Posted in Bukan Cina

Umno lebih kuat dengan terbubarnya BN

Semua parti-parti komponen Sabah dan Sarawak sudah menarik diri daripada perikatan BN. Terkini Gerakan pula mengumumkan ia keluar BN.

Maka Umno akan boleh bertanding semua kerusi majoriti Melayu dalam pilihanraya akan datang. Sebelum ini, beberapa kerusi majoriti/pluraliti Melayu telah diserah kepada parti komponen untuk mereka bertanding. Umno akan juga boleh masuk Sarawak buat julung kalinya.

Antara contoh kerusi yang disia-siakan BN ialah kawasan parlimen Bentong di Pahang yang mempunyai 47 peratus pengundi Melayu dan 42 peratus pengundi Cina di mana presiden MCA Liow Tiong Lai masih diperturunkan pada PRU14. Beliau tentunya kalah.

Presiden Gerakan Mah Siew Keong bertanding kerusi parlimen Teluk Intan di Perak yang mempunyai 41 peratus pengundi Melayu, 40 peratus pengundi Cina dan 19 peratus pengundi India. Beliau turut kalah PRU14.

BAWAH: Tidak menghairankan bahawa akar umbi Gerakan mahu tolak BN 

Umno sekarang bebas menegakkan agenda Melayu

Beberapa lagi orang besar Cina dari MCA dan Gerakan juga bertanding di kawasan Melayu, contohnya Alor Setar (64% pengundi Melayu), Alor Gajah (61% Melayu), Simpang Renggam (60% Melayu), Padang Serai (59% Melayu), Tanjung Piai (57% Melayu), Tanjung Malim (56% Melayu) dan banyak lagi.

Perlunya BN dibebankan dengan parti-parti komponen ini ibarat Umno terpaksa masuk gelanggang dengan tangan terikat di belakang kerana memang sudah dijangka bahawa wakil Cina BN pasti kalah. Ini berdasarkan hakikat 93-95 peratus pengundi Cina menyokong DAP dan Pakatan Harapan.

Sebaliknya Umno mempunyai peluang cerah untuk menang pilihanraya kerana ia parti (tonggak BN, gabungan) yang memiliki paling banyak sokongan Melayu, iaitu pada tahap 46.3 peratus berbanding PAS dengan 28.1 peratus dan Pakatan Harapan dengan hanya 25.5 peratus (sumber: analisa Dah Ikhwan). 

BAWAH: Ratu Gila Publisiti DAP mengadakan sidang akhbar bagi budak Anak Bangsa M’sia serahkan dermanya bagi Tabung Harapan

‘Kerajaan minoriti’ perdana menteri minoriti

Tiga perempat (three quarters) pengundi Melayu menolak Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan memegang tampuk kerajaan dengan sokongan 93-95 peratus pengundi Cina yang taksub gila pada DAP.

Untuk berapa lama agaknya Pakatan Harapan mampu terus berkuasa dengan hanya bergalaskan sokongan kaum bukan Melayu walhal sebilangan besar kaum majoriti adalah anti Pakatan Harapan?

Untuk berapa lama agaknya Melayu secara amnya boleh bertoleran terhadap perangai melampau si Dapster?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

50 thoughts on “Umno lebih kuat dengan terbubarnya BN

  1. After so long, guess Miss Mulan has to say something. I want to point you to one comment in an article about the Proton discount to Hockiens which is relevant to our discussion.
    http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2018/01/19/wanton-discrimination-is-wrong-period/

    “Chan Sun
    We had ketuanan British followed by ketuanan Jepun. Now is ketuanam Melayu to be followed by ketuanan Fuiien?
    Like · 1 · 22w”

    Isn’t this Malaysia 2.0 the Ketuanan Fujien (Hockien)? Where is the kiblat of the new Putrajaya? Penang. And the main actors Penang Hockien and the diaspora.

