Posted in Anak Malaysia, DAP MENGKHIANATI KAUM CINA, DAP MENGKHIANATI KAUM INDIA, HIPOKRIT

YB Jelapang mengkhianat atau dikhianati DAP?

Hee Yit Foong ialah Adun Jelapang yang sering dicemuh sebagai ‘katak’ serta dilemparkan kata-kata nista oleh para penyokong DAP.

Hee Yit Foong diletakkan gambarnya di atas lantai untuk dipijak-pijak / Lim Guan Eng sedang berjoget.

Melihat sudut perundangan

Sebelum apa-apa perbincangan lanjut, biar kita meneliti status Hee dari segi undang-undang.

Hee Yit Foong bukan Kristian.

Dalam pilihanraya negara, para pemilih pada teorinya memberi undi kepada calon yakni kepada orang-perseorangan dan tidak kepada parti. (Namun pada praktiknya, diakui bahawa keputusan pemilih mungkin lazimnya lebih dipengaruhi faktor kepartian.)

Mengikut undang-undang pilihanraya, individu layak bertanding kerusi sebagai ‘independent’ – calon bebas adalah tidak berparti. Maka boleh disimpulkan bahawa parti (iaitu berdiri atas tiket parti) bukan sesuatu yang wajib atau perlu.

Adapun calon-calon bebas yang menang dalam PRU tahun 2008, iaitu V. Arumugam di DUN Bukit Selambau, Kedah dan Ho Yip Kap di DUN Tanah Rata, Pahang.

Nordin Salleh yang bertanding PRU tahun 1990 sebagai ahli Semangat 46 telah menang kerusi DUN tetapi kemudian ‘melompat’ menyertai Umno.

Dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin Salleh yang didengar pada tahun 1992, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa Nordin mempunyai hak untuk tidak lagi berpayungkan S46 tetapi pada waktu yang sama masih boleh kekal Adun Sungai Pinang.

Justeru itu, Hee memang sah Adun Jelapang mengikut undang-undang yang sedia ada.

Lagi-lagi Hannah Yeoh bertudung. (Klik untuk baca rencana sumber)

‘Jom ubah’ — siapa yang bertukar wajah?

Kerajaan negeri Perak telah tumbang apabila Hee menarik diri dari DAP serentak dengan tiga orang Adun PKR keluar Pakatan.

Seterusnya, timbullah cacian-cacian terlalu kesat mengatakan Hee seorang ‘pembelot’ yang tidak setia kepada parti dan mengkhianati kepercayaan yang diberikannya oleh para pemilih Jelapang.

Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham baru-baru ini pula mengeluarkan kenyataan bahawa “the Jelapang state seat with 90% Chinese voters will have its interest best served by the DAP”.

Namun adakah ianya Hee yang terlebih dahulu bertukar perwatakan ataupun DAP yang memakai topeng baru? Bukankah Hee, dengan ciri-ciri KeCinaannya, begitu serasi dengan falsafah DAP mahu menakluki Jelapang yang “90 peratus” penghuni Cina?

Apabila kemaruk kuasa

Setelah mencurahkan baktinya selama 22 tahun, Hee makin tidak sebulu dengan parti yang pra-2008 tidak pernah mengecapi kuasa.

Malah DAP sendiri kalah teruk di PRU tahun 2004  manakala Hee mampu memenangi kerusi Jelapang. Seiring itu BN secara kebetulannya mencapai kemuncak kepopularan dengan gagasan tersebut menduduki 198 kerusi Parlimen berbanding DAP 12, PAS 7, PKR 1.

Akan tetapi betapa riaknya DAP hari ini, sebuah parti ‘sosialis’ (konon) yang sudah hilang arah lalu siap bersekongkol dengan kapitalis besar.

(Sumber: Gambar-gambar Hannah Yeoh bertudung dan Ronnie Liu bersongkok pada bulan Ramadan lepas diambil dari blog Stop the Lies.)

Evangelis Kristian mara ke depan

“In a statement of staggering stupidity, Subang Jaya rep Hannah Yeoh was quoted as proclaiming, ‘I don’t want the government to regulate my conversation with God’, in response to the police’s action in banning the usage of religious issues in the Sibu campaign.” (Baca ‘FMT’, sini.)

