Peruntukan berjuta-juta bagi Adun, majlis perbandaran S’gor tapi …
Januari 14, 2012 at 1:49 pm 13 comments
… Hannah Yeoh merungut “masih tak cukup lah”.
Rencana ‘Insufficient funds for road upgrades‘ dalam lidah kerajaan negeri – Selangor Times (Nov 4-6, 2011) – melaporkan bahawa lebihan wang (“leftover money”) daripada peruntukan tahunan Majlis Perbandaran Subang Jaya bagi penyelenggaraan naiktaraf jalanraya akan digunakan untuk membuat tarring dua batang jalan di kawasan USJ9.
Adun Subang Jaya Hannah Yeoh dipetik Selangor Times sebagai berkata kemusykilan (tak cukup bajet, kononnya) timbul kerana tuntutan yang kian mendesak dari penduduk setempat untuk jalanraya diperbaiki, iaitu kerja menimbus potholes, dsb.
Hannah mendakwa RM5 juta yang diserahkan kepada zon-zon MPSJ itu untuk perbelanjaan kerja-kerja jalanraya (roadworks) tahun 2011 tidak mencukupi.
“The other roads will be identified and resurfaced next year when the new budget is in,” she said.
Sebenarnya belanjawan untuk Selangor secara keseluruhannya adalah amat besar kerana ia merupakan negeri terkaya Malaysia.
Belanjawan Selangor tahun 2012 ialah RM1,600,000,000.00
Daripada jumlah tersebut, RM323,085,383.00 diperuntukkan untuk gaji. (Rujuk butir-butir dalam ucapan pembentangan belanjawan oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim baru-baru ini.)
Selain itu, sejumlah RM300 juta disalurkan untuk kempen terbaru yang diberi nama ‘SelangorKu’. Antara yang menjangka akan mendapat habuan ialah Hannah.
Nak tahu wang SelangorKu ditaburkan untuk benda-benda apa?
Salah satu daripada projek ialah mencetak dan mengedar kalendar ‘Selangorku Kekal Hijau’, kalau masih ingat.
Adakah Elizabeth Wong dibayar modelling fee untuk mempromosikan kehijauan Selangor (?) meskipun Pulau Pinang yang “paling hijau dan paling bersih”, didakwa ketua menteri negeri utara itu.
Setahunya kita, para politikus dari kedua-dua pihak BN dan Pakatan masing-masing memang pandai memanfaatkan faedah pelbagai bayaran yuran dan upah.
Mat Sabu yang cedera semasa perhimpunan Bersih 2.0 juga boleh bil rawatan perubatannya ditanggung Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang yang dipengerusikan Lim Guan Eng.
Elizabeth memperolehi pendapatan RM17,722.08 sebulan daripada gaji dan elaun-elaunnya sebagai ahli DUN dan jemaah exco negeri (Sumber: Pengisytiharan aset Adun Bukit Lanjan itu pada tahun 2009 terkandung di sini).
Elaun seorang Adun Selangor yang sebelum ini RM4,112 sebulan dinaikkan kepada RM6,000 Januari lepas.
Pada bulan Januari 2011 itu juga, menteri besar Khalid Ibrahim telah memberikan peruntukan RM1 juta setiap orang kepada Adun-Adun Pakatan.
Hannah tetap merungut peruntukan tidak cukup?
Akan tetapi kelihatan Adun Subang Jaya tersebut mampu menggaji pembantu-pembantu peribadi yang ramai — Rajiv Rishyakaran (yang begitu rajin mengomen online mempertahankan bosnya), Shu En, Timothy Ho dan Reuben David serta dia mempunyai setiausaha politik (Edward Ling) lagi.
Inikan ‘Dream Team’ seorang Adun sahaja dan belum pun kakitangan-kakitangan seorang ahli Parlimen. (Dream Team ialah nama jpeg diberikan oleh laman sesawang Hannah untuk gambar pejabat DAP Subang Jaya di atas).
Nampaknya apa yang Khalid Ibrahim bagi Adun-Adun kesayangannya cukup memadai. Akan tetapi adakah Khalid memberi juga yang sewajarnya kepada Adun-Adun BN?
Betul dan tepatkah slogan ‘Selangorku’?
