Posted in CINA

Orang Melayu marah video rasuah Namewee?

Mencekup daripada blogger yang ‘favourited’ di menu bar saya — Din Turtle.

Posting Pak Din semalam bertajuk ‘Tolong cikgu Sivik ajar budak kurang ajar ni‘. Blogger ore Ganu kito berpendapat bahawa klip video lagu Tahun Baru Cina terbitan Namewee “memperbodohkan” kaum Melayu.

Lady Gaga

Sebenarnya saya tidak berapa mengerti apa mesej tersirat yang hendak disampaikan oleh Namewee.

Rasa-rasanya Namewee agak sinis dari segi outlook (pandangan duniawi). Namun lebih baik saudara-saudari menonton serta menilai sendiri video muzik itu yang telah dimuat-turunkan di YouTube lima hari lalu (Jan 9).

Karya terbaru Namewee bertemakan rasuah. Dibayangkannya orang yang makan suap ialah anggota polis, pemain bola sepak, (mungkin) anggota polis trafik dan (mungkin) kakitangan kerajaan yang berpakaian seragam umpamanya pegawai penguatkuasa kastam dsb.

Keempat-empat watak tersebut dibawa pelakon Cina, iaitu geng Namewee dari filem Nasi Lemak 2.0.

Seorang artis pop seperti Namewee – atau katakan Lady Gaga yang mempunyai 17 juta orang pengikut Twitter – memberi impak hebat kerana mampu mencetuskan perbincangan di kalangan peminatnya yang begitu ramai sekali.

Video Namewee setakat ini sudah pun ditonton sebanyak 355,000 kali. Senikata lagu dan terjemahannya kepada bahasa Melayu saya sediakan di bawah.

Namewee dengan membangkitkan isu rasuah di media baru sosial mampu mencipta ‘buzz’ yang tidak mungkin disaingi blogger atau wartawan.

‘Crusade against Corruption’

Seorang lagi blogger Mohd Arshad Raji, yang tulisannya berusaha memerangi rasuah, telah membuat posting ‘More exposures from Whistleblower 711‘ semalam juga.

Mohd Arshad menulis:

“The 13th General Election is just around the corner they say, and corruption will be a major issue to be talked about by the opposition during the campaigning. This will not be easy for PM Najib and his fellow ministers to defend. New exposures are being revealed every other day creating new challenges for the MACC to act speedily in order to satisfy the public’s urge for a corrupt free government.

“And by the way things are going I do not think I could see my country be corrupt free during my life time if UMNO were to be back in power after the election. And if there were to be a change in government, I am not too optimistic either that the country will be absolutely free of corruption, although I believe corruption will be reduced drastically.”

Saya setuju dengan pandangan beliau bahawa sekiranya Umno duduk di Putrajaya, rasuah pasti akan terus kekal bersama kita. Saya juga setuju sekiranya kita bertukar kerajaan pun, rasuah masih akan ada.

Sama ada rasuah boleh dikurangkan dengan Pakatan berada di Putrajaya, saya tidaklah sebegitu yakin seperti Datuk Arshad.

Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan belum menampakkan tekad untuk membanteras rasuah.

Walaupun kuat bunyi retorik mereka tetapi hakikatnya mereka sendiri bersikap acuh tak acuh serta ligat mengelak, contohnya ketidaktelusan kontrak sPICE di Pulau Pinang dan tidak mengambil berat terhadap tuduhan-tuduhan rasuah yang ditimbulkan tentang para politikus PKR di Selangor.

Bagi saya, Pakatan dan BN dua kali lima.

Satu lagi posting menarik di blog ‘Mind No Evil’, Arshad menggarap laporan Ketua Audit Negara tentang ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan, termasuk projek lembu-lembu Sharizat.

Pendapat pembaca blog ini

Saya salin-tampal dua komen yang pernah dibuat oleh pembaca untuk renungan kita bersama.

8. muda  |  Januari 4, 2012 at 11:41 am 

“Kita takut Pakatan juga rasuah kalau berkuasa. Kita takut Pakatan juga akan menjadi diktator apabila mendapat kuasa. Kita lebih takut kepada Pakatan yang belum mendapat kuasa, daripada Umno yang sedang berkuasa dan sedang menghancurkan sistem ekonomi dan sosial sekarang. Kita lebih takut Pakatan akan melakukan rasuah, daripada Umno yang sememangnya sudah rasuah.”

— Posting: ‘901 & 916: Anwar tak pandai matematik

8. noor  |  Disember 7, 2011 at 2:24 pm

“Saya telah bekerja dengan organisasi Cina di mana saya seorang sahaja Melayu yang ada kedudukan di organisasi tersebut tanpa mengambil kira tukang cuci yang semuanya Melayu. Orang-orang Cina berkata mereka benci rasuah tetapi merekalah pemberi rasuah terbesar. Semua perkara mahu rasuah atau mereka tidak akan melakukan apa-apa jika tidak mempunyai kepentingan kepada mereka. Ya, orang Melayu ramai yang ambil rasuah yang diberi oleh orang Cina tetapi orang Cina paling takut kepada orang Melayu yang tidak boleh dibeli dengan wang atau perempuan.”

— Posting: ‘Umno: Gelombang merah, gerombolan marah

Fikir-fikirlah, apa yang kita lihat sedang berlaku di Putrajaya dan bandingkan ia di Pulau Pinang.

祝你新年發大財
祝你新年發大財
Berharap kamu akan memperolehi rezeki (besar) pada tahun baru (ini) x2

拿了紅包敢敢開
Terima angpow, beranilah membukanya

Supermarket 超級賣
Jualan laris di pasaraya

你來恭喜 啊我來恭喜
Kamu datang mengucapkan ‘gong xi’, saya datang mengucapkan ‘gong xi’

新年攏發大財
Moga tahun baru membuahkan keuntungan besar

阿公恭喜 阿嬤pun恭喜
Atuk mengucapkan ‘gong xi’, nenek pun mengucapkan ‘gong xi’

甜尿血壓麥擱來
Kencing manis, tekanan darah tinggi, jangan ke mari

你來恭喜 啊我來恭喜
Kamu datang mengucapkan ‘gong xi’, saya datang mengucapkan ‘gong xi’

走路麥踏到屎
(Bila) berjalan jangan terpijak najis

西北歡喜 啊sama歡喜
Teramat gembira, sama-sama bergembira

今年一定大發財
Tahun ini pasti mendapat kekayaan

祝你新年發大財
祝你新年發大財
Berharap kamu akan memperolehi rezeki (besar) pada tahun baru (ini) x2

拿了紅包敢敢開
Terima angpow, beranilah membukanya

Supermarket 超級賣
Supermarket 超級賣
Jualan laris di pasaraya x2

超級賣啊超級賣!
Jualan laris, jualan laris!

