Posted in Evangeliblis

Halatuju Umno selepas BN ditalqinkan (analisa PRU14)

Hishammuddin Hussein dilaporkan tidak akan menawar diri untuk memimpin Umno ekoran malapetaka PRU14. Demikian juga Khairy Jamaluddin pun wajib keluar gelanggang. Baik beri peluang bagi Umno diterajui pasukan baru yang sanggup lawan DAP mati-matian.

Kriteria utama presiden baru Umno mesti panglima perang yang diyakini akar umbi untuk melaksanakan total war. 

Sedarilah bahawa Umno tidak akan ke mana-mana jika jenis macam KJ terus berada di pucuk pimpinan. Si ketua Pemuda Umno sebelum ini cukup selamba dengan kakitangannya (setiausaha akhbarnya Regina Lee, mungkin?) menyimpan hasrat untuk undi Pakatan.

Undi Kristian tidak memihak kepada BN

Sejurus selepas BN tewas pilihanraya pada Mei 9, parti-parti komponennya di Sabah mula menyuarakan niat mereka untuk keluar BN. Terkini ada ura-ura parti komponen Sarawak pula yang mahu keluar BN.

Lantaran itu, lebih elok ditamatkan hayat saja BN yang ‘hidup segan’ ini. Umno dengan 54 kerusi parlimen kekal parti solo yang terbesar di Dewan Rakyat. Kelangsungan Umno masih terjamin.

Perihal perkembangan di Sabah dan Sarawak, pengundi pribumi Kristian di sana sudah pun menolak BN. Angkara kehilangan undi Kristian, Umno Sabah kecundang di beberapa kerusi campur miliknya, contoh Kota Belud dan Papar beserta menagih kemenangan tipis di kerusi-kerusi lain, umpamanya Kimanis.

Untuk Umno bangkit semula wajar ia menumpu kepada voter base tradisi parti tersebut. Selaras dengan tekad ini, Umno perlu menerima hakikat bahawa BN hanya menunggu ajal kerana anggota tubuhnya sudah berkecai.

BAWAH: Penyokong DAP taksub gila! Cuba lihat geraf

Sumber: Politweet

Pengundi Cina penuh semangat berjuang

Nisbah populasi keturunan Cina sebagai ratio jumlah penduduk di semenanjung hanya 17.9 peratus. Maklumat ini berdasarkan unjuran untuk tahun 2017 yang dibuat oleh Jabatan Statistik Malaysia. (Nota: Jika dimasukkan sekali Sabah dan Sarawak, nisbah populasi Cina di Malaysia akan melebihi 20 peratus.)

Namun nisbah pengundi Cina di semenanjung hampir mencapai 30 peratus mengikut carta pai (lihat bawah) yang dilakar Politweet dalam sebuah kertas ramalan pilihanraya umum ke-14 yang disediakan badan penyelidik tersebut pada awal tahun ini.

Bayangkan. Kaum Cina hanya 18 peratus di semenanjung tetapi pengundi Cina mencecah 30 peratus (29.45%). DAP nampak terlalu rajin mendaftar para belia Cina untuk mengundi ketika ketua Pemuda Umno sedang nyenyak tidur. KJ memang tak guna.

Sumber: Politweet

DAP paling kuat, Dapsters paling ghairah

Pengundi Cina tonggak Pakatan Harapan.

Di kalangan parti-parti komponen Pakatan Harapan, ianya DAP yang menerima paling banyak undi iaitu sejumlah 2,098,068. Malah DAP mendapat lebih banyak undi daripada PKR (2,096,776).

Jumlah undi PRU14 yang diraih Pribumi (PPBM) parti Tun Mahathir dan PAN parti Mat Sabu jauh di belakang — masing-masing setakat mendapat 696,087 dan 648,274.

Pendek kata, DAP dan PKR kedua-duanya memperolehi lebih dua juta undi masing-masing manakala PAN dan Pribumi mencatat sekitar 650,000-700,000.

Angka-angka yang dipetik – lihat jadual – adalah hasil kajian Zaaba Institute for Leadership (ZIL) yang diedarkan kepada umum.

DAP tiga kali lebih popular daripada Pribumi

Meskipun Tun Mahathir teramat menyerlah, hakikatnya parti beliau lemah dari sudut sokongan awam.

