Posted in Evangelis

Kes Ngeh-Nga dan tanah balak Kelantan

Adakah rajah di bawah berbentuk segi empat tepat (bermaksud tepi kiri sama panjang tepi kanan)?

orbison

Adakah tiga garis mendatar ini selari?

zollner

Adakah garis-garis lintang semuanya lurus ataupun bengkok sedikit di tengah?

Horizontal lines

Bulatan yang mana lebih besar? Yang berwarna hijau atau yang merah?

Circles

Jawapan:

Dalam gambarajah-gambarajah di atas, (1) tepi kiri dan kanan sama panjang, (2) garis-garis adalah selari, dan (3) garis-garis adalah lurus.

Bagi DAPsters yang masih tak nampak bahawa kedua-dua bulatan merah/hijau saiz sama aje, tolong tengok betul-betul sekali lagi. Ataupun baik ambil pembaris dan ukur.

Puak evangelist Taliban DAP (merah) sebenarnya kembar seiras pak lebai-pak lebai PAS (hijau). Bak perpatah Inggeris: Two sides of the same coin …  lah.

Untuk meleraikan ‘penipuan’ mata ini, kita mesti sanggup mengkaji FAKTA dan membuat penilaian berdasarkan data empirical.

Jangan asyik termakan dakyah yang disebarkan mereka-mereka yang sudah memperhalusi seni rekayasa.

Baca juga, Dr M: Don’t be “hoodwinked by the appearance of religious piety”

ngeh-nga-nikaziz

Sebiji macam Guan Eng

Baca ‘DAP guys also want to be rich‘ di blog Bigcat.

Namun DAP pandai menepis dengan cuba mengalih perhatian (kepada video lucah).

Exco Perak [Hamidah Osman] buat laporan polis susulan diugut Nga Kor Ming‘ (Berita Harian, 22 Dis 2012)

“[Ngeh] Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.” (Sumber: Berita Harian, dua hari lepas)

Tidak ubah perangai warlords evangelis Perak ini dengan taiko besar Si Tokong.

Ingat lagi tak Guan Eng pernah begitu gelabah (video):

0: 26 — “I want you all to print first and you see what I do to your paper.”
0: 33 — “I’m going to sue definitely. This is defamatory, man, my lawyer is here.”
0:55 — “Which paper print I will sue …”
1:00 — “You all print lah. You all print, you see what I’ll do. I’ll sue.”
1:11: — “Any paper print, I will sue.”
1:20: — “I will sue definitely.”
1:58: — “You have right to print based on the blog report, then you see what I do to you.”

.
Guan Eng lah bercakap paling lantang tentang hak kebebasan akhbar. Pun sepantas kilat Ngeh mengugut mahu saman wartawan.

Akan tetapi oleh sebab idola-idola mereka ini ada bakat menyampaikan khutbah di gereja, maka bagi si DAPster, politikus evangelis mereka adalah maksum.

TunkuAzizLGEdevelopers

Pengikut-pengikut yang taksub sakan

Oleh kerana tahap sokongan buta tuli, yang lurus pun boleh si DAPster beriya-iya kata ia bengkok.

Sejak kebelakangan ini, Tunku Aziz Ibrahim kerap difitnah DAPsters dengan pelbagai tuduhan palsu serta cercaan menghina. Bayangkan, seorang  Tokoh Transparency International diserang DAPsters sebagai “korup”.

Belajar daripada pakar-pakar propaganda licik mereka, si DAPster seterusnya rajin menyebarkan dakyah kepada ignoramai bahawa yang kotor itu bersih dan yang bersih itu kotor.

Ibarat satira Animal Farm.

Guan Eng Why is Nasha acting like an Umno agent

Ditelan bulat-bulat

Yang jujur berpaut kepada perjuangan parti macam Ustaz Nasha, mereka sebaliknya kata jahat. Dan kalau ada bukti akan dema kata “besi”.

Sudah timbul banyak persoalan tentang ketidaktelusan urus tadbir di negeri-ngeri Pakatan tetapi semuanya ditolak ke tepi sahaja oleh para penyokong pembangkang.

Sementara itu, dalam diam-diam sumber dan hasil negeri dimanfaatkan orang mereka dengan sepuasnya.

