Posted in Evangelis

Kesan gejala Kristianisasi ke atas Melayu bandar

Blog Sungai Rapat Online (SRO) yang dikaitrapat dengan Hamidah Osman, exco kanan kerajaan negeri Perak, mengkhabarkan bahawa bilamana pemimpin DAP membaca sekerat ayat Quran dan secebis Hadis Rasulullah, evangelis-evangelis DAP tersebut akan disambut dengan laungan “Takbir” oleh orang PAS.

SRO berkata apabila sesuatu tindakan DAP itu seharus dipertikai, PAS pula yang melompat bangun menghentam pihak yang mempertikai dan jika direnungkan, ia sebenarnya PAS yang terikut-ikut dengan cara Kristian DAP.

Nizar PAS bersama evangelis DAP James dan David
Orang besar DAP Perak, evangelis David dan James

PAS mentarbiyah atau ditarbiyah? — klik untuk baca

“Berapa ramaikah ahli DAP yang sudah masuk Islam sehinggakan PAS terlalu membela parti Musibat ini??” tanya SRO.

Juga dilaporkan di blog SRO hari ini tentang satu ceramah PAS di Taman Jutaria, Batu Gajah di mana bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin dijemput untuk memberi ucapan.

Nizar dilaporkan telah mengakhiri ceramahnya dengan mengajak para hadirin — “marilah kita menyokong PAS kerana rakan pemimpin DAP telah berjanji dengan saya dan rakan-rakan pemimpin tertinggi Pas bahawa mereka akan benarkan PAS membina negara Islam”.

SRO berpendapat “orang Melayu sudah mula meluat dengan kerenah pemimpin PAS yang asyik mengikut punggung pemimpin DAP sahaja”.

Wakil-wakil Cina Pakatan duduk di surau dan masjid

Gereja tumbuh bagai cendawan lepas 2008

Namun ianya SRO sendiri yang mendedahkan ‘Gempar!!! 3 Gereja ujud di sebelah UTP mengundang kehadiran pelajar UTP dan UiTM setiap Ahad’ — baca sini.

Gereja-gereja rumah kedai evangelis tersebut disewa bersebelahan dengan pagar Universiti Teknologi Petronas dan UiTM Bandar Seri Iskandar. Kedua-dua kampus itu terletak di Tronoh, iaitu kawasan DUN DAP.

Mungkin benar sepertimana didakwa SRO bahawa orang Melayu kampung sudah memutus untuk menjauhi DAP (mahupun parti tersebut bersekongkol dengan PAS).

Akan tetapi mungkin juga ada orang Melayu bandar, terutamanya golongan muda-mudi, yang termakan pujuk lalu membiarkan diri diperdaya evangelis atas sebab-sebab pengaruh persekitaran, media sosial serta media arus perdana.

Subang Jaya – ibu negeri evangelis

Malaysia mempunyai sejumlah 576 kerusi DUN di seluruh negara tetapi akhbar The Star nyata memberi tumpuan melebih kepada Subang Jaya yang merupakan pusat kegiatan evangelis (baca sini).

Adakah dakyah yang halus sedang disebarkan melalui media massa – yang mendapat sambutan pembaca pelbagai kaum termasuk Melayu – untuk melunakkan orang bukan Kristian?

Contohnya akhbar The Star amat tekun mempromosi personality cult evangelista, pagi petang siang dan malam.

(Screeenshot bawah) Laporan The Star hari ini:

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2012/10/29/central/12237572&sec=central

Beberapa hari lepas dalam rencana yang panjang lebar The Star:

“Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh said a total of 45 bays had been created under the [MPSJ] project … she said, the council had received … she was happy that the problem had been resolved … [verbatim quote] she said, adding that … Yeoh, who visited the area / said … She stressed that … [another verbatim quote] she said … She said the state had offered … Yeoh said the projects were … She said all the projects had been carried out …”.

Apalagi yang boleh disebut kecuali suratkhabar milik MCA itu sering berfungsi sebagai corong publisiti bagi Hannah Yeoh.

Malah The Star tidak sedikit pelik pun untuk pernah melaporkan cerita sampul angpow Tahun Baru Cina yang ditempah khas oleh Adun DAP Subang Jaya itu ada tertera dengan ayat kitab Injil.

Apa jenis pemuslihat evangelis yang sanggup menunggang perayaan tradisi kaum Cina untuk tujuan mendakwah agama Kristian secara halus?

“Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh’s featured a blooming peony and a Bible verse from the Book of Proverbs on the [angpow] cover, and HER PHOTO AND CONTACT DETAILS AT THE BACK.” — rencana The Star sini

Gambar oleh Philip Robertson / Guinness World Records edisi 2013

Betapa naiknya tocang sekarang

Orang Kristian tidak segan untuk menusuk jarum berbisa mereka. Baca “Harus otak (Nasha) diperiksa oleh pakar sakit jiwa”, kata seorang Kristian

Terence Martin menulis dalam The Malaysian Insider:

“Likening community prayer as a prayer to Christianise Malaysia is akin to acknowledging the presence of monsters under the bed. Maybe, they just need to get their head checked by a shrink…”

Gambar oleh Kevin Scott Ramos / Guinness World Records edisi 2013

Lepas itu bukan main asyik orang Kristian ini merengek apabila mereka dibidas.

Terence Martin menulis dalam TMI lagi:

“Whatever is next?

No worship services for Christians in Malay in this country?

Or perhaps a government official will make audio, video and photographic recordings of each and every service in Malay in this country? Just to find evidence of conversion, conspiracy and the like?

Or maybe set up an anti-Christian panel comprising people like Ibrahim Ali, Helen Ang, Syed Akbar Ali and the like to put the Christians ‘in their rightful place’?”

Selain ia diterbitkan di TMI, rencana oleh Terence Martin di atas yang bertajuk ‘Jaclyn Victor’s Harapan is my Harapan too‘ (judul lagu ialah ‘Harapan Bangsa’) juga diulang-siar di blog Lim Kit Siang.

Saiz chihuahua konon tetapi pengaruh besar

Agenda Jubilee Kristian

Mengikut Daily Chilli, iaitu sisipan hiburan The Star, lagu Jacyln Victor itu dirakam untuk album Jubilee yang diedarkan di Sabah dan Sarawak.

‘Jubilee’ bermaksud tahun Yobel: menghitung tujuh tahun sabat, yakni “tujuh kali tujuh tahun; sehingga masa tujuh tahun sabat itu sama dengan empat puluh sembilan tahun”.

Sambutan jubilee bagi Sabah dan Sarawak yang bergabung dengan Malaya pada tahun 1963 jatuh pada tahun ini, 2012.

Agenda jubilee Kristian ialah penganut harus memperdengarkan bunyi sangkakala itu di mana-mana di seluruh negeri mereka / “sound the trumpet throughout your land” (surah Leviticus ayat 25:8-12), dan seterusnya

“harus menguduskan tahun yang kelima puluh, dan memaklumkan kebebasan di negeri itu bagi segenap penduduknya. Itu harus menjadi tahun Yobel bagimu, dan kamu harus masing-masing pulang ke tanah miliknya dan kepada kaumnya.”

Doa kepada ‘Allah’ Kristian (screenshot atas) terkandung dalam risalah Malaysian National Prayer Network (pdf).

>> Baca seterusnya, Biskop evangelis bersabit doa kalimah ‘Allah’

Usaha-usaha yang mungkin mendorong kepada gejala murtad memang menular dengan adanya sokongan daripada pihak Gunting dalam Lipatan.

Tidak dapat dinafikan bahawa Kristianisasi sedang dijalankan dengan begitu giat sekali di kawasan-kawasan bandar. Soalnya adakah orang Melayu turut diusik juga?

Disyorkan baca;

Adakah anda merasakan ianya perlu?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

16 thoughts on “Kesan gejala Kristianisasi ke atas Melayu bandar

  1. Kak Helen,

    Dalam debat pemilihan kerusi presiden AS, kes pembunuhan duta AS di Libya dijadikan alasan untuk AS terus men’generalisasi’kan individu dan negara mukmin sebagai anti itu, ini, paksi itu dan ini dan ianya terhenti di tahap menegaskan bahawa mukmin itu adalah anti-Barat, musuh Barat (yakni anti-kristian)!

    Justeru, kalau ada pihak mukmin telah membuat rumusan iaitu, dengan tertumbangannya beberapa pemimpin negara Islam dalam peristiwa Arab Spring ciptaan Barat, akan mampu mengubah pandangan Barat terhadap mukmin, terhadap agama dan negara mereka, maka rumusan berkenaan adalah jauh tersasar dan berupa rumusan syok sendiri.

    Syok sendiri dalam erti kata, meskipun Arab Spring telah menjadi alat untuk pihak pembangkang di negara yang dilanda Arab Spring untuk mendapat ‘durian runtuh’, tetapi bukanlah niat utama Barat untuk berikan rezeki terpijak pada sesiapa jua. Niat utama Barat adalah untuk meneruskan agenda tersirat – agenda Christendom bertopengkan Order Baru Dunia.