Satu kajian berasingan pra-PRU14 yang dibuat oleh Politweet menyatakan adanya 2,790,945 orang jumlah pengundi di kawasan-kawasan parlimen yang ditandingi DAP (rujuk carta palang di bawah).

Seperti yang disebut tadi tentang keputusan PRU14, DAP berjaya memperolehi 2,098,068 undi secara keseluruhannya. Maka dengan ini, kadar sokongan terhadap DAP boleh dikira sebagai 75.2 peratus.

Seterusnya bagi PKR, PAN dan Pribumi pula:

Kawasan-kawasan PKR mempunyai 4,312,054 pengundi

PKR mendapat 2,096,776 undi

  • Tahap sokongan = 48.6 peratus

Kawasan-kawasan PAN mempunyai 2,134,647 pengundi

PAN mendapat 648.274 undi

  • Tahap sokongan = 30.4 peratus

Kawasan-kawasan Pribumi mempunyai 2,990,177 pengundi

Pribumi mendapat 696,087 undi

  • Tahap sokongan = 23.3 peratus

Ranking parti-parti Harapan mengikut kepopularan di kalangan pengundi ialah:

  1. DAP — 75.2%
  2. PKR — 48.6%
  3. PAN — 30.4%
  4. Pribumi — 23.3%

Intipatinya, parti yang diketuai Tun Mahathir merupakan parti terlemah di antara komponen-komponen kerajaan pemerintah.

BAWAH: Umno tukar angin, ikut rentak nasionalis

Umno tinggal ‘last man standing’

MCA sudah hancur lebur. Parti Cina BN ini hanya mampu menang satu sahaja kerusi parlimen daripada jumlah 37 yang ditandinginya.

Cuba bandingkan dengan prestasi DAP yang bertanding 35 kerusi di semenanjung dan menang 33 (rujuk senarai penuh di bawah). Betul juga cakap Annuar Musa, ketua penerangan Umno yang telah menasihatkan MCA untuk cepat-cepat beli batu nisan.

Gerakan, sebuah parti BN yang dominen Cina, turut tersungkur dan tidak akan boleh bangun semula. Kira Gerakan habis terkubur apabila ia bertanding 10 kerusi parlimen dan kalah semua.

Sumber: Dah Ikhwan

Mengikut kajian keputusan PRU14 oleh think tank ZIL, Dah Ikhwan, sokongan masyarakat Tionghua bagi BN seciput 2.4 peratus berbanding sokongan padu mereka sampai 93 peratus bagi Pakatan Harapan (lihat jadual atas). 


DISYORKAN BACA:

‘PRU 14: Keputusan Dan Analisis Pilihan Raya Parlimen Malaysia’ — Dah Ikhwan


BAWAH: Bekas pengerusi BN ‘clueless’ yang tertipu

Bagaimana Najib Razak boleh mempercayai presiden MCA Liow Tiong Lai bahawa akan wujud ‘backflow’ pengundi Cina balik kepada BN?

MCA tidak mungkin menarik balik sokongan Cina

Kemenangan DAP di 33 kerusi di bawah ini mencerminkan tahap sokongan yang diberi kaum Cina kepada DAP. Parti tersebut hanya kalah di Cameron Highlands – kepada MIC – di suatu kawasan yang mempunyai 15 peratus pengundi berbangsa India dan 22 peratus pengundi “lain-lain” yang kebanyakannya Orang Asli.

RUMUSAN  Lihat kaitan palang warna merah saga dengan jumlah pengundi Cina di kerusi-kerusi di mana DAP bertanding. Kesimpulannya DAP terang-terang bergalaskan daya kuasa Cina.

Sumber: Politweet

SENARAI  Semua kerusi yang dimenangi DAP di semenanjung adalah kawasan majoriti pengundi Cina kecuali yang ditanda kerusi *campur/Melayu. Juga semua kerusi yang disenarai di bawah adalah terletak di kawasan bandar kecuali yang ditanda separa/luar bandar.