BABAK DIALOG

Penyanyi [berbaju merah]: Ambil, ambil lah. Setahun sekali sahaja (ada peluang ini). Setahun sekali sahaja. Tak mengapalah, ambil.

Namewee [bertanya kepada kempat-empat orang yang ditawarkan angpow]: Nak ambil tak? Nak ambil tak? [Mereka menggeleng-geleng kepala]

Namun apabila kamera tidak merakam (yakni orang tak nampak), mereka mengambil juga angpow-angpow itu.

Namewee [kepada penyanyi]: Bukankah (tadi) saya dah kata padamu, bisa diatur (yakni orang yang disogokkan angpow akan mengambilnya, percayalah).

Jom [pandang kamera] kami ucapkan ‘gong xi’ (kepada penonton).

______________________________________________________________________

Anda mungkin juga meminati:

Author:

I have no Faceook or Twitter.

64 thoughts on “Orang Melayu marah video rasuah Namewee?

  1. Helen Ang is acting dumb.
    Clearly Nameewee criticise PDRM RASUAH. What Else.

    Bodoh.

    Helen Ang must eaten ubat suka. Malai Boyfriend ke?

  2. Apa nak marahkan ? Yang selalu buat…. kecil, besar, samada Haji ke, tak Haji ke, menteri ke, tak menteri ke…..semuanya MELAYU. Yang lebih memalukan, MELAYU sendiri turut cuba menutup kes-kes yang terang-terangan MENJOLOK MATA.

  3. Orang Cinalah yang memulakan dan menggalakkan rasuah di Malaysia ini. Cuba perhatikan cara perniagaan lori-lori pengangkutan barang. Sebahagian besar lori ini dimiliki oleh pengusaha Cina dan selalunya kenderaan mereka membawa lebih muatan. Tetapi sebelum bergerak, pemandu dan kelindan lori sudah disediakan wang untuk disuap kepada pegawai penguatkuasa, selalunya JPJ. Misalnya dari Kuala Lumpur ke Johor Baru, disediakan empat envelope utk ‘dihadiahkan’ kepada pegawai penguatkuasa yang menahan lori-lori itu untuk pemeriksaan. Selain itu, orang Cina tidak segan silu menawarkan rasuah kepada imigresen, kastam, pemeriksa meter eletrik dan air, polis, polis trafik, penguatkuasa majlis tempatan, kakitangan pejabat tanah dan sesiapa saja yang bekerja dengan pihak berkuasa. Kalau tidak ada pemberi, mana ada penerima? Rasuah bukan penyakit orang Melayu saja. Tengok saja parti DAP.. baru berkuasa sekejap di Perak dan Selangor, sudah mengamalkan rasuah. Sekiranya DAP memerintah negara ini sejak Merdeka, Malaysia sudah tentu bankrap sekarang dek amalan rasuah pemimpin dan penyokong parti itu.

    1. Sdr Hussin,
      Siapa yang mulakan tak penting. Kita dididik secara Islam sejak kecil dan Islam terang-terangan mengharamkan rasuah. Kita tak perlu menyalahkan orang lain terhadap kelemahan kita sendiri.

    2. Org awam nk hulur duit itu mmg susah kita nak elakkn atau nak kontrol. Itu cerita lain. Dan sbb tu ada PDRM atau MACC dn bdn2 pnjegah rasuah yg lain utk mmbendung dan mngkap diorg ni.
      Tapi masalahnya bila diorg ni yg diberi kuasa untuk mnangani gejala ni sndiri menerima dn mgamalkan rasuah. Pepatah Melayu sndiri..harap pagar, pagar makan padi. Tugas diorg cuma satu. Tangkap org yg trbabit dlm rasuah. Itu tugas dia. Noktah. Klau ada yg hulur kat dia, apalagi..cekup la.
      Sbnrnya org awam trutamanya yg mlanggar undang2 lalulintas agak takut dn tragak2 utk nak merasuah pgwai polis utk mlpskan mreka…sbb diorg pun takut mna tau trjmpa polis yg brintegriti…tak pasal2 masuk dlm. Hukuman merasuah berat beb….sapa tak takut.
      Tp yg problm bila awl2 lgi pgwai polis sndiri yg bukak mulut spya “setel”…apalgi…mmgla bgi aje.
      So, pikir2lahhh sendiri.

    3. sebelum dap mengambil pulau pinang…pulau pinang adalah deficit 2 billion, selepas dap mengambil alih, pulau pinang mempunyai surplus 2 billion lebih…..jadi, lu hanya ‘talk trash’ tanpa mengambil inisiatif untuk membuktikan….kalau saya kata lu meliwat bontot saiful tanpa sebarang bukti, u pun akan kata saya fitnah….jadi, sebelum ‘talk trash’, lebih baik cari cari bukti terlebih dahulu

    4. Ni sekok bangang. Melayu kalau pegang pada ajaran Islam tak akan menerima rasuah walaupun didesak bertubi-tubi. Tak kiralah sapa yang bagi. Tak ada yang menerima tak ada yang nak bagi.

    5. Memag benar jika tiada pemberi maka tiada rasuah, tetapi jika bakal penerima mempunyai prinsip dan ketahanan diri yang kuat, serta mengambil tindakan yang wajar, maka tiadalah rasuah. Jika tiada pemberi dan peminta serta penerima, maka tiadalah rasuah. Rasuah adalah masalah sejagat, dan tidak terhad pada “kaum” sahaja.Tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, mengapa ramai sangat pemberi, peminta dan penerima rasuah.

  4. Dari dulu lagi saya katakan Namawee ini racist tegar. Tengok wajahnya pun saya sudah tahu dia berjiwa chauvinist. Namun ramai orang masih tertipu dengan si bangsat dari Muar, Johor ini. Kebetulan Muar dekat dengan Batu Pahat, tempat kelahiran dinasti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Di Batu Pahat jugalah berlaku kekejaman paling dahsyat oleh askar-askar Bintang Tiga, yang menggoreng hidup-hidup pemuda, orang tua, wanita gadis dan bayi Melayu ketika mereka mengganas sejurus pengunduran Jepun dalam Perang Dunia Kedua dulu.