    LGE, last posting Penang. Hannah – repented former Hockien, Indian wife now Malaysian. The roll to put out BN is from Penang and JSubang a kiblat of Penang. And there is our villain Jho Low – also from Penang. Gerakan BTW is also from Penang.

    1. bukan terpedaya..tapi terpaksa..akhirnya semua dia disalahkan..termasuk ko le.. cakap je pandai..

  2. “Untuk berapa lama agaknya Pakatan Harapan mampu terus berkuasa?”

    Sekurang-kurangnya 5 tahun. Sebab mandat PH belum tamat lagi.

    “hanya bergalaskan sokongan kaum bukan Melayu”?

    Mintak maaf Helen. Saya dan keluarga (Melayu) memberi undi kami kpd PH.

    Hakikatnya selagi Melayu okey dgn PH, takde apa2 masalah dan selagi itu sukar buat UMNO kembali dlm PRU15.

    Cuma pandangan peribadi saya berdasarkan sentimen ‘social circle’ saya dan apa yg saya baca dari internet/social media.

    UMNO berpeluang merebut kuasa dgn dua syarat… PH menindas org Melayu + org bukan Melayu menolak PH lalu sokong UMNO.

    Malangnya, bab bukan Melayu nak sokong UMNO ni mcm cerita langit dgn bumi. Tanpa undi bukan Melayu + org Melayu puas hati dgn prestasi PH, UMNO takde modal. Nak umpan Melayu pakai aper? Mei 13? Dah takleh pakai lagi dah Helen. Kalau UMNO tak mahu bertanding atas landasan rasional dan sederhana, landasan berbaur ketuanan era lama bak pistol tak berpeluru. Inilah krisis utama UMNO… krisis visi, bukan krisis kepimpinan semata2.

    1. That is yr opinion merely. It is not only abt mei or wtv. Check the basis of formation of umno. If it is sincerely executed, there is no reason umno will not rise again. The basis is strong it is merely the execution.

      1. good. we need strong opposition.
        looks like the newly elected ketua puteri, pemuda and wanita looks okay. hopefully their “dr ” are genuine phd or real doctors.
        not like zahid or said keruak type of ” dr “.😂😂😂😂😂

      2. Will Umno revert to its roots and founding principles, i.e. to sincerely uphold the rights of Malay community? There will be a new Umno leadership soon. Assuming Umno is sincere to revert, but without government resources; how the “new” Umno is going to show its struggle for Malay rights?

        Umno can no longer approve projects, give handouts, allocation etc (except for Perlis and Pahang). At most, Umno can only issue statements as Opposition. Pre GE14, Umno was in such position to give handouts, largesse etc, yet the rakyat rejected them.

        Without any access to government machinery, I think the odds for Umno to regain power is very low. Not to mention the exodus of parties from BN. Both Umno and Pas are hesitant to merge and harbour suspicion again each other. Malay votes will be split into 3 blocks Umno vs Pas vs PH, probably 1/3 each.

        1. Bnm,

          The truth is that almost entire Chinese community has already rejected UMNO. In fact, since 1959, more than half of Chinese voters has not chosen UMNO.

          UMNO was hit badly in PRU 2018.It is down. Down but not out. It still has 54 seats(now 53).

          So UMNO has 2 choices: Rise again or waste time in self inflicted misery.

          Already I am hearing people (I mean Malay community) is talking about Guan Eng’s making statement in mandarin. It rattles the Malay community. And Malays are not that happy with choice of AG.

          Many actually do not wish to highlight that in last election, UMNO still got 46.9% of malay votes.

          My advice to UMNO is to stop the stupid behaviour of babysitting mCA. UMNO must contest in Alor Setar, Kulim, Tg Piai, Tg Malim, Bentong, Alor Gajah, Simpang Renggam. Only moronic UMNO leaders will allow again MCA to contest in malay area.

          As for Moghd Hassan, former MB ofNS, please take centre stage. You are popular a d respected UMNO figure. IF TV would not want to interview you, please use Youtube or any orher mode of social media to state UMNO’s position on issues .