Kerusi parlimen di mana DAP menang

Pulau Pinang

(Semua majoriti Cina)

  1. Bagan
  2. Bukit Mertajam — Separa Bandar
  3. Batu Kawan — Separa Bandar
  4. Bukit Bendera — Separa Bandar
  5. Tanjong
  6. Jelutong
  7. Bukit Gelugor — Separa Bandar

Perak

(Semua majoriti Cina kecuali Taiping)

  1. Taiping — *Campur
  2. Ipoh Timor
  3. Ipoh Barat
  4. Batu Gajah
  5. Beruas — Luar Bandar
  6. Kampar — Separa Bandar
  7. Teluk Intan — Separa Bandar

Pahang

(Diletak di Raub satu-satunya calon Melayu DAP)

  1. Cameron Highlands — *Campur — Luar Bandar (Kalah kepada MIC)
  2. Raub — *Melayu — Luar Bandar
  3. Bentong — *Campur — Luar Bandar

Selangor

(Semua majoriti Cina kecuali Bangi)

  1. Bangi — *Campur
  2. Puchong
  3. Damansara
  4. Klang

Kuala Lumpur

(Semua majoriti Cina)

  1. Kepong
  2. Segambut
  3. Bukit Bintang
  4. Seputeh
  5. Cheras

Negeri Sembilan

  1. Seremban — *Campur
  2. Rasah — *Campur

Melaka

(Majoriti Cina)

  1. Kota Melaka

Johor

(Satu-satunya calon MCA yang menang telah berjaya mengatasi DAP di sebuah kawasan Melayu)

  1. Labis — *Campur
  2. Bakri — Separa Bandar
  3. Ayer Hitam — *Melayu — Luar Bandar (Kalah kepada MCA)
  4. Kluang — *Campur — Separa Bandar
  5. Iskandar Puteri — Separa Bandar
  6. Kulai — Separa Bandar

Author:

I have no Faceook or Twitter.

23 thoughts on “Halatuju Umno selepas BN ditalqinkan (analisa PRU14)

  1. >> Kriteria utama presiden baru Umno mesti panglima perang yang diyakini akar umbi untuk melaksanakan total war.

    :: Aku cadang UMNO lantik/gajikan/hire Dr Mohd Zuhdi Marsuki, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS. Lupakan Hisham atau KJ. Juga Zahid a/l Hamidi ataupun Tengku Razaleigh, atau mana2 pemimpin UMNO yg sedia ada. Semuanya bersekongkol dan terpalit dgn serakah Najib selaku petualang negara.

    Aku rekomen Dr. Zuhdi sebab dia pandang rendah kebolehan Tun M, masih percaya DAP yg jadi teraju dibelakang Harapan. Aku rasa pandangannya sehaluan dgn Helen. Jika rasa dah tak ada harapan lagi, nak dikuburkan UMNO buat selama2nya pun, Dr. Zuhdi boleh baca talqin lebih panjang dari tokoh2 UMNO yg disebutkan di atas.

    Kalau nak jadi UMNO lebih kukuh, ahli UMNO jugak patut diganti baru. BN yg menjadi Barua Najib juga patut dibubarkan. Semua parti komponen yg ada hanya pandai menjadi pak angguk yg mahu menyebelahi pemerintah ttp sumbangan sifar sejak PRU 13 lagi.

    >> DAP tiga kali lebih popular daripada Pribumi

    Meskipun Tun Mahathir teramat menyerlah, hakikatnya parti beliau lemah dari sudut sokongan awam.

    :: Helen masih lupa yg Pribumi baru berumur 2 tahun (walaupun orang tua nyanyuk tu sudah 92 tahun). DAP pula sudah 50+ tahun.

    Helen juga masih lupa DAP bertanding di kawasan tradisi mereka manakala Pribumi terpaksa menyerang kawasan yg dulunya kepunyaan UMNO. Aku kira hebat juga parti seusia 2 tahun yg dipimpin orang tua berumur 92 tahun berupaya merebut beberapa kerusi.

  2. Cik Helen Ang, sila ambil perhatian jadual di atas tentang undi mengikut kaum adalah bersumber dari blog DAH IKHWAN bertarikh 22hb Mei 2018 dan bukannya dari ZIL.

      1. Helen,

        Interesting analysis. UMNO depends totally on Malay votes. In 2013, UMNO still “held the fort” as it managed to get the lion share of malay votes. But this time around, Malays are very upset with IMDB, Najib and Rosmah so much that many are willing to vote PH that is led by DAP.

        Najib took the blame and he resigned. And what next? The UMNO election after Raya is a good time to get rid of deadwoods who plagues UMNO.