    1. Samada Namewee ni racist atau tidak, gua tak pasti. Tpi yg gua pasti lu sdra Hussin Rahman mmg racist.

      1. Sdr Pendekar, saya memang racist. Itulah sebabnya ketika saya berjalan-jalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di KL, dekat dengan Globe tu satu ketika dulu, tiba-tiba berhenti sebuah motorsikal yang ditunggang oleh seorang Cina, pekerja kilang agaknya. Dia meminta saya menghampirinya sambil berkata: Encik, motor saya nak habis minyak. Saya perlukan dua ringgit saja nak isi minyak dan sampai balik ke rumah di Puchong. Saya segan nak mintak dengan orang Cina, jadi encik boleh tolong tak? Tanpa berfikir panjang, saya terus berikan dia dua ringgit dan dia berlalu dengan wajah amat berterima kasih. Tak lama selepas itu, ketika saya hanya ada RM4 di tangan, saya menyeberangi jalan dekat Jalan Jelatek, untuk menaiki bas pulang ke rumah di Ampang. Tiba-tiba saya berselisih dengan seorang lelaki India, yang berjalan tempang. Dia meminta saya berhenti kerana nak meminta bantuan kepada saya. Katanya dia dulu pemandu lori tetapi diberhentikan kerja selepas satu kemalangan. Sepanjang pagi itu dia belum makan dan dihalau oleh mamak restoran apabila dia merayu sekeping roti canai dan secawan kopi. Wajahnya amat murung sekali. Tanpa berfikir panjang saya hulurkan duit RM4 itu kepadanya dan berkata: awak ambillah duit ini dan pergi makan, roti telur ker, dengan kopi. Biar saya berjalan kaki balik ke rumah. Sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang susah dan bernasib malang seperti mereka ini. Itulah sebabnya saya racist kerana saya tidak mahu negara Malaysia ini jadi huru-hara dan semua rakyat tak dapat makan. Bukankah orang Cina amat suka makan?

  5. Tamadun China sudah bermula hampir 5000 tahun dulu lagi.
    Diakui dunia oleh semua bangsa bahawa rasual berasal dari China dan orang orang cina lah yang mulakan dan amalkan hingga kini.

    1. kelakar gua baca statement lu…ada jgk org yg berfikiran mcm lu ni…heh….biasalah….lebih senang salahkan org lain dri mgaku kesalahan atau kelemahan sendiri…

      1. (Comment blocked by blog owner) You’re ‘R—–‘, am I right?

        Laa, kenapa memaki-hamun ni? – Helen

      2. Saya memang racist sebab sejak kecil, sampai zaman persekolah, kolej dan bekerja, saya hidup dalam suasana amat racist.
        saya masih ingat ketika saya berusia 6 tahun, bapa saya mengupah enam lelaki buruh bangsa India untuk menggali kuabg ikan di sawahnya. ayah tempatkan mereka di rumah pakcik saya yang kosong kerana beliau sudah meninggal. Selain diberi gaji, ayah juga membekalkan beras dan lauk kepada pekerja India itu, yang datang dari Bidong, Kedah. Selalu juga saya menumpang makan tengahari di rumah pekerja India sampai satu hari emak saya menegur: Awat hang suka makan nasi depa? Depan kan Hindu. Saya jawab: Tapi mak, kari dia lebih sedap.
        Bila kerja buat kolam ikan siap, semua pekerja India itu tidak mahu balik kerana mereka sudah suka tinggal di situ. Ayah saya terpaksa merayu kerana dia sudah tidak ada duit dan kerja pun dah tidak ada. Saya pula merayu supaya dibiarkan mereka tinggal ditu. Emak saya jawab: Hang nak bagi makan kat depa? Kita sendiri hidup susah. Maklumlah itu tahun 60an, padi ditanam setahun sekali dan Malaysia belum makmur macam sekarang ini.
        Kemudian, sejurus selepas 13 Mei, ada sekumpulan pekerja Cina bekerja membina klinik kesihatan di hujung kampung saya di Kota Kuala Muda, Kedah. Satu hari saya dan kawan-kawan melepak dekat situ, memerhati kerja-kerja membuat klinik itu. Lalu seorang pemuda Cina dari kumpulan itu datang bertanya, itu bunuh-bunuh sebab 13 Mei..adakah orang kampung ini juga akan mencedera dan membunuh kami?. Lantas seorang kawan saya menjawab: Mana ada, itu 13 Mei di Kuala Lumpur la. Mana orang kampung mau kacau awak sebab kami semua mahu klinik ini disiapkan cepat. Jangan takutlah.

    2. Jadi, yg ko maksudkan bangsa Melayu belajar amalan rasuah dari bangsa Cina…?
      huhh…bnyak bnda lain yg baik boleh bljar, mcm main tanglung ke…kungfu ke…tarian naga ke…matematik ke…… rasuah yg dipilih….alahaiiii sedih nao…

      1. Saya racist kerana apabila saya belajar di sekolah asrama penuh di Ipoh, cikgu saya ramai daripada bangsa Cina dan India. Dan apabila saya belajar di England, saya belajar di kelas yang ada pelbagai bangsa. India, Punjabi, Mat Salleh, Mat Salleh dari Amerika, Arab, Negro dan sebagainya. Kami belajar, bersukan dan makan sama-sama. Saya juga menyewa rumah yang di dalamnya ada housemates Mat Salleh, bangsa Poland, Scotland, Afrika, Negro, Pakistan dan India.Mereka ni, yang bukan semuanya pelajar kolej, amat gemar makan nasi, kari dan sambal tumis dimasak oleh housemates Melayu. Apabila saya bekerja hotel pada musim panas, dua pengurusnya bangsa Belanda dan Jerman, receptionist bangsa Perancis, porter dan maid bangsa Negro dari Nigeria, Argentina, Itali, Scottish dan English. Kami bekerja, enjoy dan makan pun sama-sama…amat racist sekali! Dan apabila saya bekerja sebagai wartawan, saya bertemu dan menemuramah semua bangsa. Apabila saya jadi ejen saham amanah separuh masa, ramai pelanggan saya bangsa Cina dan India.Seorang rakan ejen tu, berjaya pula dapat dua pelanggan orang putih yang bertugas di KL. Racistkan?

  6. In Chinese they have Ah Long and gambling and gold (money) is part of their culture
    Malay they love easy money (Skim Cepat Kaya) and that is why they are easily bribe
    Chinese = have money while Malay = Want easy money
    Both races have their own flaws
    Cheers

    1. Ini semua simple aja.Hanya fikiran cam kanak- kanak tak faham.Negara adil semua kena buat adil sebab sistem betul dilanjarkan susah nak buat salah,atau masuk penjara.Negara tak adil apa apa pun boleh sebab kerajaan tak kisah rakyat tu rakyat pun tak hormat undang undang.