          Start with demanding Tun to explain the hike on ECRL cost, how Vincent got the contract. .

          We all know Tun when he said he did not know Vincent got the contract. Only morons would believe TUn.

          1. SA,

            re: The truth is that almost entire Chinese community has already rejected UMNO. In fact, since 1959, more than half of Chinese voters has not chosen UMNO.

            Chinese rejection of Umno/BN started in 2008. The trend continued in GE 2013 and 2018. However, the Malays joined the ‘rejection pattern’ and caused the downfall of Umno in GE2018. Malays have 3 choices now and can choose between PAS and PH (PPBM, PKR and Amanah).

            re: Many actually do not wish to highlight that in last election, UMNO still got 46.9% of malay votes.

            I am not sure how you arrived at that figure. Assuming you are right, Umno cannot rely solely on Malay votes to win federal power. Even if Umno (as solo party) secures 75% Malay votes in GE 2023, without the support of other races (i.e. non-Malays and Sabah/Sarawak bumiputras), Umno cannot form federal government by itself. This is exactly the case now with the exodus of Sabah/Sarawak parties from BN. The current BN has (if not mistaken) 54 parliaments seats (Umno 52, MCA 0, MIC 2), which is only 24%.

            Most importantly, the non PH supporters (Malay voters) are split between Umno vs PAS. As long there is no merger between them and PAS continues to contest election under its own ticket, Umno will not become the dominant Malay party (with >50% Malay votes).

            1. Betul sangat bnm. Tak ada harapan utk UMNO memerintah lagi. Tak payah nak mimpi UMNO parti yg terkuat dgn 54? kerusi tapi jadi pembangkang,

              UMNO masih berkhayal di atas kayangan. Tidak ada salah dan silap mereka. Tak salah terima derma tok arab. 1MDB tak ada kena mengena dgn UMNO. Hanya fitnah dan tohmah pembangkang yg buat mereka tersungkur.

              UMNO masih buta. Walaupun teraba2 tetapi masih nak berlagak wira, kononnya masih mahu perjuangkan agama Islam, bangsa Melayu, dan negara Malaysia. Tetapi agenda utama mereka selama ini hanyalah membesarkan temolok masing2. Mereka tak sedar yg ditolak ke tepi adalah agama Islam, yg disengsarakan hidup adalah orang Melayu sendiri dan yg dimalukan serata dunia ialah negara Malaysia.

              Memang sial UMNO kerana tidak menyedari kelemahan mereka sendiri.

              ‘Umno cannot rely solely on Malay votes to win federal power. Even if Umno (as solo party) secures 75% Malay votes in GE 2023, without the support of other races (i.e. non-Malays and Sabah/Sarawak bumiputras), Umno cannot form federal government by itself.’
              Kecuali memerintah alam khayalan.

    2. Umno dan isu 13 mei? Sebab u buta sejarah. Bila pulak umno guna isu 13 mei untuk hasut pengundi atau berkuasa? 13 mei lim.kit siang dan dap dalang perkauman. Tak payah twisted facts untuk blame umno. Umno kekal relevan bagi orang melayu Islam yg sayangkan Agama bangsa tanah air. Ph just a piece of shits yang menang hanya guna fitnah, manipulasi fakta.

        1. Bagitau manusia mcm kau berapa ramai komunis d msia nih. Tayar pancit pon korang salahkan umno. Tak reti nak bersyukur..

          1. nak bersyukur amenda? kalau dah jadi kerajaan, berkhidmat jer la untuk rakyat tanpa mengharapkan terima kasih pun….aku terima kasih kat Tun shj, yg lain pi buat kerja…..smlm tandas i tak boleh flush, ni i salahkan umno…..

      1. lantaklah whether piece of shit or piece of paper.
        janji PH tu kerajaan sekarang.

        umno tu bagus sekarang. memang sesuai untuk jadi pembangkang.