        I must say that the problem with UMNO is that it is forever willing to tolerate slanders from PH. It did nothing when one moron Hew from DAP insulted Malays with “let malay screw malays” speech. were i to be the PM, I would make sure that Hew detained in no time.

        Aside from non stop coverage on ridicolous tunnel project in Penang, then UMNO when in power simply refused to act. Why not issue executive order to halt he project pending SPRM investigation.

        And what is it with UMNO leaders who simply refuse to whack DAP. DAP day in day out says UMNO is racist. Why dont UMNO leaders day in and day out too say the same thing about DAP.

        And why no UMNO Ministers challenged PH statement about RM 1 trillion debt. Thanks to najib, at least he took the initiative to answer and challenge Guan Eng’s statement.

        AND UMNO PLEASE DO NOT open its membership to non malays. UMNO must be mad to do commit such blunders. UMNO leaders who said hat must be dreaming. Are they thinking that Chinese will support UMNO if the membership opens to non malays.

        The truth is that UMNO is the only standing force that managed to keep DAP at bay (UNTIL 2018). Why must the Chinese votes BN or UMNO when UMNO controls BN.

        UMNO had been offering everything under the sun to please the Chinese.Still they reject UMNO.

        Now, UMNO must rise again. Do remember that in Perak, UMNO won 27 seats, all malay majority. That is a manifestation malay support to UMNO.

        Jadi, bangunlah. Tak payah layan haprak yg mahu buka keanggotaa UMNO pada bukan melayu.

        “Dan tak perlu lagi tanggung biawak hidup MCA, Gerakan. Biarkan mereka mampus memang dah mampus pun.

        itu ayat dari seorang Melayu

          1. No. If malays are racist, malaysia today will be totally a malay country

                1. Shamshul, fitnah tu…

                  Aku rasa hang pun masih ingat masa kita sama2 dok bashing DAP dulu, dalam blof ni jugak. Bukan lama dulu, masa PRU 13 saja.

                  Tapi aku berubah bila pecah tembelang pasal 2.6b. Dengan hang pun aku biasa tanya, biasa mintak link kat mana ada maklumat yg boleh masuk akal pasal 2.6b tu. Aku tak pandai nak analisa kes 1MDB. Tapi duit 2.6b tu nampak straight forward sikit. Tok Arab derma, Tok Najib pun ada mengaku terima. Tapi banyak versi sangat dari sahabat subahat Tok Najib. Hang kata dah eksplain berkali2, tapi di mana hang tak bagitau?

                  Biasalah, orang UMNO, semua nak sapu bawah karpet. Kalau hang tau cerita sebenar, tentu dah hang cerita bagi aku faham. Kalau Najib ikhlas dan jujur tentu dia eksplain 100 kali pun takpa. Tak susah sebab dia kontrol TV1 2 3 4 5 6… So aku paut stereng dan koner dari UMNO. Nak kata aku DAP worshipper? Absolutely NOT. Nak kata Mahathir worshipper pun TIDAK. Aku BENCI Najib sebab dia rosakkan UMNO, jahanamkan ketuanan Melayu, porak perandakan negara Malaysia. Dia tipu dan fitnah semua orang dan dia perkuda UMNO demi kuasa utk diri dia sendiri.

                  Tapi hang masih lagi pegang dgn ketuanan Melayu hang. Sanggup letak kebenaran dan agama ketepi semata2 nak jaga hak Melayu takut hilang. Sayang, Tok Najib bukan saja kencing hang dan UMNO, tapi kencing kepala bapak dia sendiri. So utk hang yg masih lagi bertaat setia membuta tuli dgn Najib dan UMNO, masih lagi nak jaga keris bengkok sambil menakut2kan orang lain yg nak hidup aman damai antara kaum dan agama, tak salahlah aku kata hang UMNO rasis.

                  Stop being a blind keyboard warrior Shamshul. Use your brain wisely. Kapal UMNO nak tenggelam. Bukan kena tukar juragan tapi TUKAR KAPAL!!!