  7. sori la , ini arshad tak ada telor , coment section dia censor tak bagi selain yang condem kerajaan , cuma yang sokong pkr.

    mengaku apolitical di site dia dulu.. Pasal gua hilang hormat pada orang suka bohong macam ini

    ______________________________________________________________________________________

    Mungkin Arshad tapis sebab pengomen menggunakan nama samaran lucah? — Helen

    1. miss this reply, sori sis nama ini saya pakai after blogging dekat sini :), after watching ‘cina doll video’ la!. i was using ‘bob’ before … General arshad ballless i stand by my opinion!!

  8. rasuah itu buta bangsa. orang mcm namewee ni bila nak tonjolkan masalah rasuah, selalunya tunjukkan atau kaitkan dgn kakitangan kerajaan. dah kakitangan kerajaan yang pangkat rendah2 tu kebanyakannya melayu jd nampak la melayu yang byk mkn rasuah. ni secara tk langsung memburukkan melayu secara khususnya, walaupun ‘mungkin’ niat si namewee ni bersih.

    bukan kah semua pun tau dlm bisnes lg byk kes rasuah? nak dpt apa2 projek pun kena ‘entertain’ atau rasuah jabatan purchasing .. semua jugak tau 95 peratus jabatan purchasing tu cina. knp si namewee tu tk buat klip video tentang rasuah antara bisnes? ni yg buat imej si namewee tu lg buruk dimata orang melayu..

    adakah merasuah kakitangan kerajaan salah dan merasuah jabatan purchasing sesuatu syarikat tak salah?

    lagi sekali, rasuah itu buta bangsa..

    1. Itulah saya kata bangsa Cina memang sebati dengan rasuah. Tengok saja gejala rasuah yang berleluasa di tanah besar China satu ketika dulu. Malah rasuah, sama ada sebagai pemberi atau penerima, amat sinonim dengan bangsa Cina. Orang Cina di Malaysia marah sangat dengan orang yang mereka tuduh rasuah kerana satu sebab saja: kerana mereka sendiri tidak dapat peluang telan duit dan sapu semua harta rasuah itu. Saya yakin kalau Cina dapat peluang buat rasuah, mereka akan bertindak 100 kali lebih teruk.

      1. Ranking Corruption Perceptions Index (CPI) bagi tahun 2010 meletakkan Singapura pada tempat No.1, iaitu negara paling ‘bersih’ (‘tiada’ rasuah) di dunia, setakuk dengan NZ dan Denmark.

        S’pore jatuh ke tangga No.5 dalam CPI 2011 — No.1 NZ, No.2 Denmark & Finland, No.4 Sweden. Namun S’pore masih mengatasi Norway (6), Netherlands (7), Oz (8), Switzerland (9) & Canada (10).

        S’pore ialah sebuah negara berpenduduk majoriti Cina (74%).

        Satu laporan World Bank mengesyorkan kerangka Hong Kong Independent Commission Against Corruption (ICAC) sebagai contoh kepada lain-lain negara dunia dari segi keberkesanannya. Badan pencegah rasuah Hong Kong itu diperuntukkan belanjawan bersamaan US$90 juta dan menggaji lebih kurang 1,200 orang pegawai yang berkelayakan dan berkebolehan.

        “The ICAC controls corruption through three functional departments: investigation, prevention, and community relations. … the ICAC has built an impressive record of investigations that have resulted in numerous convictions. Nowadays, Hong Kong ranks one of the least corrupt jurisdictions in East Asia, and this reputation is despite its free-wheeling market economy.”

        HK juga berpenduduk etnik Cina.

    2. Wahh pnjang lebar sdra Hussin mnceritakan plbagai kisah pglaman sndiri brsama bangsa lain..dri pengemis hingga ke busnessman. So, wht is ur point? Adakah saya harus merasa kagum?
      Dari komen sdra yg sblum ni jelas sdra melabelkan seluruh bangsa Cina mmg sbati dgn rasuah. Melabelkan ksluruhan stu bngsa atas sesuatu hal, that is racism my brother. You can say otherwise, but ur words show whats really in ur heart.
      Kita mmg boleh bersifat racist nmun masih boleh menolong ssorg dri bngsa brlainan dgn ikhlas atas dasar perikemanusiaan, sptimana yg sdra crtakan diatas bila mnolong pngemis cina dn india td. So, usahlah nak mnyangkal sbb sdra smmgnya seorg yg racist, namun memiliki hati yg baik.
      Lagi stu sprti yg dilaporkan oleh CPI 2011 (sprti yg ditunjukkn oleh Helen Ang jgk dibwah,atau sdra boleh check online sndiri) – indeks negara paling bersih No.1 ialah N.Zealand, No.5 ialah Singapore, No.12 ialah Hong Kong…dan Malaysia, dmana majoritinya org MELAYU….. ada kat No.60. (jauh siot…)
      Jadi, berasas lg kah statement sdra yg org cina mmg sbati dgn rasuah? Atau ohhh…mungkin sdra nak katakan yg org Melayu bljar rasuah dri org Cina…?
      And u r not a racist…? yeaa…right….

      1. Saya bukan racist tetapi dari pemerhatian saya orang Cina hanya sanggup menolong orang jika dia boleh dapat untung. Kepada orang Cina,m no money no talk and I only help you if I can get something (more actually) from you. Lagi satu orang Cina ini tamak, dah ada banyak duit dan harta punb masih nak bolot lagi. Satu lagi perkara buruk orang Cina ialah merasa hanya dia yang pandai dan ada otak lebih tetapi hakikatnya bukan begitu. Orang Cinanya ini rata-ratanya average intelligence tetapi kerana dia rajin dan kadangkala tidak takut ambil short cut or cut corners, dia berjaya. Kalau ada peluang menipu orang Cina tidak teragak melakukannya, asal boleh untung dan jadi kaya. Betul tak? Di Malaysia ini saya cuma percaya orang Cina Islam.

      2. Wow….finally, i have met the most racist person here..but funny that he keeps denying it…heh. Well, sya sbnrnya org Cina, dan sya xnak mnyangkal apa yg sdra Hussin nyatakan disini tntang org Cina sbb bgi sya itu hnyalah pandangan sdra Hussin,. dn stiap org brhak mmpunyai pandangan dn pndpat sndiri dan jgk brhak utk mnyuarakannya,.. wlaupun dia sorg yg racist sprti saudara.

