangsakan oleh pemaju hartanah Nusmetro.

Sembilan buah keluarga malang tersebut tidak menerima apa-apa pampasan tetapi dibayangkan Guan Eng dan konco-konconya sebagai meragam dan tidak munasabah. Ini sebenarnya hanya kerana sikap ketua menteri itu yang sampai bila-bila pun masih tak tergamak mengaku silap.

Dalam rencananya, Joceline memetik seorang pemerhati politik di Pulau Pinang sebagai berkata: “[E]very­thing about the CM is about politics. Everything and every day is a political campaign.”

Apa yang dipertuturkan sumber Joceline itu, seorang peguam, memang bertepatan.

Bah dalam ucapan Deepavalinya sekalipun (klik YouTube di bawah) Guan Eng tidak lepas dari mengungkit kebobrokan negara – yang kononnya angkara BN.

Semuanya politik, politik, politik

Umum sudah masak dengan kerenah Guan Eng suka masuk bakul angkat sendiri dan pasti juga dia tidak menyimpang dari skrip kali ini walau pada hari mulia orang Hindu.

Mendabik dada tentang prestasi bagus negeri kecil yang diterajuinya, dicanangkan Guan Eng pencapaian Pulau Pinang “iaitu pengurangan hutang sebanyak RM600 juta … lantas merupakan kadar pengurangan paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia”.

“Kerajaan [Guan Eng menamakan negeri-negeri ditadbir Pakatan satu per satu] berjiwa rakyat boleh mendapat faedah yang lebih baik berbanding dengan kerajaan yang kotor,” katanya.

Tambah Guan Eng lagi: “Bila kita untung [dengan adanya budget surplus/lebihan belanjawan], kita tidak makan, tidak telan. Kita kongsikan bersama rakyat. Ini berbeza dengan Barisan Nasional …”

Bukan hanya perayaan keagamaan kaum India yang dikebasnya untuk kempen politik tetapi juga sebelum ini Guan Eng ada tunjuk belang ketika sambutan Wesak bulan Mei lalu.

Di dalam perutusan rasmi hari Wesaknya yang mencecah 421-patah perkataan, Guan Eng langsung tidak menyebut ‘Buddha’ ataupun memberi hormat kepada pengasasnya Gautama, iaitu Putera Siddhartha.

Di samping itu, perkataan ‘Buddhist’ hanya disebut dua kali – “Wesak Day’s theme as announced by the Malaysian Buddhist Association … reminds us that love and blessings is not just for Buddhists but for all mankind” – tetapi perkataan ‘Kristian’ disebut Guan Eng sebanyak lapan kali.

Inilah gelagat politikus evangelis DAP.

Bukan sekadar menghina hari Wesak, Guan Eng telah juga menghasut golongan bukan-Muslim untuk bersatu dan bersama-sama menentang ‘perang jihad’ yang digambarkannya sebagai asakan oleh Ibrahim Ali ketua Perkasa beserta “akhbar milik Umno Utusan Malaysia” terhadap kelompok Kristian.

Tidak puas dengan menuduh BN “memburuk-burukkan PR” dan BN memfitnah “anak-anak kecil yang tidak bersalah dan berdosa”, Guan Eng juga menghentam “kroni-kroni BN” dan “kerakusan dan ketamakan kuasa pemimpin BN” dalam utusan Deepavalinya.

Menangani isu Kg Buah Pala

Guan Eng mendakwa: “Saya rasa itu adalah hadiah Deepavali yang baik untuk mereka yang mendapat faedah daripada pemerintahan Pakatan Rakyat negeri Pulau Pinang”.

Dia merujuk kepada rumah batu dua-tingkat yang disediakan sebagai gantirugi kepada keluarga-keluarga yang lupus kampung halaman dan cara hidup tradisional mereka.

Mengikut perhitungan Guan Eng, dia sudah tunaikan janji.

“Kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga berjaya menyelamatkan Kg Buah Pala dan memastikan bahawa penduduk asal Kg Buah Pala masih boleh duduk dan hidup di tempat yang sama,” katanya dalam klip video Deepavalinya lima hari lepas.

“Kita harap semua rakyat di Malaysia termasuk kaum India boleh sama-sama menikmati kebaikan yang diperolehi oleh rakyat Pulau Pinang. Marilah kita sama-sama menyokong usaha pembaharuan supaya kita dapat memilih sebuah kerajaan berjiwa rakyat di Putrajaya,” seru Guan Eng mengakhiri salam Deepavalinya.

