Posted in Dosa Umno

Bagaimana kalau Perkasa nak demo nanti?

Jika ISA masih ada dan Pakatan berjaya mengambil alih kuasa, tidak mustahil mereka akan menggenakannya ke atas musuh politik dan para pengkritik secara lebih meluas dan mencengkam berbanding BN dulu.

Mujurlah perdana menteri sudah berjanji hendak mansuhkan undang-undang keras itu. Tidak harus dikekalkan peruntukan untuk seseorang ditahan tanpa bicara, dan seterusnya Ahli-ahli Parlimen – terutama sekali mereka yang selalu membangkang di dewan – mestilah memantau proses penghapusan ISA ini. (Baca reaksi Zaid Ibrahim)

Andaikata Pakatan berjaya menduduki Putrajaya dan Akta Perhimpunan Aman 2011 mula berkuasakuasa, maka rakyat tidak akan lagi mempunyai ruang untuk menjalankan tunjuk perasaan terhadap kerajaan (terdiri kabinet Anwar Ibrahim-Hadi Awang-Lim Guan Eng).

Hidup ibarat roda, adakala kita di atas dan adakala di bawah.

Parti pemerintah seperti Congress di India, Kuomintang di Taiwan dan LDP di Jepun yang memegang tampuk kuasa selama lebih setengah abad akhirnya tumpas juga. Kol. Muammar Gaddafi dan pemimpin-pemimpin Arab lain yang memerintah berpuluh-puluh tahun pun berjaya digulingkan rakyat.

Kesimpulannya pemimpin dan parti silih berganti tetapi sistem yang sedia ada, misalnya perwakilan demokrasi dan perundangan, mestilah mempunyai mekanisme semak dan imbang.

“Peaceful Assembly Bill cannot and must not become law!” — kenyataan akhbar Majlis Peguam (sini).

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 boleh dibaca di laman rasmi parlimen (sini). Ia dibahaskan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Perkara paling menonjol ialah Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 ini akan mengharamkan protes jalanan.

‘Protes jalanan’ ertinya “suatu perhimpunan terbuka yang bermula dengan suatu perjumpaan di tempat yang ditentukan dan melibatkan perarakan atau perhimpunan beramai-ramai bagi maksud membantah atau memajukan sesuatu tujuan atau tujuan-tujuan tertentu”.

Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, seseorang akan dianggap melakukan suatu kesalahan di bawah akta tersebut jika dia menyertai suatu perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak 50 meter dari had tempat larangan, yang di antaranya termasuk tempat ibadat, sekolah, hospital, terminal pengangkutan awam darat, stesen minyak dll.

Larangan had jarak 50 meter dari stesen minyak bermakna mustahil perhimpunan diadakan tanpa para peserta menyalahi undang-undang kerana stesen-stesen minyak banyak terletak di kawasan-kawasan popular di mana protes sering berlaku, misalnya sekitar Dataran Merdeka, Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan KLCC.

Kalau tak dekat stesen minyak, pasti ada sekolah yang berdekatan pula, dan kalau tak dekat sekolah pun mungkin ada surau atau kuil berhampiran.

Juga kebanyakan demo bertumpu di Masjid Negara (umpamanya anti-PPSMI, anti-ISA) manakala peserta Bersih 2.0 telah lari ke Hospital Tung Shin dan yang lainnya terperangkap di KL Sentral, iaitu boleh diistilahkan sebagai “terminal pengangkutan awam darat” dan yang disenaraikan sebagai tempat larangan di bawah Jadual 1 rang undang-undang tersebut.

Rang undang-undang ini memberi terlalu banyak kuasa kepada polis dari segi tidak meluluskan permit serta membolehkan pegawai polis menyuraikan perhimpunan dengan “menggunakan segala kekerasan yang munasabah”.

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan, misalnya oleh polis untuk bersurai, (ruj. seksyen 21 rang undang-undang tersebut) jika disabitkan kesalahan boleh didenda sampai RM20,000!

Menurut laporan Malaysiakini, ketua jawatankuasa perlembagaaan Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata pagi tadi kepada kira-kira 300 orang yang menyertai perarakan dari Lake Club ke bangunan Parlimen bahawa peruntukan undang-undang ini akan disalahguna.

“Tahukah anda,” katanya, “kita juga tidak boleh berhimpun di ibu pejabat Majlis Peguam kerana ia terletak 50 meter daripada sebuah jambatan?”

Mutakhir: Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 diluluskan selepas perbahasan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor), mengikut laporan berita.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang semuanya ‘walk out’ ketika undi diambil.

Anda mungkin meminati:

Yang peliknya tentang ISA

Author:

I have no Faceook or Twitter.

4 thoughts on “Bagaimana kalau Perkasa nak demo nanti?

  1. Mereka ni semua tak kena saja. Saya syorkan mereka bertanding pilihanraya dan selepas berkuasa buat apa saja yang mereka sukalah, jangan kisah dengan orang lain yang mungkin tidak bersetuju dengan pendirian mereka. Elok juga Majlis Peguam dibubarkan, dan ditukar pendaftarannya menjadi parti politik.

    Yang dok demo selama ini macam mana pula? Bagi saya kalau nak demo demolah, tiap-tiap hari pun boleh demo tapi janganlah pula menyusahkan orang lain!

  2. kebanyakan yg berdemo memang tak de keje. kalau bekeje, kerja dgn org. kalau berniaga, berniaga luar kuala lumpur.
    yg pelik bin hairan, demo mesti di dataran merdeka,
    kalau nak dpt perhatian, demo lah kat bukit bintang, petaling street ke.kat situ kan ramai over sea tourist.
    nak tahu kenapa? kerana sana ramai org. c***. tak leh cakap. nanti kene cop ultra rasis kerana sebut bangsa lain,

  3. Apalah sangat nak ambil kira pandangan majlis peguam…. siapa mereka? They are only a bunch of losers.

Comments are closed.