    1. Sepatutnya sebagai ‘kuasa besar’, AS gunakanlah kuasa yang ada di tanggan untuk merapatkan hubungan antara dua pihak yang berseteru (antara mukmin dan Yahudi) tetapi itu tidak berlaku. Sebaliknya AS gunakan kuasa yang ada untuk merenggangkan lagi hubungan mukmin-yahudi, iaitu hubungan yang sebagaimana dunia telah ketahui, telah tersedia renggang sejak sekian lama.

      Sikap negatif berbaur kepentingan peribadi di pihak AS dalam hal hubungan mukmin-yahudi itu tidaklah sukar untuk diperoleh jawapannya kerana semua itu jelas dapat diketemukan kalau apa yang dituturkan dalam perdebatan isu dasar luar bakal presiden AS adalah lahir dari sentimen yang bersarang di sanubari mereka, maka kesemuanya menggambarkan sikap azali mereka jua iaitu sikap oportunis menangguk di air yang keruh.

      1. Demi kelangsungan dominasi Barat dan perealisasian sebuah tamadun Barat universal iaitu yang berkerangkakan dan berintikan Christendom, Barat akan terus melakukan hal ini:

        1. Akan terus memberikan sokongan kepada parti mukmin untuk menjatuhkan parti mukmin lain kalau parti pemerintah sedia ada jadi penghalang kepada agenda Barat.

        2. Akan terus memburuk-burukkan mukmin agar apa saja tindakan dan tindakbalas Barat dilihat punyai justifikasi. Ianya mudah dicapai dengan penyaluran dana kepada pihak media dan NGO.

        3. Akan terus gunakan kuasa untuk memastikan hubungan mukmin-yahudi terus renggang dan paling klise ialah dengan menjadikan penjagaan aspek keselamatan yahudi seolah-olah tersandar di atas bahu Barat walhal apa yang Barat risaukan sebenarnya ialah bukan keselamatan yahudi tetapi keselamatan agenda tersirat Barat itu sendiri.

        4. Dalam konteks Msia sekarang ini, tangan ghaib Barat melakukan perkara sama seperti hal 1-3, iaitu merenggangkan lagi hubungan antara Abu-Ah Long, di mana pendekatan yang digunakan adalah dengan ‘membeli’ pihak media dan NGO tertentu; kelangsungan Evangelis Minoriti Dapster (yahudi versi lokal) dijaja seolah-olah berada di hujung tanduk; dan parti mukmin dipergunakan untuk mengubah paksi kuasa yang tidak mesra terhadap agenda Barat kepada paksi kuasa lain yang dapat dijadikan batu loncatan bagi memastikan impian Barat jadi kenyataan satu masa kelak.
        ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________

        ruj. “merenggangkan lagi hubungan antara Abu-Ah Long” … Ah Chong ke “Ah Long”? — Helen

        1. Abu-Ah Chong baru betui…,

          Abu-Ah Chong direnggangkan oleh Ah Beng chauvinist ultra kiasu cocky arrogant tuakong.

          1. off topic, kisah tidur sekatil, mimpi lain-lain…

            Kisah Cinta Dua Dunia

            Isabella Chew berceongsam merah manakala pasangannya lelaki Romania bertuxedo labuh warna hitam sedang merenung masa depan suram di cafe tebing sungai.

            “Isabella, carilah alasan lain untuk meninggalkan saya,” Vlad memecahkan kesunyian malam.

            “Saya Cina, bawang putih tak dapat saya tinggalkan…, Isabella membela diri.

            “Tolonglah, saya alergik bawang putih, jika berdekatan dengan pemakannya saya boleh mati, inikan pula memasak dan menyimpan di dalam rumah.” Vlad merayu.

            “Jika tahu sejak dulu saya akan memilih jejaka Cina, tak ada pantang, semuanya boleh makan.” Isabella memaling muka.

            “Memang tiada alasan lain Isabella?”

            “Ya, Vlad Dracula. Hanya bawang putih, siapalah kami tanpanya.”

            “Dasar hantu Cina!”

            (c)catatanseni.blogspot.com

    2. Hahaha gambar Nizar sembahyang dengan orang Kristian Cina itu sungguh lucu kalau tidak menyedihkan,

      Lucu orang Melayu mengaku arab islam sembahyang dengan lilin Kristian.

      Sedih kerana jurutera melayu ni bodoh bengap, tak tahu apa yang dia buat.

      Dengan nik aziz tonggang tongek dengan Cina Kristian, sembah lilin…hmm tak tahu nak cakap melainkan Nizar ni rupa macam bodoh. Berapa ramai Tuhan Nizar.

      Memang bodoh rupanya..hehe

      1. Kenapa pemimpin dan pengikut Pas begitu bangang yer? Mungkin hati mereka sudah dihitamkan kerana bersekongkol dengan puak yang terang-terang memusuhi Islam.