                  1. You wanna blv wtv you wanna blv nobody carez. But stop bullshitting ard intimidating and humiliating those who do not hv the same opinjon as you. For all you know you might be in the wrong. Stop behaving u r holier than tho. That is too cliche’ N intoxicating

                    1. You wanna blv wtv you wanna blv nobody carez
                      Wawe oiii… Kat sini dan kat mana2 media pun masing2 cuba pengaruhi satu sama lain. Kamu sendiri pun komen merata nak bagitau apa pendapat kamu. Tapi sayang, setakat yg aku baca hingga kini tak ada apa yg aku boleh respect. Shamshul is different. Ini bukan kali pertama kami usik mengusik atau bertojah, tapi aku tetap respect dia walaupun Hikayat 2.6b belum habis kami bincang.

                      For all you know you might be in the wrong
                      No. You are in the wrong. Hari2 telor tembelang pecah pun kamu tak sedar ke? Hmmm… mungkin jugak belum boleh dikatakan bersalah sebab belum masuk mahkamah. He he hehhh… Macam Najib jugak, saya dipilih secara demokrasi, mana boleh turun takhta separuh jalan. Kesian dia tak berjaya hentikan detik masa.

                      Intoxicating?
                      Aku tak faham. Tapi aku tau Najib yg paling toxic di Malaysia sekarang ni. Semua yg disentuhnya punah ranah.

                      Shamshul,
                      Kamu hantar budak ni tolong jawab utk kamu ke?

          2. Tak yah main kad racist tu. Dah lapuk dan basi. Umum tau goon yang main isu rasis ada niat tak baik selagi ia menguntungkan satu puak. Apa dia kesah dengan word racist kalau tak kena batang idung dia. Ingat dia bagus ke nak pertahan isu kalau bukan utk jaga tembolok dia. We can read their minds. Cuma ada golongan yang masih buta dengn mainan puak2 dapjgs ni. Yqng racist sebenarnya ialah yang nak rampas hak orang lain yg dah termaktub dlm perlembagaan. Di kasi betis hendak peha macam belanda diberi tanah.

          1. If that is the mindset of UMNO, just let it be.

            As Rani Kulup said “Kipidap, Dongibap”.

          2. It has norhing to do with any mindset. It is simply manipulation of facts and berbaik sangka of the liberal malays. That is it no need to act good. Yang ada hanya tipu helah dan mainan politik berlakon wayang tongkol. Btw, ppbm is for bumiputera. Can’t you read the hidden mindset there?

        1. sa, i talked to many in their 20s to 30s regardless of race, their mindset a bit diff from u n helen. they r pretty confident that many malay will give their vote to ph, whether due to mahathir, najib or dap i dun know. i start to think our belief cannot catch up with them anymore.

  3. Dear helen
    Kudos to you for your fighting spirit at a time when most of umno supporters are still reeling from shock and frustration.hope to get the inspiration to rise again and continue gighting.can’t stand the arrogance and politics of hate, lies, slander and vengeance of PH.Dr M is stuck with 13 seats and very soon will need to kow tow to Dap.even Boboi ia stuck in kedah with a very fragile state govt.too bad for a 93 year old atok.time is not on his side esp with anwar lurking around getting restless and hungry for power and adulation he once enjoyed.

  4. Aku setuju dengan pandangan BN di mansuhkan. Anggap saja MCA, MIC dll sebagai party kekawan bukan gabongan. Tiga kali ditipu macam ni dah !! Itu salah satu silap DSN, terlalu percaya dengan kawan. Silap kedua DSN dia ambil sambil lewa hubungan dengan PAS. Tak apa ini pengajaran pahit untuk UMNO. Pilih pemimpin yang bolih ingat pada masa depan.

  5. Umno should stick to it’s Malay and Ketuanan policy, a sure winner policy demanding that they should be well fed and not questioned. And they must always believe that their race and religion is always under attack. With all this in place, Umno can rule the world……

  6. PBB Sarawak dah umum keluar dari BN dan membentuk gabungan sendiri. Rasanya tak ada halangan untuk UMNO dan PAS merapatkan lagi hubungan dan kembali ke akar sebagai parti nasionalis. Setuju dengan analisis Helen. Memang ada Melayu yang acah-acah cakap malu memperjuangkan hak Melayu dan sebagainya. Tapi ramai juga yang secara dalam hatinya masih mengharapkan kerajaan yang memberi penekanan kepada mereka. Kalau tidak, kenapa wujud parti seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang jelas keanggotaannya pun berdasarkan kaum. Juga jangan lupa parti PAS yang berasaskan nilai Islam-Melayu sebagai parti pembangkang yang kedua terkuat.

Comments are closed.