Gelagat Hannah tidak ubah dengan lolongan Chan Lilian — seorang petugas media pejabat Guan Eng — ketika dituduh menghasut orang Kristian dengan tweetnya.

Puak evangelis DAP sanggup bersalin kulit untuk menyerupai Muslim demi memikat undi Melayu.

Meskipun demikian, promosi mereka supaya dibenarkan edaran Al-Kitab Injil dalam bahasa Melayu (natijah mengembangkan ajaran “Your Allah is my Allah …”) akan lambat-laun mengakibatkan pertembungan agama yang tidak dapat dielakkan.

Poster untuk kempen DAP di pilihanraya negeri Sarawak berunsurkan Kristian serta memperdagangkan nama (Nabi) Isa.

Apa Cinanya Kristian dan B. Inggeris?

Sebelum Hee membelakangkan DAP sudahpun wujud persengketaan di antaranya dan Ngeh serta Nga Kor Ming, sepupu Ngeh (kedua-dua Kristian dan berbahasa Inggeris).

Di Perak juga kemelut dalaman melibatkan kelompok Cina Kristian DAP bertelingkah dengan kelompok India yang berpihak kepada M. Kulasegaran.

Fong Po Kuan yang bukan Kristian pun begitu kecewa dengan DAP negeri Perak sehingga beliau mengumumkan tidak mahu mempertahankan kerusi Parlimen Batu Gajah (tetapi akhirnya berjaya dipujuk Kit Siang).

Ke mana hilangnya semangat DAP yang dikenali Hee dan Fong? Adakah orang lama DAP yang sebenarnya berpaling tadah ataupun parti tersebut yang berubah secara mendadak selepas tahun 2008?

Wajah Anak M.A.L.A.Y.sia Kristian DAP. Yang tengah Elizabeth Wong (PKR).

Dulu lain, sekarang lain

DAP bukan lagi parti yang menjaga kaum minoriti.

Baca, ‘Pakatan has failed Indians, say DAP members‘.

Kini DAP galak memaki-hamun sesiapa yang berani menyoal kenapa Pulau Pinang yang diterajui parti tersebut dengan begitu rela meluluskan 100 peratus kontrak kepada bumiputera. (Jawapan ringkas: Untuk digemukkan sebelum disembelih,)

Bayangkan seorang India bertanya kepada DAP kenapa kaumnya langsung tidak memperolehi apa-apa kontrak ataupun bantuan daripada kerajaan Pulau Pinang.

Pelik bin ajaib, dalam dunia terbalik DAP kesudahannya ialah orang India malang itu boleh pula kena tuduh “rasis” dan “anti-Melayu” gara-gara dipinggirkan kerana kecenderongan DAP untuk mengampu-bodek kumpulan majoriti.

Adakah sikap DAP yang melebih-lebih dengan menunjukkan pro-Melayunya itu betul-betul ikhlas?

Kalau orang India dilayan sebegini sekarang, ada apa jaminan DAP tidak akan menganaiya Melayu pada masa depan jika kaum ini ditakdirkan menjadi golongan lemah? Masyarakat India sudah tahu menilai Pakatan.

Rengekan ‘Anak Malaysia’

Hee besar kemungkinan amat meluat dengan haluan yang dibawa DAP terutamanya Guan Eng yang melantik Zairil Khir Johari memegang jawatan setiausaha politik hanya empat bulan selepas budak setahun jagung itu menganggotai DAP — apalagi kalau bukan atas dasar nama Melayunya.

KeMelayuan Zairil kuat dijaja DAP tetapi keCinaan ditenggelamkan. Tentu sekali kerenah enggan mengakui diri Cina/India yang ditonjolkan oleh barisan Kristian DAP 2.0 tidak disenangi orang lama parti, terutama mereka yang Hindu dan Buddha.

Cuba imbas kembali perangai DAP tatkala menjadi pembangkang berbanding DAP kini apabila berpangkat exco negeri. Ke mana perginya prinsip?

Seorang penyokong tegar PAS pun akan terkapai-kapai apabila presiden partinya tiba-tiba memperjuangkan Negara Kebajikan serta mengenepikan hasrat Negara Islam yang didokong berpuluh-puluh tahun.