Ataupun layanan baik bagi Adun dan anak watan hanya kepada mereka yang mewakili dan mengundi Pakatan? Yang pro-BN jangan haraplah.
______________________________________________________________________________________________________
Anda juga mungkin meminati:
-
Tamak betul mereka ini
-
Siapa bagi dana dan berapa mereka dapat?
-
Zairil Khir Johari dilantik menjadi pengarah — satu lagi kronisme DAP
-
Hannah Yeoh sekat tweet seorang blogger, dakwa shizone.com
-
Penang developers “big financiers of certain political parties”?
Entry filed under: Pakatan. Tags: Adun Pakatan dapat RM1 juta, Bajet Selangor 2012 RM1.6 bilion, Gaji dan elaun Adun, Hannah Yeoh, kalendar Elizabeth Wong, Khalid Ibrahim, Selangorku.
13 Komen Add your own
Dijemput memberi komen anda
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed






1.
cam | Januari 14, 2012 at 7:54 pm
itu la yg anda dpt bila undi Pakatan, Harapan. Harapan rakyat selangor ialah semoga BN tidak menjual harapan.
bak kata pepatah
jual air liur dapat air liur
2.
fakyourmom | Januari 14, 2012 at 10:39 pm
As can be inferred from the pseudonym this Pakatan fan is using, he/she has crossed the line. Comment blocked. — Helen
3.
Ibnu Fuad | Januari 14, 2012 at 10:57 pm
huuuuu.
entah,
dua2 hancur,
4.
forrestcat | Januari 15, 2012 at 1:46 am
but sadly theDAP goon are blind to all these…they rather watch namewee video and hope all the malays drop dead tomorrow…yes..I really the chinese in malaysia are that sick minded…I work some of them and nowaays in front can mock malay issues..
5.
subra | Januari 15, 2012 at 8:14 am
This comment has been removed by the author.
__________________________________________________________________________
Hahaha — Helen
6.
Rabbit | Januari 15, 2012 at 2:05 pm
Slogan :Selangor ku
Praktik : Selangor milikku
7.
kialjr65.com | Januari 16, 2012 at 3:16 am
Reblogged this on KUkial_Jr@com.
8.
Looks like the potholes will remain in Subang Jaya-Hannah Yeoh says that there aren’t enough funds??? « BN Kelana Jaya for the People | Januari 17, 2012 at 3:49 pm
[...] of the above article are taken from : 1) Helen Ang 2)The Star 3) Malaysian Insider , 12 Nov 2010 4) Selangor Times November 4 — 6, 201 5) Selangor [...]
9.
Potholes Remains in Subang Jaya? No Money??$$$ Another BULL SHITTO! « Little Voice of Nonny Maya | Januari 17, 2012 at 4:14 pm
[...] of the above article are taken from : 1) Helen Ang 2)The Star 3) Malaysian Insider , 12 Nov 2010 4) Selangor Times November 4 — 6, 201 5) Selangor [...]
10.
praha2 | Januari 18, 2012 at 9:45 am
that’s the trouble when you elect a novice to be your rep. this lady was unkown but because mca/bn did not do a proper job in subang jaya, dap took over.
i did not vote for her, to date i have not seen her other than heard her name donating money to my mosque./ to me she is just a stooge nothing more. i don’t know the breakdown of the voters in subang jaya- however base on sense alone i can say the breakdown is not that big. therefore if bn can work as ateam they should be able to take back subang jaya
unfortunately, this is not so-mca have their onw programe,umno has theirs,mic not to be seen or heard,ppp and gerakan trying to show they are there. well dap took the rein and won. our last rep was so bsuy trying to be an ex co thus forgot about the voters who in turn threw bn out. me i will always be umno supporter.
11.
kingkong | Januari 18, 2012 at 11:10 am
I will vote her again because she understand us, the young voters from Subang Jaya.
X-SMSJ
12.
hoyeah | Januari 21, 2012 at 11:29 am
bullshite
13. FatCat DAP menjilat golongan elit korporat Cina- helenang.wordpress.com | Human Rights Party Malaysia | Jun 14, 2012 at 4:01 pm
[...] Adun Pakatan Selangor diberikan peruntukan besar untuk mereka berbelanja walaupun bagi sesetengah mereka, ia masih dirasakan tidak [...]