    3. Apa agaknya pendirian saudara terhadap pernyataan Lim Guan Eng di Facebooknya yang mempertahankan penggunaan bahasa Mandarin/Cina dalam Siaran Media (Press Release)?

      Bagaimana seorang menteri yang mewakili kerajaan boleh pula mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan untuk membiasakan diri dalam penggunaan bahasa Mandarin (bahasa selain BM/BI) untuk urusan-urusan (rasmi) kerajaan di negara yang Bahasa Rasmi HANYA Bahasa Melayu?

      Menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152:
      (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—
      (a) Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (SELAIN bagi maksud RASMI), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.
      DAN
      (6) Dalam Perkara ini, “maksud rasmi” ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

      Ia bermaksud satu-satunya Bahasa Kebangsaan/National Language (dan Bahasa Rasmi/Official Language) di Malaysia ialah bahasa Melayu.

      Tindakan mengeluarkan pernyataan “terjemahan” dalam bahasa Mandarin untuk Siaran Media kementeriannya adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

      (Namun begitu, bahasa Inggeris dikecualikan hanya apabila ia perlu untuk penjelasan kepada para pelabur asing atau dalam kes-kes tragedi bersifat antarabangsa seperti MH370 & MH17 memandangkan Inggeris ialah bahasa yang difahami kebanyakan negara secara global).

      Berikut ialah petikan pernyataan Lim Guan Eng di Facebook (sungguhpun sebelum itu dia terkenal dengan ucapan “I’m Malaysian, don’t see myself as Chinese.”):

      “Kenyataan Menteri Kewangan akan terus diterbitkan dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris. Jika diperlukan terjemahan Bahasa Mandarin juga akan ditambahkan dan diharapkan para pegawai senior / kanan Kerajaan akan terbiasa dengan kaedah operasi yang baru ini (biasakan diri dengan menteri yang mengunakan bahasa lain selain Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.”
      – Lim Guan Eng

      Ps: Untuk versi bahasa asal/panjang (bahasa Mandarin/Cina), sila rujuk Facebook Lim Guan Eng.
      Juga, mungkin saudari Helen Ang boleh ulas isu ini dalam pos/entri saudari yang akan datang.

      Terima kasih.

      1. Realiti,

        Kalau tak silap, ini yang berlaku:-

        LGE pada mulanya mengeluarkan kenyataan isu TRX dalam 3 Bahasa, termasuk Mandarin (“Kenyataan 3 Bahasa”).

        Apabila orang mula mengkritik penggunaan Mandarin, beliau mempertahan tindakan Kenyataan 3 Bahasa dengan mengeluarkan kenyataan Mandarin sahaja (“Kenyataan Kedua”).

        Soalan untuk anda:-

        1. Jika penggunaan Bahasa Mandarin dalam urusan rasmi kerajaan (isu TRX) oleh LGE adalah menyalahi Perlembagaan, apakah hukuman untuk LGE?

        2. Adakah ini bermaksud kenyataan Bahasa Mandarin (Kenyataan 3 Bahasa) itu adalah “illegal”, yakni tidak boleh digunakan oleh media Cina untuk tujuan penerbitan berita Cina?

        3. Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan memperuntukkan bahawa urusan rasmi kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia.

        a) Kenyataan 3 Bahasa juga termasuk kenyataan dalam Bahasa Malaysia. Tidakkah ini cukup untuk mematuhi Seksyen 2?

        b) Kenyataan Mandarin hanyalah kenyataan tambahan. Adakah terdapat undang-undang yang melarang kenyataan tambahan (sama ada Bahasa Inggeris atau Mandarin) di samping Kenyataan Bahasa Malaysia?

        LGE mungkin melanggar Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan dalam Kenyataan Kedua. Namun saya tak nampak apa yang silap dalam Kenyataan 3 Bahasa.

        1. BNM,

          Perkara 152(1)(a) & Perkara 152(6) dalam Perlembagaan itu dah cukup jelas melarang kenyataan selain dalam Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu a.k.a. Bahasa Malaysia).