        Hmm..sya mmg mmpunyai ramai mmber2 rpat bgsa Melayu…ada yg ok, ada yg kurang ok..tapi kami ttp geng. Dn sya blh katakan disini yg salah seorg best friend sya adlah org Melayu.
        So, sya pun ada pemerhatian sya keatas org2 Melayu, dn klau sya nak melabelkan semua org Melayu sekligus berdasarkan pemrhatian sya, rasanya agak tidak berasas. Ada yg mcm saudra Hussin jgk, tp ada jgk yg tak sama. So, bgi sya, setiap individu itu berbeza.

        Sudra mgatakan org Cina hnya mnolong org jika ada keuntungan dan tamak? woww…sya ni Cina tp adakah sya mmpunyai sifat sedemikian?

        urrmm..ntahla, nntila esok sya akn tnya mmbr2 Melayu sya. Tp power jgk sdra Hussin ni sbb wlaupun sya tak kenal dia, dia dh kenal hati dn jiwa sya…dashyat sungguh…heh…mcm ahli nujum.

        Andaikatala sya melabelkan semua org Melayu sbgai malas dn mmpunyai prsaan hasad dengki (ni kdg2 org Melayu jgk yg ckp sndiri…boleh baca dimana-mana,.. ohh ya.. dan jgk suka mnyalahkan org lain atas kesilapan dn kelemahan sndiri~ini adalah pmerhatian sya trhadap sra Hussin)…ishh, mmg ceteklah fikiran saya.

        Dan satu lgi sya nk tnya sdra Hussin…so sifat yg sdra sbutkan smua tu, rasuah, tamak, hnya menolong org klau ada untung sndiri, suka menipu klau ada peluang…..org Cina aje ke yg ada sifat ini? Err..org Melayu xd ke..?

  9. Namawee is very clever and his work is full of subtle meaning.

    I watched nasi lemak 2.0. Though entertaining and praise should be given to such a well done movie, but like I said, full of subtle meaning.

    There is even in only of the song where he cried out “you malay *** do not know how to cook”, but on the subtitle it was not translated in that way. There are also many scene where he projected himself as the saviour, in a subtle way, projected others as evil and valiant.

    What dinturtle said is indeed true. In the end, when the camera is covered, then all the officers took the bribe. Its also subtle.

    About the corruption thing, it is part and parcel of democratic politic. Popular word says that power is money. The aim of politic is to gain power and with power there is make money. Democratic parties survive on money. No money no politic. It is only a matter of how we define corruption. Whether it is a policemen on the street that take RM 50 of bribe money, or a politician cum business man who con up a multimillion deal that is legal on paper but indeed only benefits the cronies.
    _______________________________________________________________________

    Yes, that’s why I said that I wasn’t sure of Namewee’s maksud tersirat and the lyrics may also be berlapik. — Helen

  10. Dr M sendirii pun pernah menjadi mangsa rasuah dalam Umno. Dalam pertemuan pertama beliau dengan ahli-ahli Umno selepas 6 tahun disingkir dari Umno, beliau berkata, ‘Orang yang terima rasuah macam makan babi…’

    Kalau Pakatan dan BN dua kali lima, usah ada piliihanraya umum. Biar BN teruskan pemerintahan yang amat ‘considerate’ terhadap budaya rasuah ini. Hidup BN!

    1. Sdr Joshua, rasuah itu luas skop dan maknanya. Ia berkait rapat dengan keadilan. Sekiranya kita sebagai peniaga bertindak menipu pelanggan, itu pun macam rasuah jugalah. Kalau kita memonopoli perniagaan, itu pun rasuah juga. Jika kita jual barang lebih mahal kepada bangsa asing tetapi lebih murah kepada bangsa sendiri, itu kira macam rasuah jugalah. Kalau kita tamak dan hendak rebut segala-galanya, seperti sikap orang Cina di Malaysia ketika ini, itu pun sama buruknya macam rasuah juga.

    2. hmm..saudara Hussin, nmpknya masih nk salahkan rasuah dgn mngaitkan dgn sikap org cina di Malaysia ketika ini. Boleh tolong saudara tereangkan dgn lebih detail sikap apa yg saudara Hussin mksudkan itu?
      Lagi satula yg sya nmpak dgn jelas dan nyata di negara kita skrg ni, amalan rasuah yg paling ketara ialah PDRM, trutamanya polis trafik (klau sudara nak sangkal, tlg nyatakn badan mana yg saudara rasa plg kuat mramalkan rasuah). Majoriti polis adalah brbgsa Melayu. So,klau sya mgguna pakai teori sdra, bolehkah sya katakan disini skrg org Melayu dah sebati dgn rasuah..?
      Dan knp tak jwb komen diatas dimana dalam indeks antarabngsa negara paling bersih dari rasuah thun 2011(CPI), Mlysia brda di tangga 60, Indonesia di tangga 100 (majoriti keturunan Melayu) mnakala Singapore di tngga 5, dn HongKong di tngga 12 (majoriti keturunan Cina)…? atau sudara Hussin rasa indeks tu mngarut dan tak tepat….harus ikut indeks yang sudara buat sndiri..?

      1. Saya tidak pernah bagi rasuah kepada sesiapa, terutama anggota polis. Banyak kali saya ditahan dan polis itu ajak ‘berbincang”, saya kata: saman jer datuk, saya rela bayar kepada kerajaan daripada masuk ke kocek awak. Jadi banyak juga saman yang saya dapat tapi saya akui saya belum bayar, sebab tidak mampu.Tetapi saya tetap akan bayar bila mampu nanti. Kalau tidak, saya rela masuk jel tapi merasuah dan menerima rasuah, tidak sekali-kali.

      2. baguslahhh masih ada org yg sprti sdra Hussin yg brintegriti tinggi dn tidak sekalipun prnah merasuah polis trafik….syabas. Tapi knyataan sdra sndri tlh mngaku bhawa pihak polis sndiri yg mmbuka mulut “untuk brbincang”. And that is my point. Pihak yg diberi kuasa untuk mmbanteras rasuah sndri “mmbuka jalan” dn mngamalkan rasuah ..dn inilah mksud sya “harap pagar, pagar pun senget..” (sya tak nak la tnya polis tu bangsa apa sbb sya bukannya racist dn dn mnyalahkan amalan rasuah keatas mana2 bngsa…biarlah sdra Hussin aje sndiri yg menilai bnda tu…) .

