Posted in Anak Malaysia

Apa signifikan ‘jubilee’ Kristian negara 49 tahun

Kenapa sambutan 16 Sept 2012, yakni 49 tahun Malaysia, dikatakan sebagai “jubilee”?

Jawapannya berbalik kepada kitab Injil, surah Leviticus ayat 25:8-12

The Year of Jubilee

8 “Count off seven sabbath years—seven times seven years—so that the seven sabbath years amount to a period of forty-nine years. Then have the trumpet sounded everywhere on the tenth day of the seventh month; on the Day of Atonement sound the trumpet throughout your land. 10 Consecrate the fiftieth year and proclaim liberty throughout the land to all its inhabitants.”

Baca juga ketetapan oleh National Evangelical Christian Fellowship-NECF dalam projeknya yang berkaitan serta rujukan yang dibuat kepada “jubilee” oleh Hannah Yeoh aka DAPSubangJaya (screenshot bawah).

Mulut murai tweet-tweettweettweettweet

Adun Subang Jaya diundang gerakan Saya Anak Bangsa Malaysia untuk menyampaikan khutbah di markas SABM sempena Hari Malaysia.

Sebelum berlangsungnya majlis Hari Malaysia anjuran kultus SABM dan sebagai warm-up atau persediaan untuk acara malam ini, DAPSubangJaya pagi tadi mengeluarkan rentetan tweet yang berjela-jela (lihat screenshot bawah).

Ditweetkan DAPSubangJaya tentang “righteousness”, “integriti”, “akauntibiliti”, “kebenaran”, “keadilan”, “kesaksamaan” serta rakyat bergerak dari “faith to faith and glory to glory” (jangan lupa selitkan sorakan ‘hosanna’ ya).

“Let us move from fear to faith”, seru DAPSubangJaya, dan dari belenggu “rasuah” kepada “ketelusan”. Kata-katanya membayangkan negara kita seolah-olah begitu melarat sekali.

Logo burung merpati DAP

Peristiwa “simbah cat” yang di-retweet oleh DAPSubangJaya ialah perihal gangguan di ibupejabat DAP Pulau Pinang (gambar bawah) pada tempoh hari.

Pada bangunan DAP negeri itu ada tergantung sepanduk raksasa logo burung merpati dan cogankata yang tertera dalam 6 bahasa.

Ramai juga penyokong-penyokong pembangkang, khususnya di kalangan Melayu-Islam, yang berkenan dengan logo burung merpati itu. Logo asal ciptaan Kementerian Penerangan tidak dianggap lawa.

Jom Ubah

Lantaran mereka tidak menyukai logo Hari Merdeka rekaan kerajaan pusat, maka mereka menggantikannya dengan logo sendiri.

Oleh sebab mereka tidak suka juga akan cogankata yang dicipta oleh kerajaan pusat, maka mereka menggantikannya dengan pelbagai cogankata lain.

Kalau tidak suka pada Shah Alam pun boleh tukar sahaja Subang Jaya – “Rise up it’s time to take Subang for Jesus! – sebagai ibu negeri SelangorBaru.

Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.

Jatuh talak lepas regime change

Sebenarnya tidak salah atau susah untuk tukar bendera.

Banyak negara-negara lain sudah berkali-kali tukar bendera.

Afghanistan, Iraq, Libya dan tidak kurang juga negara-negara lain telah menukar bendera apabila regim lama mereka ditumbangkan.

Melayu sedia menerima perubahan

Beberapa minggu lepas, saya telah memblog bahawa logo Hari Merdeka ciptaan Pakatan tidak mempunyai ciri-ciri Nusantara tetapi sebaliknya dipengaruhi elemen-elemen Kristian.

Namun ramai juga penyokong pembangkang (180 komen semuanya pada posting saya), khususnya orang Melayu-Islam yang cukup teruja dengan logo burung merpati itu.

Selama 55 tahun, negara kita tidak pernah menggunakan simbol kebangsaan yang bentuknya ibarat lambang Kristian tetapi semenjak dua menjak ini orang Melayu tak kisah sangat lagi.

Bendera Amerika Syarikat kerap dibakar di serata kota-kota Islam dalam tunjuk perasaan.

Terdapat dua sahaja bendera di dunia yang mirip kepada bendera Amerika Syarikat, iaitu Jalur Gemilang – jolokan diberikan pada tahun 1997 atas pilihan Dr Mahathir Mohamad – dan bendera Liberia.

Liberia ialah sebuah negara kecil yang dibangunkan oleh orang Negro yang merupakan bekas hamba abdi di ladang kapas orang putih AS, yang kemudiannya berhijrah balik ke benua Afrika apabila dibebaskan. Bendera Liberia terang-terang meniru bendera Stars and Stripes AS.

Bendera negara kita pun agak seiras bendera AS yang selalu dibakar, dikoyak, dipijak dan diludah Muslimin di negara-negara Islam.

Memandangkan hal demikian, jangan terperanjat jika Sang Saka dikibarkan hari ini oleh pemuda-pemudi Melayu.

