Posted in PRU13

Undi popular Pakatan lebih undi Melayu atau undi Cina?

Di samping bersungguh-sungguh menafikan kejadian tsunami Cina, DAP sekarang turut juga menguar-uarkan bahawa kebanyakan undi daripada “undi popular” dimenangi pembangkang adalah undi orang Melayu.

Agar libasan backlash Melayu boleh ditumpulkan, DAP kini pula mencanangkan ayunan “undi popular” 50.9 peratus itu kepada Pakatan bukannya membayangkan penentangan terhadap kaum Melayu tetapi ianya penentangan khusus kepada BN sahaja.

Di bawah ialah screenshot rencana oleh setiausaha DAP Seremban, Nicole Tan, yang disiarkan di FMT hari ini.

The swing was against BN, not the Malays Free Malaysia Today 2013-05-31 11-36-45

Nicole Tan menulis, “Using simple mathematics, one would realise that out of the 51% popular votes garnered by Pakatan Rakyat, the majority of it were from the Malays.”

Nicole tidak mengemukakan apa-apa data atau perangkaan pun dalam rencananya tersebut selain menyatakan “matematik mudah” bahawa penduduk Malaysia adalah majoriti Melayu manakala minoriti Cina hanya “23 peratus” (katanya) — boleh anda lihat sendiri kupasan Nicole di FMT.

Sebenarnya apa yang dibuat setiausaha DAP Seremban itu hanya sekadar melontarkan teori bahawa sudah banyak golongan Melayu yang anti-kerajaan dewasa ini.

“These are the Malays who are ABU (Anything but Umno), the Malays who are against BN, the Malays who can think, the Malays who are progressive, the Malays who love Malaysia, the Malays who are Malaysians first and most importantly, the Malays who are our future!

“To those so called top officials (who are Umno cronies anyway), don’t tell us that Umno represents the Malays.”

Demikianlah yang dipercayai Nicole Tan tetapi beliau tidak menyokong dakwaan-dakwaannya dengan bukti statistik.

Statistics don’t lie

Dalam pada itu, ada butir-butir data yang sudah begitu jelas, umpamanya, berapa orang Ahli Parlimen Melayu dalam Dewan Rakyat sidang 2013.

Namun maklumat ini pun sesetengah pihak termasuk The Star masih mahu bohong.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/28/sarawak/13165286&sec=sarawak
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/28/sarawak/13165286&sec=sarawak

Untuk senarai penuh Ahli-ahli Parlimen, perbandingan sidang 2008 dan 2013, rujuk ‘Analisa PRU13: Perwakilan Melayu Pakatan menyusut berbanding 2008‘.
.

DATA PRU13

.
Tsunami Cina melanda Sabah & Sarawak

Dalam 2008, pembangkang hanya menang 2 kerusi Parlimen di Borneo iaitu Bandar Kuching dan Kota Kinabalu yang masing-masing 90.9% dan 78.4% pemilih Cina. Kedua-duanya dimenangi DAP.

Dalam 2013, pembangkang berjaya menang 8 kerusi Parlimen, iaitu 5 di Sarawak dan 3 di Sabah.

Daripada 8 kerusi tersebut, 7 adalah majoriti pemilih Cina (lihat jadual bawah) sementara yang satu lagi adalah majoriti pemilih Kristian.

borneoPRU13

Bernard Dompok merupakan penyandang jawatan (incumbent) di kerusi Penampang, Sabah, yang mempunyai nisbah 50 peratus pemilih Kadazandusun Murut yang beragama Kristian daripada 60 peratus pemilih pribumi.

Bekas menteri kanan BN tersebut, yang juga presiden parti Upko, jatuh kecundang setelah kehilangan undi Kristian ekoran terperangkap dengan permainan isu kalimah Allah oleh pembangkang.

Berbanding dengan PRU12, DAP bersama PKR mendapat tambahan 6 kerusi di Sabah dan Sarawak dalam PRU13 .

Kemaraan Pakatan setakat 6 kerusi baru yang disebut tadi beserta 2 kerusi lama. Pembangkang tidak mampu menang mana-mana lagi kerusi pribumi.

Daripada 8 kerusi dipegang Pakatan itu, sebanyak 7 adalah di kawasan majoriti Cina. Yang Berhormat-Yang Berhormat tersebut adalah terdiri 6 Cina DAP dan satu Cina PKR.

Sarawak

Sebaliknya calon-calon Pakatan yang kalah di Parlimen Sarawak adalah hampir kesemua mereka Melayu-pribumi.

Garis pemisah bangsa kelihatan ketara sekali.