Anda mungkin juga meminati:

Zairil defends the Dear Leader ‘selling a 103 acres land to a single private developer’

Author:

I have no Faceook or Twitter.

13 thoughts on “Kes Ngeh-Nga dan tanah balak Kelantan

  1. tak hairan pun. tahu tak kenapa orang-orang DAP begitu ghairah melaungkan slogan UBAH mereka ? mereka tahu dan sedar, jika mereka gagal dalam PRU13 nanti, semua kegiatan kotor mereka selama 5 tahun mentadbir Penang, Selangor, Kedah, Kelantan, terutama sekali Penang dan Selangor, akan didedahkan oleh BN setelah BN kembali memerintah negeri-negeri tersebut, terutama sekali Penang dan Selangor.

  2. PPP cakap kat atas tu betul.. tak cukup tanah nanti dia nak lari kalau BN menang di negeri2 tu.

    Pasal tanah Ngeh/Nga/Ajis tu.. ada ke YIK sewakan tanah tu RM150.00 setahun.

    1. Itulah sebabnya Nik Aziz, Hadi mereka tak nak jadi sekular. Mereka mahu gunakan ugama untuk mengaut keuntungan. Ugama adalah hanya untuk memberi mereka kedudukan dan tanah balak.

      Kemudian mereka akan bagi tanah-tanah Melayu kepada kaum keluarga dan orang-orang Cina yang “pandai berniaga” dan “capable”.

      Tapi jangan bagi tahu orang Melayu ya.

      Perjuangan kita belum selesai. Masih banyak yang perlu dibuat.
      Masih banyak lesen yang belum diberi kepada Yeoh dan si Vincent dan si Tong etc.

      Masih banyak banyak hutan lipur yang belum dihancurkan oleh pembalak Cina di Sabah dan Sarawak.

      Kenyataan Tunku Aziz perlu diambil perhatian oleh orang Melayu yang peka dan intelektual seperti guru dan pensyarah. Orang-orang Cina mengaut keuntungan dari perumahan untuk menaja kerajaan Cina DAP!

      Melayu UMNO sekarang, melayu bahlol dek kontrak dan tender. Hanya guru-guru dan inteletual di universiti yang boleh membangunkan UMNO semula.

      Selama ini guru-guru telah ditipu bila kenaikan gaji untuk Phd dan Masters dituntut, kerajaan tak ada duit. Walhal berbilion duit Petronas setiap tahun diberi kepada contrator Cina melalui subsidi disel.

      Orang-orang Cina semakin kaya tetapi orang Melayu, guru, petani di takuk lama. Ini lah kebodohan kepimpinan Melayu sekarang.

      Kementerian Pendidikan pula dipenuhi orang Melayu yang nak beri kontrak percetakan, ICT kepada kroni mereka. Duit bajet untuk pendidikan mengkayakan lagi kontraktor Cina.

      Sebab itu orang Melayu perlu cepat sedar, UMNO bukan diterajui oleh Melayu tetapi oleh kapitalis dan raja-raja perompak atau Robber Baron lah ikut istilah mat salleh.

      UMNO perlu dikembalikan kepada guru-guru melayu seperti 50 tahun dulu. Malaya kaya dengan minyak dan sumber alam. Tiada sebab guru-guru mesti hidup susah.

  3. Helen,

    Saya tak salahkan PR=RP kerana gunakan sepenuhnya 5 tahun yang ada untuk cuba menyamai apa yang telah BN=NB buat (baik + atau -) dalam tempoh 50 tahun.

    Contohnya, peruntukan untuk keagamaan saja telah dinaikkan lebih 3 kali ganda dalam setahun. Maknanya dalam 5 tahun dah jadi 15 kali ganda. Yakni, kalau berikan RP 3 penggal saja mereka sudah boleh menyamai rekod 10 penggal NB.

    Dan begitu juga dalam konteks kronisma, untuk menyamai rekod NB dalam aspek berkenaan kenalah RP jadi 3 kali lebih kuat kronismanya agar dalam tempoh 3 penggal saja, jumlah aktiviti krononisma RP akan menyamai NB.