          Sebab itulah adanya kurungan ini: “(SELAIN bagi maksud RASMI)”
          –> sila baca semula perkara-perkara itu dalam komen pertama saya untuk fahami betul-betul.

          Kenyataan “tambahan” atau tak, semuanya dah terangkum dalamnya apabila maksud “RASMI” (urusan rasmi Kerajaan) diterangkan dalam Perkara 152(6) tersebut. “Tambahan” atau “terjemahan” itu masih berada dalam lingkungan “urusan RASMI kerajaan” yang dilarang dibuat dalam bahasa selain Bahasa Melayu.
          –> Untuk sebab kenapa English dikecualikan dalam hal-hal tertentu, saya dah jelaskan dalam komen pertama saya.

          Apatah lagi, ia dibuat menggunakan ‘letterhead’ (Jata Negara & nama kementerian) Kementerian Kewangan & Lim Guan Eng pula sebagai Menteri Kewangan Malaysia telah mengeluarkannya untuk media komuniti Cinanya. Perlu diingat, dia BUKAN Menteri Kewangan China, BUKAN juga hanya untuk komuniti Cinanya.

          Bagaimana pula dengan komuniti lain di Malaysia seperti Tamil, Punjabi, Arab, Iban, Melanau, Kadazan/Dusun/Murut, Bajau, Bugis, Jawa dsb? Sebab itulah adanya Bahasa Kebangsaan / Bahasa Rasmi satu-satunya di Malaysia & hampir semua negara di dunia untuk memudahkan pemahaman seluruh rakyatnya terutamanya apabila mereka ada banyak kaum & bahasa dalam 1 negara.

          Tambahan pula, TAK SEMUA orang boleh belajar & kuasai 3 atau 4 – 10 bahasa yang wujud dalam negara. Dalam masa sama, daripada belajar sampai banyak sangat bahasa lebih baik belajar lebih banyak tentang pelbagai jurusan Sains, Kejuruteraan, Kedoktoran dsb. yang mampu beri lebih banyak manfaat dalam pelbagai bidang.

          Apa gunanya jadi rakyat Malaysia tapi tak boleh bertutur dan tak boleh faham Bahasa Kebangsaannya (Bahasa Melayu) sendiri? Menjadi warganegara USA (ujian English), UK (bukti English), Australia (ujian kerakyatan dalam English), Jerman (bukti b. Jerman), Korea Selatan (cakap/faham b. Korea), Jepun (boleh bertutur & jawab temuduga dalam b. Jepun) dan sebagainya perlu kuasai (bercakap/faham) bahasa kebangsaan negara-negara tersebut.

          Di Malaysia pun salah satu syarat mendapat kerakyatan Malaysia ialah:
          – Pemohon mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang memadai. (“memadai” = mencukupi/cukup)

          Jadi, tiada alasan untuk urusan-urusan rasmi kerajaan perlu dibuat dalam bahasa selain Bahasa Kebangsaan/Bahasa Rasmi negara untuk ditujukan kepada komuniti kaum menteri tertentu. Ia kerana komuniti Cina (termasuk media Cina di Malaysia) tak patut ada masalah pemahaman Bahasa Kebangsaan memandangkan mereka telah lahir & membesar di Malaysia sebagai warganegara, BUKAN warga asing (atau PATI).

          Sekian,

          Terima kasih.

          1. Realiti,

            Bagus kamu sanggup menjawab persoalan saya walaupun tidak sepenuhnya. Saya setuju dengan hujah kamu bahawa hanya Bahasa Malaysia yang dibenarkan dalam urusan rasmi kerajaan. Tindakan LGE semenangnya telah menyalahi Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan.

            Apa isu seterusnya? Jika ada kesalahan undang-undang, mestilah ada hukuman. Saya harap kamu boleh jawab soalan di bawah:-

            1. Jika penggunaan Bahasa Mandarin dalam urusan rasmi kerajaan oleh LGE adalah menyalahi Perlembagaan, apakah hukuman untuk LGE? Dilucutkan jawatan Menteri? Atau kenyataan Mandarin yang dibuat LGE adalah tidak sah, maka tidak boleh digunakan oleh mana-mana penerbitan berita?