DAP mengetengahkan 11 orang calon di Sarawak; kesemua-semua calon Cina DAP seramai 5 orang menang manakala kesemua-semua calon DAP pribumi seramai 6 orang kalah.

Daripada 20 orang calon PRK campur PAS yang dipertaruhkan di Sarawak, 18 orang (10 pribumi, 8 Melayu) daripada mereka kalah. Dua orang Cina PKR: seorang menang, seorang kalah.

Sabah

Sementara itu, 2 orang PAS yang bertanding kerusi Parlimen di Sabah pun kalah.

PKR menampilkan 19 orang calon — 18 orang sama ada Islam ataupun pribumi, dan seorang Cina. Semua kalah kecuali seorang calon Kristian, Ignatius Dorell Leiking.

Calon-calon DAP di Parlimen Sabah terdiri 3 Cina, 1 pribumi. Yang menang 2 orang Cina.

Memandangkan calon-calon pribumi Pakatan terus lingkup di Sabah dan Sarawak, maka terang lagi bersuluh bahawa faktor utama yang mendorong kejayaan pembangkang ialah unsur tsunami Cina.

***  ***  ***

Biar kita tengok pada statistik di semenanjung pula.

PRU13dapTop10

Jadual di atas memaparkan 10 kerusi Parlimen di mana DAP menang dengan majoriti undi terbesar. Kesemuanya adalah kerusi majoriti Cina.

Kecuali Serdang, semua kerusi Top 10 yang lain mempunyai di antara 70% dan 90% pemilih Cina. (*Bagan: Cina 69.5%)

Yang menarik dikaji ialah unsur ‘correlation’ (hubung kait).

Namun sebelum kita mengkaji correlation (korelasi), biar saya tafsirkan istilah digunakan dalam kolum-kolum di atas dengan mengambil contoh Seputeh.

Seputeh

Diketahui umum bahawa Teresa Kok mengulangi pecah rekodnya dengan mencatatkan majoriti paling tinggi.

Rujuk jadual: Seputeh mempunyai sejumlah 85,976 pemilih dan voter turnout (“yang keluar mengundi”) ialah 71,859 orang. DAP-Teresa mendapat sejumlah 61,500 undi.

Ini bermakna Teresa mendapat “sokongan kawasan” 85.6%, yakni mendapat 85.6 peratus undi daripada kalian pemilih yang keluar mengundi (yang kebanyakan mereka Cina dengan segelintir penyokong DAP bukan Cina).

Undi 61,500 yang diperolehi Teresa adalah 6.2 “x ganda lawan”. Lawan Teresa ialah calon MCA Nicole Wong Siaw Ting yang mendapat 9,948 undi. Dalam kata lain, calon DAP mendapat 6.2 kali lebih banyak undi daripada lawannya. Boleh juga diandaikan Teresa 6 kali ganda lebih popular daripada Nicole.

Calon-calon top DAP secara puratanya 4.3 kali ganda lebih popular daripada lawan mereka.

Korelasi

Unsur korelasi dalam pola pengundian itu dikaji untuk kita melihat kecenderongan pemilih Cina.

Seputeh mempunyai 88.0% pemilih Cina dan Teresa Kok memperolehi 85.6% daripada undi yang dibuang. Hanya ada perbezaan 2.4% sahaja di antara peratusan pemilih Cina di Seputeh dengan peratusan sokongan yang diberikan kepada Teresa Kok.

Contoh-contoh lain:

Cheras mempunyai 81.8% pemilih Cina. Calon DAP di Cheras Tan Kok Wai mendapat 81.1% daripada undi yang dibuang. Korelasinya adalah amat rapat — kurang satu peratus (0.7%) perbezaan.

Di banyak kerusi-kerusi Top 10 DAP yang lain, korelasinya pun cukup dekat. Misalan di Batu Gajah, ada 73.9% pemilih Cina dan 76.6% sokongan bagi DAP (perbezaan 2.7%).

Di Ipoh Timor, 79.3% pemilih Cina/75.3% sokongan kepada DAP dan di Bukit Gelugor, 74.5% pemilih Cina/79.0% sokongan kepada DAP.

Korelasi yang diperhatikan membayangkan unsur faktor Cina. Lagi tinggi nisbah pemilih Cina, lagi kuat sokongan bagi DAP dan lagi rapat korelasi.

Di kawasan yang kurang pemilih Cina, korelasi tidak menentu.

Pada hakikatnya, ia mustahil DAP untuk kalah di kawasan padat Cina.

Sekiranya tanpa ada korelasi, maka DAP secara teori dan atas kertas mampu meraih 80 peratus sokongan merentasi kaum di kawasan majoriti Melayu. Adakah perkara ini pernah berlaku?