Persoalannya kalau Hee Yit Foong dianggap tidak setia, adakah pula DAP teguh kepada janji-janji lampaunya ataupun DAP itulah yang berpusing 180-darjah?

Disyorkan juga:

Chan Lilian’s series of denials

Chan Lilian in ‘trouble’ over her Christianity, actually

Hari saya ditangkap polis / Pakatan tak kenang budi kaum India

Author:

I have no Faceook or Twitter.

2 thoughts on “YB Jelapang mengkhianat atau dikhianati DAP?

  1. It reminded me of some old pix of Lee Kuan Yew wearing a songkok during campaign to buy the Malay heart.

    After holding control of power, conveniently lupalah there is a similar article 153 in Singapore constitution but numbered 152. In my young days in SIngapura, they often talked of vocal Melayu disappear in the nights.

    I remembered having breakfast with Hee the day after the change of Government back to BN. Kept repeating my question why after 22 years she left DAP. I asked her don’t tell me its because you didnt get an official car as Deputy Speaker while other DAP position holders got a CAMRY.

    She was not giving a precise answer and was keeping it to her chest. Perhaps she was not comfortable yet with UMNO/BN people. However I knew about her closeness with Po Kuan.

    Only begin to see the answer at PRK Sibu.

    While I differ violently with DAP’s worldview but I’ve always had respect for DAP’s adherence and consistence when it comes to principles. But not anymore. Just like what happened to PAS, DAP is also soiled by Anwar Ibrahim.

    DAP is now on a Malay membership drive. Heard few friends long yearning for seats are going to run on DAP ticket. Pity them.

    Remembered your article, DAP maybe more capitalist than communist.

    Reminded me that their entry into DAP has similarity to the likes of Musa Ahmad, Mat Indera, Shamsiah Fakeh, and other reliogious lined anti British Malay activist (except Abdullah CD who is true blue communist) joining Communist to take up arms with the CPM.

    The Malay left was duped by Communist. If only they had learned to read the various treaties between the British and Sultans.

    Thanks to Mat Sabu for opening the debate on the Malay left. It is going down memory lane. My exposure to nationalism politics was from the left … API, KMM, etc.

    You know la … politics. Only got a balance view when I appreciate and understand the constitution. By that time, I bumped into my Malay left sifu. He had joined UMNO!

    Will write on this part of history as soon as I clear up some pending legal stuff.

    ON this thing about DAP trying to woo Malays. It is strange Zairil is older than the number of years Khir Johari is married to Puan Sri Christine.

    According to Islamic practise, Zairil cannot be bin to Khir Johari. Not even if he is an illegitimate son of Khir Johari, which I am not saying so.

  2. Dear Helen

    Firstly, it is nothing new political parties have their different ‘camps’ and ‘cronies’. Political parties/societies/etc afterall are made up by collective individuals with different background, education, religious beliefs etc but joined together by the common belief of what a certain political party stands for. In this case, what DAP stood for all these years.

    To single out DAP is mind boggling.

    Hee at odds with the more so-called ‘elitist’ Nga/Ngeh cousins are quite understandable. To be dead honest, with Hee’s education background, the only reason she can garner a speaker post is purely because she’s with the party long enough. End of story. Would she stood a chance had she been with Keadilan and their list of doctors, activists & lawyers?

    Like you wrote, Hee has the right to leave DAP if she is unhappy. She can stand as an ‘independent’. But did she? Did she care when she went MIA for god knows how long after the Perak fiasco and left her Jelapang folks unattended? Where is her responsibility to the people who voted her? Would she even dare to stand for election in Jelapang the coming GE?

    BTW, the crux of the matter regarding Hee is did she receive any
    ‘compensation’ for leaving DAP?

    Ipoh folks know too well.

    ________________________________________________

    HH, I can see your point of view. If she can’t serve her constituency, she’s got no moral right to keep her Adun seat. As to whether she received any ‘compensation’ for leaving DAP, even on the surface, her Datukship is suspicious. I’m not defending her actions but just pointing out that DAP isn’t blameless. Cheers — Helen

Comments are closed.