  2. “…parti Musibat ini?” – SRO

    owh agak ganas pilihan kata itu. di penang, memang famous makian musibat ini. kalau keluar kata ini, maksudnya nak bergaduh sakan.

    helen,
    seingat saya, sudah terlalu lama isu memurtadkan muslim ini wujud. namun ada pihak tertentu (dalam kerajaan mungkin) yang cuba menyembunyikan fakta atas sebab-sebab tertentu. kemuncak kesahihannya adalah selepas kisah gereja menjemput muslim ke majlis berbuka puasa anjuran sebuah gereja di selangor. meletup!!!

    mereka juga cuba tertangkap basah cuba memasukkan jarum halus kepada golongan gelandangan dan miskin di pulau pinang. manakala di kuala lumpur pula telah ada kes gelandangan yang diberi bantuan akhirnya murtad juga.

    paling sedih bila puak PAS dan PKR pun menjadi tali-barut dalam memurtadkan muslim di Malaysia. kadang-kala saya terfikir, mungkin ada di kalangan mereka (pemimpin muslim PR) yang ikut murtad di dalam hati.

  3. Evengelis akan menggunakan taktik meraih simpati kononnya mereka ditindas, tiadanya kebebasan beragama walaupun gereja besar dan kecik bersepah2 di Malaysia ni. Dan pak turut PARTI AJARAN SESAT (PAS) pun akan angguk dan bertakbir menyokong perkembangan evengelis untuk menyesatkan yg lain. UMNO pula? Playsafe la mcm Presidennya. Semua takut hilang undi dgn minoriti yg dikatakan 9.2% itu. Ada logik ka angka tersebut?

    1. Ada logik. Apabila pengundi dari kaum majoriti sudah berpecah, yang menjadi King Maker adalah pengundi minoriti. Sebab itu, kena jaga hati mereka. Inilah masalah besar parti pemerintah apabila mereka takut hilang undi dan kalah pilihan raya lalu sanggup untuk bertolak ansur terhadap tuntutan berlebihan kaum minoriti. Mengapa takut untuk bertegas dan say ‘no’ atau mengambil tindakan terhadap golongan minoriti?

      1. Betul. Sebenarnya kaum minoriti pun tau yg mereka takut akan ketidakstabilan dan huru hara. Tapi diorg try their luck la. Masalahnya Najib 1Malaysia dan pemimpin UMNO dan PAS penakut. Takut dgn ugutan. Kalau aku jadi PM, bertindak ala Mahathir. Tak suka kalu masuk KAMUNTING.

  4. memberi pertolongan kepada gelandangan kalau dilihat dari sudut sosial adalah perbuatan terpuji.

    tetapi dalam masa sama mereka juga dimurtadkan, dan kalau si murtad tadi hanya dijadikan maskot, apalah maknanya?

    agama sepatutnya melahirkan penganut yang patuh tetapi bukan penganut yang dijadikan maskot untuk ditayang ke sana dan ke sini , sebagai bukti kerja penyebarannya telah dijalankan; dan agama kami adalah lebih itu, ini dan bla,bla.

  5. Jika mereka fikir mereka adalah perancang terbaik di dunia jangan pula mereka lupa bahawa Allah tuhan mereka juga perancang agung yg tiada bandingnya atau setaranya.

  6. Helen,

    Nasib baik Taufan Sandy mendarat di AS dan tidak di Asia atau khususnya di Tanah Melayu.

    Malang buat AS kerana taufan berkenaan bukan saja menyebabkan kerosakan, kesengsaraan tetapi juga kehilangan harta benda dan paling menyedihkan ialah kehilangan 37 nyawa.

    Kalau kebetulan semua itu menimpa Tanah Melayu, sudah tentu Parti Islam Talibanis lokal akan membuat kesimpulan semua itu sebagai pembalasan Tuhan kepada kemungkaran yang dikaitkan dengan pemerintah Islam sedia ada.

    Dan oleh kerana taufan berkenaan melanda AS makanya dalam hati kecil mereka sepatutnya berkata semua itu ada kaitan dengan kemungkaran oleh pemerintah Kristian di AS.

    Soalnya, apa yang dilakukan oleh pemerintah Kristian AS sekarang ini hingga mendapat kemurkaan begitu sekali dari Tuhan?

    1. Jika sebarang musibah menimpa bumi Malaysia, itu adalah balasan Allah ke atas perbuatan terkutuk orang Pas menjual agama demi kuasa dan kebahagiaan di dunia. Pas lah yang sebenarnya menjadi perosak akidah dan iman orang Melayu di Malaysia ini. Tabir, Pas. Mengucaplah!

Comments are closed.