Posted in BIAWAK

Zairil Khir Johari dilantik menjadi pengarah — satu lagi kronisme DAP

Zairil Khir Johari ialah setiausaha politik Lim Guan Eng.

Anak kepada bekas menteri Umno allahyarham Mohd Khir Johari itu adalah di antara muka-muka Melayu yang kononnya membayangkan bahawa DAP sebuah parti majmuk (baca Sah Zairil Melayu, disijilkan Jabatan DAP-M’sian1st’).

Baru-baru ini Zairil dilantik menjadi ahli lembaga pengarah Penang Institute. Screenshot (bawah) dicekup dari laman rasmi institut tersebut, http://penanginstitute.org.

Pengarah eksekutif Penang Institute ialah Liew Chin Tong, orang kanan Lim Guan Eng.

Chin Tong juga Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera. Seperti juga bosnya, beliau bukan anak watan Pulau Pinang tetapi orang Selangor yang dipayung terjunkan masuk ketika PRU12 yang lepas.

Dalam ucapannya merasmikan pelancaran Penang Institute, Chin Tong telah memberitahu hadirin bahawa institut tersebut dibiayai ketua menteri dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Dahulunya tatkala pentadbiran Koh Tsu Koon, Penang Institute bergelar Socio-Economic & Environmental Research Institute (SERI). Sekarang ia dipanggil dengan nama baru dan dipengerusikan Guan Eng yang nampaknya begitu gemar membolot jawatan.

Guan Eng yang bersifat mahu menumpukan kuasa di tangan diri juga mengetuai Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) serta menjadi pengerusi Penang Green Council di samping memegang portfolio Tanah dalam exco kerajaan negeri.

Screenshot di bawah ialah homepage Penang Institute. Perhatikan bahawa beberapa rencana yang dipaparkan adalah tulisan Chung Hosanna.

Lihat juga screenshot yang satu lagi. Chung Hosanna ialah seorang wartawan The Rocket, iaitu penerbitan lidah parti DAP.

Homepage laman Penang Institute
Blog Khalid Samad: Posting beliau diwawancara 'The Rocket'

Penang Institute dibiayai kerajaan negeri Pulau Pinang. Apa jenis kronisme yang dipraktikkan oleh pentadbiran Guan Eng apabila Penang Institute dipenuhi orang DAP?

Adakah sebuah pentadbiran yang bercogankata CAT (competency, accountability, transparency) tidak mampu membezakan antara kepentingan parti dan urusan negeri?

Di mana garis pemisahnya, dan adakah Penang Institute yang ditanggung belanjawan negeri akan disalahguna untuk propaganda peribadi The Great Leader?

Bukan itu saja, selain Zairil, antara salah seorang pengarah Penang Institute ialah Dr Lim Mah Hui.

Beliau ialah kaunsilor MPPP yang pernah menuntut supaya kontrak sPICE yang ditandatangani dengan pemaju [sebuah anak syarikat SP Setia Bhd] dibuka untuk penelitian awam.

Mah Hui dipetik sebuah akhbar harian sebagai berkata:

“If the state government has nothing to hide why hasn’t the agreement been made public,” Mah Hui said, adding he believed that the administration had only the power to intervene on the issue of policy and not budget.

Heated debate over sPICE project at MPPP budget meet‘,
The Sun Daily
(19 Okt 2011)

Seorang lagi kaunsilor MPPP Lim Boo Chang menegaskan:

“I am shocked that the council was asked to carry out the RM300 million project on the instructions of the state government and had allocated RM50 million for the project. We are allowing a dangerous precedent for the future where the state government can ask MPPP to carry out a RM100 million or RM200 million project and the council would just comply.”

Boo Chang sudahpun meletak jawatan, didorong pegangan prinsip untuk membantah ‘perintah am’ yang dikeluarkan pejabat ketua menteri supaya MPPP meluluskan sPICE.

Namun Lim Mah Hui yang dilantik menjadi pengarah Penang Institute masih tidak bersuara.

Kalau dahulu lantang, kini Mah Hui mendiam walaupun bekas rakan MPPPnya Boo Chang diserang bertubi-tubi oleh penyokong DAP dan setpol Guan Eng, iaitu Ng Wei Aik. (Baca ‘Saman malu Ng Wei Aik, setpol ketua menteri P. Pinang’ dan sPICE: Dr Lim Mah Hui harus bersuara demi kepentingan awam).

CAT got his tongue, kot …

__________________________________________________________________________________________

POSTING SEMALAM: Race Relations Act not a good idea

Nepotisme PKR: Pakatan punya lah ramai pengikut ‘personality cult’

Author:

I have no Faceook or Twitter.