            2. LGE telah menyatakan bahawa dia akan terus mengeluarkan kenyataan Mandarin, jika perlu, untuk urusan rasmi kerajaan. Jika LGE benar-benar berbuat demikian pada masa hadapan dan Tun M masih mempertahankan LGE, apa yang boleh dibuat oleh pihak yang terkilan (cth, Umno, perjuang bahasa kebangsaan, ISMA dsb)?

            Ambil perhatian bahawa kenyataan Mandarin tersebut masih belum ditarik balik oleh LGE dan kandungannya telahpun diterbitkan oleh media bahasa Mandarin.

  3. Pasal “GERAKAN hanya keluar gabungan BN sahaja, namun tidak sama sekali menutup pintu rundingan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti komponen lain di bawah BN”…

    Ni pandangan satu org je… Pengerusi Gerakan Kedah. Akar umbi dah tak mau BN lagi. Tolong bagi konteks penuh utk pembaca. Thx.

      1. musuh dalam selimut? dulu bff maksimum.
        bunch of clown and monkeys betul. dari 14 parti jadi 3 parti sekarang.
        lawak betul umno masih ada harapan.
        😅😅😅😅😂

  4. Dear helen
    Its a relief to know that majority malays are not with pakatan harapan.dr m did swing some of the malay votes but once dr m is not around,the fake marriage will destroy Bersatu and PH.Umno will rise again minua the yes man

    1. Your optimism is cute. The truth is these numbers can’t be trusted with the EC manipulating the results to get DUMNO across the line. Come GE14, DUMNO will not be given a leg up by the new EC. I think if you want to get a true picture of where the Malay votes went to, subtract 5% from DUMNO’s votes and add that to PH. With PAS further splitting the Malay votes and the urban Malays increasingly moving towards PH, the chances of DUMNO winning the next GE is slim to none.

        1. DUMDAPig led party.. so called the KETUANAN MANDARIN taken place in our govt.

  5. Your analysis is spot on.

    The new KERAjaan under the Prime ’12 seats’ Minister will not last long without the support of the Malays, the majority population of this country.

    We also know that he wants to have a control in UMNO. Ku Li, his kuli in UMNO is contesting for the top post. But the loss of Ku Li’s minion as the youth leader has put a dent to his chances. Hopefully he will lose and then quit UMNO for good. We also don’t want KJ in UMNO!

    1. 100% agree with u sir. Ku li the expired man.. KJ the kitol.. lizard tounge.. new aspiration of PEMUDA and WANITA leaders now have given us the best hope for UMNO..

    2. we will make sure umno is contained and will make sure we refrain from voting umno if they are still in existence by GE15 because of MONYET people like you.

        1. 😂😂😂😂😂
          umno pembangkang sekarang.
          good for umno to last till next election 🤣🤣🤣🤣🤣

      1. Haha ..dream on. Contain your own minions. The kpoppers are returning to their household.

    3. Maka tinggallah Dr Zahid anak lelaki Hamidi yg cukup berwibawa utk mengencing kepala ahli akar umbi UMNO sendiri. Tahniah.

  6. assalam….alhamdulillah..umno solid menang 54 kerusi parlimen..the top than others….TAKBIR…ALLAHUAKBAR! U R THE CHAMPION..

  7. Helen,

    re: Tiga perempat (three quarters) pengundi Melayu menolak Pakatan Harapan.

    How you arrived at this finding? Even if you refer to a specific research done by so-called “independent researcher”, did you verify his method, sample, finding etc before citing his research?

    As far as I am concerned, all votes are secret. How do we tabulate the percentages of ballots cast according to ethnic?

    1. True, individual votes are secret but voting data is public, especially after the election is done and dusted, e.g. we know a particular seat is say, 75% Chinese, and the Pakatan Harapan candidate obtained 70% of all the votes, so you can calculate.