Alor Gajah, Serdang dan Tanjong

Biar kita lihat pula sebuah kerusi Parlimen di mana DAP telah kalah, iaitu Alor Gajah di Melaka yang mempunyai 27.8 % peratus pemilih Cina.

Calon DAP Damian Yeo Shen Li menerima 20,997 undi daripada 55,106 pemilih yang keluar mengundi (sokongan 38.1%). Maksudnya semakin kurang penduduk Cina di sesebuah kawasan itu, semakin kurang sokongan popular bagi DAP.

Kita lihat lagi kepada satu kerusi campur iaitu Serdang yang mempunyai 48.6% pemilih Cina dan 11.4% pemilih India (ataupun 60 peratus pemilih bukan Melayu).

DOKTOR (PhD) Ong Kian Ming menang di Serdang dengan sokongan 67.0% pemilih. Dia tidak menang besar (sokongan 80% ke atas) seperti rakan-rakan partinya di kawasan Cina pekat.

Satu contoh perbandingan ialah setpol Guan Eng, iaitu Ng Wei Aik, yang bertanding di kerusi Parlimen Tanjong yang mempunyai 85.2% pemilih Cina.

Ng Wei Aik memperolehi sejumlah 35,510 undi daripada 42,913 undi yang dibuang, atau sokongan 82.7%.

Sekali lagi, dapat dikesan korelasi yang rapat di antara pemilih Cina dan sokongan bagi DAP. Di kerusi Tanjong (satu kawasan bandar di Pulau Pinang), perbezaan di antara tahap sokongan dengan nisbah pemilih Cina hanya 2.5 peratus.

Mitos “undi popular” Pakatan

Guan Eng memanggil pentadbiran Najib sebagai “kerajaan minoriti” atas alasan undi popular 50.1% yang diperolehi Pakatan berbanding 47.4% bagi BN.

Pakatan mendapat 5,623,984 undi dijumlahkan sekali. BN pula dapat 5,237,699 undi.

Bermakna setelah dikira dan dijumlahkan undi 222 buah kerusi Parlimen, Pakatan mengatasi BN dengan 386,285 undi.

Kelebihan undi ini diperolehi di kawasan-kawasan bandar yang sarat dengan pemilih Cina.

Keadaan sesak ini merugikan DAP kerana, contohnya, DOKTOR (PhD) Ong Kian Ming yang disokong 79,238 orang pemilih Serdang menyumbangkan satu kerusi DAP di Parlimen. Tengku Adnan Tengku Mansor yang disokong hanya 9,943 orang pemilih Putrajaya serentak menyumbangkan satu kerusi juga bagi Umno di Parlimen.

Undi popular Pakatan ialah kerusi top DAP

Jika diperhatikan semula carta Top 10 DAP, majoriti terbesar parti tersebut diperolehi di negeri-negeri paling ramai pemilih Cina, iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Daripada 10 kerusi tersenarai di atas, DAP sudah mendapat semuanya 547,859 undi. Lawan-lawan mereka (kebanyakannya calon MCA) pula mendapat undi yang sangat sedikit.

Majoriti undi di 10 kerusi top DAP adalah seperti berikut:

1. Seputeh (51,552), 2. Bukit Mertajam (43,063), 3. Serdang (42,206), 4. Bukit Gelugor (41,778), 5. Petaling Jaya Utara (41,672), 6. Kepong (40,307), 7. Batu Gajah (38,596), 8. Cheras (37,409), 9. Bagan (34,159), 10. Ipoh Timor (34,000).

Maka majoriti daripada 10 kerusi menang besar DAP di atas – dijumlahkan – ialah 404,742 undi.

Kelebihan yang dicanangkan sebagai kemenangan undi popular 50.1% Pakatan (berbanding BN 47.4%) ialah sebanyak 386,285 undi.

Kelebihan undi popular di 10 kerusi top DAP yang rata-rata majoriti Cina 70% hingga 90% sudah mencecah 404,742 undi.

Kesimpulannya undi popular Pakatan 386,285 dimenangi 10 kerusi top DAP 404,742. Ia undi popular Cina.

Lebih Cina atau lebih Melayu?

Adakah 5,623,984 undi untuk Pakatan itu lebih orang Melayu atau orang Cina?

Rasa-rasanya dari segi angka mutlak, mungkin lebih Melayu.

Data ini, yakni lebih ramai Melayu, boleh disemak oleh BN melalui analisa saluran yang mampu memberikan bacaan tepat dan jitu.