Sekiranya orang Melayu boleh menerima logo burung merpati dengan hati terbuka, kenapa pula minta ditutup pintu hati kepada Sang Saka?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

6 thoughts on “Apa signifikan ‘jubilee’ Kristian negara 49 tahun

  1. Excuse the typo in the first post.

    Firstly, the countries that changed or altered their flags are from my perspective, countries with problems. Most of them were or are under authoritarian rule and relatively underdeveloped. Their flags were changed for many reasons, Iraq for example changed last time to add the allah akbar as a way to attract sympathy from the Muslim world.

    Other countries such as Australia also had vicious debates to create a new flag without the Union Jack but are resisted especially by older generation who argued that their generation fought two world wars under the current Australian flag. Such reverence they have for their flag that once a juvenile who insulted the flag apologized to Anzac veterans.

    As for Malaysia’s case, i am sure the veterans from the 50s will be livid at the notion of changing the Jalur Gemilang which have so far reigned over a South East Asian country that has been developing non stop for 55 years under peace and harmony. Our armed forces veteran who have risked their lives during the Emergency, Indonesian confrontation and in peacekeeping missions abroad will oppose the change of the flag.

    Changing of the flag is not at the whims of a bunch of history illiterate kids and bitter DAP politicians. There will need to be a academic debate on why we should change the flag lay this issue to rest. A debate of this kind will surely open old wounds and will certainly damage DAP hence the dapsters will avoid this kind of debate with the flag.

    Meanwhile the pro-Saka Mmalaya dude in his blog Singa Selatan is being issued death threats in his own blog which shows there are many Malays that oppose the vile Saka Malaya flag that never existed.

    As for the Malays that support the holy ghost dove logo, well, sucks to be them. It is just a logo.

    1. Agree with you that soldiers have a sentimental attachment and profound loyalty to the country’s flag under which they fight, defend the tanahair and risk their lives.

      While I may treat the fact-finding as merely an academic exercise and exploration, nonetheless I respect their feelings and understand why some groups (army veterans, esp.) would oppose any change to something so fundamentally symbolic to them.

  2. Kak Helen,

    saya dapat rasakan yang mukmin pembangkang tidak kisah merpati dijadikan logo hari kebangsaan kerana burung adalah haiwan yang mana menurut mereka ada disebutkan dalam kitab suci mukmin. maknanya, kalau agama lain nak kaitkan merpati dengan agama mereka, ia juga diterima sebagai ada kaitan dengan agama mukmin itu sendiri. makanya timbullah justifikasi perkongsian logo agama kepunyaan orang lain adalah tidak ada salahnya.

    cumanya, apakah ini kes terpencil atau permulaan yang akan ada penerusannya? kalau ianya berterusan, apakah keterbukaan dalam perkongsian ini tidak ada had dan batasnya? dan kalau ada had dan batasnya, apakah akan ada kompromi apabila had dan batas dicecah? kalau ada kompromi, amanlah dunia sebelah sana. tetapi kalau tiada kompromi, siapa pulak akan jadi “arang” dan siapa akan jadi ‘abu”? OMD, saya terlupa bahawa rata-rata mereka adalah abu (ABU).

  3. it’s not so much the change in the flag but the intention in the proposed ‘change’. Why must the Jalur Gemilang be replaced? What is the intenton of those who wants the Jalur Gemilang be changed?

    The way I see it – they are intent is seeing the history of Malaysia redefined and re-written to fit their agenda – to wipe out any connection of UMNO/ BN’s contribution to the country. They’ve pretty much done a lot to dehumanize UMNO and BN in the eyes of the public. Changing Jalur Gemilang would one step to ensure that UMNO/BN play no role in leading Tanah Melayu, Sabah and Sarawak to freedom in history.

  4. kak helen,

    minta maaf, kita seronok tinggal di bumi malaysia (tanah melayu)..

    orang luar yang datang semuanya berkata yang sama..

    orang melayu khususnya (raja dan sultan) tidak lokek untuk menerima orang luar, memberi mereka tempat tinggal, memberi izin untuk mereka bekerja dan berniaga, tetapi malangnya orang luar mudah lupa atau sengaja lupa atau pura-pura lupa.. tentang sejarah!

    kita tak mengganggu orang, kak helen..

    kita juga tak mencampuri urusan orang (beragama, berpolitik, berniaga, bersosial)..

    jadi minta jasa baik..janganlah ganggu kita.

    naga sedang tidur, kalau kak helen nak tahu…

    jadi janganlah sampai naga tu bangun.. kerana teramat buruk padah dan akibatnya.
    simpanlah pesanan ini sebaik-baiknya… dan saksikanlah barang cerita yang bakal berlaku 5 ke 10 tahun lagi..

    jangan menyesal dan bersedih di kemudian hari…lantaran pincang apa yang diusahakan diwaktu ini.

    kita tak kacau orang.

    peace 4 u…

    allah the one and only!

Comments are closed.