        Aduuyaii…saman gua minggu lepas lupa pakai seatelt masih belum bayar….isk iskk…

  11. Orang Cina benci rasuah tetapi mereka terpaksa memberi rasuah untuk urusan peniagaan mereka. Orang Melayu yang menpunyai kuasa sangat bertuah mendapat rasuah. Orang Melayu yang menpunyai peniagaan malangnya menjadi mangsa oleh sebab mereka selalunya kena tindakan daripada pihak berkuasa. Fikirkan lah mengapa kaum Cina di Australia, Amerika dan England tidak mempunyai peniagaan yang besar saperti kaum India, Pakistan dan juga orang Melayu. Di Malaysia dan Indonesia orang Cina sangat maju dalam peniagaan. Kesimpulanya rasuah adalah perosak kaum Melayu sendiri. Berhentilah amalan rasuah! Ini lah meseg dari Namewee.
    _________________________________________________________________________

    Teori yang menarik sekali! — Helen

  12. Kisah benar 3 orang tuan haji.
    Tn. HJ Ahmad dan Tn Hj Zam ada lah 2 orang pengarah syarikat kontraktor. T.H Ahmad sebagai Pengarah Urusan yang juga seorang yang kuat agama.
    T.H Yasin pula seorang jurutera perunding yang antara tugas die ialah membuat rekemen kepada pihak klien ,kontraktor yang akan di lantik didalam mana2 tender.
    Satu masa T.H Yasin telah mengadu kepada T.H Zam “I bagi company you banyak project so far, banyak I rugi. Kalo company lain mesti dah macam2 mereka bagi.”
    T.H Zam jawab ,”Kenape you tak bagitau awal2 I can fix it.”
    T.H Yasin ,” You know la…your H Ahmad and I , we go to the same mesjid. Tiap2 malam I jumpe die ..segan la I”
    Pekara ni telah di beritahu kepada T.H Ahmad oleh T.H Zam dan respon beliau..” Hj Zam, saya tanak tahu benda2 macam ni. You saja selesaikan”
    Tak lama kemudian T.H Ahmad telah meluluskan claim T.H Zam untuk 2 orang bermain golf di negara jiran termasuk penerbangan, penginapan, makan minum , golf set baru…misc exp. dimana jumlah nya boleh dikata besar.
    Hari ini tiga2 Tuan Hj. sudah bersara.
    Tak lama dulu T H Zam telah bergabung dengan mereka2 yang ambil alih pengurusan mesjid selepas kerajaan negeri itu bertukar.
    Maaf cerita sedikit panjang kerana saya tak pandai sangat menulis Tak tahu apa itu concise, subtle dll perkataan.

  13. saya agak setuju, kalau dikatakan parti apa yang memerintah sekalipun rasuah tetap berlaku sebab yang tak memerintah jadi pemberinya. rasuah ni pencegahnya ialah gaji yg cukup atau patut, pemberi dan penerima sama dihukum, ugama diamalkan, hukuman yg mengajar dan memeritkan dan yg penting rakyat hendaklah tahu dan ambil tahu, kalau dah berleluasa berlaku dikalangan pemimpin / penguasa tukar parti baru, jgn bagi duduk kerusi penguasa terlalu lama

  14. Yang peliknya orang Melayu ni memang kuat terasa…Lebih-lebih lagi kalau bangsa lain yang cuba menerangkan sesuatu yang orang Melayu sendiri takut untuk mengakuinya, seperti rasuah. Kalau rasuah dah jadi macam barah di kalangan orang Melayu, mengaku sajalah. Barulah senang nak selesaikannya. Ini tidak, semuanya racist, racist, racist terasa tak tentu pasal. Kalau bangsa sendiri dah ada macam-macam penyakit, langkah pertama nak selesaikannya ialah mengaku saja ada penyakit. Lepas tu senanglah nak cari ubat. Kalau yang sakit tak mengaku sakit, macam mana nak ubatkannya??

    1. Saudara Abdul Aziz

      If the majority of Malays are as wise as you, then we would not be stuck with a gov’t that is going to go bankrupt by 2019.

    1. Sshsn, look here…nobody is trying to spin anything here. Don’ t be so dumb and emulate the thinking of those who support and believe in those racists and rascals in Pakatan.

      1. Sshsn

        Agreed. For the uninitiated, Helen’s smart spin here is to put down the Malay, period. By using Namewee as cover, Helen demeans the Malays by allowing incendiary comments that blatantly accuse them as corrupt and to top it she advertises her support for the Spore and HK Chinese theory based on some skewed, unscientific perception index

        Silly people can lap up her drivel but not enlightened Malays like me. And to block my comments on the subjective and oh so touchy notion of vulgarity when we are in the age of permissiveness and moral relativism is akin to scaling the heights of hypocrisy. Your illusionary garden of neutrality withering already at the first frost of indignation, eh Helen?

        1. Dear WAR (Wazir al-Roslan),

          On what you claim are the “incendiary comments” I’ve allowed in this thread that “demean/put down the Malay” and “blatantly accuse them as corrupt”,

          haven’t you noticed that I’ve similarly allowed the rude, incendiary comments by DAP & PKR supporters elsewhere in this blog that also demean me, put down my (purpose for) writing and blatantly accuse me as corrupt too, i.e receiving payment from Umno/MCA, being an “Umno/MCA whore”, being a “laplog” who answers to my alleged political “masters”.

          But tell me why an “enlightened Malay” like you – we both know that you’re well-read, well-travelled, can think & argue critically, and your command of the languages is impressive – stoops to vulgarity? Why?

          Please WAR, you can be much more persuasive than the so-called “subjective” comment (unblocked below) and I would ask – as goodwill to me – that you do not subject my blog to the same tone as you previously adopted.

          Wazir al-Roslan ibn Khaldun‘s comment yesterday (Jan 14, 2012, 12:36am) to Pendekar JB, which I’d earlier blocked, reads as below:

          “Pantat mak kau pukimak Cino babi. Engkau pendatang haram sial laknatullah. Hidup bergelumang tahi, 1) tak basuh tahi sendiri 2) tahi judi 3) tahi rasuah 4) makan binatang penuh tahi.

          “Bangsa palat engkau memang kurang ajar dan rasis kerana membesar dalam tahi. Jangan cuba ko berdalih. Tiuniamah, chou chibai punya pukimak..pigi makan tahi!”

  15. apa yang tk bangsat sangat ngan yng ambik rasuah. negara rasuah…pemimpin rasuah…,bai betui lah. ABU

    1. Saudara Wazir, saya kenal Helen tu, dia bekas colleague saya di NST dulu. To me, she is a true Malaysian. Dia tidak ada agenda hendak menghina Melayu…menegur adalah.

  16. If I can get things done without paying, why would I want to pay. If I want the easy way without following proper procedures, it shall be up to the officer to tell me no.