Rujuk perincian saluran di kerusi Parlimen Sungai Siput — ‘Vote swing: Chinese one way, Malay/Indian the other

Data sediaada yang boleh diteliti di bawah:

popularvote

Biar kita lihat pada data kerusi Parlimen.

Kira-kira 30 kerusi DAP dimenangi di kawasan yang mempunyai 50 peratus ke atas pemilih Cina; 15 daripada kerusi-kerusi tersebut dimenangi di kawasan yang mempunyai 70 peratus ke atas pemilih Cina — rujuk jadual di ‘Sah tsunami Cina dan ia menguntungkan PAS‘.

Sebanyak 12 kerusi PAS dimenangi di kawasan yang mempunyai 90 peratus ke atas pemilih Melayu. Namun “ini kali” PAS juga menang di kawasan campur atas gelombang tsunami Cina.

DAP kurang mendapat undi Melayu manakala PAS untung undi Cina dan India untuk “ini kali lah”.

Pola pembahagian undi bagi sekutu-sekutu Pakatan ialah DAP-Cina, PAS-Islam (bersamaan Melayu), PKR-majmuk.

Namun PKR bertanding di kawasan-kawasan yang lebih ramai penduduk Melayu dan penduduk bukan-Cina (yakni orang asli, India, pribumi Borneo, dsb).

Kita akur undi Melayu lebih banyak dari segi jumlah undi mutlak.

Meskipun demikian, dari segi lebihan undi popular, undi Pakatan lebih banyak undi Cina.

Ini disebabkan undi Melayu berpecah-pecah kepada Umno, PAS dan PKR (bermaksud populariti Umno barangkali 60-65%, PAS-PKR 35-40%) tetapi undi Cina satu blok mantap yang dianggarkan 90 peratus diberikan kepada DAP.

Maka dari segi ‘playmaker’, DAP yang paling “popular” serta berpengaruh di kalangan tiga parti tunjang Pakatan itu. DAP bertanding paling kurang kerusi tetapi mencapai kadar kajayaan paling cemerlang, iaitu 95 kerusi DUN daripada 103 kerusi ditandingi atau success rate 92.2%.

Hanya dengan majoriti di 10 buah kerusi Parlimen top DAP (404,742 undi) sahaja sudah mampu mengatasi kelebihan majoriti undi popular Pakatan (386,285 undi) di seluruh negara.

Berasaskan pola unik PRU13, kesimpulannya ialah “undi popular” Pakatan sebenarnya fenomena tsunami Cina.

Dikemaskini 3.40 petang

Author:

I have no Faceook or Twitter.

66 thoughts on “Undi popular Pakatan lebih undi Melayu atau undi Cina?

    1. Helen, mustahil DAP dapat undi Melayu. Untuk Seputeh, mengikut table anda 88% adalah pengundi Cina. Teresa Kok mendapat 61,000 undi dari 71,000 lebih kurang. Ini merupakan 85% dari pemilih yang keluar mengundi. Ali Rustam kata dia hanya memperolehi 1.5% undi orang Cina. Mengikut trend undian orang Cina di Melaka, Teresa Koko sepatutnya menerima 69,000 undi!

      Ini bermakna dari 61,000 undi yang diterima oleh Teresa Kok semuanya 100% adalah undi orang Cina. tidak ada orang Melayu satupun yang undi Teresa Kok…muahaha…

      Begitu juga kita boleh simpulkan jika 98% undi Cina telah pergi ke DAP maka UMNO perlu lebih dari 98% undi Melayu untuk mengatasi undi Cina dan undi melayu untuk PAS/PKR.

      Begitu solid sokongan Melayu untuk UMNO. Bukan untuk personaliti tapi hehe..

      1. Kaedah paling mudah, tepat dan jitu — kira saluran. Data itu memang ada di tangan parti-parti politik menerusi ‘polling agent’ mereka.

        Harap-harap BN akan mendedahkan maklumat yang dikumpul mereka itu kepada orangramai nanti.

        Undi Cina mungkin berbeza mengikut kawasan, contohnya di luar bandar Johor berbeza sedikit dengan Cina Bangsar atau Damansara Utama.

        Peratusan undi Melayu bagi Umno, saya tak pasti.

        Peratusan undi Cina tolak BN, kebanyakan para penganalis seiya-kata meletakkannya sekitar 90%. Tun Daim pun kata 90% dan perisikan beliau sememangnya taraf ‘A’.