      Insiders possess even more detailed voter breakdown, e.g. in a particular polling sration there are 1,234 Chinese voters and their voter streams, and then xyz votes went to Harapan. Input all the known data and you can do a regression analysis.

      I did one such analysis for the Chinese-majority state seats in the 2016 Sarawak election but the sampling is small. See, https://helenang.wordpress.com/2016/05/08/results-analysis-super-supp-did-what-mca-would-not/

      Same method. Dah Ikhwan had the data sets for 222 seats nationwide at his disposal and so his analysis would be accurate. Remember, this is not pre-election forecast but a post-election mathematical calculation. https://dahalmi.wordpress.com/2018/05/22/pru-14-keputusan-dan-analisis-pilihan-raya-parlimen-malaysia/#comment-3461

      His research closely tallies with the findings announced by Merdeka Center.

  8. Good luck with a Malay all party VS rest of the world party…..i still can’t grasp the logic that and all Malay only party would fare well in pru15…And the dream of UMNO winning seats in Sarawak with it’s logo is quite entertaining……

    1. the logic also can’t proves how the DAP ultra racist Chinese party now could ruling the country easily.. can u?

      1. only you and your kinds are seeing DAP as a chinese party…….wherelese the rest are not, cos we see a pakatan harapan coalition….so, it’s going to be Umno VS rest of the world, is it? that’s a world class strategy…

      2. Can you back up your idiotic statement please? Show us evidence as to how DAP is ruling the country? Typical UMNO supporter, all bark and no substance.

        For arguments sake, let’s assume DAP is campaigning for total equality among the races which they are clearly not as it would be political suicide, that would still not make them racists. What UMNO implemented with their affirmative action policies is the definition of racism, but you are obviously too thick to comprehend that.

          1. Kesian sungguh aku tengok tahap mentaliti bangsat UMNO yg ada kat sini. Hangpa dok mentekedarah dedak lagi ka? Haram tu… Rosakkan akidah dan keturunan bangsat hangpa jugak. Astagfirullahulazim…

          2. Typical UMNO scum.

            Wanting to be treated equally is not being racist lah moron. It’s called being just. Just how pathetic are you and many of your people that you need crutches to survive in this world? No point praying five times a day lah loser if you are willing to mistreat the minorities. My God hates this kind of practices and am sure yours does too.

          3. cant be worse than a brainless scumbag and dedak eater that lived on handouts like you.

  9. I thing Vincent Tan the most powerful now.. got multi-billion of ‘CASH IS KING’ after all he done by his love hug for Atok Kerala..
    just a diversion issue to make their plan smoother.. imdb src Najib bla2.. Ketuanan bahasa Mandarin now taken place oledi.. any comment Auntie Helen??

  10. ‘Umno sekarang bebas menegakkan agenda Melayu

    Beberapa lagi orang besar Cina dari MCA dan Gerakan juga bertanding di kawasan Melayu…

    Helen, aku rasa harapan UMNO utk rampas semula enam2 kawasan yg Helen senaraikan sebagai kawasan Melayu itu memang susah.

    KECUALI UMNO dan PAS bersatu atau bekerjasama biar satu lawan satu. Boleh ke?

  11. ‘Umno lebih kuat dengan terbubarnya BN’

    Satu kesimpulan yg menakjubkan Helen. Lepas londehkan segala senjata, perisai dan pakaian hingga tinggal seluar dalam, tiba2 UMNO jadi gagah perkasa.

    Kalau menang pada PRU 14 takpe jugak. Ini kalah tesungkor. Kalah pun bukan sebab rakan komponen, tapi sebab Jeneral Perang UMNO sendiri yg penuh dgn kurap dan korup.

    Maka seperti superman, UMNO terus melayang di angkasa sambil pamirkan tubuh hodoh yg setiap hari ditelanjangkan satu demi satu.

Comments are closed.