17 thoughts on “Zairil Khir Johari dilantik menjadi pengarah — satu lagi kronisme DAP

  1. Sekarang ini semua keputusan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan atau BN nampaknya berbentuk politikal. Tak bole kah tarikh pilihanraya umum diumumkan sebaik sahaja selepas keputusan pihanraya umum diumumkan atau diwartakan. Biar la mereka yang terpilih itu mebuat kerja tanpa gangguan. Aku la ini bosan dengan benda politikal BN atau Pakatan.
    _________________________________________________________________________________

    Setuju. Saya pun jelek dengan setiap satu perkara yang dibangkitkan pasti akan dikatakan sebagai mempunyai agenda tersembunyi untuk memanfaatkan BN. Baik kita bereskan sahaja PRU. Lepas tu, mogo-moga gejala membuat tuduhan liar akan dapat dicantas. — Helen

    1. Mula2 yang memulakan nya adalah DS Anwar Ibrahim dengan 16 September dan turun harga minyak.

      BN nak buat keja pun tak senang duduk, dah la Pak Lah jadi Perdana Menteri 6 bulan berlalu bergitu shaja dengan 16 September dia. Kalau jadi tak ape juga.

      Najib difitnah dengan Attantuya, dia buat sesuka hati dengan akuan bersumpah itu dan ini berdasarkan dengar cakap.

      Dia yang ambil Saiful bekerja dan dibawa ke Hong Kong dan Bangkok dia kata Najib buat konspirasi, menunjukkan Najib tau yang BN akan kalah 2/3 dan telah meletakkan Saiful di pejabat PKR. Begitu bijaknya Najib.

      Penipuan dalam pilihanraya PKR ketara sekali tapi nak salahkan SPR dengan Himpuanan Bersih. Kalau diajadi PM tak tau lah apde nak jadi dengan SPR.

      Masih ade juga yang percaya kat dia ini.

    1. Tulah,

      Terbukti yang bahawa they are a bigger crook

      Malaysia kalau dema pegang akan hancus.

      The rakyat has begun to open their eyes, after all their smooth talking and empty promises, going up by stepping on others not by proven sincerity.

      1. Siapa bigger crooks? UMNO, menteri2 dan Mahathir yg dah bolot beratus bilion wang rakyat tu mcm maner? Pkir baik2 dlu.

  2. The news about these are depressing – cronyism in DAP. But fortunately I managed to carve a smile on my face when I read … not about the article displayed … but the AUTHOR of the article.

    Chung Hosanna!

    Hehehe at least there is some progress: the usual mundane Jimmy Ngs or Peter Siows or Sand Lims now give way to HOSANNA CHUNG! (Or is that really the other way round?)

    Now let’s see when/what else can we by way of fusions of the Ecunemical and the Oriental in the future:

    Ascension Ng
    Eucharisa Mei
    Tetragammaton Ting
    Yeshua Yong
    Samaritan Soong
    Chrismatio Hung
    Immanuel Chin
    Theophany Lim
    Presbyter Tah

    Makes “Helen Ang” sound like something coming out from the Mycaenean age. Don’t you?

    Leman Pulut (Ageless and Evergreen)
    ____________________________________________________________________________

    Yeah, Helen is so pagan. They got some worshipful Christians there in the DAP. — Helen

  3. just read that DAP has acquired two more malay faces, sakmongkol ak47 and aspan alias. looks like those so obviously disgruntled umno ex-members finally put their(?) money where their behinds have been for quite a while now. baguslah, at least now everyone knows where they truly sit.

    good luck, DAP! :D

  4. Zairil Khir Johari bukan anak arwah Tan Sri Khir Johari. Dia hanya anak tiri arwah khir Johari. Dia hanya guna nama Melayu setelah emaknya kahwin dengan arwah Khir Johari. Nama saja macam Melayu tetapi dia adalah 100% berdarah Cina.
    Jadi tak masuk akal yang Guan Eng nak bising2 bahawa dia telah lantik seorang Mekayu sebagi setiausaha politiknya.

  5. Helen

    The Penang Institute was formerly called as SERI and focused mainly on economic matters as think tank. However, recently this organization has undergone not only a name change but a complete, extreme makeover. Sadly, it no longer focuses on economic matters but merely as the public-funded version of the Rocket.

    It is not just Zairil but the whole lotta DAP cronies and cheerleaders have been recruited wholesale into the Institute. Go to their website and you will see:
    Chairman : LGE
    Directors : Mansor DCM1, Rama DCM2, Liew Chin Tong, Lim Mah Hui, Zairil
    Editor : Ooi Kee Beng (DAP supporter and author of LKS’s bio)
    Economic chair : Toh Kim Woon (Bersih leader)
    Exec Director : Liew Chin Tong
    Writers : Kee Chuan Thye & Tricia Yeoh (PR die hards)

    In fact I am planning to write an article on this sad affair where the proud tradition of SERI has been tainted by this blatant politicization by DAP and LGE. The organization that was a think tank for Penang now is merely a gravy train for Pakatan cronies.

Comments are closed.