        1. Sekitar 90% itu adalah anggaran yang boleh dikatakan selamat dan itupun susah untuk terima oleh pemimpin UMNO. Tetapi Ali Rustam pasti telah mendapat maklumat dari saluran yang tepat di tempat dia. Jadi Daim agaknya malu nak kata 98.5% undi cina pergi ke DAP sebab tak pernah terjadi atau terfikir olehnya. Inilah hakikatnya. Hampir 99% undi Cina pergi ke DAP dan lawan UMNO. Tapi sebaliknya hikmahnya, untuk menang UMNO telah mendapat 99% undi Melayu sebab hanya boleh harap 1% undi Cina dan berapa kerat undi India.

          1. …tambahan ..Jika menggunakan peratusan 90% pun, undi untuk Teresa Kok adalah 63,000 dari 71,000 yang keluar mengundi. Tak mungkin peratusan undian bagi chinese biased dan educated Chinese di Seputeh kurang dari 90%. Jadi kesemua undi Teresa Kok datang dari orang Cina ma..

            Satu undi Melayupun DAP tak dapat..haha.

        2. Becouse of my connection -) I’m aware of the data from certain counting center especially from my voting and my husband voting area. The swing was to glaring to be dismiss as other than chinese Tsunami….

          :) sarah

        3. Actually I am doing a statistical analysis of the GE13 results using some fairly sophisticated tools to establish empirically the trend of voting along the ethnic lines. It requires massive amount of data from various sources. Give me another 2 weeks. The result will be interesting….

  1. Helen,

    Yup. the truth is glaring bare at all of us. That vast majority of Chinese this time around reject BN. So, it is true to say that Chinese Tsunami brought DAP into controlling PR.

    It is nothing so peculiar about that. That is the truth. Yet, DAP tries to portray that majority of Malays too reject BN. That is outright lie.

    Why on earth, UMNO won in Kedah? Why on earth UMNO is able to hold the “fort” in say Perak. Despite DAP winning in all Chinese areas in Perak, Malays in scale also deserved to be called “tsunami” voted UMNO in thus enabling Dr Zambri to keep his post. Imagine UMNO won 30 seats, all in Malay areas.

    The case of sizable Chinese voters are interesting to digest. UMNO managed to get the lion share of Malays votes in Ampang, Permatang Pauh, Kuantan but lost these constituents as majority of Chinese in these areas voted PR.

    The same goes in DUN Seri serdang, Selangor. PAS managed to edge UMNO although the latter won the malay votes. And who could forget Bukit Katil, Gelang Patah where where Ali Rustam, Ghani received solid Malay support but lost as Chinese voted PR.

    The problem with UMNO is that in many occasions it behaves as it is losing the election. That really irritates me. UMNO with 88 seats is so humble as compared to DAP, so “gung ho” with only 38 seats.

    In real life, one must some times “flex” its muscle.

    1. re: “Yet, DAP tries to portray that majority of Malays too reject BN. That is outright lie.”

      That’s why their cybertroopers specialize in — fabricating the most barefaced lies.

      re: “Ghani received solid Malay support”

      No, he didn’t.

      However, from the looks of it, DAP prepared well for the Gelang Patah battle by either registering a lot of new Chinese voters or transferring them.

      In 2013, GP has 106,726 voters, in 2008 (78,676), in 2004 (70,023). See the quantum leap in the number of voters.

      re: “UMNO with 88 seats is so humble as compared to DAP, so “gung ho” with only 38 seats.”

      True but funny. DAP is so langsi.

        1. Hahaha… mana diaorang berani…. Setakat kerusi urban dan semi urban bolehlah mereka cakap besar…

      1. The huge increase in chinese voters in Gelang Patah should be investigate by UMNO. The Chinese are suppose to be migrating and having less babies so where do these phantom voters come from? How could the DAP brought in so many Chinese into Gelang Patah johor a malay area? Are they from across the causeway?

        1. Many Chinese who came into Malaysia as tourists did not return home (50,000 Chinese went missing?). They can get a MyKad for a measley RM50. So you can imagine how DAP manage to win with the help of ‘undi hantu’

          1. Dah, dah dah. Ni PR/ DAP punya mentaliti. Sekarang ni DAP yang lantang. PAS/PKR tak keluar bunyi langsung. Hmmm …

            Kita fokus kita. Kalau UMNO ok, everything else will fall back in line. Kalau UMNO masih berdegil, then we deserve this.

      2. helen,

        The biggest loser is PAS. It lost Kedah and suffered in Kelantan as UMNO makes inroad there.

        Malays are disenchanted with PAS. What PAS trying to do is that trying to ignore the fact that it survives due to chinese votes except in Kelantan.

        1. The Chinese are so stupid as to support PAS blindly. Don’t they know that PAS is insisting on implementing Hudud for everyone and Islamic state!