Pada hakikat, rentetan peristiwa Kg Buah Pala ibarat ‘padi harapkan pagar, pagar makan padi’.

Pada Mac 13, 2008, penduduk kampung gembala lembu itu telah berjumpa dengan Guan Eng (yang baru dilantik sebagai ketua menteri) untuk mengingatkannya supaya berpegang kepada janji DAP sewaktu pilihanraya umum.

Namun pada keesokan harinya iaitu Mac 14 – takkan lah ini satu kebetulan – kerajaan negeri tiba-tiba menerima bayaran tertangguk sebanyak RM2,247,000 untuk dibereskan urusan pembelian tanah Kg Buah Pala yang tertunda buat selama ini. (Sumber: Anil Netto)

Jumlah RM2.25 juta yang dibayar pada Mac 14 itu hanya selepas hampir genap setahun bayaran awal RM321,000 dicagarkan.

Bayaran yang dibuat mendadak pada Mac 14 – sehari suntuk selepas penduduk Kg Buah Pala mengadakan pertemuan dengan Guan Eng – dibuat 10 bulan selepas Pejabat Tanah menuntut bayaran akhir.

Sekiranya bayaran tersebut tidak dibuat pada Mac 14 maka transaksi pembelian tanah Kg Buah Pala itu akan batal secara automatik. Cubalah saudara-saudari fikirkan …

Author:

I have no Faceook or Twitter.

10 thoughts on “‘Kalu tak sebulu dengan ku, engko mestilah Melayu rasis’ – Guan Eng

  1. Izin saya

    Ah Beng ******* bo kuak hari hari cakap bohong 3R sengageja cari pasal memang cari isu.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

  2. Bagi saya seorang politikus seperti Lim Guan Eng adalah satu kerugian kepada negara. Tutur katanya kerap menyakitkan hati orang Melayu., Saya tidak terkejut sekiranya peristiwa 13 Mei tercetus lagi ekoran tindak tanduk dan sikap politikus arrogant seperti LGE ini.

    1. Saudara, saya rasa di Penang apa yang dia buat semuanya tak betul. Sebab dia bukan dari parti kamu. Walaupun apa yang dia buat tu sangat berfaedah. Tengok sahaja hutang negeri sangat cemerlang pengurusannya. FDI banyak yang masuk, pemberian RM 100 sekarang kerajaan pusat ikut dan lain-lain.

      Kita perlu melihat dari sudut yg lebih luas. kalau tak puas hati salurkan melalui wakil-wakil yang berkenaan atau jangan undi dia.

      kalau kita komen je. Orang kata hang ni, Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

      1. hutang Penang berkurangan.. atas data apa? Atas apa yang diberitahu? en abdul bin cina tidak membaca nampaknya.. tidak terus meneliti.. tp lebih suka mempercayai…

      2. Kalau awak tahu betul-betul hati perut pemimpin DAP, awak pasti tidak akan undi parti mereka. Kalau setakat bagi duit RM100 tetapi negara akhirnya huru-hara, apa untungnya?

  3. Mungkin LGE ada sedikit kelemahannya, tetapi dia lebih memberi manafaat kepada rakyat dan Penang. Kalau itu yang berlaku saya sokong LGE.

    Bn pun ada kelemahan sebab Nobody is perfect. Pada pendapat saya kelemahan Bn dah tak terkawal. Banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan sebelum rakyat dapat mempercayai pemimpin-pemimpin Bn.

    Jadilah pengundi yang bijak. Memang ada batu api – banyak sangat.

    Semoga tuhan menolong kita.

  4. Encik Abdul bin Cina,

    Bagaimanakah yang dikatakan
    “hutang negeri sangat cemerlang pengurusannya” – ada sebarang figure untuk menyokong kenyataan ini??

    “FDI banyak yang masuk” – berapa banyak yang masuk dari tahun 2008???

  5. Hidup Guan Eng! Kan baru-baru ni PM lantik 1000 bloger utk merepek dan ini adalah salah seorang dari mereka. Jadi tak usah layan mereka, saya suka kalau GE nak tiru mana-mana khalifah islam atau membaca al-quran walaupun u bukan islam! bukankah itu lebih baik dari islam yg tak baca? Menghorati masyarakat india dengan bergaya dan berfesyen seperti mereka iaitu rakyat yg didalam negeri pentabbirannya, adakah menjadi kesalahan,inilah yg patut ditiru oleh yg lain bukan?

Comments are closed.