    Kita selalu dengar, perkataan ‘dumb itu dan ini’ digunakan oleh cybertrooper RP untuk menyindir perbuatan negatif NB, tetapi hakikatnya kini ialah penyokong RP terpaksa telan perbuatan RP yang 3X ganda lebih rakus=sukar dari NB.

    Apa reaksi para penyokong apabila mengetahui RP tidaklah seperti yang digambar dan diharap-harapkan? Sudah tentulah mereka yang sebelum ini menuduh NB sebagai dumb, berasa amat termalu kerana masyarakat kini nampak mereka sendiri adalah 3X ganda lebih dumb dan bisu dari NB.

    Atas sebab itu saya percaya bahawa seseorang itu adalah ‘dumb=deaf kuasa 3’ kalau mereka melihat pemimpin dengan mata yang jumud dan menganggap si bos adalah seumpama kultus yang maksum sifatnya.

    1. There is this rumors the Internal Auditors for some of the subsidiaries under Selangor are looking out and the reason given was ‘if you know the shit happenings in …. and…. you will be extremely disgusted by the way they are plundering Selangor this is way beyond the ‘kedajalan BN’

  4. Threatening people in Taman Kaya, disrespecting islam and now swapping land for political leverage. After all that big acting by Lim Kit Siang who proteated that PAS got the MBship in Perak, silenced by expensive land from from the Nik Aziz Ayatollah.

  5. Kak Helen,

    Tak nampak macam mana pemberian/sewaan khazanah negeri Cik Siti Kembang kepada orang luar akan memberi manfaat kemakmuran kepada rakyat negeri berkenaan.

    Kalau nak dikatakan tak ada usahawan anak jati negeri, adalah tidak betul. Makanya, pemberian kawasan balak kepada orang luar akan dengan sendirinya menidakkan hak anak tempatan dan juga menimbulkan persepsi ini:

    “kroni didahulukan rakyat dibelakangkan”

  6. This phrase: “I help U, U help me” not only sound familiar on the internet but unexpectedly it is more familiar out there. So next time we come across someone pointing one finger to his/her opponent, please remember that 3 fingers are actually pointing at his/her direction. In other words: 2X5 is same as 5X2.

  7. Apa yang KM dedahkan dalam laporan “failed accountant” adalah satu fakta yang menyentuh realiti kehidupan.

    1. Sekiranya anda diberhentikan kerja oleh ‘B8’ tanpa alasan munasabah, anda tidak ada hak untuk menyaman pihak berkenaan?

    2. Anda tidak ada can untuk memajukan kerier dalam B8 kerana tiada kabel tetapi anda masih boleh jadi CM kalau ada kabel?

    Dunia, dunia.

  8. Saya dah lama tak jumpa sorang kawan, dulu dia sering menghubungi saya minta bantuan utk mencari pembeli kepada sebidang tanah milik PKNS di P.Indah, tidak lama kemudian kata nya sudah ada potensi pembeli dari Korea dan dia berterus terang pada saya, katanya kalau jadi dia boleh hidup senang, maklumlah masa tu saya masih sekapal dgn dia (penyokong tegar PR).

    Bukan itu saja dia juga kononnya diberi hak untuk mencarai penyewa atau pembeli beberapa buah bangunan milik PKNS, dan kalau berjaya adalah hasilnya juga. Sekarang dia mungkin sudah kaya, sebab kalau org sudah kaya dia akan lupa pada kita. Dia adalah seorang yg berjawatan exco salah sebuah parti komponan PR.

    Jadi kesimpulan saya, semuanya serupa jadi lebih baik saya ikut pesanan Tun Mahahtir berkawan dgn ‘hantu’ yg kita kenali.

  9. Kronisma ada baik dan buruk. Kronisma dalam konteks membalas budi kerana menyokong sesuatu jawatan adalah jelas keburukannya.

    Kronisma buruk ini adalah ‘penyakit’ berjangkit dan masyarakat sivil tidak harus pejam sebelah mata terhadap gejala kronisma dan hanya akan bukan mata setelah penyakit ini jadi parah.

    Ingat sedara-sedara, mencegah lebih baik dari merawat; dan kalau tidak mampu dicegah, pastikan ada rawatan awal sebelum penyakit itu bertukar parah.

Comments are closed.