          1. I beg to differ – the Malaysian Chinese Community knows that DAP controls Pakatan Rakyat and PAS is subservient to the DAP – witness the issue of Kalimah Allah and the case of Ust Nasha – the moment DAP opened its mouth, PAS immediately retreats …

            On Hudud, its just a game, “sanctioned by DAP”, which is being played by PAS to hoodwink its hardcore penganuts that PAS is still fighting on behlaf of Muslims in the quest to establish an Islamic State in Malaysia – permainan wayang kulit persembahan Tok Dalang DAP … itu aje

          2. PAS? Semalam dengar kat pasar malam Ustaz Azhar Idrus mengajar macam mana nak kencing cara Islam. What the hell ?!? kelakar la Islam PAS nih. Kencing pun nak kena ajar ke?

            1. Jangan jadi BODOH , itu tertip dalam Islam la. ko nak kencing macam anjing ko punya pasal la macam binatang tak ada otak.

          3. if you are really a malay and against hudud, for heaven sake ” TAUBAT Nasuha ” Jangan jadi BODOH

  2. This what Malay said “sudah terang lagi bersuluh”. Hehehe I just got an idea to use pepatah melayu. Let see if they understand us…

    :D sarah

    1. hehehehe…sarah. you got it right!
      memang sudah terang tetapi lagi bersuluh. masalahnya dah rabun warna (buta-kaler kulit) maka masih tak nampak-nampak jugak.

  3. Hai Helen, I still cannot understand those DAP supporters who still think it is not a tsunami cina, it is really a Tsunami Cina, bukan Tsunami Melayu, bukan Tsunami India, bukan tsunami bla bla bla.

    Just look at the huge majority. Well of course, this huge majority of 50K or 10K or 0.01K is still one seat, why call a minority government?

    We don’t used how many head to count the winner, we used number of seats, suka betullah nak spin spin.

    Another point I just cannot understand is the majority in the oppo are educated but still don’t want to understand that we used number of seat and not number of head to declare the winner.

    1. Granted the racial malapportionment (i.e. Serdang so many voters, Putrajaya so few) is unfair.

      The Chinese majority “popular vote” has a minority voice in terms of seats. Serdang for example can be sliced into three. But luckily the Chinese voice is so very loud, heh heh heh.

      However the in denial is symptomatic of a fatal flaw in the character of the Chinese here, to wit

      — berkeras mahu menegakkan benang basah

      — sikap enggan mengaku salah

      — begitu keberatan untuk mengambil tanggungjawab — Prof. Teo Kok Seong pun kata juga (‘Berani buat tapi tak berani tanggung‘)

      — mahu untung sahaja, tak mahu rugi (tak ada sifat tolak ansur)

      — serang peribadi lawan (like when I point out all these data, they don’t address the statistics but throw the most baseless personal accusations at me)

      The thread that runs through the above is ‘kiasu’.

      1. helen,

        saya yak dapat bayangkan ‘kebodohan’ (the stupidity) of what DSAI is claiming.

        imagine he claim that PR won the GE13 and that he should be the PM….and how is he going to run the parliament with the majority seat is BN?

        our en Ismail (comment) that most PR leaders are educated lots but the problem of being educated or highly educated is that one tends to look down on others.

        and the worst part is when the educated one feels that he/she is always right….and others are ‘low class’..!

        therefore being educated doesn’t mean that one is not stupid!

        being stupid because one is not or lowerly educated is okay but being stupid because one is highly educated is totally unacceptable.

        that is why they are the worst lots.

        1. Nuar Brahim ?!? Dia ni ikut falsafah Shaggy … it wasn’t me … walaupun sudah “terang lagi bersuluh” macam Sarah cakap.

          Bila masa Nuar Brahim ni highly educated ?!?

          Cina bukan bodoh manapun, diorang layan je Nuar ni. Everybody knows la.

        2. You can received the best education in the world but it doesn’t make you the wises among man. It can make you look stupid actualy when you try to make a stand and use it as a reason hehehehe

      2. Why is it that it is so difficult for them to undertand?

        What is their age breakdown that don’t want to understand that we used seat?

        Anyway, I just met a DAP supporter yesterday, age 50+ and he says we should move forward coz when we keep on harping on this issue on head and seats, the loser is the country.

        He says if DAP still harps on this issue, he will not support DAP comes GE14!! I think he’s honest and then we both went for roti canai and teh tarik for breakfast.

        1. “I just met a DAP supporter yesterday, age 50+ and he says we should move forward coz when we keep on harping on this issue on head and seats, the loser is the country.”