    Buit, redtape in bureaucracy government are there for obvious reason and for that matter, blame not the giver, but more the taker.

  17. Helen,

    There was a great article (I lost the link sorry, so you have to take my word for it) which I read around new year. The author made a bold prediction for 2012, which was even if the opposition took over the government (unlikely), corruption will still always be around (probably at the same level, can be worst, can be slightly better, but basically not much change). They would not be able to do much. Her (I think the author was a female) reasoning was simple : The people themselves are not changing. Her points (or should I say questions) : How many people still bribe their officers to pass their driving? How many people still pay duit kopi? It takes 2 to tango for a bribe to be successful. Its the mindset of the public which needs to change.

    1. Changes take time. I think PR leaders must put in effort to revamp and reform the judiciary and legislative, and strengthen MACC role, a top down approach is needed at the initial stage, follow by education, never try never know. In fact BN have the best oppoutunity to do it now since they are the government, what are they waiting for? The author have shallow understanding wrt the role of government.

    2. I cannot accept cheating or bribery in whatever form. That’s the reason I ‘tangguh semester’ at one of the local universities because I got discouraged when I saw some of my fellow students passing around answers for an exam we were taking. I told myself: oops, sorry, I don’;t want to graduate together with these people. I had chances to cheat too because when I missed sitting for one paper, the lecturer put me in a room to take the exam. In that room there was a 2nd year student (from another faculty),resitting his paper too. He would have helped me if I had requested it. But have pride or rather sense of honour and didn’t request for any help . Still I passed the paper. But until now, I still ‘tangguh semester.”.

  18. 2 x 5 = 10, 5 x 2 pun 10..Paku dulang serpih, mengata orang, dua2 je lebih… Cina ke, Melayu ke, India ke, semuanya ada otak. Ada otak tak nak fikir. Aisk terasa dan salahkan orang lain dan juga tak mahu kalah. Kalau nak rasuah, ada je rasuah di mana2. Tak payah di Malaysia, kat lain2 pun ada. Kebetulan Namewee nak bagi tau yg kerja kolar biru byak Malay. Cuba kalau yg kerja tu banyak Cina dengan India or Iban, etc. mungkin Namewee akan usahakan pelakon video Cina, India Iban etc..kan?

  19. Slp saya baca kesemua komen2 diatas, saya berasa begitu kagum akan saudara/i yang mampu bercakap dengan mengemukan bukti2 yang kukuh (khususnya CPI rate). Ini penting supaya kita tidak bercakap kosong dan fitnah sesetengan pihak. Saya rasa kebanyakan pemberi komen disini ialah golongan berpendidikan tinggi (sampai ada yang sambung belajar di England), jadi sebagai golongan yang berilmu dan berpendidikan tinggi, kita perlu mengemukan fakta khusus dan bukannya fakta umum berkenaan sesuatu isu. Saudara/i bebas memberi pendapat peribadi, tetapi pastikan pendapat itu biarlah bersifat aman dan bertoleransi. Apa gunanya kita maki hamum dan menyalahkan kumpulan tertentu selepas sesutatu insiden berlaku? kenapa tidak fikirkan cara penyelesaian. Bukankan ia lebih penting??

  20. Happy Chinese New Year kepada kawan2 yang menyambutnya tak kira bangsa..

    Hmm. Selepas saya baca semua komen di atas, teringin pula nak buat kesimpulan.. Tuhan jadikan semua manusia ada macam2 perangai. Kalau kaum india ada perangai putarbelit, kaum-kaum lain pun ada juga. Kalau kaum melayu ada perangai dengki, kaum-kaum lain pun ada juga. Kalau kaum cina ada perangai merasuah, kaum-kaum lain pun ada juga. Lebih atau kurang bagi mana2 kaum yang dikatakan lebih banyak merasuah, itu hanya pada statistik. Yang pertama, kita mesti fikir bermula dari pada kita sendiri, untuk berbuat baik dan berfikiran positif dan apa yang baik menurut kepercayaan agama masing2. Jangan fokus pada kaum yang mana lebih bagus atau tidak.. Tiada gunanya. Warna kulit bukan menjadi ukuran. Yang menyatukan kita di dalam Malaysia ini di dalam suasana positif adalah : perkara baik yang kita lakukan menurut kepercayaan agama masing2. Betul tak? Sebabnya, setiap agama menyuruh ke arah kebaikan..

  21. See this video. http://www.youtube.com/watch?v=F4F_rv9i9s8

    It’s a political ad by a US Republican senatorial candidate showing a “Chinese” girl (looks vietnamese to me, but to white people they all look they same!) speaking broken English and claiming that China has benefited from US financial problems.

    Asian groups in the US are protesting the ad. Most are calling it racist and vile. Even blacks, the demographically dominant race in michigan where the ad aired, have asked the ad to be pulled.

    Based on this incident, we can ask : Why are Asians in the US so sensitive? Is it because when confronted by the vastly superior socio-economic power of the caucasians in US society, especialy in Michigan where Oriental Asians are a minority, they feel vulnerable?

    Now look at this video:

    It’s a white girl, Alexandra Wallace, complaining about Asian students speaking in a university library in california. Nearly every American knows that California is the state dominated by ‘Asian’ and ‘Hispanic’ races. Economically Asians dominate there, while hispanics dominate demographically.

    The girl had to apologize publicly and had to leave the university shortly thereafter in shame. The university is UCLA, a school dominated by Asians.

    In this case, it’s the girl who is weak. Asians are vastly superior in California. They can even joke about their perceived stereotypes. See this:

    http://www.economist.com/node/21546027

    “Making ting tong cool –Chinese arrivals at American universities are changing stereotypes”

    Namewee and most chinese don’t realize that poking fun at the culturally or economically weaker groups doesn’t make it funnier. It makes it cruel.

    Namewee can flaunt his rich heritage. The ang pow is a symbol of the wealth of the race to which he claims to belong (genetic tests notwithstanding).

    But, he should be aware his place. Demographically he is still part of the minority. By that fact alone, he should realize he is ‘second-class’ on account of being out-numbered.

    I think the majority has been very patient with him and his shenanigans. Even the PM has been gracious in meeting with him. But, obviously he wishes to spit the face of those who want to bridge the cultural divide by making insulting videos against malays and by depicting police (who are predominantly malay) as dogs.

    1. The same bunch of actors from the CNY-Rasuah song featured in Nasi Lemak 2.0 & possibly Namewee’s other film projects too but I wouldn’t know as I don’t follow his career closely.