          Sorry. You have been lied too. Come 5 years time he will talk about turning UMNO in ABU again. You still don’t understand them. They just don’t care who loses – as long it is UMNO. Stay in Penang and you WILL understand.

            1. Saya setuju. Baba Nyonya Melaka fasih berbahasa Melayu. Baba Nyonya Penang (dan Singapura) tak pandai berbahasa Melayu bahkan menganggap mereka dilahirkan di ENGLAND macam Downton Abbey. (case study: budak SXI)
              Cina Penang (batch 2) pula walaupun lahir disini menggangap mereka perlarian/pelancong dari Fujian, CHINA. (case study: budak Chung Ling)

              Even better, Hockien Penang is so unique that no one outside Penang boleh paham. FYI filem Hockien kat Hua Hee Dai, I very derita tengok… macam tengok filem Jerman. I donno WTF mereka cakap.

              Dan Helen boleh buat statistics berapa mother-in-law tourist datang ke Penang. Cina yang cari orang puteh and migrate tetapi masih Malaysian dan mengundi.

              Penang – you have everything.
              And you cross the brigde. you have the eeeeeeeeeek….. Malaaaays.

              1. Somehow, as a Kedahan, I am always thinking on ways to take back Penang. How can the island which used to be the playground and tempat santai my great-great grandfathers be given away to these stupid islanders.

          1. Yeah… the chinese are running scared now. What with the call for boycotting and buy chinese last.. where is the growth going to come from?

            The country will be a winner with this boycott as when demand is reduced the retailers got no choice but to reduce price for the benefit of the consumers.

            This could be the time to put more into ASB instead of spending at the local chinese outlets. Increase saving is good for the country ma..

            1. “This could be the time to put more into ASB instead of spending at the local chinese outlets. Increase saving is good for the country ma..”

              That is a great suggestion on how orang Melayu boleh control balik the economy. Beli di bisnis Melayu. ASN melabur dalam company. Jadi Melayu kawal keuntungan.

          2. Mulan, just an aside, only Allah can tell a person’s Niat. So I look at Ismail having a friend of a different race and I hope trhey stay friends. As i have always maintained, I don’t hate any of my Chinese (and Indian and Other) friends who voted for PKR in my constituency. Hopefully next GE they will be voting BN when they realize our MP is only good at talking and not working.

            1. Err … pardon me for saying but the chances are slim for your friends who did not vote BN in PRU13 to vote BN in PRU14 – everyone loves winners and loves to be associated with winners … as Pakatan Rakyat is being seen as the winners, why should your friends buck the trend and switch camps from Pakatan Rakyat to BN? Instead, PRU14 is the perfect opprtunity for your friends and likeminded voters to go for UMNO’s jugular …

              1. Like in fashion, today your in tomorrow your out. Then 10 years later you found out your old school shoes in fashion again with a stud or bling bling in it (student who’s fashion consious in the late 80′ and early 90’s will know this) … hahaha

              2. Pakatan will be dead ducks once BN get to work, based on recommendations, suggestions and ideas from right-minded citizens like me. I am not an Umno member but I cannot stand nincompoops running the country.

    2. Hi Ismail and Helen
      It is not Tsunami Cina kali ini but Tsunami Cina Kebanyakan Kali.
      1969 – Tsunami Cina – (Malaysia wide)
      1990- Tsunami Cina II – Lim Chong Eu (kalah pada Lim Snr) (Penang sahaja)
      2008 – Tsunami Cina III – (Malaysia wide)
      2013 – Da Big Tsunami Cina.- (Malaysia wide)

      Just look carefully the stats.

      1. Hahahahahahaha

        So again and again it happens

        And again and again they’re in denial — who they bluffin’?

      2. Salam DS Zahid. what have you got to say?

        I support “I am Mulan dan Helen” ? 1969 – 1990[21 years], 1990-2008 [18 years], 2008-2013 [only 5 years], some wiser people says big thing happens every 20 years, look like there is some truth in it, see what happen around the world every 20 years,

        can somebody publish here [with due permission from Helen]. Thanks.

      3. Outsyed the box ke sapa kata …. at most 30% je cina sokong BN at any given time.

        Tak best la macam ni ….. kita nak kawan-kawan … so how?

  4. “Gadis pemisah bangsa kelihatan ketara sekali.”

    Helen: Who is she? What’s her name? Oh Oh … typo – I think you meant garis ;-)

  5. Truly Tsunami Cina at work! Just can’t believe my eyes reading “…Malays who can think” choose to vote for pembangkang…mmm, the rest of us, majority of us and especially most of us trolling Helen’s blog must be brain dead!
    Nicole, Nicole…

    1. ==Haiku Malaysia Raya Pra 2020==

      Melayu Mudah Lupa
      Cina Lupa Daratan
      India bagaikan Lalang
      Malaysia Yang Dicintai

  6. Berapa MP/DUN DAP adalah Melayu? Yang ini kira tak? Lihat: http://dapinsider.com/?p=769

    Soalan objektif: Orang itu berbangsa A. Melayu B. Cina C. Tak Tahu
    DAP Malaysia First ke? Berapa calun Bidayuh, Kadazan?

    So Malaysian Malaysia adalah “Malaysia sans Malay”. The zoo without the elephant and a few more animals. In fact UMNO lebih “multi racial” … ada Melayu, Orang Asli, Bumiputera Borneo dan mamak.

    1. Orang siam pun ada…serani, baba, chetty pun bumiputera..they can buy asb too..not sure whether depa ni masuk Umno ke tak? Kalau xdak pun Umno is surely multiracial. That is a fact ignored by many including some in BN!

  7. That 404k figure, in top 10 largest majority area, discount 10% of say Malay + Indian vote and divide by 30 is enough for DAP to get 30 more kerusi parliament for PR.

    Luckily for BN, this time, Chinese votes are concentrated. Imagine if DAP can somehow dilute the numbers and relocate to other constituents. If BN still complacent – especially in managing the information overload from the new media, si gunting and continue doing nothing that makes defending them even more difficult, I can see PR celebrating in GE14.

    Btw, it is interesting to see the total amount of eligible Chinese voters in GE13 and how much the number contributed to PR vote.

    1. I concur. BN could be out-strategized to lose GE14.

      And once Umno loses Putrajaya, Umno will never be able to get it back from the DAP. Look at how Pakatan has consolidated in S’gor.

      The Scissors is a menace.

    2. Boleh ke daftar pengundi dengan kongsi alamat kekawan atau
      guna alamat palsu yang iras-iras macam benar tapi tak wujud macam no Rumah yang dibuat atas nama lorong di taman yang sedia ada.

      Just Curious.

      1. Jika tiada mekanisma kawalan tidak mustahil di PRU14 pengundi2 berlebihan untuk menjadi penghuni hantu versi PR akan didaftarkan dengan cara strategik ke kawasan2 yang mana BN hanya menang tipis.

      2. SPR kata diorang nak minta kuasa delete pendaftaran yang address tak sama dalam IC. This would be cool actually. Kuranglah pengundi luar kawasan mempengaruhi.

        Contohnya Kelantan. Ramai sangat berhijrah lepas tu balik kampung mengundi.

  8. OMG OMG Helen. Breaking news.
    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/31/nation/20130531151536&sec=nation

    “He added that it was impossible to guarantee that all members would be notified by mail about the congress.”

    Jadi kalau nak inform meeting gunalah burung ubah untuk hantar. The DAPster suka sangat komputer. Which means ada dumb-ass DAPster yang tak tau guna komputer.

    This is actually the dalil of LGE to protect Zairil. You must do an expose. Remember Zairil rose from tiada dalam carta to a certain ranking.

  9. ““These are the Malays who are ABU (Anything but Umno), the Malays who are against BN, the Malays who can think, the Malays who are progressive, the Malays who love Malaysia, the Malays who are Malaysians first and most importantly, the Malays who are our future!”

    So basically, Nicole Tan is saying that the Malays who voted for BN “cannot think”, “are not progressive”, “do not love Malaysia”.
    Wow! That’s a hell of an insult for the Malays who did not vote for PR. What a stupid cow!

    1. Melayu ni sebenarnya progressive. Yang tak progressive melayu PAS. Tak pernah bergaul dengan melayu PAS kot.

      Si Nicole ni tak tahu ke, melayu PAS kalau jumpa dia, the first thing diorang fikir, minah ni kalau aku convertkan, pakai tudung, mengancam jugak, boleh jadi second wife ….

      PAS progressive? You wish.

  10. You are still cought up with race eh. Nothing else get past your small, small brain?

    1. Iya lah, Nicole Tan dan FMT ni tak habis-habis lagi dengan isu perkauman … hentikanlah, ye dok?

    2. Minah ni, kalau aku convertkan, pakai tudung, mengancam jugak … boleh jadi second wife….

  11. Their arse are fried Helen that’s y they have to putar belit to control damage. That is DAP, only good at putar belit-ing. Tin kosong. I hope voters who chose DAP in 505 are enjoying their assemblymen. I heard some of the DAP assemblymen adi start pushing responsibilities…

Comments are closed.