      Just as the same actors — actor-director Jack Lim’s bunch — featured in his recent CNY local production Ah Beng the movie: Three Wishes & were also cast in Lim earlier effort called Tiger Woohoo (2010).

      Directors tend to like to do repeat work with actors they’re comfortable with like say Tim Burton working with Johnny Depp.

      About the allegation that Namewee depicted police as dogs, some people may have gotten that idea b’cos the actor who plays the ‘policeman’ keeps sticking his tongue out.

      However, it could just be that that’s his trademark lawak bodoh. There’s the other actor who wears the sunglasses and keeps shaking his head from side to side (think Stevie Wonder), I remember from Nasi Lemak & reprised in Rasuah.

      Jack Lim’s character Ah Beng speaks in a squeaky voice. The exaggerated shaking of the head & the put-on high-pitched voice are deliberate tics created for their brand of physical comedy. The tongue sticking could be the same.

      Perhaps you could check out the YouTube or Facebook comments as some of Namewee’s fans may have explained this in more detail or with more certainty.

      1. I’m fine if he (Namewee, jack lim, whichever chinese actor) wanted to poke fun at chinese people. Ah Beng the movie sounds funny if acted by Chinese people. I haven’t seen the movie, but the concept sounds worthy of a few chortles.

        However, it won’t be funny if malay people pretended to be chinese and made an entire movie making fun of everything stereotypical of the chinese people, especially if they are depictions of negative stereotypes and displayed on the national stage.

        Have you seen movies played by caucasians making fun of chinese or stereotyping them negatively? Fu Man Chu ring a bell?

        To understand how white people negatively stereotype the chinese (or ‘Asians’, as they like to lump your people together), you should read this: http://modelminority.com/joomla/index.php?option=com_content&view=article&id=58:negative-stereotyping-of-asian-americans&catid=44:media&Itemid=56

        Comedy and racism do go hand in hand. But it has its limits. Context and intent of the comedy has to be scrutinized and understood.

        Black face comedy was funny at one time in the US. Now it is socially unacceptable. However, when done correctly like how Downey did it in the movie Tropic Thunder, it seemed genuine and funny because it made fun of the character, not black people in general.

        I still think Namewee isn’t funny. He’s childish. His comedy is weak, puerile and only appeals to the lowest common denominator. It’s not even politically interesting.

        You should check out Russell Peters. At least he understands the racial stereotypes. But even he knows he has to ‘prime’ his audience to prepare them to take his racial jokes. He doesn’t do it as a social commentary. He does it for laughs. I am sure he won’t be accepted to do his jokes at a NCAA convention, and he would fear to do it a KKK gathering, lest he wants to be lynched.

        Namewee, on the other hand, thinks he is making high-brow stuff. I have seen his other videos. All anger and no thought. Anyone can see that his attempt to reconcile his past with these new videos isn’t working. Only the chinese see his work as ‘funny’, which makes me think that most chiense don’t understand comedy. Better they stick to martial arts! Ok I joke.

        Aldfin Shauki , I think, regrets being in Namewee’s movie. That’s why he publicly stated his support of UMNO.

        By the way, to do what ah beng would do, here’s a link for you to get a pirated version of Nasi Lemak 2.0. I got it from google. It’s not the actual file:

        http://jiwang.org/malay-movies/126560-nasi-lemak-2-0-2011-ppvrip.html

        I would make ah beng proud! I keed. I keed.

        1. Granted, the highly visual tics are lowbrow, slapstick comedy.

          I do remember the head-shaking guy in CNY-Rasuah doing his thing (the same Stevie Wonder impersonation) in Nasi Lemak as well. So this particular tic is peculiar to this actor (Namewee’s crew). Likewise the tongue sticking may be peculiar (i.e. stock in trade) to this other member of Namewee’s crew.

          You can view Nasi Lemak online to verify Mr Tongue Sticker since you’ve got the download.

          In NL, they played Chinese characters. Thus teir tics were not created specific for the implied Malay characters in CNY-Rasuah.

          Now if Namewee had recruited 4 Malay actors (instead of roping in his ‘usual’ gang) to feature in CNY-Rasuah, don’t you think that the response from the Malay public would have been even more heightened? And for the actors themselves too. Recall the backlash received by Afdlin Shauki & Adibah Noor from the Malay community for agreeing star in NL.

          Additionally, if the Rasuah characters were played by Malay actors, Perkasa would surely run amok.

      2. The malay community doesn’t want to see the likes of Shauki and Noor pandering to the likes of Namewee for acting jobs. I think that’s the crux of the problem.

        I think even well to do, liberal minded bumis who are not in tune with the problems of blue collar malays don’t find namewee funny, creative or intelligent.

        As for the rasuah issue, it’s always portrayed by the Chinese/opposition media as lopsided. In any bribe situation, the offender is always the police officer. The one offering the bribe is somehow ‘not guilty’.

        I have seen many cases where my chinese friends try to weasel their way out of traffic offenses by offering bribes.

        Even less developed countries, I see caucasians misbehave because they know they can get away with performing illegal u-turns and speeding etc by offering small bribes rather than pay the full summons amount.

        Sometimes it is obvious the temptation for the police officer to take the bribe is great, because THB500/USD20 does go a long way for them. I think, the typical police officer in Malaysia/Laos/Vietnam still makes a pitifully small monthly salary, esp when compared to the rest of the population.

        Some prominent economists and political commentators, point out that small forms of corruption and bribery should be acceptable and tolerated, especially in developing societies. They point out that the bribes in these cases indirectly help contribute to the family’s welfare or the children’s education.

        I remmeber once I was traveling with a Thai Chinese in Vientiane . He was stopped by the Laotian police because he didn’t follow the traffic laws. I said we should argue it out because it was not apparent that he violated any law, especially since the roads there are in such poor shape. Instead my Thai chinese friend just chose to bribe him in Thai Baht (valued in Laos, apparently).

        Is it culturally acceptable for the Chinese to offer bribes? I don’t mean to be snide , I just want to know.

        BTW, do chinese people see Namewee as their knight in shining armor? Do they praise him?
        ____________________________________________________________________________________

        OverseasBumi,

        Yes, the police-bashing by Chinese appears one-sided where bribes are concerned.

        I’ll leave your loaded Q. “Is it culturally acceptable for the Chinese to offer bribes” for the others to debate.

        Namewee has 698,091 ‘Likes’ on his Facebook. I fear that if he ever does any rabble-rousing on behalf on Pakatan, it’d be disastrous for Chinese. At the moment, I’m not sure if he’s taking political sides as yet.

        Helen

Comments are closed.